Selasa, 8 Januari 2013

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MENJADI DIRI KITA SENDIRI: BERCUTI <b>DI</b> Pulau <b>Pangkor</b> (Hari 2)

Posted: 24 Dec 2012 10:33 PM PST


18 Dis 2012 (Selasa)   
Bergerak ke Seri Manjung .  Shopping di Pasaraya  Billion. Pakaian di sini memang murah.  Naik tingkat atas. Pasaraya AEON juga baru dibuka. Tapi kami tak pergi. Billion jalan ke arah Lumut. 
1.30 sampai di Lumut.  Di Pekan Lumut, parking kereta agak sukar.  Parking berkupon. Saman dan kunci tayar  mungkin dikenakan jika tiada kupon. Terbaik parkir di parking bertingkat.   Bayaran 40 sen satu jam. Jam pertama  free.  
Selepas makan tengahari (kat Gerai Intan Berlian. Agak mahal. Lauk biasa sahaja ),  seret  beg ke jeti. Kita akan melalui laluan pejalan kaki berbumbung dari bangunan parking. Lebih kurang macam airport. Di jeti ada ATM Maybank.   Beli tiket feri dahulu. Ada 3 kaunter.  3 syarikat berlainan.  Jangan bimbang.  Boleh beli mana-mana tiket dan naik mana-mana feri.  3 syarikat ini dah bekerjasama. Tiada rebut-rebut penumpang.   Kami naik  feri Pan Silver. Tiket dewasa RM10.00, kanak-kanak RM5.00. Tiket untuk bayaran pergi balik.  Lebih baik simpan tiket tersebut.  Feri datang setiap setengah jam.  Adalah lebih baik terus naik jika feri sudah sampai. Supaya dapat tempat duduk. Kecuali ingin duduk di bahagian atas (deck) untuk menikmati  angin dan melihat pemandangan dengan lebih jelas. 
Feri gerak pukul 2.40pm. Sampai di Jeti Pangkor 3.20pm.  sampai di jeti Pangkor, ramai anak muda  (Cina dan India)  bertanya samada kita nak sewa kereta atau tidak.  Macam di Langkawi. Bayarannya RM80.00 sehari. Jika 2 hari RM150.00.  Kami sewa Proton Wira Auto.  Di pulau ini van menjadi teksi. Warna pink. Jika naik teksi dari jeti ke Resort , kena cas RM20.00.  
Kami terus gerak ke Pangkor BayView Resort. Lokasinya 5km dari jeti. Sampai di Teluk Nipah, tiada papan tanda BayView. Rupanya kena masuk ikut  simpang Horizon Inn. Tak sampai 100m ke dalam. Parking kereta agak sukar. Parking di sebelah jalan sahaja.  Bay View  ada kolam. Sesuai bagi kanak-kanak. Bilik family jika hari biasa RM180.00 semalam. Kami sudah booking  melalui online.  Deposit RM200. Jika transfer melalui ATM Maybank, simpan resit. Nanti pihak resort minta sebagai bukti. 
Pukul 5.30pm kami  keluar ke Pekan Pangkor. Isi minyak RM20.00 (RM10.00 agak memadai).  Ah Tong, pemilik kereta kata RM15 isi minyak sudah cukup. Ada bro  'beach boy' kata jika kita isi minyak lebih, nanti si pemilik kereta ini akan sedut minyak lebih tersebut jika kita tak habis pakai. Jadi  minyak kereta akan pada  paras 'E' bila penyewa berikut ambil alih .  Tak tahulah. Apa pentingnya sedut minyak?
Shopping di Pekan Pangkor. Kedai buka sampai malam. Kedai t shirt, cenderamata, hasil laut. Mayban, AMBank dan Agro Bank ada di sini. T shirt di Kedai Norizan (kedai mula-mula) agak murah. Boleh ditawar sehingga 25%. 
Sebelum balik bilik, kami singgah di tepi jalan dekat Pasir Bogak.  Pekena Siakap bakar cicah air asam, paprik sotong dan air buah. RM54 melayang.  Sebelum masuk bilik, jalan-jalan lagi di pinggir Teluk Nipah. Ramai orang masih melilau. Rupa-rupanya di sini paling meriah pada waktu malam. Ada seorang mak cik kata, dia menginap di Sea View dekat Pasir Bogak, tiada tempat makan. Dia datang makan di Teluk Nipah.  Gerai makan banyak pilihan. Resort juga lebih banyak  dan kedai cenderamata juga banyak. Jika siang, aktiviti laut paling banyak juga di Teluk Nipah.   Malam tersebut agak bising dengan karaoke  suatu keluarga di  Bay View
Bay  View menyediakan sewa motosikal.  RM35 sekali sewa sampai balik.  Sewa moto dan basikal banyak di Pasir Bogak. Sewa basikal RM 3 untuk 2 jam.RM5 jika  24 jam.  Semua basikal jenis MTB.  Mesti  tahu main gear.

MENJADI DIRI KITA SENDIRI: BERCUTI <b>DI</b> Pulau <b>Pangkor</b> (Hari 3)

Posted: 24 Dec 2012 11:35 PM PST


Cari sarapan nasi lemak di gerai tepi jalan. RM1 sebungkus.  9.00am mencuba aktiviti snorkeling. Ada lebih kurang  5-6 kumpulan pengendali  aktiviti laut di Teluk Nipah. Antaranya, Beach Boy, Nipah Event  Water Sport. Semuanya Melayu. Anak-anak muda belaka. Mereka  peramah. Harga boleh dibincang. Beach Boy menawarkan RM50 untuk satu bot ke Pulau Giam bagi aktiviti snorkeling.  RM40 jika bot kecil sedikit. Sewa google RM5 seorang. Jika kita tidak sangat ingin snorkeling,  sewa 1 atau 2 google sudah memadai. Boleh gilir-gilir nanti. 
 Kami dibawa ke Pulau Giam. Tak sampai 10 minit dari pantai Teluk Nipah. Sudah banyak bot sampai. Ramai orang sedang snorkeling. Ramai juga yang duduk memerhati dari atas bot sahaja. Kanak-kanak boleh snorkeling di tempat cetek. Ada  ditanda sempadan kawasan  untuk snorkeling. Bagi yang tak pandai berenang, jangan bimbang . Life jacket akan sentiasa membuat kita timbul.  Tips; Jika bahagian pada google yang  dimasukkan ke dalam mulut itu tada tempat untuk gigit, masukkan seluruh bahagian pangkal batang pernafasan  ke dalam mulut, hingga sesuai. Jadi kita boleh bernafas melalui mulut dengan selesa. Pedulikan orang tengok. Tiada siapa nak tengok pun. Masing-masing bukan profeional pun.  Masing-masing sibuk melihat ke dalam air. 
Banyak juga ikan-ikan berbelang-belang biru, kuning mengelilingi kita. Saya cuba memberi roti. Ikan-ikan ini tidak takut makan di tangan saya.  Cara yang baik agar tidak menakutkan ikan-ikan ini ialah dengan meletakkan tangan kita ke belakang badan atau sisi badan kita. Hanya kaki kita yang bergerak perlahan-lahan.  Lagi satu pastikan cahaya matahari bersinar cerah untuk melihat pemandangan di bawah air yang lebih baik. Oleh kerana orang agak ramai, air mnejadi sedikit keruh. Ruang juga agak terhad.  
Awasi juga obor-obor. Bagi kanak-kanak, batu, teritip dan karang boleh melukakan kaki.  Ada juga orang yang alah kepada air di sini. Mereka diserang gatal-gatal. Tapi tak kritikal. Di bahagian belakang pulau ada kawasan air agak tenang. Banyak batu karang di sini. Gamat juga boleh dilihat. Saya menangkap seekor gamat. Bentuknya berubah-ubah di atas tapak tangan. Agak menggelikan dengan bulunya seperti  gel.  Di sini bagi setengah orang , airnya lebih 'menggatalkan'..
Di Pulau ini ada gerai menjual minuman.  Memandangkan bot yang menjemput kita untuk balik ke pantai mungkin lambat (1jam), elok kita bawa sedikit bekal makanan.  Bot yang menjemput kita akan membawa kita mengelilingi Pulau Giam,  melihat batu buaya, batu penyu, batu paus, melalui Pulau Metagor, Monkey Bay dan agak berdekatan juga dengan kapal TLDM KD Penyu. 
Lain-lain aktiviti di sini seperti Great Big Marbel, semacam sofa duduk 4 orang ditarik oleh bot, Banana Boat boleh naik hingga 8 orang.  Jet Ski, Poparazi, dan berkayak. 
Seterusnya kami makan tengahari di kedai makan simpang Horizon Inn.  Menu simple tapi mahal. Tips; jika ramai, isikan lauk dalam mangkuk. Jangan ambil lauk  ikut pinggan masing-masing.
Petang kami keluar pula.  Menuju ke Pantai Teluk Ketapang. Banyak pokok ketapang di pinggir pantai. Pantainya agak landai, damai. Ada menara tinjau.  Tiada orang mandi. Tiada resort. Singgah bergambar sahaja.  Melalui Pasir Bogak. Pantainya panjang. Ada aktiviti rumah air untuk kanak-kanak.  Singgah bergambar juga.  
Seterusnya melintasi jalan jeti ke Sungai Pinang Besar.  Jeti nelayan terdapat di sini.  Kami tidak singgah di Fu Ling Kung kerana terlepas simpangnya.  Terus ke Sungai Pinang Kecil. Kilang satay Fish juga sudah tutup. Kereta terus gerak ke depan. Sampai ke jalan tiada rumah orang. Hutan. Jalan semakin sempit dan berbukit serta selekoh tajam.  Persisi  Balik Pulau di Pulau Pinang.
 Akhirnya sampai ke Pantai Teluk Dalam.  Di sini ada resort yang nampak ekslusif dan privacy. Chalet sebuah sebuah.  Teluk Dalam  Resort.  Pantainya cantik. Kami terus ke depan. Terlajak hingga ke sebuah  rumah persendirian selepas jeti yang ada  round about. Patah balik tanya  Pengawal keselamatan Pangkor Island Beach Resort. Katanya simpang balikke Teluk Nipah ialah di tepi padang kampung Teluk Dalam. Memang tiada papan tanda di situ. Kami patah balik. 
Melihat beberapa penduduk kampung menjala dan memukat di air cetek. Terfikir… inikah aktiviti nelayan di sini? Dhaif? Terlihat rumpai laut kehijauan di gigi air. Terfikir… apakah mungkin ternakan rumpai laut dapat diusahakan di sini ( seperti di Sabah). 
Masuk simpang, melalui lapangan terbang Pangkor. Melalui Pangkor Rimba Kem ,  keluar semula ke Anjungan Resort di Teluk Nipah.  Hampir gelap. Orang mulai ramai mencari tempat makan malam. Lebih banyak pilihan kedai makan jika pergi ke hujung arah Anjungan Resort.   Menu ikan laut seperti bawal, siakap,kerapu, sotong, talang, nyo-nyok dan kembung. Ada harga dipaparkan. Harga termasuk siap dimasak.  Kami pekena Bawal Gajah masak stim.  Campur sotong goreng kunyit, RM85.00. Kekenyangan. Balik  bilik, solat, tidur. Masih ada keluarga yang karaoke malam ini. 

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Suara Rakyat: <b>Jelapang</b> Padi Kota Belud:Sistem Tanam Padi <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 08:26 PM PST

HARI ini bertempat di Dewan Terbuka Datuk Musbah Kampung Taun Gusi Kota Belud, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Pengurusan Berpusat NKEA Pertanian, EPP11 Kota Belud kepada lebih 100 petani.
EPP11 adalah satu program dalam NKEA Pertanian negara yang bertujuan untuk meningkatkan produksi padi melalui kaedah moden.
100 petani yang terlibat pada Majlis itu hari ini merupakan sebahagian petani Kota belud yang termasuk dalam program Jelapang Padi Kota Belud yang meliputi 10 ribu hektar.
Kota Belud telah dikenal pasti sebagai salah satu pusat pengeluaran beras negara melalui pengwujudan Jelapang Padi dan peruntukannya telah diumumkan dalam Bajet Negara Tahun 2013.
Program yang bercorak pertanian sungguh membantu penduduk Kota Belud dalam peningkatan pendapatan, kerana daerah itu tidak mempunyai sumber kekayaan lain, selain hasil pertanian, perkebunan dan perikanan.
Hasil usaha dan ketekunan ADUN Tempasuk dan sokongan MP Kota Belud serta Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman; akhirnya Program Jelapang Padi berjaya dimuktamadkan, dan program ini kini telahpun menjadi program nasional.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Ceritera Sang Puteri: Kenduri kawen <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 29 Dec 2012 05:00 PM PST

