Jumaat, 18 Mei 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


I Love Selipar Jepun...: [ Auni ] - Visit Perak 2012 Episod I

Posted: 07 May 2012 08:03 PM PDT


Buat kali pertamanya Auni menjejakkan kakinya ke kampung. Jumpo atuk ngan opah dokek sano.
Visit perak, tapi eden cakap nogori????? suko ati den la .. ado den kisah??? Muhahahha~ 
Selain drp nak jumpo atok nenek, kami pulang sbb misi menghadiri kenduri Ummi 
( best pren Encik Suami ) di Langkap.. 
Hahahha.. Auni 'menyanyi' baek punyer atas pelamin pengantin
Hari keduo kek kampung, sibuk plak nak poei jalan2.. 
tahun ni kan visit perak 2012
so, destinasi kami adalah ke TAIPING ( Tepen )
Kehadiran disambut oleh En Ghaz dan Kak Che Sue.. 
Ya lah.. En Ghaz suh pegi dulu baru cerita mana mo pegi.. 
Sampai2 kat sana.. Disebabkan cuaca yg panas dan Auni yg masih kecik
En Ghaz bawak kitorg makan dkt Doli Char Kuey Tiow.. 




hahahhaha.. pening ke tgk gambar2 yg tak di-rotate????
nasib korang la.. aku tak sempat nak rotate arrr.. 
tgk la bape lama aku tak hapdet kannn kannn....
Selepas makan2 isi perut .. ukur lilit perut pun da bertambah.. 
so, tibalah masa untuk kurangkan balik seinci dua.. 
Destinasi sebenarnya nak ke Zoo Taiping.. 
tapi disebabkan cuaca yg terlalu panas tidak sesuai untuk AKU
Sebab kononnya kulit aku da cerah sbb tak bjemur bawah panas da.. 
( hahahhahahhaha... AUTAAAAAAAAA )
sebenarnya sebab cuaca panas tak sesuai untuk AUNI la.. 
kang mau dia 'MENYANYI' lagi.. 
Maka, En Ghaz decide utk bawa kami ke Muzium Taiping.. 
Honestly aku memang ske pegi muzium.. 

Da puas pusing Muzium Taiping.. 
Kami bergerak ke Taman Tasek Taiping.. 
( Alaa.. En Ghaz ngan Kak Che Sue nak imbas kenangan photoshoot wedding diorg dl )

Orait... Habis la dulu cite kat Taiping.. 
Sambungan Episod 2.. AUNI dan AUNTY NOSA~

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Belantan: Projek Vale <b>Di Lumut</b>: Nizar Lambai tersentak Zambry <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 07:38 AM PDT


"Kerana beliau cabar saya, saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dengan syarikat berkaitan mengenai persetujuan projek Vale di Teluk Rubiah," kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar beliau mengenai isu berkenaan.

Menurut Zambry, melalui pendedahan dokumen atau bukti diperkatakan akan menentukan sama ada beliau atau Nizar yang bercakap bohong.

"Terima kasih kepada Nizar kerana telah mencabar saya untuk menunjukkan dokumen itu dan sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan, sudah tentulah di tangan saya sudah mempunyai bukti.

"Apabila dokumen sudah dikemukakan, barulah rakyat tahu bagaimana seorang pemimpin boleh berbohong dan tidak rasa berdosa dengan tindakan itu.

"Beliau sendiri telah mengesyorkan kepada saya supaya menunjukkan bukti dan saya sudah pun melakukan penyiasatan mengenai isu serta projek ini.

"Beliau mendakwa tidak bersetuju projek Vale diadakan di Teluk Rubiah ketika pemerintahan Pakatan pembangkang dahulu, tetapi saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dan terlibat dengan proses pertukaran tanah," katanya pada sidang media ketika merasmikan Pesta Sukan dan Kebudayaan Parlimen Lenggong di sini, semalam.

Beliau berkata, dokumen berkenaan akan didedahkan apabila sudah tiba masanya yang akan dimaklumkan kemudian.

"Kita tidak mahu dokumen kerajaan dibuka sesuka hati saja kerana sebagai sebuah kerajaan, kita tidak bermain dengan politik murahan.

"Beliau cabar saya, saya akan tunjukkan dakwaan kononnya tidak pernah meluluskan projek Vale di Teluk Rubiah sedangkan beliau sebelum ini pernah menghantar surat sokongan kepada pihak tertentu," katanya.

Zambry turut difahamkan pihak pembangkang ada membuat demonstrasi bantahan di Vale mengenai isu berkenaan semalam, namun beliau berpendapat tindakan itu bertujuan mengaitkannya dengan Pilihan Raya Umum (PRU13) seperti isu Lynas.

"Saya difahamkan ada demonstrasi di Vale dan mereka ingin menjadikannya seperti isu Lynas yang kononnya didalangi oleh badan bukan kerajaan (NGO).

"Tetapi kita lihat siapa yang datang dan ia diketuai oleh Nizar sendiri serta dianggarkan dihadiri 150 orang yang pada asalnya menyasarkan 5,000 orang," katanya.

Jumaat lalu, sebuah akhbar telah menyiarkan kenyataan Nizar yang mengakui ada perbincangan dibuat dengan syarikat Vale mengenai pelaksanaan projek mereka tetapi tempat yang dicadangkan adalah di Tanjung Hantu, bukan Teluk Rubiah.

Katanya, Teluk Rubiah bukan lokasi yang dicadangkan untuk membangunkan projek berkenaan kerana kawasan itu merupakan pengkalan TLDM dan pusat peranginan terindah di negeri ini. Malahan katanya, bayaran premium yang dikenakan juga rendah dan tidak akan menyusahkan mana-mana pihak yang terbabit dalam projek berkenaan.

Nizar turut akui tidak gentar jika Zambry ingin mendedahkan sebarang dokumen membabitkan projek tersebut.

"Jika dia (Zambry) nak dedah, silakan, kerana apa yang saya buat sebelum ini terutamanya berhubung pemilihan tempat untuk melaksanakan projek itu dilakukan demi kepentingan rakyat.

"Sewaktu pemerintahan PR, kami memang tidak bersetuju projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah," katanya.

Sejak mengambil alih teraju pentadbiran Perak pada 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak pernah sunyi daripada serangan bertali arus pihak pembangkang.

Tidak cukup dasar pentadbirannya diserang membabi buta, Zambry turut dicerca malah warna kulitnya dijadikan modal politik, taktik dangkal yang mencetuskan kemarahan rakyat marhaen.

Serangan ke atas Zambry kebelakangan ini dikhabarkan semakin hebat. Ibarat serangan berangkai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu diasak kiri dan kanan – dengan pelbagai cara – terbuka atau secara halus.

''Semua serangan ini terarah di kawasan Zambry sendiri. Ini tidak berlaku secara kebetulan, pembangkang mahu mencalar imej Menteri Besar ke tahap paling maksimum. Mereka tahu Parlimen Lumut menjadi kawasan tumpuan dalam pilihan raya nanti," kata seorang veteran UMNO ketika dihubungi.

Tidak hairanlah, projek kilang bijih besi syarikat Brazil, Vale S.A di Teluk Rubiah, Lumut yang dijangka menjana pelaburan mencecah AS$5 bilion (RM14.9 bilion) dijadikan sasaran. Skrip menghentam isu kilang Lynas di Pahang 'dikitar semula' untuk menyerang projek ini.

Bekas Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin yang paling lantang mengkritik projek tersebut mendakwa kerajaan pimpinannya sebelum ini tidak pernah membenarkan syarikat bijih besi itu meneruskan projek berkenaan.

Bagaimanapun, Zambry yang sebelum ini dilihat mengambil pendirian enggan melayan sikap hipokrasi pembangkang dalam isu tersebut, semalam tampil dengan kenyataan yang tentunya membuat Mohammad Nizar tersentak.

Zambry menegaskan, pihaknya bersedia mendeklasifikasikan dokumen-dokumen sulit kerajaan bagi membuktikan Pesuruhjaya Pas itu bersetuju meneruskan projek tersebut ketika menjadi Menteri Besar.

''Bukan amalan kita mendedahkan dokumen sulit tetapi disebabkan ada ahli politik seperti ini yang mahu mengelirukan rakyat, menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkannya. Ini fitnah besar terhadap pentadbiran saya, orang ramai perlu tahu perkara sebenar," tegas Zambry.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat pembongkaran 'rahsia tersembunyi' ini dari Dr.Zambry nanti. InsyaAllah.

Suara Politik
Taminsari

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Jengka 19: mStar Online : Jenayah

Posted: 18 May 2012 07:24 AM PDT


Tujuh Lelaki Ditahan Dipercayai Terbabit Kes Bunuh

Posted:

IPOH: Polis menahan tujuh lelaki dan menemui beberapa barangan milik mangsa serta senjata yang digunakan dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki di Jalan Bercham, dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superietndan Azisman Alias pada Jumaat berkata, kesemua suspek berusia antara 18 dan 49 tahun ditahan di Bercham pada Khamis.

Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti itu ditemui di tepi jalan oleh orang awam dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Mayat mangsa dihantar oleh orang awam ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, katanya kepada pemberita di sini.

"Pada mulanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan kecederaan di anggota badan mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras," katanya.

Azisman berkata, kesemua suspek ditahan reman seminggu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Bekas Tahanan Simpang Renggam Terus Mengganas

Posted:

KUALA LUMPUR: Baru sahaja tiga bulan keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, lima bekas tahanannya melakukan tiga lagi kes samun sebelum tiga daripadanya ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pada mulanya mereka menyamun rumah seorang wanita pada 2.45 pagi pada Rabu lepas di Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini.

"Mereka datang ke rumah wanita itu dengan tiga buah motosikal dan memasuki rumah wanita itu dengan menyamar sebagai polis yang salah seorang daripadanya mempunyai alat walkie-talkie.

"Mereka kemudiannya melarikan kereta Toyota Camry wanita berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ku berkata setelah menyamun wanita itu, mereka menyamun pula sebuah kedai telefon bimbit di Pagoh, Muar.

Ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas kejadian itu, mereka terus menyamun sebuah mesin menukar duit syiling di Pekan Pagoh, katanya.

Beliau berkata mangsa pertama telah membuat laporan polis mengenai kehilangan keretanya semalam dan hasil siasatan, polis akhirnya menemui kereta tersebut di sebuah bengkel di Keramat di sini.

Ku berkata hasil maklumat orang ramai, polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Keramat semalam dan menahan salah seorang ahli kumpulan itu yang turut memiliki parang dan telah bergelut dengan polis sehingga polis terpaksa melepaskan tambakan.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Suspek hanya cedera akibat bergesel peluru di badannya manakala seorang anggota polis cedera di tangan kiri akibat pergelutan.

"Kedua-dua mereka kini di rawat di Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, dua lagi anggota kumpulan berkenaan ditahan di sekitar ibu negara semalam manakala dua lagi masih diburu.

Katanya suspek yang ditahan berumur antara 23 dan 27 tahun.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Polis turut merampas wang tunai RM2,000, lima bilah parang, lima telefon bimbit, tiga buah komputer riba dan tiga beg sandang jenis kulit. - BERNAMA

Jengka 19: Harian Metro: Mutakhir

Posted: 18 May 2012 07:34 AM PDT


Shah Rukh Khan dilarang masuk stadium selepas bergaduh

Posted: 18 May 2012 03:54 AM PDT

NEW DELHI: Persatuan Kriket Mumbai (MCA) mengenakan larangan ke atas penyanyi terkenal, Datuk Shah Rukh Khan daripada memasuki Stadium Wankhede Mumbai selama lima tahun kerana terlibat dalam satu pergaduhan.

Pihak persatuan itu membuat aduan polis terhadap Shah Rukh Khan kerana mengeluarkan kata kesat dan menyerang pegawai-pegawai persatuan itu selepas satu perlawanan pada hari Rabu.

Bagaimanapun pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders itu mempertahankan tindakannya kerana marah melihat pegawai keselamatan MCA mengasari anak perempuannya dan kanak-kanak lain di stadium.

Bintang bollywood itu menafikan yang dia berkeadaan mabuk pada masa itu.


Ini membawa kepada pertengkaran di antara pegawai persatuan dengan penyanyi tersebut yang berkesudahan dengan larangan selama lima tahun ke atasnya. - Bernama




Tujuh lelaki ditahan dipercayai terbabit kes bunuh

Posted: 18 May 2012 03:51 AM PDT

IPOH: Polis menahan tujuh lelaki dan menemui beberapa barangan milik mangsa serta senjata yang digunakan dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki di Jalan Bercham, dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias hari ini berkata, kesemua suspek berusia antara 18 dan 49 tahun ditahan di Bercham semalam.

Katanya identiti mangsa belum dikenal pasti itu ditemui di tepi jalan oleh orang awam dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Mayat mangsa dihantar oleh orang awam ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, katanya kepada pemberita di sini.


"Pada mulanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.


Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan kecederaan di anggota badan mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras," katanya.

Azisman berkata, kesemua suspek ditahan reman seminggu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama




07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


The Sniper: Gambar2 BERSIH <b>di Ipoh</b>

Posted: 28 Apr 2012 11:49 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]DEDAHKAN KEBURUKAN BAKAL CALON PR SEBELUM PENAMAAN CALON. DEDAHKAN KEBURUKAN UMNO/BN SELEPAS PENAMAAN CALON. MAMPUIH PI! Pengikut. 29 April, 2012. Gambar2 BERSIH di Ipoh. Dicatat oleh TheSniper ...

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Sepetang <b>Di Bukit Merah</b> Laketown Resort - ANARIZALBLOG

Posted: 11 May 2012 05:09 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sepetang Di Bukit Merah Laketown Resort::.. di 8:09 AM. selamat berhari minggu tuk sume...urmm,kemana korang ari neh? aku x kemana pon ari neh,lepak ngan hero2 kat umah jek...cik rizal pon. keje ari neh..lagik pulak ...

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


JOM JALAN MAKAN: Menikmati cendol popular <b>di Sitiawan</b>

Posted: 15 May 2012 05:53 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Di sitiawan ada satu gerai cendol yg sangat popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong. Kalau tak silap nama tuan kedai ni ialah James dan skrg diusahakan oleh isterinya. Gerai ni dulunya terletak di depan ...

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Roti Canai Sabar Menanti Kari Gearbox Kubang <b>Kerian</b>

Posted: 28 Apr 2012 04:38 PM PDT

Roti Canai Sabar Menanti Kari Gear Box di Kubang Kerian adalah antara yang paling popular di Kelantan.

Gerai roti canai ini beroperasi di tepi jalan, sebelum simpang masuk ke stesen bas Kubang Kerian. Hanya 5 km dari bandar Kota Bharu.

Roti canai yang dibuat di sini tersangat lembut dan gebu. Kuah karinya jua pekat dan yang paling istimewa tentulah kari gearbox.

Selain kari, kuah dal juga disediakan bagi yang tidak menggemari lendir dan lemak dari tulang yang sememangnya mempunyai kolestrol yang tinggi.

Warung Roti Canai Sabar Menanti Kubang Kerian

Warung Roti Canai Sabar Menanti Kubang Kerian

Roti Canai Sabar Menanti dengan kari gearbox

Roti Canai Sabar Menanti dengan kari gearbox - dari Naza-Atai.blogspot.com

Suasana di waktu malam

Suasana di waktu malam

Warung ini sentiasa sibuk di malam hari terutamanya waktu cuti sekolah. Malah, ada yang sanggup menunggu dan beratur sehingga 30 minit semata-mata mendapatkan roti canai kari gear box ini.

Sesuai dengan nama gerai ini, pelanggan haruslah sabar menanti roti canai mereka di waktu orang ramai.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


AZNi AUDiO SYSTEM: Majlis Perkahwinan <b>di Tapah</b> (7 April 2012)

Posted: 14 Apr 2012 12:18 AM PDT

Menyediakan Perkhidmatan PA System untuk majlis keraian dan keramaian seperti:

- Majlis Perkahwinan
- Majlis Pernikahan
- Majlis Pertunangan
- Hari Ulangtahun
- Hari Keluarga
- Hari Sukan
- Khidmat Deejay
- Acara-Acara Korporat
- Rumah Terbuka
- Persembahan Pentas dan sebagainya.

Alunan Muzik dari Pop Yeh-Yeh hingga masa kini. Tidak kira dimana jua majlis diadakan, di dalam DEWAN, KHEMAH, PENTAS, kami sedia memberi perkhidmatan terbaik.

