|                    Pengerusi KRT, En. Shahrul Kamal    mengucapkan, 'Salam 1Malaysia', 'Salam Perak Aman Jaya' dan selamat    datang kepada semua Ahli Jawatankuasa yang dapat  hadir ke mesyuarat kali Pertama bagi tahun    2013.  Beliau juga mengucapkan terima    kasih kepada AJK kerana sudi menerima perlantikan AJK baru bagi tahun    ini.  Pengerusi berharap agar semua AJK    akan memberikan kerjasama yang lebih baik dalam semua program yang telah dirancang    dan akan diadakan pada tahun ini.           -    Tuan SM Salim mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi menjemput    beliau ke mesyuarat pada malam ini.     Beliau menyatakan bahawa, pada tahun 2012 KRT Padang Rengas banyak    menjalankan aktiviti rondaan dan berharap walaupun ada perubahan kepada AJK    baru untuk sesi 2013/2014 ini, rondaan akan berjalan seperti biasa.  Beliau juga berharap En. Shahru Kamal    sebagai Pengerusi KRT yang baru akan menyediakan jadual bagi memudahkan rondaan    bersama dijalankan.  Beliau    mengharapkan segala peralatan rondaan tahun lalu (vest, baju, lampu picit,    cota, topi) masih boleh digunakan dan sekiranya ada ahli baru yang belum ada,    Pengerusi bolehlah berhubung dengan Pegawai Perpaduan Daerah untuk mendapatkan    barang keperluan tersebut.        -    Dalam ucapan beliau, Tuan SM Salim juga memaklumkan keadaan jenayah di Padang    Rengas ketika ini masih terkawal.     Namun masih ada berlaku kes-kes samun contohnya di Kuala Dal, seorang    tauke getah telah disamun sebanyak RM6000.00 dan keretanya telah dilarikan    tetapi telah dijumpai di tepi lebuhraya Bt. 11, trong.  Begitu juga di Batu 17 Padang Asam yang    melibatkan kehilangan wang dan telefon bimbit.  Suspek terlibat telah ditahan dan didapati    juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ais.  Terdapat 36 orang individu di Padang Rengas    ini yang 'didalam perhatian' dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis    bila dikehendaki berbuat demikian.       -    Rondaan Bersama Cegah Jenayah telah dijalankan di Taiping, Kuala Kangsar dan    tempat-tempat yang lain diseluruh Malaysia yang melibatkan agensi    tertentu seperti JPAM, Rela, Polis dan Askar.        -    Beliau mengharapkan kepada semua agar sama-sama menjaga keamanan di Padang    Rengas dan dapat menyalurkan maklumat kepada beliau melalui telefon sekiranya    perlu untuk tindakan segera.        4.     Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah.       Tuan    Pegawai Perpaduan Daerah menyampaikan salam kemaafan kerana tidak dapat hadir    ke mesyuarat pada kali kerana terlibat dengan program rasmi di Seberang    Karai.  Namun beliau mengharapkan    mesyuarat akan berjalan dan diteruskan seperti biasa.       5.     Pembentangan Kewangan.       Dibentangkan    oleh Bendahari:     Baki    Di Tangan        : RM     37.00.     Baki    Di Bank            : RM7560.42.       6.     Acara Serah Tugas Kepada Pengerusi Dan Setiausaha Baru 2013.       -    Acara ini dimulakan dengan Pengerusi lama iaitu En. Abdul Hadi Hj.    Khairuddin,  mengucapkan    berbanyak-banyak terima kasih kepada semua AJK yang telah memberikan    kerjasama yang baik sepanjang beliau menjadi Pengerusi KRT dan berharap    semoga kerjasama ini akan diteruskan lagi bersama dengan pengganti beliau    iaitu En. Shahrul Kamal sebagai Pengerusi yang baru.       -    Setiausaha yang lama En. Khairam Arshad, juga mengucapkan terima kasih kepada    semua yang telah memberikan kerjasama kepada beliau sepanjang beliau menjadi    Setiausaha KRT.  Beliau mengharapkan    agar setiausaha yang baru iaitu En. Kamarul Zaman Yaakub boleh menjalankan    tugas dengan lebih baik dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepadanya    kerana sudi menerima perlantikan ini.     Beliau juga memohon maaf kepada semua AJK sekiranya ada kesilapan atau    kelemahan beliau sepanjang beliau menjalankan tugas semasa memegang jawatan    tersebut.        -    Diantara fail dan amanah yang telah diserahkan kepada Pengerusi dan    Setiausaha baru ialah, Fail Kawasan Warta KRT Padang Rengas, Profail KRT    Padang Rengas(kawasan rondaan) dan Profail KRT Padang Rengas(aktiviti).           -    Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti Majlis Maulidur Rasul yang akan    dianjurkan oleh SRS Taman Permai pada 3 Februari, 2013 nanti, dimasukkan    kedalam program tahunan KRT Padang Rengas.     Semua AJK dijemput hadir ke majlis tersebut.  Pengerusi juga menambah bahawa, Ketua SRS Taman Permai ada memohon untuk  membeli 'white board' dan alat tulis berkaitan untuk digunakan di pondok  rondaan Rukun Tetangga Taman Permai dan beliau akan pertimbangkan permohonan  tersebut.  Beliau juga memaklumkan bahawa  dimasa akan datang AJK akan dimaklumkan melalui sms atau emel disamping surat jemputan bagi  menghadiri mesyuarat AJK.       -    Pn. Hannunah menyatakan bahawa AJK yang baru dipilih masih belum rasmi selagi    tidak ada pengesahan daripada Pegawai Perpaduan Daerah samada secara beliau    menghadiri mesyuarat AJK dan mengesahkannya atau secara bertulis.       -    En. Abdul Hadi memaklumkan kepada mesyuarat bahawa senarai nama AJK yang baru    pada dasarnya telah diterima oleh PPD dan ianya telah disokong oleh En.    Khairam kerana beliau sendiri yang menghantar senarai cadangan nama AJK baru    kepada pihak PPD dan ianya telah diterima.        -    Hjh. Anisah mengharapkan agar hubungan semua AJK dengan Setiausaha baru dan    juga bekas Setiausaha, akan lebih mesra dan hendaklah memberikan kerjasama    dalam setiap program yang akan dijalankan terutamanya program besar yang    bakal dianjurkan oleh KRT Padang Rengas nanti iaitu "Program Jiran Wanita"       -    En. Abd. Halim mengharapkan agar surat    jemputan ke mesyuarat akan dihantar sendiri oleh Setiausaha kepada semua AJK    kerana dengan cara ini dapat memastikan yang AJK mengetahui mesyuarat yang    akan diadakan.        -    En. Khairam mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua AJK    seandainya semasa beliau menjalankan tugas Setiausaha berlaku perkara yang    tidak memuaskan hati AJK dan beliau juga mengakui bahawa beliau tidak mampu    untuk menghantar sendiri surat jemputan mesyuarat kepada semua AJK dan    terpaksa memohon bantuan daripada Pengerusi dan sebahagian AJK untuk berbuat    demikian.       -    En. Sanushi meminta supaya diadakan kursus bagi mengendalikan peralatan    perhubungan (Walkie-Talkie) bagi meningkatkan lagi keberkesanan penggunaannya.       -    YM Raja Ahmad pula memaklumkan bahawa 2 anggota SRS Taman Rengas Jaya akan    digantikan dengan orang baru kerana mereka tidak aktif dan menarik diri atas    sebab-sebab peribadi.       -    En. Khairam mencadangkan agar membuat pertukaran penama akaun bank dengan    menggantikan nama kepada Pengerusi dan Setiausaha yang baru iaitu En. Shahrul    Kamal Bin Ahmad Anwar dan En. Kamarul Zaman Bin Yaakub bersama Bendahari    sebagai penama terkini untuk segala urusan kewangan serta perlu mendapat    pengesahan daripada Pegawai Perpaduan Daerah terlebih dahulu.  Cadangan beliau telah disokong oleh En.    Abdul Hadi dan dipersetujui sebulat suara oleh semua AJK yang hadir.      |    
Tiada ulasan:
Catat Ulasan