2 Minggu lepas kitorang balik kampong belah mak mertua kat Kuala Kangsar, sepupu Abi kahwin.Malangnyer kitorang hanya sempat follow ke rumah pengantin perempuan je pada hari Ahad tu, kenduri belah pengantin lelaki yg merupakan sepupu Abi, kitorang tak dapat nak join sebab majlis tu diadakan hari Isnin, aku kena keje tak dapat cuti sebab opis takde orang jaga..sob...sob..sedih sebenarnyer..Seronok dapat jmpa sedara mara belah Abi ni, semua spoting2 and happening.Tak rasa janggal pon bila bersama ngan dorg..Bila tak dapat join kenduri tu, rasa sedih jugaklah, tapi takpelah sekurang2 kitorang datang juga "tunjuk muka".Tak dapat tolong banyak2, dapat tolong2 sikit pon jadi lah..hehe..
Buat Oja (sepupu Abi) dan isteri, Selamat Pengantin Baru.Moga Kekal ke anak cucu..Berseri2 pengantin pakai baju kaler merah, kelasss gitu, sama macam tema kitorang masa kawen dulu..hehehe...*tetiba*..
Sama cantik sama padan, bagai pinang di belah dua gitu..phewwwitt..
Tertarik aku tengok ukiran buah tembikai ni.Kreatif betull.Abi lagi lah teruja, die memang suka menda2 kreatif berkaitan kerjaya die tu, laju je suruh snap gambar ni..hehe..
Yang ni plak gambar pengantin basi..Pengantin baru setahun tujuh bulan...hehe..
Bergambar dengan adik ipar yg cute miut dengan anak buah..Bile dok sebelah anak2 dara ni, mulalah perasan diri "anak dara" lagi...hehehe..."eh mana laki aku daa"...hikhikhikhik

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


3rd Honeymoon + Family Day - <b>Bukit Merah</b> Laketown Resort

Posted: 12 Dec 2012 09:12 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Bertempat di Bukit Merah Laketown Resort dari 7/12 - 9/12..Memang best sebab dapat bawak family kita sendiri..Masha pon apa lagi musti la bawak hubby je kn..n baby dalam perot..merangkap honeymoon kali ketiga untuk ...

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Suami isteri saki-baki penjenayah Geng Ah Kaw diberkas

Posted: 07 Jan 2013 02:00 PM PST


IPOH - Sepasang suami isteri yang disyaki saki-baki penjenayah  Geng   Ah   Kaw  yang terlibat dalam kes-kes pecah rumah dan curi kenderaan diberkas hanya kira-kira enam jam selepas mereka menyamun sebuah rumah di Simpang Pulai dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, penahanan pertama pada pukul 11 pagi kelmarin membabitkan lelaki berusia 31 tahun sewaktu dia bersama dua lagi rakan menaiki sebuah kereta Proton Putra di Menglembu di sini.

Dua lagi lelaki yang merupakan rakan suspek itu bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Menurut beliau, suspek itu kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Taman Menglembu Timur yang kemudian membawa kepada penangkapan isterinya yang berusia 35 tahun pada hari sama.

"Pemeriksaan di rumah itu menemui pelbagai barangan dipercayai curi seperti komputer riba, beg komputer riba, pemain cakera padat digital (DVD), sistem navigasi satelit (GPS), cakera keras, penapis air, televisyen LCD dan pendingin hawa.

"Alatan memecah rumah seperti parang, pemutar skru, kekunci L, topeng muka dan sarung tangan turut dirampas," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Chang Keong memberitahu, siasatan awal mempercayai pasangan suami isteri itu bersama dua lelaki yang masih bebas baru memecah masuk sebuah rumah di Simpang Pulai pada pukul 4.30 pagi kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, sebuah kereta Honda City milik mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 50 dilarikan.

Kosmo! pada 9 Jun tahun lalu menyiarkan kegiatan pecah rumah melibatkan  Geng   Ah   Kaw  yang didalangi dua lelaki yang baru sebulan dibebaskan dari Pusat Tahanan Machang, Kelantan berjaya dilumpuhkan ekoran serbuan di sebuah rumah di Taman Rasi, Menglembu.

Dalam serbuan itu, empat individu termasuk dua wanita diberkas manakala lima jam selepas itu, seorang lagi anggota kumpulan terbabit ditahan di lokasi lain berdekatan Menglembu.

Ketua  geng  dikenali dengan panggilan  Ah   Kaw .

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


detikNews : Livina Terbakar <b>di</b> Tol <b>Tambun</b> karena Korsleting Listrik

Posted: 04 Jan 2013 10:08 AM PST

Cari Penawaran Terbaik di Sini

Rancang Perjalananmu di Sini

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Proton nafi pindah keseluruhan kilang ke <b>Tanjung Malim</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 10:48 PM PST

KUALA LUMPUR -– Pengeluar kereta nasional pertama, Proton Holdings Bhd tidak akan memindahkan keseluruhan kilang pembuatan di Shah Alam ke Proton City di Tanjung Malim.

Kereta Proton yang kini dikeluarkan di Shah Alam akan terus dihasilkan di sana, demikian menurut Ketua Sektor bagi Operasi Teknikal Proton untuk kilang Shah Alam dan Tanjung Malim, Abdul Rashid Musa.

Semalam, di Tanjung Malim, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan negeri akan menggerakkan semula rancangan untuk membangunkan perbandaran itu kepada hab automotif negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Zambry berkata Proton akan memindahkan operasi pembuatan berperingkat-peringkat dari Shah Alam ke kilang Tanjung Malim.

Abdul Rashid memberitahu bahawa hanya model Proton masa depan akan dipertimbang untuk dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.

"Ini untuk mengoptimumkan penggunaan kapasiti kilang Proton yang canggih di Tanjung Malim untuk mencapai skala ekonomi, yang kini beroperasi separuh daripada kapasitinya," kata beliau.

Beliau berkata ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan operasi Proton.

Kilang Proton di Tanjung Malim yang dibuka pada Ogos 2004 adalah lima kali lebih besar dengan tanah seluas 517 hektar berbanding kilang Shah Alam yang terletak di kawasan seluas 101 hektar.

Kilang Shah Alam kini mengeluarkan Saga, Satria Neo R3, Exora dan Inspira, manakala Gen 2 (untuk eksport), Persona dan Preve dikeluarkan di kilang Tanjung Malim.

Menurut Zambry, beliau telah bertemu dengan pengurusan Proton dan susulan beberapa perbincangan, syarikat itu telah memutuskan untuk memulihkan Proton City.

Beliau berkata hab automotif negara itu dijangka memberi impak yang besar kepada ekonomi Perak dalam tempoh lima tahun.

Zambry berkata dalam rancangan pembangunan negeri, pembangunan Tanjung Malim itu akan melengkapkan Lembah Klang, seperti yang telah berlaku dengan Seremban, Negeri Sembilan.

Proton melabur antara RM1 bilion hingga RM2 bilion di bawah rancangan penyusunan semula bagi Proton City dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang. – Bernama

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Restoran Ayam Herbal, <b>Bidor</b> (Review) | Silampuneon

Posted: 19 Nov 2012 03:23 AM PST

Salam,
Kalau kamu semua nak tahu...restoran ni kedai pakcik dan makcik saya :) Setiap kali lalu Perak...mesti nak kena singgah BIDOR dan singgah Restoran Ayam Herbal ni :)
Masa on the way back dari Alor Setar ke Kuala Lumpur..kami singgah dinner kat Restoran Ayam Herbal :) Walawehhh...memang terbaiklah ~! Kenyang betooii hahahah :P
Tak sempat nak singgah rumah maklang sebab dah penat sangat badan ni..terus shoot ke KL lepas dinner :)
sangat senang nak cari restoran ni sebab KELUAR TOL JE TERUS NAMPAK RESTORAN NI.
Restoran Ayam Herbal, Bidor - Perak.
Alamat : Restoran Ayam Herba.
No 17, Taman Batang Padang Baru.
NAK MAKANNNN MASAKAN AYAM KAMPUNG ???
yang ni kakak ipar i yang order
Nasi Timbal Ayam Goreng Kampung
yang ni along i order sampai dua pinggan dia order nasi ayam ni
Yang bestnya boleh main dengan ciman ciman mucuk mucuk ! Hashaha...kat tepi tu ada akuarium ikan..iman asyik cakap PISHHH PISHHH sambil tunjuk ikan dalam akuarium :)
 Kueytiao hailam bidor sudah mari....melahap sambil dimulakan dengan bacaan bismillah. Pinggan dia besar wehhhh saya cuba habiskan tapi huaaa tinggal baki jugak...huhuhu memang sedap gila !
Air pulak kami order..air tembikai, air epal, dan air carrot susu :)
semua pinggan besar gedabak..harga sangat berpatutan..presentation semua puas hati..jadi anda semua apa lagi ! Mai ke sini,
singgah Restoran Ayam Herbal di BIDOR :)
Restoran Ayam Herbal, Bidor - Perak.
Alamat : Restoran Ayam Herba.
No 17, Taman Batang Padang Baru.

ini gambar i curi kat internet :)
ok babai ! jangan lupa singgah sini ya !!

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


.: Tanah untuk dijual <b>di Sungkai</b> Perak Bersebelahan Highway

Posted: 22 Dec 2012 11:22 PM PST

Assalamualaikum

Partner saya saudara Azmir Effindi ingin menjual tanah di Sungkai bersebelahan highway utara selatan. Tanah tersebut telah pun dibuka iklannya 2 minggu yang lalu.

Buat masa ini lebih sepuluh orang yang telah datang melawat termasuk dari orang Cina. Harga yang di tawarkan RM 60 ribu (walaupun ada yang menawarkan RM 120 ribu) seekar. Hanya yang cepat dan yang dapat membayar secara cash sahaja akan diberikan.

Maklumatnya:

1) Tanah seekar
2) Sungkai Perak (Bersebelahan highway utara selatan)
3) Taraf Pertanian
4) freehold (Pegangan bebas)
5) Sangat berpotensi

Bagi yang berminat sila hubungi beliau 013 3407323 Azmir Effindi. Boleh nego jika serius.

Jazakallah

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Awekz Bukit Gantang: Ada Apa Dengan Rakyat <b>Negeri Perak</b>???

Posted: 02 Jan 2013 07:59 PM PST


Selama ni, kita sering disajikan 'surat terbuka' dari rakyat kepada pemimpin tapi hari ini, Awekz nak kongsikan surat terbuka dari rakyat untuk rakyat di negeri Perak khususnya. Awekz melihat, ia sesuatu yang boleh dikongsikan. Apa yang benar kita perjuangkan, apa yang salah kita cuba perbetulkan agar menjadi lebih baik.
Surat terbuka dari DR AIRIL YASREEN MOHD YASSIN di atas isu tanah Ngeh dan Nga yang menjadi perbualan hangat dikalangan bukan sahaja pemimpin, malah rakyat secara amnya. 
Diantara kandungan surat terbuka itu:
Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri Teman,
Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada 'kita' menjelang PRU13 nanti.
Awekz: Kita semua diberikan akal untuk berfikir, mana yang baik dan sebaliknya. Namun, bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk menyatakan pendapat dan apa yang dirasakan benar, bukan bersifat peribadi sebaliknya untuk kebaikan bersama. Tidak dirasakan pandangan Dr. Airil ini bersifat rasis atau pesimistik kepada BN dan juga UMNO sebaliknya sesuatu untuk difikirkan dan diambil tindakan oleh semua agar kita UMNO/BN tetap menjadi yang terbaik. Fikir-fikirkan...