Sekiranya berminat, sila berhubung dengan iJaT:-
019-5761823
ijat.azize85@gmail.com

Kami menerima tempahan di dalam Daerah KINTA, PERAK TENGAH & KUALA KANGSAR. Bagi daerah lain, ia bergantung kepada faktor masa perjalanan dan kekosongan pada hari berkenaan.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Wanita UMNO menanti Penyanyi Aishah <b>di Bukit Gantang</b>. ~ SISI <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 07:44 PM PDT

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


OUM Perak Online Community: Program Senamrobik <b>di Taiping</b> 15 <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 07:58 AM PDT

Cuaca di Taiping amat baik sekali ketika program Senamrobik OUM Jelajah Perak dijalankan di Dataran Kedamaian Taiping pada 15 April 2012. Program ini telah dijalankan bersama oleh Open University Malaysia Kampus Perak bersama Pemuda MIC Perak dan Taiping.


Orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan kemeja T percuma dari pihak OUM
Sebahagian dari peserta senamrobik

Sambutan amat menggalakkan bilamana lebih dari 150 orang penduduk Taiping telah hadir sejak jam 7.00 pagi lagi bagi mengambil bahagian dalam aktiviti kecerdasan dan kesihatan badan. 100 peserta pertama telah diberi kemeja T Open University Malaysia secara percuma. Mereka juga turut diberi sebungkus nasi lemak dan air mineral sumbangan Pemuda MIC Perak.

Matron Cheah (kiri) dan Matron Foong, alumni OUM Perak, turut serta dalam program senamrobik

Sesi senamrobik yang bermula pada jam 7.30 pagi tamat pada jam 8.30 pagi di bawah bimbingan jurulatihnya Sdra Shidee dari Majlis Perbandaran Taiping. Pengarah Open University Malaysia (Perak), Dr. Richard Ng, dalam ucapannya berkata objektif utama program senamrobik ini adalah untuk mempromosi gaya hidup sihat kepada masyarakat tempatan di Taiping. Kata beliau, program senamrobik di Taiping adalah siri ketiga pihak OUM anjurkan di Perak selepas ianya dijalankan di Bukit Kledang di Menglembu dan Padang Polo di Ipoh.


Salah seorang peserta bertuah sedang menerima hadiah cabutan bertuah dari Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran

Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Puan Tina Leong, isteri Pengarah OUM Perak

Cabutan bertuah seterusnya dijalankan untuk mencabut enam hadiah bertuah. Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak dan Taiping telah diberi penghormatan untuk membuat cabutan dan menyampaikan hadiad kepada peserta bertuah.


Pengarah OUM Perak Dr. Richard Ng sedang menyampaikan cenderahati kepada Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak sebagai tanda penghargaan menjayakan program senamrobik ini.

Penyampaian cenderahati kepada jurulatih senamrobik, Sdra Shidee sambil disaksikan oleh Puan Erna (kiri) dan Puan Murni

Sebelum majlis bersurai, Pengarah OUM Perak memaklumkan bahawa pihak OUM akan cuba berusaha untuk mengadakan sesi seperti di masa akan datang supaya penduduk tempatan di Taiping menjadi serasi dengan program senamrobik sebagai aktiviti kesihatan badan.

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Kehadiran PKR <b>di Tambun</b> Tulang tidak gugat BN - Utusan Online

Posted: 22 Feb 2012 07:20 AM PST

Kehadiran PKR di Tambun Tulang tidak gugat BN - Shahidan

Kehadiran PKR di Tambun Tulang tidak gugat BN - Shahidan

22/02/2012 10:44am

KANGAR 22 Feb. - Kehadiran ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang baru-baru ini tidak menggugat kedudukan Barisan Nasional di situ, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Beliau berkata, walaupun PKR cuba menampakan keyakinan bahawa mereka boleh mendapatkan sokongan, namun laluan kepada pembangkang menguasai kawasan itu bukannya mudah.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima 102 borang menjadi anggota UMNO di Kampung Seri Gelam dekat sini, beliau berkata, banyak anggota PKR telah melangkah kaki kepada UMNO.

Shahidan, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata, tinjauan mendapati bilangan yang menyertai PKR di Tambun Tulang adalah amat kecil dan bukannya 200 orang seperti yang didakwa oleh parti itu.

Baru-baru ini, PKR mendakwa 200 orang termasuk bekas anggota UMNO telah menyertai parti itu yang rantingnya telah diwujudkan di kawasan Tambun Tulang. - BERNAMA

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Ahli PAS Seumur Hidup <b>Batu Gajah</b> (haji <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 11:27 PM PDT



Ahli PAS Seumur hidup Batu Gajah Haji Baharun Uda 66 tahun, didakwa di Mahkamah semalam kerana didapati memberi rasuah Penolong Pegawai Daerah supaya kawasan Pasir lombongnya di luluskan dengan segera.


Haji Baharun yang juga seorang jutawan kaya-raya hasil rasuah dikatakan memiliki kawasan lombong dan tanah beratus-ratus ekar yang dimiliki secara tidak sah. Pingat Jaksa Pendamai dimiliki ketika berada didalam Umno suatu ketika dahulu.


Cara pengambilan tanahnya adalah dengan merasuah pegawai pejabat tanah supaya mendapat secara TOL kemudian beliau akan memohon geran semuanya melalui suapan kepada pegawai pejabat tanah dan akhirnya tanah tersebut menjadi miliknya.


Hampir keseluruhan masyarakat Batu Gajah sudah mengenali siapa sebenar Haji Baharun. Dengan imejnya memakai jubah , bersongkok putih kadang-kadang serban berjaya mengelirukan pegawai pejabat tanah. Begitu juga Ismail YDP Pas batu Gajah yang kini menjadi pengurus Bank Simpanan Nasional telah menggunakan kemudahan Bank untuk kepentingan politik Pakatan Rakyat.


Berdasarkan fakta kes, Haji Baharun yang berasal dari Kampung Tersusun iaitu jalan masuk ke Arena Square rumah kedua  yang ada beberapa buah kereta mewah didapati memberi suapan RM500 kepada Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Kinta Amir Fadli sebagai dorongan untuk memberi kelulusan menukarkan kawasan pasir hanya menggunakan permit 4C.


Sebelum ini Haji Baharun pernah berjaya merasuah beberapa pegawai hutan daerah untuk memiliki kawasan balak tetapi kes itu terpaksa dibuang kerana tidak cukup dokumen.


Haji Baharun telah mengishtiharkan dirinya keluar dari Umno dan menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup Batu Gajah sejak 6 tahun yang lepas. Beliau telah menghadiahkan kepada Pas Batu Gajah sebuah bangunan yang dimiliki daripada hasil harta yang dikhuatiri haram. Beliau berikrar akan membantu pakatan rakyat untuk memenangi semua kerusi Dun negeri Perak kerana semasa 11 bulan pemerintahan Rejim DAP Haji baharun memperolehi berbagai projek yang bernilai jutaan ringgit.


Inilah sikap ahli Pas yang dikatakan terlalu bersih, lebih Islam dari Islam akhirnya memiliki harta yang dikhuatiri haram.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PAS Perak bongkar tanah <b>di Lenggong</b> <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 12:53 AM PDT


IPOH, 23 Mac: PAS Perak hari ini membuat pembongkaran tentang pencerobohan tanah yang berlaku di Lenggong.

Penyewengan tanah itu berlaku di sebuah bukit yang dahulunya menjadi tapak penamaman teh jenama Teh Lenggong yang terkenal pada awal tahun 80-an.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, lawatan dan tinjauan Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Negeri serta rombongan baru-baru ini  mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang Teh Lenggong yang telah usang.


Menurutnya, seluruh kawasan ladang teh  kira-kira seluas 700 ekar telah digondolkan dan difahamkan oleh individu yang berada di situ, tanah tersebut telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok 'eucalyptus'.

"Melalui penyelidikan kami, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Beliau mempersoalkan, apakah sebab penutupan ladang tersebut dan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.

"Bagaimana tanah ladang Teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian," ujarnya.

Tambahnya, tinjauannya juga mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran anggaran lebih 1,000 ekar yang mempunyai hasil balak telah digondolkan.

"Adakah kerajaan negeri mendapat hasil hutan balak daripada tanah yang diteroka tersebut?" tanya beliau

Beliau juga hairan bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah  membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam di kawasan itu kerana difahamkan ianya boleh mengganggu sistem arkeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong.

"Pencerobohan tanah ini juga penyumbang kepada banjir teruk yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan banyak kampung berdekatan bukit tersebut ditenggelami air," jelasnya.

Oleh yang demikian, beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) memohon Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir memberikan penjelasan tentang isu itu.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin.