Rabu, 6 Mac 2013

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Lantak HANGPA la...: Macam Mafia dalam filem

Posted: 05 Mar 2013 06:39 PM PST


Seorang lelaki maut manakala seorang parah selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki tidak dikenali di pekan Tanjung Piandang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pemandu Wong Kuan Khuan, 37, meninggal dunia ketika dibawa ke sebuah klinik berhampiran tempat kejadian manakala rakannya berusia 30-an menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Sementara itu, seorang lagi penumpang kereta itu, seorang wanita yang berada di tempat duduk belakang tidak dicederakan.


Jurucakap polis berkata, keterangan saksi di tempat kejadian melihat kereta dipandu mangsa dihalang oleh sebuah kenderaan lain sebelum dua lelaki meluru keluar dan mengetuk cermin pintu sambil mengarahkan mangsa dan dua lagi rakannya keluar.

Namun, mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan seorang daripada suspek marah sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemandu.

Katanya, seorang daripada suspek kemudian memanjat kenderaan mangsa dan memijak cermin depan kereta itu sebelum melarikan diri ke arah Parit Buntar.

"Beberapa penduduk yang bergegas ke kereta itu kemudian melihat dua orang berlumuran darah dan seorang wanita di tempat duduk belakang tidak cedera tetapi menangis ketakutan.

"Mangsa yang parah dibawa ke klinik berhampiran dengan menaiki sebuah motosikal roda tiga oleh penduduk manakala wanita itu bertindak memandu kenderaan itu membawa seorang lagi mangsa ke klinik kesihatan sama," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan