Jumaat, 14 September 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Inilah Aku: KUL - Sungkai - Ipoh - <b>Hutan Melintang</b> - Hilanggggg Arah

Posted: 04 Sep 2012 12:51 AM PDT

Assalamualaikum. Semoga teman2 blogger sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Cuti hujung minggu sambutan Kemerdekaan dipenuhi dengan berjalan2 jauh nun di Felda Residensi Sg Klah, Sungkai. Memang tak dirancang langsung nak ke situ, tapi tu la last minit tiba2 tergoda dengan cerita teman ofis nih, terus tanya en suami. Bila dapat green lite, bilik terus dibooking untuk semalam sahaja. Orang kata, saja nak try macamana bestnya stay di Hot Spring Felda. Kebetulan hari tu kan Jumaat, so lepas saja selesai tonton perarakan Kemerdekaan di TV, terus bertolak ke Sungkai. En suami kata kali ni biar adventure sikit, ikut jalan lama. Sebelum tu, singgah dulu di rumah adik ipar di Bukit Beruntong. Dah lama tak bersua muka walaupun tinggal dekat saja. Perjalanan ke Hot Spring Felda memang mengasyikkan dengan pandangan kiri kanan kampung2 dan pekan kecil. Seronok juga sekali sekala ikut jalan lama kan, kalau highway memang jalan terus saja dah sampai. Sampai di Hot Spring lebih kurang jam 4 petang, terus check in dan tukar pakaian. Agenda pertama ke Hot Pool, pertama kali merasai kehangatan di kolam ini. Memang mulanya tak tahan sangat, tapi bila dah lama terasa sedap je kaki berendam lama2. Saya tak berani nak berendam terus, malu pulak kalau basah seluruh badan walaupun berseluar panjang dan t-shirt longgar. Yang seronoknya bila di Mountain Spring Cool (kata pekerja resort air mengalir terus dari gunung...entah iye entah tidak). Yang pastinya, mestila kanak2 riang yang menjerit2 suka ketika di pool ini. Ini lokasi map untuk keseluruhan resort. Senang bagi yang pertama kali ke sini Tak larat jalan, boleh sewa basikal dengan kadar berpatutan. Tapi elok ler berjalan, exercise badan kan. Jauh perjalanan, sihat badan! Bilik deluxe yang luas, selesa! Redup mata memandang, cantik di hadapan lobby dan chalet. Yang ini sapa yang berminat nak rendam air panas, boleh berendam sepuas2 hati. Sedap jeee...mula2 cecah kaki terasa panas, tapi bila lama2 ok jer. Dibuka sampai 11 malam. Ada berani ke.... di tengah hutan macam ni nak rendam sorang2!! Yang ini kolam air terus dari gunung (itu kata petugas di kolam tersebut...kalau bohong dia, bohong la saya kan!!!) Memang seronok untuk kanak2 riang, bukan dia orang je, orang2 tua pun apa kurangnya. Di situ juga ada air panas berperingkat mencecah 40 - 45 darjah C. Kawasan untuk merebus telur juga ada disediakan, tapi sangat panas kalau nak berendam kaki. Sapa yang tahan boleh saja, cuma takut bila diangkat kaki tu tinggal tulang pulak (terlebih masak sudah hihihi). Lupa lak nak ambik gambar kawasan rebus telor ni. Ini apa hal pulak nih. Kes merajuk sebab si ayah nak berendam di kolam panas, si anak nak bermain di mountain pool...so macamana tuuu...last2 si ibu mengalah temankan si anak comel ni bermain di mountain pool, tinggalkan si suami yang nak bermanja gak sekali sekala si isteri menemani. Huhuhuu Cerita dari Sungkai - Ipoh - Hutan Melintang tu akan disambung nanti. Cewahhh...macam drama bersiri lak hihihi.

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


RUmah Untuk <b>Di</b> Sewa Taman <b>Lekir</b> Indah Sitiawan Perak | Portal <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 06:57 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rumah untuk disewa di Taman Lekir Indah (alamat No.8, Lrg Lekir Indah 2,Taman Lekir Indah, Batu 12, 32020 Lekir,Sitiawan Perak) Masuk Oktober 2012 Sewa RM300 sebulan Deposit (2 bulan,sewa 1 bulan ,elektrik, air) ...

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Sambutan Hari Raya SK Seri <b>Langkap</b>, Setiu - SK Seri <b>Langkap</b> Sg <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2012 08:50 PM PDT

Majlis Sambutan Hari Raya SK Seri Langkap, Setiu pada kali ini diadakan secara besar-besaran dengan gotong-royong dan kerjasama para guru, staf, ajk PIBG dan ibubapa.  Majlis diadakan pada hari Sabtu (8 September) bertempat di Dewan Terbuka SKSL.






















07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Kek Perkahwinan <b>di Bota</b>, Perak - 2 Tier Buttercream Cake

Posted: 02 Sep 2012 07:01 PM PDT

Kami mementingkan kualiti dan keenakan coklat. Oleh yang demikian kami memilih jenama coklat yang sedap dan enak dari Beryl's Chocolate dan Barry Callebaut Malaysia. Produk coklat dari jenama ini telah disahkan halal. Jadi para pengguna sekalian tak perlu lagi risau..:D

PILIH JENIS COKLAT

1. Milk Chocolate Compound
2. Dark Chocolate Compound
3. White Chocolate Compound

WARNA PUN BOLEH PILIH JUGAK...mengikut tema masing-masing :D

Pink
Merah
Kuning
Hijau
Deep Orange
Biru

* Kalau nak warna lain pun boleh beritahu yer..(jika ada) :D

Pilih 'Chocolate Pattern'

1. Lollipop (Sila lihat gambar di bawah)
2. Love
3. Rose / Flower
4. Leaf
5. Shell
6. Fruit (Nenas)
7. Kipas
8. Fish / Butterfly / LadyBird / Bear / Cat Face / Rabbit Face
9. Nombor ( 0-9 )
10.Huruf ( a-z )
11. Keretapi / Kereta/ Kapal ( XXL )

PILIH INTI

1. Tiada Inti
2. Almond
2. Hazel
3. Peanut Butter
4. Kismis

PERISA

Kebiasaannya bagi LOLLIPOP CHOC boleh diletakan perisa jika mahu la...:D

1. Strawbery - sesuai bagi yang berwarna merah/pink
2. Jagung - sesuai untuk semua warna
3. Pandan - sesuai bagi yang berwarna hijau
4. Orange - sesuai bagi yang berwarna oren
5. Vanilla - sesuai bagi semua warna
6. Laici - sesuai bagi semua warna
7. Coffee
8. Cappucino

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


al-Husseyn: Jahanam Amerika <b>di Ipoh</b> - Bantahan terhadap filem <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 01:04 AM PDT

Kita patut bermegah dengan Islam kerana Islam tidak pernah menghina Nabi Isa atau Nabi Musa atau Nabi Ibrahim, tidak pernah menghina ugama Kristian atau Yahudi.

Namun keadaan yang demikian tidak menghalang orang bukan-Islam menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Telah banyak kali nabi Muhammad dan Islam itu sendiri dihina dan main-mainkan oleh orang bukan Islam.


Filem "Innocence of Muslims," yang mempersenda dan menghina Nabi Muhammad menyebabkan ummat Islam seluruh dunia bangkit membantah.

Bantahan di bangunan Kedutaan Amerika di Libya telah menyebabkan dutanya terbunuh dan tiga lagi terbunuh.


Di kedutaan Amerika di Mesir, rakyat membakar bendera Amerika dan menconteng dindng bangunan tersebut.

Kita bukan mahu menyokong keganasan tetapi kita mesti maklum apa-apa pun boleh terjadi apabila kemarahan telah memuncak dan menguasai pemikiran yang rasional.


Bagaimana kita boleh bersabar apabila Nabi Muhammad , dalam filem tersebut melalui beberapa bahagiannya tersebar di Internet digambarkan sebagai anak pengamal homosex dan beliau adalah pendorong perhambaan kanak-kanak dan ditohmah melakukan penzinaan atas nama agama.

Gambar-gambar menunjukan bantahan terhadap filem tersebut telah diadakan selepas solat Jumaat di luar perkarangan Mesjid Negeri Ipoh sebentar tadi oleh Pemuda PAS Perak.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


ECE Technologies Buka Kilang Ketiga <b>Di Taiping</b>, Berjaya Tembusi <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 12:25 AM PDT

Syarikat ECE Technologies Sdn Bhd dijangka berupaya menawarkan pekerjaan kepada sekitar 1,500 hingga 2,000 rakyat Perak khususnya sekitar Taiping apabila kilang kelima dan keenamnya yang mengeluarkan mesin basuh dan penghawa dingin dibina menjelang suku kedua tahun depan.

Pengarah Urusannya, Mohd Mahyudin Zainal, berkata kedua-dua kilang syarikat itu akan diwujudkan dengan kos pelaburan berjumlah RM40 juta di kawasan perindustrian Kamunting.

"Sementara itu, kita juga sedang mengatur perancangan membuka kilang keempat juga di Kamunting yang mampu mengeluarkan 20,000 unit mesin basuh sebulan dengan pengeluaran maksimum 30,000 unit sebulan.

"Nilai pelaburan yang diperlukan untuk penubuhan kilang ini dianggarkan sebanyak RM25 juta," katanya kepada pemberita selepas perasmian kilang ketiga syarikat itu di Koridor Utara serta Jamuan Hari Raya di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, dekat Taiping, hari ini.

Majlis perasmian kilang ECE Technologies Sdn Bhd bernilai RM12 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Datuk Redza Rafiq.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahyudin berkata, selain peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, kilang baru itu juga menawarkan lebih banyak tempat untuk latihan perindustrian dan teknikal, sekaligus menjadi sumbangan syarikat dalam merakyatkan perniagaan syarikat.

Satu lagi sumbangan syarikat ialah ialah Program Pembangunan Vendor dan pembukaan kilang baru di Kamunting itu diharap dapat melahirkan sekurang-kurangnya empat vendor atau pembekal yang beroperasi  seiring dengan pengeluaran kilang, katanya lagi.

"Vendor ini akan menjadi pembekal kepada komponen berasaskan plastik, besi, elektrik dan pembungkusan.

"Selain itu, mereka juga akan dibimbing selari dengan pembesaran syarikat dan kita mensasarkan melahirkan 13 vendor menjelang akhir tahun 2013.

"Melalui usaha ini, kedudukan syarikat lebih terjamin dengan pembekalan komponen yang diperlukan dengan harga yang berpatutan dan vendor pula mendapat pesanan kerja yang terjamin," tegas Mahyudin lagi.

Sebelum itu, Dr Zambry menyempurnakan majlis pelepasan dua produk kontena mesin basuh ECE semi-automatik untuk dieksport ke Thailand yang  bernilai RM314,000.

Selain mesin basuh dan peti sejuk, ECE Technologies turut mengeluarkan barang keperluan rumah yang lain seperti Plasma TV, pemain cakera padat serta barangan dapur antaranya periuk nasi dan pengisar makanan.

Produk syarikat itu berjaya menembusi pasaran negara Asia Tenggara antaranya Thailand, Mynmar dan Indonesia  dan tidak ketinggalan melebarkan sayap perniagaannya di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Mesir.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Lyssa <b>Di Tapah</b> , Perak :) | ! LYSSA FAIZUREEN !

Posted: 14 Sep 2012 06:53 AM PDT


Peacee Yo(!) ^_^v
Ahaa . Ada baca tak entri Lyssa yang tadi tu ------>> SINI ! Entry tu Lyssa ada kat Penang lagi . Kat terminal bas . Hokey , untuk dipendekkan cerita , Lyssa bertolak pukul 1.00 dan sampai di Medan Gopeng dalam pukul 3.30 macam tu . 
Sampai-sampai mama lyssa dah janji dengan kawan dia nak jumpa kat situ minum-minum lepak area tu je . Ada lyssa update kat FACEBOOK yang kata Lyssa makan kat kedai mamak .
Memang lapaq gila kot time tu . Perkena nasik goreng China . haha xD
Urhm . Petang dalam 5.30 macam tu bertolak dari situ dan terus ke Tapah . (rumah Opah Lyssa + rumah makcik Lyssa) . Makcik a.k.a kakak mama Lyssa . Paham dak nih ? Pening putaq belit dah . haha . 
Eh , dan sekarang Lyssa ada kat rumah makcik Lyssa . Tidur semalam je kat Tapah ni . Esok awal pagi dah nak bertolak ke Shah Alam . Naik bas sekali dengan mama and makcik Lyssa . Turun di De Palma Hotel di Seksyen 19 Shah Alam . Ada apa kat situ ? 
A'aah . Esok dalam pukul 2 petang , mama ada reunion dengan kawan-kawan dia . Lyssa menumpang teman mama je pun (sebenarnya kena paksa dengan abah . Tak nak pi pun . Bosan) haha . Nampaknya esok Lyssa jadi photographer mama dengan kawan-kawan dia lah . alahai . Bosaaaaaannnyyeee ! :p
Tapi tak pe . Lepas shoot photo diorang , boleh je lepak dok dalam bilik kat hotel tu layan korang . ONLINE ONLINE ONLINE . Memang hidup Lyssa online je keje . wakaka . Haa . Then , ahad pagi awal bute pulak , mak jang Lyssa ambik kami kat hotel tu , terus bawak ke rumah dia kat Bukit Jalil . Dia ada buat jamuan raya and birthday party anak dia . So , kami pun memang tak ley cakap apa lah . Pergi lah kami dua beranak nanti kan :)
Isnin petang pulak , kami dua orang terus bertolak ke Penang . Naik Bus Terbang ! haha . 
*Eh , dah macam diary TERBUKA pulak . haha . Biarlah . Asal korang faham apa yang Lyssa merepek kat atas ni pun dah cukup .
TerimaKasihSudiBaca . KalauRajinCommentLa ye ! xD

Shafie Nor: 4 lelaki diburu polio disyaki pecah rumah <b>di Tapah</b>, Bidor

Posted: 07 Sep 2012 05:10 AM PDT

TAPAH, JUMAAT, 07 September, 2012: Polis kini memburu empat lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan curi di kawasan Tapah dan Bidor baru-baru ini.

Mereka yang dicari ialah Krishnamurthi a/l Thangaiah, 24; berasal dari Rawang Selangor dan rakannya Sathiskumar a/l Logannatan, 21; dan Mohd. Suhady Ahmad, 32, atau nama panggilannya Adi berasal dari Air Kuning.

Seorang lagi yang dicari polis ialah lelaki Melayu, berbadan kurus, berumur lingkungan 30-an, berpakaian kemas serta berambut pendek dan lelaki itu menggunakan kenderaan jenis perodua Myvi, Naza, Sutera atau Viva.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt. Som Sak a/l Din Keliaw berkata, Krishnamurthi dan rakannya Sathiskumar dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi pada 6 Jun di Taman Bunga Raya di sini.

Mohd. Suhady pula dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes sama di Kampung Sungai Kurung Dalam, Air Kuning 31 Ogos lepas, manakala lelaki yang belum dikenalpasti identitinya itu pula disyaki melakukan jenayah itu di kawasan Bidor dan Tapah dengan kes terbaharu dilapor di Taman Puteri Rupawan, Bidor, 4 September lepas.— BERNAMA

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Black Panther: Ucapan YB Dato&#39; Ahmad Maslan <b>di Beruas</b>

Posted: 04 Sep 2012 06:23 PM PDT

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Beauty Fair <b>di Kinta</b> Riverfront Hotel, Ipoh - Gold Heart Swan

Posted: 03 Jul 2012 09:31 AM PDT

Sesiapa pun boleh datang dan belajar buat facial pada wajah sendiri.
Arahan semua kami tunjukkan.
Semua boleh masuk dan belajar.
Selepas sesi ini, sekiranya ada yang sesuai dan saudari ingin membeli, dipersilakan.

Kami menyediakan peluang untuk anda mencuba dulu produk yang sesuai sebelum beli.
Namun, jika ada halangan, anda tidak perlu berasa bersalah jika tidak membeli.
Kami hanya mahu peluang berkongsi maklumat dengan anda.
Kami ada banyak maklumat yang ingin disampaikan.
Anda hanya perlu luangkan masa sahaja.
Rata-rata selepas sesi ini, ramai yang berasa seronok!
Next appointment 14 July 2012
Venue : Heritage Hotel, Ipoh
Pagi hingga jam 3 petang.
Masa yang diambil : satu jam

<b>Kinta</b> Menjerit: Liputan Telefon Selular <b>di</b> Lebuhraya Perlu <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 03:08 AM PDT


Kerajaan Persekutuan diminta agar membantu Perak mengatasi masalah liputan telefon selular yang dihadapi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang merentasi laluan sepanjang negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata masalah itu mengganggu kelancaran komunikasi pengguna yang menggunakan lebuhraya terbabit kerana talian boleh terputus secara tiba-tiba selepas beberapa minit bercakap.

"Masalah yang membabitkan liputan telefon selular di sepanjang lebuhraya yang merentasi Perak ini sudah saya bangkitkan di mesyuarat peringkat negeri dan Persekutuan.

"Kalau dilihat peta Perak, ia memiliki laluan lebuhraya yang terpanjang berbanding negeri lain dan kita menghadapi masalah liputan selular yang menjejaskan komunikasi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan kerana wujudnya 'blind spot' di banyak kawasan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, sebentar tadi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri tambah Zambry, berharap agar kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dapat mengadakan perbincangan lanjut dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan PLUS Malaysia Berhad bagi menyediakan kemudahan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga katanya, telah menyediakan kemudahan jalur lebar kepada segenap lapisan rakyat di Perak bagi mendedahkan mereka dengan dunia teknologi maklumat (IT).

Sehingga hari ini, kira-kira 100,000 Notebook 1Malaysia telah diagih-agihkan kepada golongan yang layak di seluruh Perak, katanya.

Selain itu, sebanyak 368 Kampung Tanpa Wayar juga telah diwujudkan di negeri terbabit selain 11 lagi Pusat Jalur Lebar Komuniti turut dibuka dengan bantuan SKMM.

"Perak juga mempunyai 38 Pusat Internet 1Malaysia dan tidak ketinggalan kemudahan 132 telefon awam bagi kemudahan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman Perak," katanya lagi.

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Selamat Bercuti <b>Di</b> Cameron Highland dan <b>Tambun</b>

Posted: 04 Sep 2012 07:10 AM PDT

Tempahan dibuka sepanjang masa, sila hubungi Muhamad 0195550175 untuk tempahan.

Sila tempah awal untuk mengelak daripada kehabisan apartment

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Shafie Nor: 4 lelaki diburu polio disyaki pecah rumah <b>di</b> Tapah, <b>Bidor</b>

Posted: 07 Sep 2012 05:10 AM PDT

TAPAH, JUMAAT, 07 September, 2012: Polis kini memburu empat lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan curi di kawasan Tapah dan Bidor baru-baru ini.

Mereka yang dicari ialah Krishnamurthi a/l Thangaiah, 24; berasal dari Rawang Selangor dan rakannya Sathiskumar a/l Logannatan, 21; dan Mohd. Suhady Ahmad, 32, atau nama panggilannya Adi berasal dari Air Kuning.

Seorang lagi yang dicari polis ialah lelaki Melayu, berbadan kurus, berumur lingkungan 30-an, berpakaian kemas serta berambut pendek dan lelaki itu menggunakan kenderaan jenis perodua Myvi, Naza, Sutera atau Viva.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt. Som Sak a/l Din Keliaw berkata, Krishnamurthi dan rakannya Sathiskumar dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi pada 6 Jun di Taman Bunga Raya di sini.

Mohd. Suhady pula dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes sama di Kampung Sungai Kurung Dalam, Air Kuning 31 Ogos lepas, manakala lelaki yang belum dikenalpasti identitinya itu pula disyaki melakukan jenayah itu di kawasan Bidor dan Tapah dengan kes terbaharu dilapor di Taman Puteri Rupawan, Bidor, 4 September lepas.— BERNAMA

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Ustazah Abby Abadi mula meroyan dan didaftar <b>di Tanjung Rambutan</b>

Posted: 06 Sep 2012 10:20 AM PDT

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Senarai Homestay <b>Di Batu Gajah</b> Perak | Coretan Anuar

Posted: 14 Sep 2012 01:40 AM PDT

Berikut merupakan Senarai Homestay di Batu Gajah Perak yang berjaya saya perolehi melalui hasil carian di Laman Web Google Malaysia..
Dalam senarai Homestay tersebut, terdapat beberapa Homestay yang diiklankan di laman web Mudah.my... Jadi semasa anda melawat blog ini, kemungkinan sumber iklan tersebut tidak lagi aktif di Mudah.My disebabkan syarat pengiklanan yang ditetapkan di Mudah.my iaitu.. 
"Setiap Iklan akan disiarkan selama 60 hari sebelum iklan tersebut dipadamkan.."
Sekiranya anda mempunyai urusan di Batu Gajah dan sedang mencari Homestay untuk didiami, berikut merupakan senarai pemilik Homestay yang boleh anda hubungi..


Pak Ya Home Stay terletak di Metro Pengkalan sesuai untuk disewa bagi anda yang mempunyai urusan di sekitar Ipoh, Seri Iskandar dan Tronoh, Perak 
- 15 km ke Tesco & AEON Section 18 , Ipoh. 
- 4 km dari Carlie Castle
- 13 km  dari UiTM Seri Iskandar
- 13 km dari Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- 15 km dari IKBN, Seri Iskandar
- 15 km ke SMKA Sultan Azlan Shah
- 15 km ke SM Teknik Seri Iskandar
- 40 km ke MRSM Kampung Gajah
- 50 km ke Lumut/Teluk Batik
Kemudahan Berhampiran : Stesyen Minyak Petronas, Restaurant, Mesin ATM Maybank, Pasaraya Mini, Surau dan sebagainya.
Kemudahan yang Disediakan di Pak Ya Home Stay:
- Bilik Tidur No 1 (Master Bedroom)
1 Katil Queen-size, air-condition unit, Kipas Dinding, Tandas, Meja Solek, Almari Pakaian
1 Katil Queen-size , Kipas Dinding, Meja Solek, Almari Pakaian
2 Katil Bujang, Kipas Dinding,  Almari Pakaian
- Ruang Makan (Wet kitchen and Dry kitchen)
- 1 Tandas (Selain Master Bed Room)
- Porch (Kapasiti untuk 2 kereta)
- Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti Television, Cerek Elektrik, dining set, tea set, mineral pot, dan sebagainya.
Sesuai Untuk Aktiviti keluarga seperti:-
- Melawat Kawan/Ahli Keluarga
- Bercuti Bersama Keluarga
- Lain-lain Aktiviti Seperti (Kenduri, Raya, Tahun Baru, Sure Heboh!, dan Sebagainya.)
- Menghadiri Kursus / Praktikal / Loging
Terdapat Pasar malam Di Kawasan Berhampiran Pak Ya Home Stay pada setiap hari Ahad...
**Sekiranya anda berminat untuk menyewa Pak Ya Home Stay anda boleh menghubungi..
- Zakaria Hashim (Pak Ya) 012-5780498
2. HOMESTAY DI BATU GAJAH PERDANA
-Homestay Bersih Dan Lengkap Di Batu Gajah Perdana Untuk Disewa.
-Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.(dengan Penghawa Dingin)
-Lokasi Homestay ini berdekatan dengan deretan kedai-kedai,restoran-restoran dan
Stesyen Minyak Petronas.Juga berdekatan dengan UTP,UiTM dan lain-lain.
-Anda pasti berpuas-hati dengan kemudahan lengkap yang kami sediakan.
-Untuk Tempahan Sila Hubungi 019 576 7779 (En.Khalid)
Rumah penginapan yang selesa untuk percutian anda seisi keluarga, rombongan pengantin, majlis konvokesyen, kerja outstation dan lain-lain
A'isy Homestay berhampiran
# Jalan utama Ipoh-Kuala Kangsar
# Kedai makan 24 jam, kedai runcit, bank
# The Centro(pool,Gym,driving range) 
# Mc Donald Klebang Ipoh (2km)
# Institut Perguruan Ipoh, Kolej Perubatan Ulu Kinta, Politeknik Ungku Omar
# kawasan perkelahan Ulu Chepor 
Kemudahan yang disediakan :-
• 3 bilik tidur ( 2 bilik dilengkapi aircond )
• ruang tamu yang luas dan selesa
• parking kereta berbumbung
• TV, DVD player, Astro
• tuala, sabun mandi dan syampu
• dapur gas, kelengkapan memasak serta pinggan mangkuk
• toto dan bantal tambahan.
#Homestay ini hanya menerima penghuni muslim sahaja. 
Terdapat juga 2 unit lagi homestay di taman yang sama, jaraknya 500 meter. 
Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
No 27 Jalan Sri Klebang 31,


Hubungi : 019-4636201 (Puan Noor Mastura)

5. HOMESTAY DI TAMAN BATU GAJAH PERDANA

- Berdekatan:
a) Kelab Golf Clearwater
b) UiTM Seri Iskandar
c) Universiti Teknologi Petronas
d) Kellie Castle
e) Cameron Highlands - 50km
f) Penjara Batu Gajah
g) Hospital Batu Gajah
h) Medan Selera

- Dilengkapi:
a) Aircond
b) Peti Ais
c) Sofa
d) TV
e) Meja Makan/ Pinggan Mangkuk
f) Katil Kelamin & Katil Bujang
g) Jag Air Elektrik
h) Seterika
i) Sejadah
j) Pemanas Air
k) Almari Dapur

Harga :RM 200/ semalam

Hubungi : Nizam 016 3930414


6. HOMESTAY NA&WA SIPUTEH

Homestay harga yang berpatutan dan tempat yang sangat2 selesa....!!!

dari pusing ke homestay 3 km (5minit)
- dari batu gajah ke homestay5km (8 minit)
- dari homestay k utp 9km (15minit)
- dari homestay ke uitm 12km (20minit)
- dari parit ke homestay 7km (10 minit)
- dari homestay ke medan gopen (30minit)
sebarang pertanyaan boleh komen di post ini atau boleh hubungi:
En. Radoan : 0125651444/ 0165361444

Semoga info ini berguna kepada anda yang sedang mencari Homestay di Sekitar Batu Gajah Perak.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> MRSM <b>Lenggong</b> September 2012

Posted: 03 Sep 2012 01:32 AM PDT

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong di MRSM Lenggong, jawatan kosong adalah seperti berikut :


1. Juruteknik Komputer

tarikh tutup 17 spetember 2012

permohonan adalah melalui portal jobsmalaysia