Khamis, 21 Mac 2013

07 di pangkor - Google Blog Search

1 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pangkor - Google Blog Search


Program Turun Padang DS Zambry <b>Di Pangkor</b> – Perak Today

Posted: 31 Jan 2013 10:08 PM PST

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

07 di lekir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lekir - Google Blog Search


BLOG PERAK: 07 <b>di lekir</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2013 11:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

(Gambar) Proton Tuah|Proton Jebat|Proton <b>Lekir</b>|Proton Lekiu <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2010 08:01 AM PST

Gambar 5 Hang Kereta Proton Bersaudara :
Yang Mana satu yang paling anda sukai?

07 di gopeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gopeng - Google Blog Search


Ustaz Azhar Idrus <b>di Gopeng</b> | Cafe74&#39;s Blog

Posted: 26 Feb 2013 08:07 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Siapa Yang Fitnah DSAI Akan Di Saman Sampai Bankrap… Adun PAS Kedah ... Pengesahan Sultan Sulu Agbimuddin Kiram Pernah Berkhidmat Di Sabah Sebagai ADO.. Datu Agbimudin ... Ustaz Azhar Idrus di Gopeng ...

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


BLOG PERAK: 07 <b>di tanjung piandang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2013 11:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lantak HANGPA la...: Macam Mafia dalam filem

Posted: 05 Mar 2013 06:39 PM PST


Seorang lelaki maut manakala seorang parah selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki tidak dikenali di pekan Tanjung Piandang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pemandu Wong Kuan Khuan, 37, meninggal dunia ketika dibawa ke sebuah klinik berhampiran tempat kejadian manakala rakannya berusia 30-an menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Sementara itu, seorang lagi penumpang kereta itu, seorang wanita yang berada di tempat duduk belakang tidak dicederakan.


Jurucakap polis berkata, keterangan saksi di tempat kejadian melihat kereta dipandu mangsa dihalang oleh sebuah kenderaan lain sebelum dua lelaki meluru keluar dan mengetuk cermin pintu sambil mengarahkan mangsa dan dua lagi rakannya keluar.

Namun, mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan seorang daripada suspek marah sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemandu.

Katanya, seorang daripada suspek kemudian memanjat kenderaan mangsa dan memijak cermin depan kereta itu sebelum melarikan diri ke arah Parit Buntar.

"Beberapa penduduk yang bergegas ke kereta itu kemudian melihat dua orang berlumuran darah dan seorang wanita di tempat duduk belakang tidak cedera tetapi menangis ketakutan.

"Mangsa yang parah dibawa ke klinik berhampiran dengan menaiki sebuah motosikal roda tiga oleh penduduk manakala wanita itu bertindak memandu kenderaan itu membawa seorang lagi mangsa ke klinik kesihatan sama," katanya.

07 di langkap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di langkap - Google Blog Search


BLOG PERAK: 07 <b>di langkap</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 11:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Restoran Ajmal Nasi Kandar, <b>Langkap</b>, Perak - Sop Nama Saya <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2012 06:39 AM PST

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Ajmal Nasi Kandar ialah restoran yang kami singgah untuk makan tengah hari semasa perjalanan ke Pulau Pangkor. Sop keluar lebuhraya melalui Bidor dan terus menuju ke Teluk Intan. Sampai di Langkap dalam jam 12.00 tengah hari dan sesuai untuk singgah makan dahulu.

Tiada apa yang menarik di Restoran Ajmal Nasi Kandar ini kerana sama dengan kedai mamak di Kuala Lumpur kecuali harganya yang sangat murah. Semasa mendapat bil terkejut juga jumlah semua harga yang kami makan.

Sop dan Mrs Sop makan nasi, manakala Azfar daj Azwar makan roti bakar dan telur separuh masak. Jika di Kuala Lumpur, kos untuk menu yang kami makan tersebut dalam RM20 hingga RM25 tetapi di Restoran Ajmal Nasi Kandar hanya RM11.80 sahaja. Terkejut juga dengan harga yang rendah sehingga Sop bertanya yang semua makanan yang dimakan telah dikira.

Harga di kampung sangat berbeza bukan? Kalau harga macam ini dekat Kuala Lumpur, selalulah agaknya Sop makan di restoran ini. Heheheh

Restoran Ajmal Nasi Kandar turut menyediakan WiFi percuma kepada pelanggan. Hebatkan?

Terima kasih kerana membaca entry ini.




Description: Restoran Ajmal Nasi Kandar, Langkap, Perak, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Restoran Ajmal Nasi Kandar, Langkap, Perak

07 di behrang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di behrang - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Maut Bas Dan Treler 11.11.11 <b>Di Behrang</b>

Posted: 11 Nov 2011 12:01 PM PST

Kebanyakan orang mungkin akan meletakkan tarikh 11.11.11 sebagai satu tarikh yang cukup bermakna dalam kehidupan tetapi berlainan pula dengan mereka yang terlibat dalam kemalangan pada awal pagi kelmarin apabila terlibat dalam kemalangan di Behrang iaitu di Kilometer 382 Lebuhraya Utara Selatan.

Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri.

Mangsa yang maut ialah dalam kemalangan ini ialah:

1. Siti Hajar  Binti Mohamad (33 Tahun – Guru Pengiring)

2. Khairul Anuar Bin  Azhan (15 Tahun – Pelajar)

3. Maysarah Binti Zaidi (15 Tahun – Pelajar)

4. Basarah  Binti Saad (45 Tahun – Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, ALor Setar)

Menurut saksi, mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu.

Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli, berkata ketika kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur.

"Kami tidak sedar sebahagian bas telah terbalik selepas terbabas, suasana bising. Kami keluar dari bas untuk selamatkan diri masing-masing. Pada waktu itu tiba-tiba sebuah treler langgar dari belakang bas, kawan-kawan di bahagian belakang saya tidak tahu nasib. Saya sedar apabila berada di hospital," 

Pelajar Tingkatan Tiga, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah di bahagian lengan, berkata sebilangan besar yang berada di dalam bas terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas.

"Apabila treler merempuh bas kami, saya tengok rakan sekolah yang lain tercampak keluar dari bas,"

Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands. Antara tempat yang ingin dilawati adalah ASTRO dan Menara Berkembar PETRONAS.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim, berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad, adalah ahli pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah berkenaan.

"Ketika bas yang membawa rombongan Pergerakan Wanita UMNO Kedah untuk ke Tanjung Karang lalu di kawasan terbabit, pemandu ternampak dan kemudian berhenti di depan bas terbabit.

"Pemandu kami turun untuk bantu pelajar dan pesan kepada kami jangan turun tapi beberapa ahli pergerakan ingin bantu. Mereka sempat keluarkan tiga pelajar dari bas yang terbabas," katanya.

Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul.

"Pemandu minta semua ahli Wanita yang turun (untuk bantu) naik semula ke dalam bas kami, kerana pemandu kata keadaan bahaya dan risau jika bas terbabit meletup. Apabila bas kami bergerak, baru tersedar Basarah tiada dalam bas, dan cubaan menghubunginya gagal. Kami kemudian berhenti dan berjalan kaki ke kawasan kejadian sebelum dimaklumkan Basarah maut," katanya.

Katanya, ketika kejadian, kedengaran pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, Basarah adalah ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki.

Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai rombongan itu bagaimanapun selepas dirayu beberapa kali akhirnya beliau mengizinkan.

"Saya terkilan tidak dapat menghantar adik kerana bekerja. Sebenarnya ibu saya mengalami trauma kerana sebelum ini adik perempuan saya juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," katanya.

Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata, pada 6.30 pagi, beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi talian telefon bimbit anaknya itu.

"Saya kemudiaan cuba hubungi kawan kepada anak saya, dan dimaklumkan bas kemalangan dan mereka berada di Hospital Slim River. Saya sedih dan hiba apabila diberitahu ada rakan anak yang meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya.

Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang.

Berikut ialah beberapa gambar di tempat kemalangan :

p/s : Harap maaf, aku tidak meletakkan gambar mangsa yang maut dalam kemalangan sebagai menghormati waris mangsa kemalangan. Walau apapun, takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dan sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa yang maut dalam kemalangan ini.


PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly & adfoc.us.Cara menggunakannya, klik pada linktunggu 5 saat, kemudian tekan butang  tanda "X" ataupun "SKIP AD" ataupun "SKIP"bahagian atas kanan. Siap.


07 di bagan datoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bagan datoh - Google Blog Search


semakan penempatan guru interim <b>di</b> sekolah menengah <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 10:22 PM PST

Semua Pengetua Sekolah Menengah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.

Tuan / Puan,

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2013
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE DI SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Siaran mengenai pelaksanaan Program Mentor Mentee di semua sekolah mulai tahun 2013. Untuk mendapatkan Surat Siaran dan Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee tersebut , sila klik DI SINI

Terima Kasih

Kamal Bin Abdul Rahman

Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya

012-6731814

DPPK BD: IBADAH KORBAN MERIAH <b>DI BAGAN DATOH</b>

Posted: 28 Oct 2012 01:55 AM PDT

SEBANYAK 12 EKOR LEMBU TELAH DIKORBANKAN SEMPENA AIDILADHA KALI INI ANJURAN PAS KAWASAN BAGAN DATOH.
Penyertaan yang menggalakkan tanda kesedaran Umat Islam tentang tuntutan ibadah korban di sini.
BAGAN DATOH ( Selekoh ) : Seperti kelaziman tahun- tahun sebelum ini, PAS Kawasan Bagan Datoh telah meneruskan penganjurkan majlis korban sebagaimana tuntutan Islam itu sendiri. Bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Selekoh, sebanyak 12 ekor lembu telah di korban di majlis tersebut. Sambutan menggalakan dengan penyertaan peserta semakin meningkat pada tahun ini merupakan perkara positif apabila umat Islam khususnya di kawasan ini sedar untuk melakukan tuntutan korban tersebut.
Menurut pengarah program korban tersebut, Ustaz Ahmad Sarkozy Imani berkata, ianya tidak menjangkakan penyertaan program korban kali ini begitu ramai. Walaupun pada asalnya,beliau mesasarkan hanya untuk 8 ekor lembu sebagaimana tahun yang lalu.
Turut hadir dalam program, Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang turut sama- sama bergotong- royang menyembelih dan mengagihkan daging korban tersebut.
Ustaz Misbahul Munir bersiap sedia untuk menyembelih lembu yang telah siap dibaringkan.
Para hadirin yang turut sama untuk bergotong-royong dalam program ibadah korban kali ini

Kelihtan para petugas sibuk memotong dan melapah daging lembu yang telah dikorbankan.

YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir menyampaikan daging agihan kepada penerima.

Sebahagian daging yang telah siap dibungkus untuk diagihkan kepada penerima.

07 di lumut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lumut - Google Blog Search


[VIDEO] Ceramah Perdana <b>Di Lumut</b> Perak « Demi Rakyat

Posted: 15 Mar 2013 01:36 AM PDT

07 di seri manjung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di seri manjung - Google Blog Search


Black Panther: IPD <b>Seri Manjung di</b> Serang !!!! @ZambryAbdKadir

Posted: 09 Mar 2013 02:22 AM PST

Hari ini telah berlaku satu insiden dimana IPD Seri Manjung telah diserbu oleh sekumpulan NGO yang membantah kenyataan YB Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu tentang konflik yang melanda Lahad Datu Sabah.

Tian Chua dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan dan pembunuhan anggota keselamatan di Sabah itu adalah konspirasi UMNO dan kematian anggota keselamatan adalah wayang UMNO.

Pelbagai pihak telah membuat kecaman terhadap beliau dan kali ini sudah tiba giliran NGO kawasan Manjung pula membuat laporan polis akibat dari rasa tidak puas hati dengan kenyataan beliau.

Kumpulan NGO yang diketuai oleh saudara Rafiq Pengerusi Gerakan Belia Kawasan 4B Manjung dan disertai oleh kira kira 80 orang yang mewakili NGO Seri Manjung pergi ke Balai Polis tengah hari tadi untuk membuat satu laporan polis tentang perkara tersebut.

Menurut beliau, Gerakan Belia 4B Manjung merasakan perkara ini adalah serius dan kenyataan Tian Chua dianggap tindakan paling biadap yang pernah dikeluarkan kerana ianya melibatkan kematian anggota keselamatan yang menjaga tanah air dari pada diceroboh oleh pihak asing.

Twitter @BlackPa28879018

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

07 di bercham - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bercham - Google Blog Search


BLOG PERAK: 07 <b>di bercham</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2013 07:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Detik² Kehidupan : Lawatan ke PAPN <b>Bercham</b>

Posted: 22 Sep 2011 05:30 AM PDT

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti bersama kanak-kanak di PAPN Bercham.. Terima kasih semua yang terlibat..

07 di malim nawar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di malim nawar - Google Blog Search


dap dabik dada tawan <b>malim nawar</b> sebelum pru13 - hak malaysia

Posted: 28 Feb 2013 03:38 AM PST

Belum lagi PRU13 bermula,belum lagi dibubarkan parlimen, DAP sudah mendabik dada mengatakan sudah memenangi di kawasan Malim Nawar dengan harapan orang cina menyokong DAP pada PRU13 kali ini.

Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar berkata DAP meramalkan akan memenangi Malim Nawar akibat pertambahan peratusan pengundi Cina.

V Sivakumar telah lupa bahawa isu Keshvinder yang mewakili penduduk Malim Nawar melompat parti telah mendapat restu penduduk Malim Nawar kerana meluat dengan DAP yang tidak kotakan janji kepada Penduduk malim Nawar. Pusat Khidmat DAP dikhabarkan tidak bergerak aktif sepanjang penggal ini dengan wakil barunya yang datang dari orang luar kawasan jarang memberikan layanan yang baik terhadap komuniti setempat.

.Jika V Sivakumar tidak melihat perkara itu secara kasar,mungkin DAP akan berkubur kerana BN telah mula menyusun strategi mendapatkan kembali kawasan Malim Nawar ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

07 di chemor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di chemor - Google Blog Search


<b>di chemor</b> perak pencerahan ilmu - rawatan islam nur aura shifa

Posted: 04 Mar 2013 10:16 PM PST







3 MAC 13 JAM 4.00 PETANG DI CHEMOR PERAK. MAJLIS PENGAMBILAN AHLI BARU DAN PENCERAHAN ILMU TAPEDIRI. KAMI SEDANG MENJALANKAN KERJA2 DAKWAH DAN PENYEBARAN ILMU ALLAH INI . INI ILMU MENAFAAT UNTUK KELUARGA DAN SELURUH UMAT ISLAM .. DALAM SOAL ILMU SEBEGINI BUKAN NAK TUNGGU MINAT ATAU SUKA / TIDAK SUKA .. MUSUH TIDAK KENAL SESIAPA , MUSUH TAK KITA KITA SUKA ATAU TAK SUKA , PERAGUT TAK KITA KITA SUKA ATAU TAK SUKA, JIN / SYAITAN TAK KITA KITA SUKA ATAU TIDAK SUKA .. SEMUA ITU TETAP MUSUH KITA .. ILMU INI MENDINDING KITA DARI SEGALA MUSUH " INSYAALLAH" lindungi keluarga kita dan diri kita dari semua musuh2 kita .. sila hubungi saya dan belajarlah ilmu ini .. AKHIRAT MENJAMIN SEGALANYA .. semua akan menghadapi MATI .. buatlah persedian .. BERTAQWALAH .

07 di jelapang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di jelapang - Google Blog Search


My Small World: Permandangan <b>di</b> Negeri <b>Jelapang</b> Padi Kedah

Posted: 10 Dec 2012 07:00 PM PST

Kalau balik kg suami di Kedah, inilah antara permandangan biasa di negeri jelapang padi. Padi sedang menguning time me balik masa anak saudara me kahwin baru-baru ini.



Agak gayat pulak nak menyeberang titi kecik tu. Me jenis spesis gayat.


Ni kat Bandar Alor Setar. Tersergam tinggi Menara Alor Star. Snap dari dalam kereta ajer ni.



Tumbuhan jenis apa, me pun tak tahu. Tapi warna hijau ni sesejuk mata memandang.


Ada pokok buluh besar dekat rumah MIL.


Ni pun gambar pokok di tepi sawah rumah MIL. Sekali bila jiran kat sini bagitau kat me jaga-jaga sikit lalu bawah pokok yang rimbun. Kot ada pacat. Hehehe terus tak ambik dah gambar bawah pokok ni. Hehehe.



Now, kalau balik sini me dah tak duduk sini since my MIL move in rumah kakak ipar. So terjaga sikit la MIL. Tak le duduk sengsorang kat rumah.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS PERBANDARAN <b>KUALA KANGSAR</b>

Posted: 11 Mar 2013 02:50 AM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut, keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri perak darul ridzuan.

1. Penolong Pegawai Tadbir (Pelancongan)

2. Penolong Pegawai Penilaian


Tarikh Tutup: 20 Mac 2013

MUAT TURUN IKLAN JAWATAN

07 di tronoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tronoh - Google Blog Search


RedahKasiPecah : GEMPAR !!! Taufan <b>Di Tronoh</b>,Perak ???

Posted: 18 Mar 2013 09:54 PM PDT

Semai semangat cinta negara di kalangan generasi muda harus dipraktikkan agar diberi pendedahan berkenaan elemen kenegaraan dan memahami semula sejarah supaya semangat cintakan negara terus menyerlah.
Generasi muda adalah bakal pemimpin negara satu hari nanti dan sewajarnya mereka mempunyai semangat kecintaan yang tinggi kepada negara.
Jika mahu mewujudkan Malaysia sebagai negara islam pertama yang mempunyai pendapatan perkapita tertinggi dan untuk mencapai matlamat ini seharusnya generasi muda diberi pendedahan awal bagaimana hendak mencapainya.
Belia muda di daerah Perak tengah telah menghangatkan dan memeriahkan majlis Pewaris Muda Negara Peringkat negeri Perak semalam.
Dalam program itu tekah diisi dengan slot belia remaja perwaris kepimpinan negara dan sayangi negara malaysia tanah air kita bagi menerapkan semangat patriotik dikalangan generasi muda.
Ternyata generasi belia di Perak tengah khususnya di Tronoh menyahut sokongan dengan penuh semangat sekali.
Segala program yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat yang berguna kepada masyarakat.
Rakyat di negara ini perlu membaca sejarah yang betul serta merujuk penyelidikan yang mempunyai fakta tepat.
Teman nak pesan kepada semua terutama sekali kepada generasi muda yang taksub kepada pembangkang fuckatan rakyat agar balik ke pangkal jalan sebelum ia merugikan diri sendiri.
Majoriti mereka (fuckatan rakyat) masih buta sejarah dan lebih suka kepada cerita-cerita khabar angin dan suka membuat andaian dan tafsiran sendiri tanpa merujuk banyak pihak.
Akhirnya keputusan yang diambil tidak berasaskan fakta yang tepat malah membuta tuli.

TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com

07 di pasir salak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pasir salak - Google Blog Search


p73 <b>pasir salak</b> menghadapi masalah besar bagi <b>...</b> - Labun Cikgu Lin

Posted: 28 Feb 2013 08:08 PM PST

Calon PKR P73 Pasir Salak tidak akan melakukan kesilapan lagi di PRU 13 ini di mana di PRU 12, atas SIKAP TAMAK, beliau telah bertanding di DUA KERUSI iaitu P73 Pasir Salak dan N48 Sungai Manik di mana beliau KALAH 1344/31168 undi di P73 Pasir Salak dan 667/15136 undi di N48 Sungai Manik (dalam pengiraan Majoriti, 1 = 2)
Kekalahannya ini disebabkan oleh KECELARUAN PILIHAN di mana ramai yang berkata "AKU BAGI SATU AJE ..." tapi ke mana .... Parlimen ker DUN. Besar kemungkinan beliau berkemampuan menang jika bertanding SATU KERUSI SAHAJA.
Disebabkan nama tersenarai dalam KABINET BAYANG PAKATAN RAKYAT 2013, besar kemungkinan beliau akan bertanding di P73 Pasir Salak dalam ertikata lain BERTEMBUNG DENGAN YB Dato' Mohd Tajuddin Abd Rahman.
Besar kemungkinan beliau akan berjaya berdasarkan :-
FAKTOR PKR (TAK TAMAK LAGI)
1.   500 undi = Bertanding HANYA SATU KERUSI sahaja.
1.   300 undi = ISU DALAMAN UMNO
2.   300 undi = Ramai ahli UMNO yang "berasa hati" di atas sikap MP P73 Pasir Salak
3.    100 undi = Kurang NGAM sesama AJK Bahagian.

4.    150 undi = Berkroni lebih sangat, orang getik.
1.   300 undi = Kakitangan Awam TERSINGGUNG.

JUMLAH KEHILANGAN  = 1,650 undi
Majoriti Hilang =  (3,300 undi)
Kesimpulannya = (PRU 12) 2688 - 3300 = -(612)
Dengan itu, PKR menang dengan majoriti (612) 
PERHATIAN : Hanya yang tau sahaja yang memahami perkiraan di atas ini.
KEPUTUSAN PRU 12 (2008) LALU



P73 PASIR SALAK
Jumlah Pengundi: 41,352
Peratusan Kaum: M: 78.95% C: 14.99% I: 5.98% L: 0.08% 
1. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN) (16,928) 
2. Mustaffa Kamil Ayub (PKR) (14,240) 
Majoriti: 2,688
Jumlah undi: 32,118
Peratus mengundi: 77.67%
Undi rosak: 950
Penyandang: Tan Sri Ramli Ngah Talib (BN)
(Majoriti: 8,547 undi) 

N48 SUNGAI MANIK
Jumlah Pengundi: 20,190
Peratusan Kaum: M: 63.92% C: 29.58% I: 6.4% L: 0.1%
1. Zainol Fadzi Paharuddin (BN) (8,255)
2. Mustaffa Kamil Ayub (PKR) (6,881)
Majoriti: 1,374
Jumlah undi: 15,492
Peratus mengundi: 76.73%
Undi rosak: 356
Penyandang: Ibrahim Katop (BN)
(Majoriti: 3,599 undi)

N49 KAMPONG GAJAH
Jumlah Pengundi: 21,165
Peratusan Kaum: M: 93.3% C: 1.07% I: 5.57% L: 0.06%
1. Dr. Wan Norashikin Wan Noordin (BN) (8,818)
2. Mustafa Shaari (Pas) (7,402)
Majoriti: 1,416
Jumlah undi: 16,621
Peratus mengundi: 78.53%
Undi rosak: 401
Penyandang: Tajuddin Rahman (BN)
(Majoriti: 5,017 undi)


JUMLAH UNDI MASA KINI (JUN 2012)
KOD DUN/PARLIMEN MELAYU % CINA % INDIA % LAIN % JUMLAH
P73 PASIR SALAK  40754 79.7% 6982 13.7% 1969 3.8% 1443 2.82% 51148
N49 KAMPONG GAJAH 24447 93.1% 215 0.8% 844 3.2% 748 2.85% 26254
N48 SUNGAI MANIK 16307 65.5% 6767 27.2% 1125 4.5% 695 2.79% 24894



DI ANTARA TOKOH UMNO SEDIA ADA UNTUK DIJADIKAN CALON ADALAH :-









YONG SUKA KUNING: LAWAK <b>PASIR SALAK</b>: MASUK UMNO

Posted: 04 Mar 2013 04:24 PM PST

Pagi itu Ulis dan Lajoh datang ke kedai makan Haji Ismail. Mereka datang menaiki motorsikal. Seperti biasa lepas mengucapkan salam mereka terus mengorder nasi lemak dan roti canai dengan teh tarik. Haji Ismail balas salam Ulis dan Lajoh walaupun tahu wajah mereka tak pernah kelihatan di surau atau masjid.
"Naik motor nampak?" Tegur Haji Ismail
"Baru baiki. Hahaha." Jawab Ulis. Nampaknya gembira bebenor dia.
Ketika duduk, Ulis dan Lajoh terpandang Usop sedang membaca surat khabar yang siapapun tak nak beli. Sebab itu surat kabar itu diberi percuma oleh orang-orang tertentu. Itupun tak setiap hari. Haji Ismail yang open-minded letak saja di kedainya untuk dibaca oleh pengunjung. Akbar Keadilan dan Harakahpun ada. Itu Haji Ismail beli.
"Kamu baca apa Usop?" Tanya Ulis.
"Hahaha...Agaknya pasal siapatu yang bertunang bini orang...Hahaha." Sampuk Lajoh.
Huh, orang kampung pun tahu skandal dan cerita artis. Demer ada Astro!
"Takdelah," Jawab Usop. "Ini aku tengah baca cerita ahli PAS masuk UMNO ni...Katanya di Pasir Salak."
"Huh? Ada gambor tak?" Ulis nampak begitu berminat.
"Ada. Tapi kurang jelas." Jawab Usop.
"Tengok...Gambor kami ada tak?" Tanya Lajoh sambil bangun dari kerusi.
"Apa kena mengena dengan kamu pulak?" Haji Ismail menyampuk dari belakang kaunter. Dia tahu Ulis dan Lajoh bukan ahli PAS.
"Akuler yang masuk UMNO tu. Hahaha. Kalau tidak, macam mana aku nak baiki motor tu...." Jawab Ulis dengan bangga.
"Betul. Dah tiga kali kami masuk UMNO. Hahaha." Kata Lajoh pula.
Ulis dan Lajoh sebenarnya Orang Asli yang tinggal di sebuah perkampungan yang terletak di Pasir Salak. Tak tahu siapa kena tipu dek Orang Asli ni.

Sumber Cerita asal: Bad Pasir Salak.


PATUTLE BILA DEKAT PRU RAMAI YANG MASUK UMNO.
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved