Jumaat, 14 September 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Soalan Dewan <b>Negeri Perak</b> oleh YB Tuan Nga Kor Ming(Kawasan <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 02:58 AM PDT

admin     |     September 3, 2012     |     Berita     |     0 Comments

Soalan Persidangan Dewan Negeri Perak September, 2012

A) Soalan Bertulis

1.  Minta YAB Menteri Besar nyatakan  butir-butir terperinci saiz tanah pertanian, tanah perumahan, tanah industri, tapak lombong dan kuari yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam tahun 2009 hingga 2012 serta premium tanah yang dikutip mengikut kategori tanah dan kawasan Daerah.

2.         Minta YAB Menteri Besar nyatakan secara terperinci jumlah kos perbelanjaan, program yang dihadir dan hasil lawatan luar negeri secara satu per satu yang melibatkan YAB Menteri Besak Perak, penasihat-penasihat Menteri Besar, Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri, Timbalan TYP Dewan Negeri  dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sejak Februari 2009 hingga Ogos, 2012.

3.         Minta YAB Menteri Besar nyatakan secara teliti apakah terma-terma utama dalam kontrak penjualan asset air Negeri kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara(SPAN) dan adakah kerajaan bercadang menaikkan tariff air dalam tempoh 5 tahun yang akan datang?

 

4.         Minta YAB Menteri Besar nyatakan secara teliti jumlah hasil pembalakan negeri Perak mengikut tahun dan saiz keluasan tanah yang diluluskan mulai dari tahun 2000 hingga 2012.

5.         Minta YAB Menteri Besar nyatakan apakah rancangan dan langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan untuk  :-

a) Membina lapangan terbang baru dalam Negeri Perak;

b) Pembinaan terminal perlabuhan perlancongan di Lumut dan

c) Taman Botani Negara di Bidor?

B) Soalan Lisan

1.         Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah seluas 150 ekar di Segari kepada Syarikat dormant Atigas Teknologi Sdn Bhd untuk projek perlaburan Gas asli bernilai RM5.8 billion pada tahun 2011. Minta YAB Menteri Besar sila nyatakan secara terperinci :-

a) Jumlah hasil premium yang diterima setakat ini;

b) Hasil Laporan impak Alam Sekitar(Environment Impact Assessment Report) dan

c) Setakat ini berapakah jumlah modal perlaburan disuntik dan bilangan pekerjaan yang berjaya diwujud?

2.         Minta YAB Menteri Besar nyatakan  secara terperinci satu per satu kos pembelian dan penyelenggaraan semua kereta rasmi YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli MMK, Penasihat Menteri Besar, Tuan dan Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri secara satu per satu mulai tempoh 2009 hingga Ogos 2012.

3.         Minta YAB Menteri Besar nyatakan  jumlah senarai peruntukan bagi hal-ehwal Islam dan hal Ehwal Bukan Islam secara teperinci bagi tempoh 2000 hingga 2012 dan apakah pencapaiannya dalam pembangunan rohani masyarakat dalam negeri kita .

Soalan Dewan ini disediakan oleh Pejabat Ahli Dewan Negeri PANTAI REMIS YB Tuan Nga Kor Ming

 

Tarikh : 1hb September, 2012.   

Dear my friends, all of u can do a lot of things & be part of the team. It will make a difference!

First, help to "Share" and "Like" our contents in Facebook or other social networking to create viral spread of information.

Get all your friends to join Nga Kor Ming Fans Page at http://facebook.com/davidngakorming

Help to post or publish our contents in Forum (Cari,Lowyat,JBtalk etc) or your own website.

Link our website "http://www.ngakorming.com/bm" to your blog/website/social networking.

Mobilize all your friends & relatives to register as voters and vote against BN.

Join DAP as members and subscribe to The Rockets to help disseminating info.

Take out the responsibility to put your thought for alternative media etc.

In short, there is a will, there is a way. Thanks!

Nga Kor Ming

Related posts:

  1. Soalan Dewan Negeri Perak oleh YB Pantai Remis-Tuan Nga Kor Ming sempena persidangan April, 2011‏
  2. SOALAN DEWAN NEGERI OLEH YB TUAN NGA KOR MING-DUN PANTAI REMIS‏
  3. Soalan Persidangan Dewan Negeri dari YB Pantai Remis Tuan Nga Kor Ming‏
  4. Soalan Dewan Negeri Perak untuk sesi mulai 21/11/2011‏
  5. Soalan Persidangan Dewan Negeri Perak Ogos, 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan