Rabu, 22 Jun 2011

07 di gopeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gopeng - Google Blog Search


PENTAS KAJIBUKU: Kedai kaset dan piring hitam lama <b>di Gopeng</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 08:27 AM PDT

Di sebelah Rumah Warisan Gopeng, saya terdengar bunyi lagu Cina lama berkumandang dari sebuah kedai menjual kaset dan piring hitam antik. Menarik! Saya dan isteri terus masuk ke dalam kedai.

Sebaik berjumpa Pak Cik berbangsa Cina yang kami panggil Uncle ini (belum berkenalan nama, akan datang kami nak interview beliau lagi), kami kagum dengan semangat beliau mempertahankan kedai kasetnya itu.

Beliau masih menjual kaset lama, piring hitam lama, catridge (kaset tebal) era 70an serta mempamerkan beberapa amplifier dan pemain kaset lama yang beliau masih ada. Tanpa banyak berkira, beliau menjual kaset-kaset lama dengan harga yang murah dan tanpa kedekut tenaga, beliau menceritakan sejarah kedainya itu kepada kami.

Ada benarnya kata Uncle tersebut pada kami."Sekarang bukan zaman recording." Maksudnya zaman sekarang zaman MP3, lagu dijual secara murah tanpa kawalan. Dahulu artis dapat duit hasil jualan kaset dan catridge, peniaga juga dapat hasilnya. Kini, artis hanya dapat wang hasil dari nyanyian konsert sahaja, sedangkan kaset tidak laku. Jika ada CD pun, lanun cetak rompak dah lama sapu untung.

Dahulu, lagu dan seni ada 'pride' tersendiri. Jika ingin dengar lagu bermutu dan berulang kali, kena beli piring hitam, kaset atau cayridge. Kini nada dering pun dah ada lagu. Lagu terlalu murah pada pandangan manusia sekarang. Si artis terpaksa mencipta kontroversi jika ingin popular dan menjual lagu.....

Uncle ini sebenarnya sudah ingin berhenti menjual di kedai tersebut kerana sewa kedai semakin naik tetapi cepat pula beliau menambah, rumahnya kini dah jadi muzium piring hitam, alat rekod dan kaset-kaset lama. Selain itu, ada beberapa buah 'catridge'nya dipamerkan di Muzium Gopeng secara percuma.

Sejak berusia 11 tahun, saya telah mula membeli kaset nyanyian dan ceramah untuk didengar dan sebagai koleksi peribadi. Hingga kini, saya masih mengumpul kaset walaupun ramai mengejek saya konservatif dan tidak 100% percaya pada MP3. Ceramah Ustaz Shamsuri dari tahun 1998 hingga kini pun saya kumpul dalam bentuk kaset dan bukannya CD. Bezanya dulu saya mendengar kaset-kaset tersebut seorang diri. Kini, selepas solat Maghrib, saya akan mainkan semula kaset ceramah Ustaz Shamsuri untuk didengar bersama isteri. Kaset nyanyian lagu gambus, nasyid dan penyanyi biasa juga saya mainkan untuk sama-sama kami dengar di waktu lapang.

Selepas berjumpa dengan Uncle ini, saya belajar menghargai pemain kaset saya (walkman).

Saya ingin membeli pemain radio transistor lama, pemain catridge dan pemain piring hitam suatu hari nanti selepas mempunyai bajet sedikit. Anak dan cucu saya perlu tahu benda ini semua. Peralatan seremeh pemain catridge dan pemain kaset pun cukup mencerminkan suasana sosial sejarah dan budaya masyarakat kita suatu ketika dahulu. Teknologi memaparkan budaya sesuatu komuniti. Jadi dengan mengenali semua ini, anak cucu kita akan kenal bagaimana masyarakat kita dahulu mengoperasikan kehidupan mereka.....

Uncle..kita jumpa lagi di minggu-minggu akan datang....

Muhammad Nuruddin dan Isteri








Ini catridge lama, bentuk macam kaset tapi saiznya lebih besar.
Uncle kata suatu ketika dahulu anak muda dan pelajar sekolah sukakan butang berpin/lencana macam ini. Dahulu minat artis kena ada lencana lekat pada beg. Siapa paling banyak kira hebat lah. Suatu pendedahan sosial anak muda beberapa dekad dahulu.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di pangkor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pangkor - Google Blog Search


MB arah masalah teksi sapu <b>di Pangkor</b> ditanggani segera » Perak <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 03:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MB arah masalah teksi sapu di Pangkor ditanggani segera. June 18, 2011 — Leave a Comment. Posted in State News · Cancel Reply. Leave a Reply. Name. Email. Website. You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr ...

07 di langkap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di langkap - Google Blog Search


Teganuku..segalanya di sini..: 551 murid terima e-Book <b>di Langkap</b>

Posted: 02 Feb 2011 07:19 PM PST

Seramai 551 murid Tahun Lima daripada 24 sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap menerima e-Book yang disumbangkan Kerajaan Negeri untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Asha'ari Idris berkata, pengagihan e-Book telah memasuki tahun ketiga kepada murid sekolah rendah yang layak menerima, walaupun sebelum ini pelbagai kata-kata tidak puas hati dilontarkan kepada Kerajaan Negeri.

"Namun, hasil kesungguhan Kerajaan Negeri untuk melihat kejayaan dalam bidang pendidikan terutama murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di negeri ini, usaha itu berjaya dilaksanakan secara menyeluruh.

"Apa yang penting, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan e-Book digunakan secara berhati-hati dan dijaga sebaik mungkin agar tidak mudah rosak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembahagian e-Book sekolah daerah Setiu DUN Langkap di Dewan Sivik Sungai Tong.

Menurutnya, penggunaan e-Book secara berperingkat kepada murid sekolah rendah diharap dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah di luar bandar apabila menerima kemudahan itu.

"Ini sebab, daerah Setiu antara yang terbaik di peringkat negeri sejak belakangan ini, terutama dalam keputusan peperiksaan awam.

"Kita berhasrat biarlah kecemerlangan ini sentiasa berterusan demi menyahut saranan Kerajaan Negeri melahirkan lebih ramai cendekiawan dalam kalangan anak jati Terengganu pada peringkat tertinggi," katanya.

Asha'ari berkata, demi memantapkan sistem pendidikan di Terengganu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dengan memberi peruntukan besar terhadap pembangunan pelajar terutama di peringkat sekolah setiap tahun.

"Oleh itu, saya menyarankan setiap rakyat dapat menilai sendiri kecaknaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan tidak mudah mendengar cakap-cakap kosong pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan masing-masing," katanya.

Antara murid sekolah yang terlibat dalam pembahagian e-Book peringkat DUN Langkap termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Teras, Fikri (Sungai Tong), Batu 29, Sungai Tong, Bari, Kampung Rahmat, Chalok, LKTP Chalok Barat dan Bukit Putera.

Selain itu, SK Langkap, Seri Langkap, Sungai Lerek, Merbau Menyusut, Sungai Las, Kampung Tayor, Kampung Bukit, Jelapang, Alur Lek Kasar, Pak Ba, Pelong, Bukit Mundok, Payong Baru dan Kampung Jaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di trolak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di trolak - Google Blog Search


ZIARAH <b>DI TROLAK</b> PEKAN : Blog Umno Tanjung Malim :: Umno Perak

Posted: 22 Jun 2011 07:18 PM PDT

Menziarah warga uzur dan daif pelbagai kaum di Trolak Pekan dan menyampaikan sumbangan barangan makanan dari Yayasan Bina Upaya (YBU) Kerajaan Negeri Perak. 1Malaysia! (20 Jun 2011 – 9.30 pagi)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di behrang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di behrang - Google Blog Search


HarbinSalamShoot: StreetPhoto:From Pekan <b>Behrang</b> Stesen To Pasar <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2011 12:04 AM PDT

ebin gambar yg kerusi 3 tuh,, best.. byk yg boleh diceritakan dgn gambar cmtuh..terbaek..yang anjing tuh pun sama..terbaek. aku rasa hang dh berjaya asah mata utk melihat dlm segi espek photog...usaha lagi kulaan.

tq bro..masih banyak kekurangan yg telah dikenal pasti..aku try improve outing 26.jun ni...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di teluk batik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di teluk batik - Google Blog Search


Gambar & Video Panas Blogger <b>di Teluk Batik</b>, Perak | Admiral&#39;z Legacy

Posted: 06 Jun 2011 09:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dalam entry yang lepas : Gathering Blogger Perak di Teluk Batik Telah aku update tentang gathering ke-4 Blogger Perak. Secara jujur, itu adalah gathering paling menarik pernah aku sertai sepanjang bergelar blogger. ...

07 di jelapang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di jelapang - Google Blog Search


Misteri Volkswagen Kuning <b>Di</b> Lebuhraya <b>Jelapang</b>

Posted: 29 May 2011 03:56 AM PDT

Hantu Volkswagen Kuning

Kepada yang dah tengok Filem Karak mesti nak tahu lebih lanjut lagi kisah Volkswagen Kuning kan? Cari punya cari aku jumpa la satu artikel ni kat facebook. Percaya atau tidak itu terpulang kat diri anda masing-masing. Aku disini hanya sekadar berkongsi pengetahuan am sahaja. Kalau ianya tipu maka tipu lah artikel ini.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Lebuhraya Jelapang

Rasanya ni bukan laluan balik ke kampung aku. Nasib baik. Hehe.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bukit merah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bukit merah - Google Blog Search


&#39;Enough dumping grounds for radioactive waste&#39; | Free Malaysia Today

Posted: 21 Jun 2011 08:19 PM PDT

The government has no intention on increasing the storage space for radioactive waste from the Bukit Merah rare earth plant.

KUALA LUMPUR: There are no plans to expand the dumping grounds for radioactive waste from the closed down Bukit Merah Asian Rare Earth plant.

This was the response from the government to Batu Gajah MP Fong Po Kuan's query on the dissolution and disposal progress involving radioactive waste from the ARE plant.

In a written response to Parliament, the Science, Technology and Innovations Ministry said there were no plans to increase the dump sites.

Minister Maximus Ongkili said that the Atomic Energy Licensing Board (AELB) had no plans to increase disposal space for the radioactive waste.

On another note, Ongkili said that any planned development in the vicinity of the disposal site had to be considered by the AELB.

"Any development, for instance, recreational grounds in the 1.7-kilometre contol zone from the disposal site can still be considered, given the AELB's and the Perak state government's requirements and approval," Ongkili said.

Mitsubishi Chemical's rare earth plant was closed in 1992 after years of protests from Bukit Merah residents. The company is still carrying out a MR303 million clean-up operation in the area.

Since then, Bukit Merah residents have blamed the rare earth plant for birth defects and leukemia cases in the community.

Despite the wide-scale opposition against rare earth plants, the Perak state government planned in April for the building of a brand new plant.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di menglembu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di menglembu - Google Blog Search


keluargaku: SISA RADIOAKTIF MASIH BERTABURAN <b>DI</b> BUKIT MERAH

Posted: 08 Jun 2011 08:18 PM PDT

keluargaku: SISA RADIOAKTIF MASIH BERTABURAN DI BUKIT MERAH

SISA RADIOAKTIF MASIH BERTABURAN DI BUKIT MERAH



Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi. Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.
Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu. Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja. Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.
MerdekaReview telah berjaya menemui Ng Toong Foo di Menglembu, untuk mengimbas pengalamannya 20 tahun yang lalu. Bagaimanapun, beliau enggan diambil gambar oleh wartawan. Ng membawa wartawan ke lokasi di mana beliau membuang sisa tersebut. Sepanjang perjalanan, beliau berkata, "situ ada", "sana pun ada"... nampaknya taburan sisa kimia tersebut agak meluas.
Salah satu lokasi pembuangan sisa tersebut berada di tepi jalan Bandar Lahat Baru. Beliau membawa kami menyusuri lorong kecil ke lokasi itu. Dua orang budak yang berbasikal sedang menuju ke arah kami. Ng menuding jarinya ke arah rumpun di tepi lorong, "Situ!"
Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik. Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput. Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut. Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.
Paling mengejutkan, walaupun Ng telah mendedahkan di mahkamah bahawa pihak kilang tidak menetapkan tempat buangan sisa tersebut, dan beliau hanya membuang di merata-rata, namun tiada pihak yang berkenaan menghubungi Ng untuk meminta agar beliau menunjukkan lokasi buangan tersebut - sepanjang 25 tahun ini. Lantaran daripada itu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan pihak berkenaan yang lain nampaknya tidak memandang berat masalah sisa yang mempunyai radioaktif ini.
Menurut laporan Sin Chew Jit Poh pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun, Sadao Ichikawa ketika membuat kajian di kawasan pembuangan sisa muatan dua lori itu, mendapati paras radioaktif adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat. Selain itu, beliau berkata sisa thorium itu tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau. Jadi ia belum terjamin bahawa kesihatan manusia tidak akan terancam jikapun disimpan dalam "gedung" tertentu.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, profesor kolej swasta yang pernah terlibat dalam perjuangan penduduk Bukit Merah, Tan Ka Kheng (gambar kiri) berkata, separuh hayat untuk thorium-232 adalah 14.05 bilion tahun. Dengan kata lain, keradioaktifannya hanya akan berkurang separuh dari asal selepas 14 bilion tahun. Maknanya, keradioaktifan sisa yang dibuang Ng tidak berkurang dari tahun itu!
Jadi, penduduk kawasan tersebut masih terdedah kepada ancaman radioaktif. Tan Ka Kheng berkata, mangsa pertamanya adalah petani yang berkebun di situ jikalau sisa thorium tidak dikendalikan dengan baik. Keduanya, radioaktif tersebut akan masuk ke dalam rantaian makanan melalui sayuran, dan seterusnya mengancam kesihatan penduduk.
Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati. Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya. Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya. Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.
Beliau enggan diambil gambar. Ketika ditanya apakah puncanya, beliau berkata, "Tiada pun seorang dalam pertalian keluarga saya mempunyai benda (bintik putih) ini."
Beliau pernah memegang sisa toksik itu dengan tangan sendiri, dan beliau mengesyaki bahawa itulah puncanya bintik putih pada badannya. Malah, beliau kini menghadapi masalah bernafas.
Ng terlupa sejak tahun bilakah beliau menerima tawaran projek pengendalian sisa buangan itu, hanya ingat bahawa dirinya bekerja dengan kilang itu untuk kira-kira tiga atau empat tahun. Namun, mengikut laporan akhbar pada ketika itu, beliau menjadi kontraktor kepada kilang Asian Rare Earth sejak Jun 1983, bertanggungjawab mengangkut sisa dari kilang untuk dibuang ke tempat lain. Beliau hanya berhenti apabila mengetahui bahawa bahan itu bertoksik pada tahun 1984.
Beliau telah bekerja sebagai kontraktor untuk lebih 40 tahun. Beliau berkata dirinya tertarik dengan harga tawaran kilang tersebut, maka terus menerima projek itu. Pihak yang berunding dengannya hanya memberitahu bahawa sisa itu adalah "kek thorium" (thorium cake), tanpa menjelaskan apakah itu sebenarnya, malah juga tidak memberitahu di mana sisa itu harus dibuang.
Selain itu, walaupun kerja pengendalian sisa radioaktif ini di-"outsource", namun Asian Rare Earth tidak merangka kontrak dalam hitam putih (bertulis). Keadaan ini cukup untuk menunjukkan bahawa pihak kilang tidak memandang berat pengendalian sisa ini. Hanya apabila pendedahan Ng diberi liputan akhbar, barulah pihak kilang menjelaskan, "Arahan secara lisan sudah memadai..." (New Straits Times, 25 November 1986)
Ng yang tinggal di Menglembu memberitahu MerdekaReview, pihak kilang memaklumkannya bahawa sisa ini boleh dijadikan "baja". Jadi, beliau mengangkut sisa ini ke kebun pakciknya yang berhampiran dengan kilang. "Banyak tempat yang saya tuang (sisa itu)... Masih boleh dikorek pada hari ini".
Beliau berkata, sisa thorium itu kelihatan bagai gum, kapur, berair dan ada mendakan, baunya masam. Tikus dan lipas di kawasan buangan sampah hilang begitu sahaja apabila Ng membuang sisa itu ke kawasan itu, malah sayuran yang "dibajai" sisa thorium ini sangat "cantik" (kerana tiada serangga). Namun, manusia akan berasa tidak selesa ketika mendekati bahan sisa tersebut.
Tidak akan terima projek ini kalau sedar ia beracun
Wartawan mengungkit semula peristiwa silam ini. Selepas Ng Toong Foo mengisahkan ceritanya pada ketika itu, Pengurus Asian Rare Earth pernah menjawab bahawa Ng yang mengingkari arahan kilang dan membuang sisa thorium di merata-rata. Menurut laporan New Straits Times pada 25 November 1986, pihak kilang mendakwa Ng menerima tawaran itu pada kemuncak perjuangan penduduk menentang kilang ini, lantas Ng seharusnya sedar akan bahayanya sisa thorium.
Ng Toong Foo dengan nada yang kasar menyoal wartawan, "Jikalau kamu tahu benda itu beracun, adakah kamu masih mahu mengangkutnya?"
"Dia (pengurus) tidak berani untuk berkata sedemikian pada ketika itu. Benda yang beracun adalah merbahaya. Adakah dia akan berkata sesuatu yang benar? Dia tidak mahu menulisnya dalam hitam putih. Dia tahu bahawa kita tidak tahu," Kata Ng.
"Ia memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu. Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya. Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia. Jadi, kerajaan yang menipu kami," tuduhnya.
Wartawan memetik kenyataan pihak kilang bahawa lokasi pembuangan sisa toksik ini telah ditetapkan. Ng mempersoalkannya, "Buang di mana? Tunjukkan saya! Manakah lokasi pembuangannya itu? Tunjukkan saya. Kamu tidak tunjukkan saya, di mana lokasi yang diluluskan untuk pembungan sisa? Hanya muncul selepas itu!"
Kilang Asian Rare Earth dibina pada tahun 1979 di kawasan perindustrian Bukit Merah, untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit, menghasilkan sisa buangan radioaktif sebanyak 2,250 ton setahun. Namun demikian, AELB belum ditubuhkan pada ketika itu, maka pihak kilang tidak perlu memohon lesen khas.
AELB ditubuhkan pada 1 Februari 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memantau keselamatan tenaga atom di seluruh negara. Asian Rare Earth mendapat lesennya pada Disember 1986, untuk teruskan pemprosesan kilangnya, sebelum dihentikan pada Januari 1994.
Tapak buangan radioaktif Asian Rare Earth pada awalnya dibina di Papan (gambar kanan), namun tidak digunakan lantaran protes dari penduduk tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat memberitahuMerdekaReview, kerajaan mengumumkan pada tahun 1986 untuk membina tapak pembuangan sisa radioaktif di Keledang Hill, kira-kira tiga kilometer dari Papan. Tapak ini siap dibina pada tahun 1990, dan sisa buangan radioaktif hanya dipindah ke sana pada tahun 1991.
Oleh itu, dalam jangka antara binanya kilang pada tahun 1979, hinggalah penggunaan tapak pembuangan sisa radiokatif pada tahun 1991, sisa buangan kilang Asian Rare Earth tidak dikendalikan dengan baik. Kalau bukan pendedahan Ng Toong Foo, kita tidak tahu bahawa sisa buangan radioaktif ini dikendalikan dengan cara yang sambil lewa.
Kerajaan menganggap isu rare earth telah melabuh tirai selepas tutupnya kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah. Padahalnya, sisa buangan ini belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya, mendedahkan penduduk tempatan kepada ancaman radioaktif.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kerian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kerian - Google Blog Search


Mangsa Banjir <b>Di Kerian</b> Berkurangan Kepada 251 Orang Hari Ini <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2011 08:33 PM PDT

Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian berkurangan daripada 289 orang petang semalam kepada 251 orang hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) berkata, mangsa banjir yang masih berada di dua pusat pemindahan adalah dari 11 kampung di daerah terbabit.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah dan SK Alor Pongsu, katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan itu adalah dari Kampung Matang Pasir, Kampung Tanjung Bugis, Kampung Parit Simpang Lima, Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam dan Kampung Perlis, katanya.

Kawasan terbabit masih ditenggelami air sedalam 0.5 meter hingga satu meter. Banjir melanda kawasan terbabit ekoran langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah yang berada di paras bahaya akibat hujan lebat sejak seminggu lalu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini diminta menghubungi bilik gerakan di talian 05-7213723.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Nantikan Mat Sabu <b>di Bukit Gantang</b> 4 Julai ini. ~ SISI BUKIT

Posted: 21 Jun 2011 10:55 PM PDT

Nantikan Mat Sabu di Bukit Gantang 4 Julai ini.

Posted by Cikgu Din on Tuesday, June 21, 2011
'; div.innerHTML = summary; } //]]>

Hj Mohamad Sabu Timbalan Presiden Pas akan datang ke Bukit Gantang pada 4 Julai ini.Beliau dijadualkan akan berceramah di kawasan Bukit Gantang pada malamnya.


Pihak PAS Kawasan Bukit Gantang dikhabarkan sudah membuat persiapan rapi untuk menyambut Timbalan Presiden Pas itu.


Menurut satu sumber Ceramah Umum itu turut disertai Sdr Lim Guan Eng,Dr Mohd Nor Manuaty dan DS Nizar.




Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di beruas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di beruas - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di</b> baling - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2011 09:16 AM PDT

 Salam...

Malam di manjung tu....

" Camner ni bang?..kalau baby tak ok...tak yah la kita g kedah.." aku bagi cadangan kat daddy pagi yang sepatutnya kami bertolak ke Baling, Kedah.

Qaseh..sejak ari rabu lagi dah cirit-birit...dan malam sabtu aritu..masa kami masih di manjung..tetiba cirit-biritnya bertambah teruk..macam biasa..mata sudah jadi mata panda...ubat-ubat pun dah tak cukup...

mmm..ini kalau bawa jalan jauh-jauh ni...mau baju kenduri bau 'harum' dikerja qaseh...

" kalau pukul 2 petang kita bertolak balik shah alam...boleh jaaa..." daddy lak kasik jalan

malam tadinyar...aku dah msg semua adik beradik yang berkumpul di umah kakak di Jitra n masih di Beruas..kemungkinan yang aku tak dapat join konvoi kenduri esok...Qaseh Tak Sihat...sekali ngan pengantin pun aku msg...tak mo depa dok tunggu-tunggu kannn....

Akhirnya.....setelah dapat support dari daddy..kami terus siap...dan bertolak TERUS ker rumah pengantin perempuan di Baling,Kedah. Pakat janji jumpa kat sana plak...:)

Dengan doa dan harapan...qaseh tidak cirit birit teruk.....

Begitu lah yang terjadi....kita merancang kemain baaaaaikkk punya...tapi PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIKKK...:)

Alhamdulillah...sampai juga ker Baling meraikan pengantin yang serba kuning...tak sangka kami anak beranak pun pakai baju kuning...makanya..hanya kami ja laa yang sama tema ngan pengantin...kuikuikui...  


Berminat lah untuk kongsi sedikit photo hari kenduri dengan pesakit yang perlu bergegas balik shah alam jam 2 petang....itu pun...jem teruk sana-sini ...sampai shah alam dalam kul 12 malam lah juga....fuuhhhhhhh...




   

 p/s tak pernah plak nampak pakcik raflee ni pakai baju kuning anggg cam ni....kihkihkihkih

p/s  kenduri di pihak kami (lelaki) masih dalam 'mesyuarat"...Julai depan ni kena buat kenduri menyambut..InsyaAllah...:) TEMA PURPLE....adeh...sabor je la...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


YB membela Tonto dadah <b>di Kuala Sepetang</b> | peraktoday.com

Posted: 21 Jun 2011 06:19 AM PDT

Ini kisah yang tak ingin kita dengar tetapi terpaksa dikongsikan di sini untuk dijadikan penilaian kita

Ini kisah mantan YB Kuala Sepetang ( Port Weld) Perak yang bawa seorang anggota Rela duduk di sana. Anggota Rela tersebut adalah seorang tonto pengedaran dadah dan kini menetap di Kampung Seberang

Baru baru ini anggota keselamatan telah membuat satu operasi di kampung tesebut.

Si tonto ini pun mula masuk daun kononnya dia adalah pegawai Rela yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kampung dan mula sebuk menyebuk dan mengganggu tugas pasukan keselamatan

Akibahnya. tauke dadah berjaya melarikan diri dari kepungan pihak keselamatan. Semunya gara gara angkara pegawai Rela yang menjadi tonto.

Kerana geram dengan tonto tadi, seorang anggota keselamatan telah menolak tonto tersebut.

Akibat daripada kejadian itu, si tonto laknat itu membuat laporan kononnya dia ditumbuk dan dipukul teruk oleh anggota keselamatan.

Paling tak seronok ialah mantan YB tersebut telah membawa tonto ke balai polis. Kononnya untuk menjaga hati pengundi Kg Seberang tetapi apa pula yang jadi kepada adun Pkr yang menjadi YB sekarang? Nak duduk saja kah kalau dah tahu tempatnya menjadi sarang penagih dan lokasi penjualan dadah secara besar-besaran.

Apakah Mantan YB dan YB sekarang bersekongkol dengan taiko pengedaran dadah. Adakah mereka mendapat habuan masing-masing.

Kuala Sepetang dari zaman mantan jadi YB sehingga jatuh ke tangan PKR, Kuala Sepetang terkenal sebagai kawasan hitam pengedaran dadah. pembeli dan pengedar dadah akan ke sana untuk mendapatkan bekalan. Malah nelayan juga hanya digajikan dengan dadah.

Oleh kerana sikap kedua-dua pemimpin yang membela taico dadah, jumlah penagih dari Kuala Sepetang sampailah ke Kampung Dew, Selingsing semakin parah.

Dengar cerita dari orang kampung terdapat dan ada cawangan baru jual dadah ditempat bakar arang dan  ramai juga orang luar datang untuk mendapatkan bekalan dadah dari situ

Selain dari dadah , Kuala Sepetang juga terkenal dengan tempat pembelian minyak subsidi nelayan, masih ingat pendedahan Razak Baba?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KemBalakEnterprise: YB membela Tonto dadah <b>di Kuala Sepetang</b>

Posted: 21 Jun 2011 07:49 AM PDT

Ini kesah yang tak ingin kita dengar tetapi terpaksa dikongsikan disini untuk dijadikan penilaian kita. Ini kesah mantan YB Kuala Sepetang yang bawa anggota rela duduk disana.


Anggota Rela tersebut adalah seorang tonto pengedaran dadah di Kampong Seberang. Baru baru ini anggota keselamatan telah membuat satu operasi di kampung tersebut.


Si tonto ini pun mula masuk daun kononnya dia adalah pegawai Rela yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatn kampung dan mulalah menyebuk dan menggangu tugas pasukan keselamatan.


Akibatnya, tauke dadah berjaya melarikan diri dari kepungan pihak keselamatan semuanya gara-gara angkara pegawai rela yang menjadi tonto.


Kerana geram dengan tonto tadi, seorang anggota keselamatan telah menolak tonto tersebut. Akibat dari kejadian itu, si tonto laknat itu membuat laporan kononnya dia ditumbuk dan dipukul teruk oleh anggota keselamatan.


Paling tak seronok ialah YB dan mantan YB bersama-sama membawa tonto itu kebalai polis. Kononnya untuk menjaga hal pengundi kampong Seberang. Kuala Sepetang dari zaman mantan jadi YB sehingga jatuh ketangan PKR, Kuala Sepetang terkenal sebagai kawasan hitam pengedaran dadah. Pembeli dan pengedar dadah akan kesana untuk mendapatkan bekalan. Malah nelayan juga hanya digajikan dengan dadah.


Oleh kerana sikap kedua-dua pemimpin yang membela taiko dadah, jumlah penagih dari Kuala Sepetang sampailah ke Kampung Dew, selinsing semankin parah.


Dengar cerita dari orang kampung terdapat dan ada cawangan baru jual dadah ditempat bakar arang dan ramai juga orang luar datang untuk mendapatkan dadah dari situ. Selain dari dadah, Kuala Sepetang juga terkenal tempat pembelian minyak subsidi nelayan, masih ingat pendedahan Razak Baba..?  

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di gerik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gerik - Google Blog Search


MOH...KITE LAWAN YEOP!!!: Ceramah Perdana Anwar Ibrahim <b>Di Gerik</b>

Posted: 21 Jun 2011 10:09 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah Perdana Anwar Ibrahim Di Gerik. PKR Gerik, Tuesday, June 21, 2011. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dr Muhammad Nur Manuty. Dr. Lee Boon Chye Tarikh: 24/6/2011. Tempat: Dewan Hokkien Gerik Perak Masa: 9.00 Malam ...
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved