Jumaat, 14 September 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


ECE Technologies Buka Kilang Ketiga <b>Di Taiping</b>, Berjaya Tembusi <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 12:25 AM PDT

Syarikat ECE Technologies Sdn Bhd dijangka berupaya menawarkan pekerjaan kepada sekitar 1,500 hingga 2,000 rakyat Perak khususnya sekitar Taiping apabila kilang kelima dan keenamnya yang mengeluarkan mesin basuh dan penghawa dingin dibina menjelang suku kedua tahun depan.

Pengarah Urusannya, Mohd Mahyudin Zainal, berkata kedua-dua kilang syarikat itu akan diwujudkan dengan kos pelaburan berjumlah RM40 juta di kawasan perindustrian Kamunting.

"Sementara itu, kita juga sedang mengatur perancangan membuka kilang keempat juga di Kamunting yang mampu mengeluarkan 20,000 unit mesin basuh sebulan dengan pengeluaran maksimum 30,000 unit sebulan.

"Nilai pelaburan yang diperlukan untuk penubuhan kilang ini dianggarkan sebanyak RM25 juta," katanya kepada pemberita selepas perasmian kilang ketiga syarikat itu di Koridor Utara serta Jamuan Hari Raya di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, dekat Taiping, hari ini.

Majlis perasmian kilang ECE Technologies Sdn Bhd bernilai RM12 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Datuk Redza Rafiq.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahyudin berkata, selain peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, kilang baru itu juga menawarkan lebih banyak tempat untuk latihan perindustrian dan teknikal, sekaligus menjadi sumbangan syarikat dalam merakyatkan perniagaan syarikat.

Satu lagi sumbangan syarikat ialah ialah Program Pembangunan Vendor dan pembukaan kilang baru di Kamunting itu diharap dapat melahirkan sekurang-kurangnya empat vendor atau pembekal yang beroperasi  seiring dengan pengeluaran kilang, katanya lagi.

"Vendor ini akan menjadi pembekal kepada komponen berasaskan plastik, besi, elektrik dan pembungkusan.

"Selain itu, mereka juga akan dibimbing selari dengan pembesaran syarikat dan kita mensasarkan melahirkan 13 vendor menjelang akhir tahun 2013.

"Melalui usaha ini, kedudukan syarikat lebih terjamin dengan pembekalan komponen yang diperlukan dengan harga yang berpatutan dan vendor pula mendapat pesanan kerja yang terjamin," tegas Mahyudin lagi.

Sebelum itu, Dr Zambry menyempurnakan majlis pelepasan dua produk kontena mesin basuh ECE semi-automatik untuk dieksport ke Thailand yang  bernilai RM314,000.

Selain mesin basuh dan peti sejuk, ECE Technologies turut mengeluarkan barang keperluan rumah yang lain seperti Plasma TV, pemain cakera padat serta barangan dapur antaranya periuk nasi dan pengisar makanan.

Produk syarikat itu berjaya menembusi pasaran negara Asia Tenggara antaranya Thailand, Mynmar dan Indonesia  dan tidak ketinggalan melebarkan sayap perniagaannya di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan