07 di jelapang - Google Blog Search |
Suara Rakyat: <b>Jelapang</b> Padi Kota Belud:Sistem Tanam Padi <b>...</b> Posted: 23 Dec 2012 08:26 PM PST HARI ini bertempat di Dewan Terbuka Datuk Musbah Kampung Taun Gusi Kota Belud, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Pengurusan Berpusat NKEA Pertanian, EPP11 Kota Belud kepada lebih 100 petani. EPP11 adalah satu program dalam NKEA Pertanian negara yang bertujuan untuk meningkatkan produksi padi melalui kaedah moden. 100 petani yang terlibat pada Majlis itu hari ini merupakan sebahagian petani Kota belud yang termasuk dalam program Jelapang Padi Kota Belud yang meliputi 10 ribu hektar. Kota Belud telah dikenal pasti sebagai salah satu pusat pengeluaran beras negara melalui pengwujudan Jelapang Padi dan peruntukannya telah diumumkan dalam Bajet Negara Tahun 2013. Program yang bercorak pertanian sungguh membantu penduduk Kota Belud dalam peningkatan pendapatan, kerana daerah itu tidak mempunyai sumber kekayaan lain, selain hasil pertanian, perkebunan dan perikanan. Hasil usaha dan ketekunan ADUN Tempasuk dan sokongan MP Kota Belud serta Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman; akhirnya Program Jelapang Padi berjaya dimuktamadkan, dan program ini kini telahpun menjadi program nasional. |
You are subscribed to email updates from di jelapang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan