Ahad, 10 Julai 2011

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


My LittLe WrLd: ~ BerNASI KERABU <b>di Behrang</b>~

Posted: 09 Jul 2011 09:49 PM PDT



Tadaaaa...~ 

Ni la nasik kerabu masakan lecturer kesayangan DKA CREW  

~Puan Haslinda n En.Mazly~

Ni sume underplanned punye..

Singgah makan malam b4 balik kl..

perghhh cedap gile..!

Diorang makan sampai licin hehehehe ~

Erm...tengah hari tadi lak sempat pusing~pusing PSAS..tengok class lama dulu..

wahhh.. da berubah..kaler oren..jalan pun da laen..

sume da cantek .. x cam dulu hehe ~

Kat uma kenduri lak..jumpa kawan yang da lama x jmpe..

Besh la.. orang cakap time kenduri la pun nak jumpa kawan~kawan lama kan?

n tengs kat incik Neo sebab tumpangkan me pegi n balik hehe

x____X 

xoxo!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Blog Suam Kuku: Perjalanan Hidupku <b>Di</b> IKM <b>Lumut</b> (Sem 1)

Posted: 29 Jun 2011 08:01 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Perjalanan Hidupku Di IKM Lumut (Sem 1). Lepas je aku habis Spm,aku kerja sementara kira-kira dekat 6 bulan sebelum aku dapat tawaran masuk Institut Kemahiran mara dalam jurusan Teknologi komputer. ...

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Polis buru bukti baru <b>di</b> pejabat PSM <b>Jelapang</b>

Posted: 05 Jul 2011 09:56 PM PDT

Aidila Razak Pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Jelapang, Ipoh, diserbu petang tadi dalam usaha polis mencari bukti baru berhubung tangkapan enam pemimpin parti itu menurut Ordinan Darurat.

NONEMenurut pengerusi PSM Jelapang K Kunasegaran, polis datang ke pejabat mereka pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa seorang daripada tahanan iaitu timbalan pengerusi M Saraswathy dalam keadaan bergari dan cuba memecah masuk pejabat itu.

"Tetapi Saraswathy telah menjerit dan kami sedar kehadiran polis dan membuka pintu," katanyanya sambil menambah polis juga gagal menunjukkan waran geledah.

Kunasegaran berkata anggota polis yang sebahagian besar mereka tidak memakai seragam tidak memberitahu apa yang dicari mereka tetapi mengambil dokumen parti yang berkaitan ideologi parti, minit mesyuarat dan sesalinan risalah berita parti itu.

"Saya difahamkan mereka dari (ibu pejabat polis) Bukit Aman dan sedang mencari bukti bagi mengaitkan kami dengan aktiviti subversif," katanya.

Kira-kira 50 anggota PSM kemudiannya sempat berkumpul di luar pejabat dalam serbuan selama sejam itu sambil melaungkan "hidup rakyat", kata Kunasegaran.

NONEDakwanya lagi anggota parti juga tidak dibenarkan bercakap dengan Saraswathy semasa serbuan dan mereka juga tidak dibenarkan memberinya air minuman walaupun beliau meminta sedikit air kerana kehausan.

"Saya bimbang kerana dia ada kencing manis dan masalah tiroid," kata Kunasegaran.

Saraswathy dan dua lagi tahanan, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dibawa ke Hospital Pulau Pinang apabila mereka dinafikan rawatan perubatan ketika tahanan pada 28 Jun lalu.

Saraswathy, Jeyakumar dan empat yang lain ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat selepas dibebaskan daripada tahan reman pada 2 Julai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


SUHAIMI MD SAAD: Sisa radioaktif masih bertaburan <b>di Bukit Merah</b>

Posted: 17 May 2011 09:35 PM PDT

Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu. Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja. Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.

Cecair sisa itu mengalir sepanjang proses pengangkutan, namun tidak dipeduli oleh sesiapapun.

Sehinggalah pada tahun 1984, apabila penduduk Bukit Merah, Papan, Menglembu dan lain-lain tempat bangkit menentang Asian Rare Earth kerana menghasilkan sisa yang toksik ketika pemprosesan rare earth, barulah Ng sedar. "Baja" yang dimaksudkan rupa-rupanya thorium yang mempunyai radioaktif!

Dalam kes mahkamah di mana penduduk Bukit Merah memohon untuk menutup kilang tersebut, Ng Toong Foo pernah tampil untuk memberi keterangan. Beliau mengisahkan cerita yang "ngeri" ini. Menurut laporan Nanyang Siang Pau pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun Sadao Ichikawa mengesahkan bahawa paras radioaktif di lokasi yang mana Ng membuang sisa tersebut adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat, setelah kajian dilakukan di situ.

Apa yang mengejutkan, pihak yang berkenaan tidak memanggil Ng untuk menunjukkan lokasi di mana sisa itu dibuang, selepas pendedahan ini pada tahun 1985. Justeru itu, sebahagian sisa tersebut masih berselerak di sekitar kawasan kilang Asian Rare Earth. Menurut laporan akhbar ketika itu, Ng berkata sisa thorium itu bertaburan di kawasan bekas lombong, kebun, tepi kawasan perumahan dan jalan raya di sekitar Menglembu, Lahat, Jelapang, Pengkalan, Buntong, Simpang Pulai dan lain-lain lagi.

Lokasi buangan sisa

MerdekaReview telah berjaya menemui Ng Toong Foo di Menglembu, untuk mengimbas pengalamannya 20 tahun yang lalu. Bagaimanapun, beliau enggan diambil gambar oleh wartawan. Ng membawa wartawan ke lokasi di mana beliau membuang sisa tersebut. Sepanjang perjalanan, beliau berkata, "situ ada", "sana pun ada"... nampaknya taburan sisa kimia tersebut agak meluas.

Salah satu lokasi pembuangan sisa tersebut berada di tepi jalan Bandar Lahat Baru. Beliau membawa kami menyusuri lorong kecil ke lokasi itu. Dua orang budak yang berbasikal sedang menuju ke arah kami. Ng menuding jarinya ke arah rumpun di tepi lorong, "Situ!"

Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik. Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput. Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut. Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.

Paling mengejutkan, walaupun Ng telah mendedahkan di mahkamah bahawa pihak kilang tidak menetapkan tempat buangan sisa tersebut, dan beliau hanya membuang di merata-rata, namun tiada pihak yang berkenaan menghubungi Ng untuk meminta agar beliau menunjukkan lokasi buangan tersebut - sepanjang 25 tahun ini. Lantaran daripada itu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan pihak berkenaan yang lain nampaknya tidak memandang berat masalah sisa yang mempunyai radioaktif ini.

Menurut laporan Sin Chew Jit Poh pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun, Sadao Ichikawa ketika membuat kajian di kawasan pembuangan sisa muatan dua lori itu, mendapati paras radioaktif adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat. Selain itu, beliau berkata sisa thorium itu tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau. Jadi ia belum terjamin bahawa kesihatan manusia tidak akan terancam jikapun disimpan dalam "gedung" tertentu.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, profesor kolej swasta yang pernah terlibat dalam perjuangan penduduk Bukit Merah, Tan Ka Kheng (gambar kiri) berkata, separuh hayat untuk thorium-232 adalah 14.05 bilion tahun. Dengan kata lain, keradioaktifannya hanya akan berkurang separuh dari asal selepas 14 bilion tahun. Maknanya, keradioaktifan sisa yang dibuang Ng tidak berkurang dari tahun itu!

Jadi, penduduk kawasan tersebut masih terdedah kepada ancaman radioaktif. Tan Ka Kheng berkata, mangsa pertamanya adalah petani yang berkebun di situ jikalau sisa thorium tidak dikendalikan dengan baik. Keduanya, radioaktif tersebut akan masuk ke dalam rantaian makanan melalui sayuran, dan seterusnya mengancam kesihatan penduduk.

Tiga daripada empat mati

Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati. Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya. Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya. Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.

Beliau enggan diambil gambar. Ketika ditanya apakah puncanya, beliau berkata, "Tiada pun seorang dalam pertalian keluarga saya mempunyai benda (bintik putih) ini."

Beliau pernah memegang sisa toksik itu dengan tangan sendiri, dan beliau mengesyaki bahawa itulah puncanya bintik putih pada badannya. Malah, beliau kini menghadapi masalah bernafas.

Ng terlupa sejak tahun bilakah beliau menerima tawaran projek pengendalian sisa buangan itu, hanya ingat bahawa dirinya bekerja dengan kilang itu untuk kira-kira tiga atau empat tahun. Namun, mengikut laporan akhbar pada ketika itu, beliau menjadi kontraktor kepada kilang Asian Rare Earth sejak Jun 1983, bertanggungjawab mengangkut sisa dari kilang untuk dibuang ke tempat lain. Beliau hanya berhenti apabila mengetahui bahawa bahan itu bertoksik pada tahun 1984.

Beliau telah bekerja sebagai kontraktor untuk lebih 40 tahun. Beliau berkata dirinya tertarik dengan harga tawaran kilang tersebut, maka terus menerima projek itu. Pihak yang berunding dengannya hanya memberitahu bahawa sisa itu adalah "kek thorium" (thorium cake), tanpa menjelaskan apakah itu sebenarnya, malah juga tidak memberitahu di mana sisa itu harus dibuang.

Selain itu, walaupun kerja pengendalian sisa radioaktif ini di-"outsource", namun Asian Rare Earth tidak merangka kontrak dalam hitam putih (bertulis). Keadaan ini cukup untuk menunjukkan bahawa pihak kilang tidak memandang berat pengendalian sisa ini. Hanya apabila pendedahan Ng diberi liputan akhbar, barulah pihak kilang menjelaskan, "Arahan secara lisan sudah memadai..." (New Straits Times, 25 November 1986)

Ng yang tinggal di Menglembu memberitahu MerdekaReview, pihak kilang memaklumkannya bahawa sisa ini boleh dijadikan "baja". Jadi, beliau mengangkut sisa ini ke kebun pakciknya yang berhampiran dengan kilang. "Banyak tempat yang saya tuang (sisa itu)... Masih boleh dikorek pada hari ini".

Beliau berkata, sisa thorium itu kelihatan bagai gum, kapur, berair dan ada mendakan, baunya masam. Tikus dan lipas di kawasan buangan sampah hilang begitu sahaja apabila Ng membuang sisa itu ke kawasan itu, malah sayuran yang "dibajai" sisa thorium ini sangat "cantik" (kerana tiada serangga). Namun, manusia akan berasa tidak selesa ketika mendekati bahan sisa tersebut.

Tidak akan terima projek ini kalau sedar ia beracun

Wartawan mengungkit semula peristiwa silam ini. Selepas Ng Toong Foo mengisahkan ceritanya pada ketika itu, Pengurus Asian Rare Earth pernah menjawab bahawa Ng yang mengingkari arahan kilang dan membuang sisa thorium di merata-rata. Menurut laporan New Straits Times pada 25 November 1986, pihak kilang mendakwa Ng menerima tawaran itu pada kemuncak perjuangan penduduk menentang kilang ini, lantas Ng seharusnya sedar akan bahayanya sisa thorium.

Ng Toong Foo dengan nada yang kasar menyoal wartawan, "Jikalau kamu tahu benda itu beracun, adakah kamu masih mahu mengangkutnya?"

"Dia (pengurus) tidak berani untuk berkata sedemikian pada ketika itu. Benda yang beracun adalah merbahaya. Adakah dia akan berkata sesuatu yang benar? Dia tidak mahu menulisnya dalam hitam putih. Dia tahu bahawa kita tidak tahu," Kata Ng.

"Ia memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu. Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya. Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia. Jadi, kerajaan yang menipu kami," tuduhnya.

Wartawan memetik kenyataan pihak kilang bahawa lokasi pembuangan sisa toksik ini telah ditetapkan. Ng mempersoalkannya, "Buang di mana? Tunjukkan saya! Manakah lokasi pembuangannya itu? Tunjukkan saya. Kamu tidak tunjukkan saya, di mana lokasi yang diluluskan untuk pembungan sisa? Hanya muncul selepas itu!"

Kilang Asian Rare Earth dibina pada tahun 1979 di kawasan perindustrian Bukit Merah, untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit, menghasilkan sisa buangan radioaktif sebanyak 2,250 ton setahun. Namun demikian, AELB belum ditubuhkan pada ketika itu, maka pihak kilang tidak perlu memohon lesen khas.

AELB ditubuhkan pada 1 Februari 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memantau keselamatan tenaga atom di seluruh negara. Asian Rare Earth mendapat lesennya pada Disember 1986, untuk teruskan pemprosesan kilangnya, sebelum dihentikan pada Januari 1994.

Tapak buangan radioaktif Asian Rare Earth pada awalnya dibina di Papan (gambar kanan), namun tidak digunakan lantaran protes dari penduduk tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat memberitahu MerdekaReview, kerajaan mengumumkan pada tahun 1986 untuk membina tapak pembuangan sisa radioaktif di Keledang Hill, kira-kira tiga kilometer dari Papan. Tapak ini siap dibina pada tahun 1990, dan sisa buangan radioaktif hanya dipindah ke sana pada tahun 1991.

Oleh itu, dalam jangka antara binanya kilang pada tahun 1979, hinggalah penggunaan tapak pembuangan sisa radiokatif pada tahun 1991, sisa buangan kilang Asian Rare Earth tidak dikendalikan dengan baik. Kalau bukan pendedahan Ng Toong Foo, kita tidak tahu bahawa sisa buangan radioaktif ini dikendalikan dengan cara yang sambil lewa.

Kerajaan menganggap isu rare earth telah melabuh tirai selepas tutupnya kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah. Padahalnya, sisa buangan ini belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya, mendedahkan penduduk tempatan kepada ancaman radioaktif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Site Visit Daerah <b>Kerian</b> 2010

Posted: 10 Jul 2011 05:36 AM PDT

Sebagai perancangan bandar, site visit dilakukan dalam tujuan untuk mengenalpasti keadaan semasa sesuatu tempat yang akan dirancang pembangunannya (aku masih ingat pesan salah seorang lecturer aku masa study dulu katanya "jangan ada yang jadi planner buta sudahlah"). Melalui site visit ini akanmengenalpasti berkenaan keadaan semasa, isu, masalah dan juga potensi yang terdapat di Daerah Kerian untuk dibangunkan.

Site visit ini dijalankan selama hampir 10 hari disekitar Daerah Kerian merangkumi beberapa sektor seperti perniagaan, perindustrian, pelancongan, rekabentuk bandar, sistem pengangkutan, landskap dan kawasan lapang, pelancongan dan lain-lain sektor lagi.

Daerah Kerian yang terletak di bahagian Utara Perak ini sememangnya terkenal dengan kawasan jelapang padi yang sangat luas selain daripada jelapang padi yang terdapat di Negeri Kedah. Memang agak menyeronokkan apabila datang ke sini dengan melihat keadaan sawah padi menghijau yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan.

Daerah Kerian ini terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Bukit Merah Semanggol, Kelip-kelip Kampung Dew, bird santuary Kuala Gula, pasar kemboja Parit Buntar, aktiviti membuat ikan masin di Kuala Kurau, Perkampungan Nelayan di Bagan Tiang dan banyak lagi.

@ Kuala Gula Bird Santuary (Kredit photo to ANZ staff)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Suzuki GS150R sudah ditest <b>di Tambun</b>, kapan meluncur? « semua yang <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2011 06:11 AM PDT

Dapet info lumayan valid (karena dari karyawan Suzuki sendiri), bahwa motor sport Suzuki 150cc sudah ditest di daerah Tambun beberapa waktu lalu… Tapi Doi sendiri gak lihat, cuma begitu kabar-kabar yang tersengar diantara para karyawan Suzuki sendiri

Spekulasi pertama jelas ada pada si GS150R yang udah dijual di Luar Negeri sono, tapi bocorannya sih bilang kalo bentuknya beda, khusunya di headlampnya… Bahkan mesinnya sama dengan GS150R atau gak pun doinya gak tahu… Yang jelas desain dan mesinnya udah di kembangkan sejak akhir 2008 atau awal 2009…

Soal kebenarannya doi gak bisa mastiin, bahkan kepastian mo dijual pa gak pun belum ada…. semuanya hanya sekedar dengar-dengar, begitu kata doi yang masih dianggap karyawan rendahan….

Yang perlu ditanyakan sih kalo jadi dijual di mari, kira-kira peluncurannya kapan ya? Sebelum atau sesudah GW250?

Itu saja!

NB: Saya sih lebih ngarepin GW250, apalagi kalo dibanderol 30juta, wuih……

hanya seorang manusia biasa yang mencoba menuliskan apa yang ada di otaknya. itu saja!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Nurdqaseh Bridal & Photography: Wedding Wana <b>Bidor</b>

Posted: 25 Jun 2011 09:51 AM PDT

Nurdqaseh telah ke Bidor untuk persiapan majlis perkahwinan Wana, kami telah menyediakan hiasan pelamin dan makeup untuk pengantin ini.  Kelihatan cantik sekali Wana setelah mendandan pakaian dan makeup dari Nurdqaseh.  Tahniah dan selamat pengantin baru dari kami.














Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


::::::BILA CINTA BERSATU::::::: Bila saya &#39;teringin&#39; nak makan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2011 05:39 PM PDT

Saya ni nama je orang taiping,

nama je kampung mak kat parit buntar

tapi TAK PERNAH lagi makan di SINI

serius saya sangat2222 teringin nak makan kari ikan sembilang ni..

insyaallah, minggu ni nak balik taiping..

nak ziarah mak n abah mentua yang dah selamat

balik dari mengerjakan umrah..

harap2 berkesempatan la nak makan di sini..

nak ajak mak n abah saya la..

kawan2, pernah ke makan kat sini??

suasana makan di sana


'Penangan' kari ikan sembilang

MASAKAN kari ikan sembilang cukup popular bagi penduduk di utara Perak khususnya yang tinggal di sepanjang pesisir pantai dan kuala sungai.

Kuala Kurau umpamanya tidak terkecuali daripada itu dan salah satu lokasi di mana anda boleh mendapatkan kari ikan sembilang 'power' adalah di Kedai Lan Ban Pecah yang terletak di tepi pantai pemecah ombak di Kuala Sungai Burung.

Kelainan kari ikan sembilang di kedai ini adalah kerana ia menggunakan ikan segar daripada spesies sirip merah dan dimasak menggunakan periuk tembikar bagi mengekalkan aroma daripada resipi tradisi turun temurun pemilik kedai berkenaan.

Menurut pemilik kedai, Che Samlan Ismail, 40, hidangan kari ikan sembilang disediakan dalam dua pakej iaitu menikmati hidangan yang telah siap dimasak di kedai atau membuat tempahan awal menerusi telefon sebelum singgah makan di kedai tersebut.

"Untuk mendapatkan kualiti kari yang paling baik, ikan berkenaan perlu dimasak selama 20 minit. Sebab itulah, kami selalu menerima tempahan melalui telefon untuk menyediakan kari, memandangkan ia mengambil masa untuk siap dihidangkan," katanya yang telah mengusahakan kedai makan tersebut sejak 2004.

Menurutnya, ikan sembilang menjadi menu utama kerana ia merupakan ikan yang menjadi kegemaran utama penduduk di Kuala Kurau. Katanya, kelazatan menu kari ikan sembilang kini telah tersebar apabila semakin ramai pengunjung dari Ipoh dan Pulau Pinang sanggup datang menikmati kari ikan sembilang, khususnya pada cuti hujung minggu.

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan lain jika berkunjung ke Kedai Lan Ban Pecah kerana selain menikmati ikan segar, mereka akan disajikan pemandangan indah dan udara segar dari laut Selat Melaka yang terbentang luas di hadapan mata.

Jika mahu keadaan romantik, datanglah ketika senja mahu berlabuh kerana panorama matahari terbenam begitu mengasyikkan, selain dapat menyaksikan kebesaran ciptaan Tuhan.

Mereka yang ingin menikmati kari ikan sembilang dinasihatkan membuat tempahan awal dengan menghubungi Samlan di talian 014-2431773.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.