Isnin, 4 Mac 2013

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Gambar2 Amukan Sahur Berdarah <b>di Langkap</b> <b>...</b> - Sedaka Sejahtera

Posted: 13 Aug 2010 11:33 PM PDT

Mangsa, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36 Meninggal dunia

Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya. Foto BERNAMA

IPOH: Polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman kira-kira tiga jam selepas menetak mati isterinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi tadi.

Katanya, sebelum itu lelaki itu telah mengamuk dan menyerang isteri dan dua anak perempuan mereka pada kira-kira 5.15 pagi.

Isterinya Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, seorang pekerja kilang, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang anak mereka, Najihan, 13, cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan, kata Goh ketika dihubungi.

Seorang lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, terselamat daripada sebarang kecederaan, katanya.

Menurut Goh, selepas mendapat maklumat mengenai insiden itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan berusaha memujuk Mohd Natri menyerah diri tetapi beliau terus mengurung diri di dalam rumah.

Katanya, anggota polis telah menembak mangsa dengan menggunakan senjata taser tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif.

Polis terpaksa menggunakan pistol apabila lelaki itu bertindak ganas dan cuba menyerang dengan parang dan pisau, katanya.

Menurut Goh, mangsa yang terkena dua das tembakan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati lelaki itu memang mempunyai masalah mental dan pernah menjalani rawatan di hospital, katanya.

Mayat pasangan berkenaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihan pula dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan, katanya.

- BERNAMA

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MENJADI DIRI KITA SENDIRI: BERCUTI <b>DI</b> Pulau <b>Pangkor</b> (Hari 4)

Posted: 24 Dec 2012 11:51 PM PST


Pagi , sarapan di gerai sebelah stesen teksi Teluk Nipah.  Pekena Laksa mee. Laksanya saiz kecil. Kuah sup ikan. Boleh campur sambal dan sayur kacang. Enak juga.  Selepas sarapan masih ada masa beraktiviti. 
Kami pilih  Nipah Event Water Sport (NEWS).  Di sini Banana Boat sekali jalan RM70. Tak kira berapa orang. Berbanding Beach Boys, RM15 seorang.  Ada sebuah keluarga naik banana boat 8 orang menggunakan khidmat NEWS ini. Jadi tak sampai RM10 seorang.  
Menariknya naik banana boat ialah apabila sampai semula di pantai, kita diminta meletak tangan ke kepala. Bot akan sentak banana, so kita akan terjatuh ke air. Seronok, Jangan takut, pasti  timbul. Selepas menaiki  banana, kami mencuba pula jet ski. Rm70 bagi 20 minit. Pandu sendiri. Boleh juga pilih pakej yang lain. Misalnya jadi penumpang sahaja, pakej setengah jam  atau satu pusingan RM15.  Dalam 20 minit, kita boleh tukar-tukar penumpang atau pemandu sesama ahli keluarga. Jet ski mudah dikendalikan. Tekan minyak sahaja. Tapi awas jangan terlalu ghairah. Takut terlanggar bot yang lain. Kami bergilir-gilir penumpang. NEWS beri extra 5 minit. 
Akhir sekali kami mencuba kayak pula. RM20 satu jam. Hari semakin panas. Saya dan Ain berjaya mengayuh kayak hingga ke Pulau Giam melihat orang snorkeling. Patah balik semula ke pantai. Orang yang berkayuh di bahagian belakang mesti pandai menentukan arah.
Pukul 11.15 kami selesai aktiviti pantai.  Sbelum balik bilik, membeli apam balik  Angah dulu. 50 sen sekeping. Pagi petang kami beli apam balik ni. Ramai pelancong mat saleh turut membeli.  Pak Ngah kata dia sudah 30 tahun tinggal di sini. Dia orang Kg Dong,  Raub, Pahang.
Check  out 12.00 tengahari.  Sudah ramai pengunjung yag menunggu di lobi untuk check in.  Resort ini kira ok dan selesa. Dekat dengan pantai (100meter) . Anggota PDRM juga ramai menginap di sini. 
Sebelum sampai ke jeti,kami singgah di  Kota Belanda di sebelah selatan pulau.  Kota peninggalan Belanda ini dibina semasa Belanda berperang menentang Panglima Kulup.  Singgah lagi di kedai ikan bilis di Pekan Pangkor.  Mencari ikan bilis Pangkor. Ikan bilis mata biru yang terbaik dan termahal.  Gred A. 40% pengeluaran bilis Malaysia datang dari Pangkor. Inilah produk utama Pangkor. 
Sampai Jeti, tuan kereta sudah menunggu. Lewat 15 minit. Tapi dia tak cas apa-apa. Senyum sahaja. Agak lama menunggu feri.  Mata mengantuk. Feri gerak pukul 2.00pm.  Dalam Feri saya ambil peluang untuk tidur. Letih berkayak.  Sampai di Lumut, makan tengahari di  bahagian bawah parking bertingkat. Restoran Laksa Kuala Perlis. Banyak kedai makan di situ.  Shopping lagi. Harga produk hasil laut lebih murah di Lumut. Saya  syorkan  shopping di kedai Normala atau Hamid Ali. Ada tawaran 8 barang Rm10, 4 barang RM10 dan lain-lain tawaran. Bagi cenderamata dan t shirt, tak jauh beza dengan di pulau.
Selesai shopping, kami gerak balik ikut Bidor dan Sungkai  masuk Lebuh raya Plus terus ke Kuala Lumpur.  Secara asas bajet adalah seperti berikut: Penginapan 2 hari RM360.00. Minyak kereta RM80. Tol RM25. Aktiviti air RM230.00. Makan RM260. Sewa kereta di pulau RM150. Tiket RM45. Bayar parking di Lumut RM15.00 dua hari. Jumlah kasar  RM1165.00.  (bajet untuk 5 orang,  kereta sendiri, dari Kuala Lipis, Pahang). Tak termasuk shopping.  Tujuan saya  kemukakan aktiviti  dan bajet ini adalah sebagai panduan atau sebagai perbandingan kepada sesiapa yang ingin bercuti di Pulau Pangkor.

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


SEMUT HITAM: KIT SIANG PENGSAN <b>DI TELUK INTAN</b>???

Posted: 03 Mar 2013 10:15 PM PST

Hah! Ini berita gempar apa pulak pepagi buta hari Isnin ni? Pasal apa pulak Si Godfather Kit Siang tu pengsan kat Teluk Intan? Dia kena serang sakit jantung ke?

Mungkin jugak la. Sebab selama ni, dia ingat tak de orang yang berani nak ambik tindakan terhadap kebiaDAPan puak - puak DAPigs tu. Dia ingat, dia boleh buat sesuka hati.

Nah!!! Sekali lain pulak jadinya. Sambutan yang diberikan bukan seperti yang digambarkan, tetapi sebaliknya. Dia bukan disambut dengan Roket, tapi dengan Dacing!!!

Cuma kali ni, puak - puak Pakatan tu tak boleh nak salahkan orang sebab cuba menggangu program yang diorang buat. Yang diorang bongok sangat buat ceramah depan pejabat UMNO tu siapa suruh!!! Jadi, terima je la ubatnya. Baru la diorang sedar diri sikit!!!

AnakSeberang - Ceramah DAP yang diadakan di bandar Teluk Intan  gamat seketika apabila sekumpulan pemuda membawa bendera BN turut bersama-sama di kalangan orang ramai yang hadir ke ceramah penipu rakyat tersebut.


A.S tabik sama semua anak muda ini kerana tampil menzahirkan sokongan mereka terhadap BN dengan cara yang cukup berani sekali.



Ini kerana puak Dap cukup biadap tak menghormati tuan rumah kerana menganjurkan ceramah di depan Pejabat Umno Bahagian Teluk Intan. Perangai sebijik macam penceroboh sulu tak reti hormat tempat orang. - seterusnya...

KELAB GREENBOC: [VIDEO] Pemuda UMNO Ganggu Program <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 07:31 AM PST


Sekumpulan Pemuda UMNO malam semalam telah melakukan perlakuan biadab dan provokasi melampau dengan menggangu kacau ceramah DAP di Teluk Intan, Perak sambil mengibar bedera dacing berteriak terjerit terlolong "TELUK INTAN MELAYU PUNYA..... UMNO PUNYA".

Mereka tunjuk samseng dan biadap yang tidak bertamadun langsung. Enggan beredar walaupun dirah pihak polis.

Keadaan terkawal... Nampak gayanya lagak samseng Pemuda UMNO ganggu kacau ceramah Pakatan Rakyat semakin hari semakin melampau.

Kini permainan politik perkauaman sempit UMNO sudah sampai ketahap amat merbahaya dan kritikal sekali. -omakkau

9 comments:

View Comments/Post a Comment

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


RasyidHuda ~Bride2Be~: Berapa harga rumah <b>di Seri Manjong</b>?

Posted: 29 Dec 2012 07:29 PM PST

Sebelum kita survey rumah yg jauh rasyid nk bg tau huda dulu berapa harga rumah di seri manjong. jarak base TLDM dari bandar seri manjong adalah kira-kira 10 km dan menjadikan bandar seri manjung sebagai tmpat pilihan anggota TLDM untuk menetap dan membeli rumah. berdekatan dengan keperluan asas seperti hypermarket(3,4 buah disitu), hospital, sekolah dan balai polis. walaubagaimanapun kerana permintaan yg tinggi skrng ni harga rumah dan tanah di bandar seri manjung melonjang tinggi hingga apabila difikirkan menjadi tidak releven utk dimiliki. ditambahkan lagi dengan ura-ura berlaku kawalan harga dari pihak kontraktor yg memiliki lebih dr separuh pegangan dan projek hartanah disini.

image

kat bawah ni adalah contoh harga rumah di bandar seri manjong.sila lihat keadaan rumah,harga rumah dan jenis pegangan rumah dibawah.

(Tp harga kt bawah ni  betul2 melampau,cuma xsemua mcm ni..cuma still tinggi jugak)

image

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


pegawai muda tentera laut sambut baik br1m <b>di lumut</b> - hak malaysia

Posted: 26 Feb 2013 06:33 AM PST

"Bersyukur sangat dapat bantuan RM250 ketika saya memerlukan wang untuk bekalan menjalani pembedahan akibat kemalangan ketika bermain bola sepak"

Itulah gambaran kesyukuran seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM),Laskar Faizul Azhar Abdul Fatah,24 dengan Bantuan Rakyat 1Malaysa yang diterimanya bagi meringankan beban dan persediaan untuk menjalani pembedahan kaki.

Beliau yang terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan antara penerima BR1M di Auditorium M Sidek Shahbudin di Lumut.

Seorang lagi TLDM Azhani Che Ahmad,25 yang berasal Perlis membantunya menambah wang sebagai persiapan berkahwin bulan depan.

Terbukti Orang Bujang sangat merasakan BR1M sebagai salah satu pemangkin yang meringankan beban mereka dan terima kasih kepada kerajaan yang sangat prihatin terhadap golongan Anak Muda.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


PANAS...Calon Bebas akan Bertanding <b>Di</b> Dun <b>Bota</b> Dan Belanja..

Posted: 28 Dec 2012 04:14 PM PST

                     Rumor rumor mengenai calon calon BN dan PR akan ditandingi juga oleh calon calon bebas kini kian tersebar dengan begitu meluas sekali di Perak Tengah.Cerita ini telah mula menjadi perbualan yang hangat oleh pengunjung pengunjung kedai kopi.Dikalangan penganalisa dan strategi politik,perkara ini akan diberi perhatian yang mendalam untuk dikaji kesan dan impaknya kepada pola pengundian.
                    Khabar khabar angin sedang bertiup hebat mengenai DUN Belanja akan mendapat tentangan tiga penjuru iaitu dari calun BN,calun PAS dan calun bebas.Dikatakan calun bebas ini akan digalas oleh Kamarul Ramizu Idris.Beliau sebelum ini pernah menjadi calun bebas untuk Piliharaya Kecil Penanti 2009 Beliau tewas dengan mendapat cuma 56 undi.Beliau turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 dan tewas dengan hanya memungut 62 undi.
                    Untuk DUN Bota pula,dikatakan bahawa seorang bekas ahli Parti Keadilan turut berminat untuk mengisi kerusi bekenaan.Ini bermakna perlawanan 3 penjuru bakal terjadi di DUN Bota antara Ustaz Zulkifly Ibrahim (PKR),Calun BN (UMNO) dan Calun bebas. Calun bebas ini pernah terlibat dengan kes  didakwa bersama beberapa orang yang lain.Walaubagaimanapun mereka  didapati tidak bersalah oleh mahkamah.Keputusan untuk menjadi calun bebas ini dibuat beliau kerana dia merasakan bahawa beliau telah tidak diendahkan oleh kepimpinan parti.Terdapat usaha usaha pimpinan PKR untuk memulihkan hubungan ini,tetapi gagal setelah beliau tetap berkeras juga untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Bota.

Msinc-membuat kajian terhadap semua calun bebas yang bertanding..dari segi motif dan strategi politik.Didapati mana mana calun bebas di Semenanjung akan mendapat undi yang rendah sehinggakan ramai yang hilang wang pertaruhan.Mengapakah mereka masih berminat untuk bertanding walaupun boleh dijangkakan sememangnya akan kalah.Sanggup hilang wang pertaruhan.Mengapa?..atau ada tangan tangan ghaib yang menyuruh atau mengadunnya.Dari mana dapat sumber?..Kita akan kenal siapa mereka...

KeNdUrI KaHwIn SePuPu <b>Di</b> TiTi GaNtUnG-<b>BoTa</b> KaNaN

Posted: 25 Feb 2013 08:55 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam...cuaca pagi yg nyaman coz hujan rintik2 menbasahi bumi..moga hujan yg turun pg ni dpt membersih sikit sebyk dosa kita...Aminnn....nak cita sabtu lepas aku & family serta ibu mertuaku memenuhi jemputan bapa saudara belah suamiku (pak ngah)..sepupu suamiku kahwin..kami bertolak seawal pkl 9.30 pagi..rumah kenduri terletak di bota kanan..aku plg best klu p bota nih coz ada satu kedai yang menawarkan roti dan kek yg sedap2 dan harganya pun berpatutan..kami sampai kat kedai Roti Segar tu dlm pkl 11 pagi..lps dah puas shopping..kami pn bertolak p rumah pak ngah yg x brapa jauh dr situ...

 ni la kedai Roti Segar..besaq kan..
 antara pilihan pizza yg ada kat sini
 ni plk pilihan kek gulung yg ada..
 humaira pilih kek ni-cheese cake
 muhd plk kek blueberry moist
 yg ni pilihan bersama-cheese tart & blueberry tart
 yg ni pilihan aku..x tau la org pggl apa..mcm puding kastard
 pilihan en. suami-kek dam gulung
Kami sampai kt rumah kenduri pkl 12 tghari..org tgh ramai  time tu..nasib la kat dlm rumah x dak org sgt..blh la aku suruh anak posing..pic pengantin xdan nak snap coz p mekap..famili depa smua pakai sedondon kale peach..gmbq hantaran pn aku snap sikit jer...
 ni la pic pelamin..cantik giler kale nih...
 humaira tgh posing..tu pun jenuh memujuk sbb dia ni pemalu sikit klu org tgk..
 hantaran pihak perempuan-sepupu aku ler tue...

 humaira dgn aiskrim nya...org juai aiskrim ni pn time ni la nak tggu sini..
setakat ni ja la yg aku nak kongsi dgn korang smua..jumpa lagiii....

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Treler rempuh tiga kedai <b>di Chemor</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 05 Jan 2011 10:11 PM PST

01 Safar 1432H.

IPOH: Seorang pemandu treler nyaris maut selepas merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini.

Ketua Polis Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi hanya cedera ringan di kaki.

"Mangsa yang tersepit dalam treler berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rodzi berkata, nahas berlaku ketika Lazim memandu treler membawa muatan simen dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh.

"Treler berkenaan dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan merempuh tiga buah kedai," katanya.

Katanya, sebuah Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap oleh runtuhan kedai terbabit.

Beliau berkata, pemilik kedai terbabit juag tidak berada di premis berkenaan ketika kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sinar Harian/-


07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


HOMESTAYNIAGA.COM: SENARAI PENGINAPAN <b>DI BUKIT MERAH</b>

Posted: 06 Feb 2013 09:32 PM PST

Assalamualaikum wth...
Apartment untuk disewa. Berada di dalam kawasan Peranginan Bukit Merah milik MKLand.Kolam renang kanak-kanak dan dewasa bersebelahan apartment dan percuma kepada semua tetamu. Merupakan studio pemilik bagi lukisan dinding ( mural painting ). Penginapan untuk muslim sahaja.

Kemudahan :
3 bilik tidur ( 1 queen bed n 4 single bed + 4 toto )
2 bilik air ( water heater )
Bilik Tidur utama berhawa dingin
Ruang tamu yang selesa dengan dekorasi lukisan dinding ( mural painting )
Ruang makan untuk 10 orang
Ruangan dapur untuk memasak yang lengkap

Kemudahan lain :
Penghawa dingin LG 1HP,alat senaman, televisyen, astro beyond ( kad disediakan ), DVD/VCD player, radio, mesin basuh, seterika ( iron ), vacum, heater, kettle, rice cooker, set memasak yang lengkap, set makan minum yang lengkap, tuala, selimut, bantal tambahan, 4 toto, gel mandian, syampoo, sabun basuh baju dll..

Harga biasa dari RM 180.00 – RM 250.00 semalam.

Harga promosi sepanjang 2012 bagi tempahan awal sebulan sebelum check in sahaja:

3H2M - percuma 1 tiket ke taman tema air @ RM 29.00

4H3M - percuma 3 tiket ke taman tema air @ RM 87.00

atau

RM 170.00 bagi 2H1M ( tempahan awal sebulan diperlukan )
RM 330.00 untuk 3H2M ( tempahan awal sebulan diperlukan )
RM 450.00 untuk 4H3M ( tempahan awal sebulan diperlukan )

Untuk tempahan sila hubungi :

Aimy Fazrul Bin Khairuddin
012-4297994
aimyfazrul@yahoo.com

Bayaran pengesahan tempahan sebanyak RM 100.00 diperlukan..

Aimy Fazrul Bin Khairuddin
Maybank ( acc. no. 157091130510 )

Jom bercuti... connecting to :

Lokasi lain untuk dilawati :

Taman tema air, Eco Park ( mini zoo ), Jeti ke Pulau Orang Utan ( 5 minit )
Bandar Baru, Selama ( 20 minit )
Parit Buntar ( 30 minit )
Penang ( 40 minit )
Bandar Taiping, Taman Tasek Taiping ( Lake Town ) Bukit Larut ( Maxwell) Ladang Tulip, Zoo ( Night Safari ), Tesco Giant ( 25 minit )
Ipoh ( 1 jam )
Seri Manjung, Setiawan, Lumut, Teluk Batik, TLDM ( 1 jam 45 minit )

---------------------------------------------------------------------------------

Bukit Merah Homestay
B6261, Studio Apartment, Bkt Merah Lake Town Service Apartment
Studio Apartment (1 bilik)
012-2705983@idrisyusup@gmail.com
RM80 (Isnin-Kamis) Jum-Ahd(RM100)
Lokasi sevice studio apartment terletak dalam kawasan Bkt Merah Laketown Resort, terdapat jln pintas ke bandar Taiping, kediaman satu bilik (satu katil besar+extra bed). Penginapan lebih 2 mlm harga boleh dirunding.

Homestay
Apartment Tropicana, Bukit Merah Laketown, Perak.
Apartment / 3 bilik-bilik tidur utama berhawa dingin
cahayakristal@yahoo.com
RM200 sehari
Dilengkapi dengan semua kemudahan asas spt. TV, Peti ais, dapur dan kelengkapan untuk memasak untuk percutian bersama keluarga anda dan hanya 3 minit ke Taman Tema Air.

Haji Abdul Rahman's Homestay
Bukit Merah Laketown Resort
Fully furnished, air-conditioned apartments with 3 bedrooms and 2 bathrooms.
0195752700 Ain
2 days 1 night. Peak RM250 (negotiable), Off-Peak RM180 (negotiable). Special discount for staying at longer duration.
Guarded entrance, lift, kitchenette. Free access to Tropicana Clubhouse, swimming pool, gym. Deposit is 50% of the overall price. Full Payment before check-in. Adios &amp; Happy Holiday.

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Advantange buat PR <b>Pasir Salak</b>! atau … cerdiklah kalian. : Media <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 11:34 PM PST

Timbul persoalan siapakah yang bakal mengantikan tempat Tajuddin Ramli di Pasir Salak.Perbagai spekulasi telah dibuat ,

Jangan merasa terkejut kalau anda dapati Zambry Abd Kadir akan bertanding disana sebagai Ahli Parlimen.Sebenarnya kawasan Kg Gajah,Pasir Salak,Bota dan Belanja adalah kawasan yang ahli ahli UMNO merasa cukup selamat untuk bertanding walaupun kawasan Parit telah membuat perubahan pada tahun 1969 dan 1999.Namun secara pukulratanya BN menganggap kawasan kawasan ini adalah kubu kuat dan kawasan selamat mereka.

Peralihan Zambry ke Parlimen Pasir Salak ini dilihat sebagai "misi menyelamat pemimpin BN " kerana sememangnya BN sudah melihat bahawa di Negeri Perak sudah tiada harapan untuk BN kembali berkuasa.Sekiranya Zambry dikekalkan di peringkat DUN,beliau akan jadi ketua pembangkang yang tiada kuasa pemerintahan.Ini dilihat sebagai suatu kerugian bagi pemimpin pemimpin UMNO/BN.Untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi maka pemimpin pemimpin terpilih ini terpaksa dialehkan ke Parlimen,kena BN merasakan mereka mampu lagi mengekalkan kuasa di peringkat Persekutuaan.

Tambahan lagi kawasan yang bakal ditandingi oleh Zambry adalah kawasan "selamat".Namun dari gerakkerja yang ditunjjukan oleh Pas Kawasan Kg Gajah,Parlimen Pasir Salak bukanlah suatu kawasan yang mudah kepada BN lagi.Didalam PRU segala kemungkinan boleh terjadi.Dengan kuasa Allah,apa apa pun boleh berlaku.

Laporan dari Telok Bakong Online.

Siapa yang bertanding? anda sebagai voters perlu lebih bijak bukan seronok terkinja2.

Peperangan PRU ini perlu kepada pengalaman dan selok belok persenjataan minda, bukan saja suka-suka dan tak perlu dengar kata mereka yang terdahulu darinya.

Kematangan berpolitik diukur dengan kejayaan berfikir dan membuat keputusan berpasukan bukan semata-mata melihat gelombang dan silauan kemenangan sedangkan , keupayaan dan pertahanan diri masih jauh ketinggalan. Wang bukan segala-galanya , namun wang , tenaga , pengaruh dan kewibawaan penentu kejayaan. Silakan …

http://paspasirsalak.blogspot.com

Related posts:

Filed Under: Dari blogger

Pencacai UMNO semakin ganas.. Kain Rentang PAS <b>Pasir Salak</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 01:45 AM PST

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Taiping Mali: TERAJU UTAMA UMNO BAHAGIAN <b>BUKIT GANTANG</b>

Posted: 26 Feb 2013 01:06 PM PST



Yang Berbahagia Kamaruddin Bin Abu Bakar,
NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG.
PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT.
SENTIASA BERSAMA DALAM MEMBANTU RAKYAT.
SENTIASA BERSAMA DALAM MENANGANI DAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT DI PARLIMEN BUKIT GANTANG.

UNDI BN!UNDI BN!UNDI BN!

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


RedahKasiPecah: PANAS !! Penyokong PAS Nak Tukar Kapal <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 04:13 AM PST

Lebih 13 ribu rakyat kerian membanjiri pekan Bagan Serai pada perhimpunan rakyat Perak pagi tadi sampai la ke petang anjuran PERKASA begitu mendapat sambutan dari semua yang hadir termasuk la penyokong-penyokong PAS di sana turut datang ingin mendengar sendiri perkongsian dari Tun M yang hadir sebagai tetamu khas..
Dalam sesi ucapan Tun M,mengaskan melayu bersatu atas nama islam..rata-rata penyokong PAS yang hadir dah mula menapakkan penerimaan isi ucapan Tun M...
Ada sahabat teman disana mengatakan,penyokong PAS di daerah Kerian menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan yang ditujukkan oleh pemimpin PAS tempatan...kerana hanya tau menabur janji serta tomahan kepada UMNO dan BN sedangkan semua hanya rekaan semata-semata untuk kepentingan peribadi bukannya parti..dan mereka kata ibarat tetwujudnya fuckatan Rakyat ,....seperti " keluar mulut harimau , masuk mulut buaya "

R.K.P