Jumaat, 14 September 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


al-Husseyn: Jahanam Amerika <b>di Ipoh</b> - Bantahan terhadap filem <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 01:04 AM PDT

Kita patut bermegah dengan Islam kerana Islam tidak pernah menghina Nabi Isa atau Nabi Musa atau Nabi Ibrahim, tidak pernah menghina ugama Kristian atau Yahudi.

Namun keadaan yang demikian tidak menghalang orang bukan-Islam menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Telah banyak kali nabi Muhammad dan Islam itu sendiri dihina dan main-mainkan oleh orang bukan Islam.


Filem "Innocence of Muslims," yang mempersenda dan menghina Nabi Muhammad menyebabkan ummat Islam seluruh dunia bangkit membantah.

Bantahan di bangunan Kedutaan Amerika di Libya telah menyebabkan dutanya terbunuh dan tiga lagi terbunuh.


Di kedutaan Amerika di Mesir, rakyat membakar bendera Amerika dan menconteng dindng bangunan tersebut.

Kita bukan mahu menyokong keganasan tetapi kita mesti maklum apa-apa pun boleh terjadi apabila kemarahan telah memuncak dan menguasai pemikiran yang rasional.


Bagaimana kita boleh bersabar apabila Nabi Muhammad , dalam filem tersebut melalui beberapa bahagiannya tersebar di Internet digambarkan sebagai anak pengamal homosex dan beliau adalah pendorong perhambaan kanak-kanak dan ditohmah melakukan penzinaan atas nama agama.

Gambar-gambar menunjukan bantahan terhadap filem tersebut telah diadakan selepas solat Jumaat di luar perkarangan Mesjid Negeri Ipoh sebentar tadi oleh Pemuda PAS Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan