Pada sabtu 24/7/2010 yg lalu, telah pergi ke Sungkai atas jemputan rakan sekerja, Din utk menikmati durian di dusunnya. Katanya durian baru start nak gugur, elok benor la tu aku mmg teringin jgk nak mkn durian ni. Lg² free plak ni. Semua yg hadir merupakan rakan sekerja dgn jemputan yg terhad dari R&D. Semua datang bersama keluarga masing² kecuali aku je la yg tak kawin lg. Mujur Saufi ada, ada gang la dari grup lelaki bujang. Ahaks!

Perjalanan dimulakan dgn berkumpul di R&R Tapah seawal jam 9 pagi. Kumpulan bergerak dari Tapah dgn 7 buah kereta di dahului dgn Saudara Din selaku tuan rumah. Aku yg bergerak last sekali hampir tertinggal kerana tersekat di R&R akibat ada kereta yg tgh tunggu nak masuk parking. Hampeh betul!

Saat menikmati durian. Sebelum makan cari dulu, dah cukup byk masing² cuba nak kopek durian, sampai ada yg luka² tgn. Ada yg jadi durian cincang. Gua? steady je beb, kopek durian semudah A B C..hehe. Dan paling kureng bila time ni plak la EOS aku problem, AF tak bole fokus, motor hang ke ntah apa. Nasib manual fokus sume menjadi. Fuh!

Aktiviti seterusnya mandi sungai. Budak² bising sgt nak mandi sungai. Bila dah nampak air apa lagi masing² laju je masuk air. Ingat nak sambung mkn durian sambil mandi tp sekali dah berendam, lupa dah.

Berjayanya satu aktiviti yg dapat merapatkan silaturrahim sesama rakan setugas di R&D dan keluarga. Walaupun masing² datang bersama keluarga, tapi tetap sama² terhibur dgn keramahan dan celoteh² yg tak kering gusi. Semoga dapat diteruskan lagi program seperti ini di masa hadapan. Bukan senang nak ada peluang camni. Tak tau la kalau keje kat tmpat lain bole buat aktiviti mcm ni, se'happening' mcm ini.