Rabu, 22 Jun 2011

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Misteri Volkswagen Kuning <b>Di</b> Lebuhraya <b>Jelapang</b>

Posted: 29 May 2011 03:56 AM PDT

Hantu Volkswagen Kuning

Kepada yang dah tengok Filem Karak mesti nak tahu lebih lanjut lagi kisah Volkswagen Kuning kan? Cari punya cari aku jumpa la satu artikel ni kat facebook. Percaya atau tidak itu terpulang kat diri anda masing-masing. Aku disini hanya sekadar berkongsi pengetahuan am sahaja. Kalau ianya tipu maka tipu lah artikel ini.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Lebuhraya Jelapang

Rasanya ni bukan laluan balik ke kampung aku. Nasib baik. Hehe.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan