Jumaat, 8 Jun 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Isu pembinaan bangunan tanpa kelulusan <b>di</b> tapak padang Taman <b>...</b>

Posted: 29 May 2012 01:19 AM PDT

Isu tersebut dibangkitkan kerana UMNO ingin menakluki Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Pegoh (selama ini merupakan tapak Sekolah Agama Rakyat Pengkalan Pegoh) untuk dijadikan sebagai bilik gerakan UMNO BN menjelang musim pilihanraya.

UMNO telah mengarahkan SAR tersebut supaya mengosongkan Dewan Orang Ramai untuk kegunaan piliharaya.  Dalam masa yang singkat, SAR terpaksa menumpang di Surau Taman Desa Aman.  Pelajar-pelajar terpaksa belajar di bawah khemah selama dua minggu.

Image

Image

Hakikatnya, UMNO sanggup menghalaukan pelajar SAR keluar dan tidak membekalkan tempat alternatif kepada pelajar.  Pelajar-pelajar terpaksa dihalaukan ke sini sana, tetapi hanya untuk memberikan ruang awam tersebut kepada kegunaan UMNO BN.  Siapa yang menzalimi rakyat?

Kini, Dato Hamidah pula mengarahkan pembinaan SAR baru di Tapak Padang Taman Pegoh Aman tanpa mendapatkan kelulusan pejabat tanah / DBI dan tidak mendapatkan persetujuan daripada penduduk tempatan.  Tanah tersebut masih tidak digazetkan sebagai kegunaan tapak sekolah.  Akibatnya, pembinaan tersebut dibantahkan oleh penduduk tempatan dan ini mencerminkan UMNO memang JUARA dalam isu merampas hak rakyat.

Bantahan rakyat:

  • UMNO sanggup merampaskan harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai untuk kegunaan sendiri, dan merampaskan tapak padang demi mengautkan publisiti murahan.
  • Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan walaupun tiada kelulusan tanah.
  • YB Dato Hamidah Osman sebagai exco kanan telah melanggar undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat untuk berdialog.
  • Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR tersebut supaya tapak  pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.

Sebenarnya, bantahan penduduk Taman Pegoh Aman adalah membantah pembinaan bangunan yang tiada kelulusan, serta pembinaan tersebut telah merampaskan kawasan permainan dan rekreasi penduduk.

Projek tersebut jelas adalah projek mi segera oleh Exco Kanan Perak / ADUN Sungai Rapat, YB Dato Hamidah Osman.  Setelah meninjau pelan yang didapati di Pejabat Tanah Manjoi dan DBI, tapak pembinaan tersebut masih belum digazetkan sebagai tapak sekolah dan projek pembinaan juga dilaksanakan tanpa kelulusan DBI.

Image

Berikutnya merupakan kronologi perkembangan isu tersebut:

  • Pada 30hb April 2012, Pejabat Ahli Perlimen Gopeng telah menerima aduan daripada penduduk Taman Pegoh Aman.  Aduan tersebut adalah kerana mereka mengesyaki suatu projek pembinaan bangunan dijangkakan bermula di tapak permainan taman tersebut.  Oleh kerana itu, mereka meminta bantuan Pejabat Ahli Parlimen Gopeng supaya mengenalpastikan status projek dan tanah tersebut.
  • Pada 2hb Mei 2012, Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye dan penduduk setuju untuk menghantarkan Memorandum yang bertajuk "Bantahan Pembinaan Bangunan di Padang Taman Pegoh Aman" kepada YB Dato Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat) dan Dato Haji Roshidi bin Haji Hashim (Datuk Bandar DBI).  Memorandum tersebut meminta kedua-dua pihak supaya mengadakan sesi dialog dengan penduduk tempatan demi menyelesaikan masalah tersebut.
  • Pada 4hb Mei 2012, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gopeng Sdr Tan Kar Hing telah mengetuai suatu rombongan wakil penduduk seramai 5 orang untuk menghantarkan memorandum di Pejabat Exco Kanan di SUK Perak dan diterima oleh pembantu khas beliau serta disahkan dengan cop rasmi tarikh terima.  Begitu juga di Pejabat Datuk Bandar DBI disahkan dengan cop rasmi tarikh terima.  Malangnya, penduduk tidak dapat berjumpa dengan YB Dato Hamidah ataupun Datuk Bandar.
  • Pejabat Ahli Parlimen Gopeng pernah memanggil ke pejabat Datuk Bandar demi mendapatkan tarikh dialog, tetapi tiada jawapan daripada pihak DBI.  Kerja yang sama telah dilakukan beberapa kali, tetapi masih tidak mendapat sebarang balasan daripada kedua-dua pihak.
  • Pada 25hb Mei 2012, penduduk telah berputus asa terhadap kedua-dua pihak tersebut, lalu meminta YB Dr Lee Boon Chye dan Penyelaras DUN Sungai Rapat Ustaz Radzi Zainon, supaya berjumpa dan mengikhtiarkan penyelesaian masalah tersebut.  Memandangkan projek tersebut dijalankan walaupun telah dikenalpasti tiada kelulusan oleh mana-mana pihak, maka penduduk bersedia untuk memanggil sidang akhbar untuk mengutarakan bantahan mereka.Image
  • Pada 29hb Mei 2012, sidang akhbar dipanggil di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan. YB Dr Lee Boon Chye, Ustaz Radzi Zainon, En. Megat Ikmal (Timbalan Ketua Cabang Gopeng) turut bersama penduduk tempatan.
  • Image
  • Image
  • Pada 29hb Mei 2012, En Megat Ikmal akan menghantarkan surat kepada YB Dato Hamidah sekali lagi untuk menetapka tarikh dan masa dialog bersama rakyat.

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


APLIKASI Al-Qur&#39;an super <b>langkap</b> serta terjemah nya | IFUL <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 05:34 PM PST

Asalamualaikum w,r,b

Di kesempatan pagi ini aku mau membegiakan sesuatu kepada sahabat ku yang berada di mana aza...!

Aplikasi ini sangat mendukung bangetz untuk mendukung buat para muslim yang ada di mana aza...

Kerna kebanyakan org2 sibuk dengan kegiatan nya sehari-hari dan ga sempat baca Al-Qur'an.

Akhir nya aku coba untuk cari sebuah aplikasi yang berhubungan dengan memajukan gemar mambaca Al-Qur'an

Jadi kita ga usah lagi repot-repot bawa kitap Al-Qur'an kemana-mana hanya dengan aplikasi ini kita dapat membacanya hanya dengan lewat hp..

Dan di dalam sana sudah tersedia juga terjemah nya kedalam bahasa indonesia

Ya dah liat aza dulu contoh tampilan nya:

Gimana shob... Seperlangkap bukan..!
Ya dah langsung aja neh di intup App nya..!

App Al-Qur'an super langkap

semoga tuhan selalu memberkati kita semua baik yang mengamalkan nya,membaca, dan buat yang mendengarkan nya Amienz...

Aplikasi ini sudah aku coba di nokia e63

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Wira Negara Wira <b>Trolak</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 30 May 2012 08:55 AM PDT

Skuad Hoki Kebangsaan semalam telah berjaya mengalahkan skuad hoki Pakistan dengan jaringan 3 - 2. Walau pada separuh masa pertama, skuad kebangsaan telah ketinggalan 0 - 2 kepada skuad Pakistan, namun atas semangat kesukanan yang tinggi dan tidak mudah mengalah, skuad kebangsaan telah kembali beraksi cemerlang dalam babak kedua di separuh masa kedua permainan.

Kebangkitan semangat skuad hoki semalam bermula dengan jaringan balas yang diledakkan ke dalam gawang Pakistan oleh Amir Farid yang merupakan anak watan FELDA Trolak. Seterusnya skuad kebangsaan yang diketuai oleh Mohd Shukri Mutalib telah berjaya menambah dua gol hasil jaringan Faisal Shaari dan Muhammad Razie Abd Rahim.

Tahniah kepada anak-anak watan FELDA Trolak yang berjaya melonjakkan nama negara.

Di bawah ini sedutan berita dari akhbar-akhbar:

"UTUSAN MALAYSIA"

MALAYSIA BANGKIT


IPOH - Malaysia mencatat kemenangan pertama pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah dengan menjadikan Pakistan sebagai mangsa kebangkitan apabila menang 3-2 di Stadium Hoki Azlan Shah, malam tadi.

Kemenangan pertama itu meletakkan Malaysia pada tangga kelima dengan lima mata selepas empat perlawanan.

Sebelum ini, skuad Tai Beng Hai hanya mampu mencatat dua keputusan seri dengan Korea (1-1) dan Britain (3-3) dan kalah 2-3 kepada India.

Mengulas kemenangan pertama pada kejohanan kali ini, Beng Hai berkata, kejayaan meraih tiga mata pertama semalam atas komitmen tinggi para pemain.

"Kita turun dengan misi mencari kemenangan yang mana setiap pemain bekerja keras menghalang asakan Pakistan dan perlu berusaha bagi mendapatkan gol.

"Walaupun kita tertinggal 0 - 2 tetapi semangat pemain yang inginkan memburu kemenangan membuatkan persembahan Malaysia sentiasa bertenaga,'' tegasnya.

Katanya, semua pemain telah melaksanakan tugas yang diberikan sehingga Malaysia berjaya bangkit mencatat kemenangan.

Kali terakhir Malaysia berjaya menumpaskan Pakistan 3-2 ialah dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah 2007.

Pada aksi semalam, Pakistan mudah mendahului iaitu pada minit keempat empat apabila penjaga gawang Malaysia, S. Kumar tewas akibat pukulan kencang Muhammad Umat Bhutta.

Pintu gol Malaysia bolos lagi melalui rembatan kencang Shafqat Rasool pada minit ke-12.

Malaysia bangkit pada penghujung babak pertama menerusi tolakan kencang Amir Farid Ahmad Fuzi untuk merapatkan kedudukan.

Skuad negara meneruskan kebangkitan selepas rehat dengan serangan bertali arus bagi mendapatkan gol penyamaan dan ia berjaya dijelmakan oleh penjaring terbanyak negara, Faizal Shaari pada minit ke-48.

Dibantu sorakan lebih 10,000 penyokong, Malaysia akhirnya melakar kemenangan yang dicari-cari menerusi jaringan dramatik Muhammad Razie Abdul Rahim pada saat-saat akhir perlawanan.

Malaysia akan menentang New Zealand hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online

"BERITA HARIAN"

MALAYSIA KEJUT PAKISTAN

JARINGAN Muhammad Razie Abd Rahim seminit sebelum tamat perlawanan membantu tuan rumah, Malaysia mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi.

Ketika perlawanan tampak menuju seri 2-2, pakar pukulan sudut penalti negara itu menguis kencang melepasi celah kaki penjaga gol Pakistan, Imran Shah untuk menghasilkan kemenangan pertama negara dalam kejohanan edisi ke-21 itu.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang memburu kemenangan pertama sebaliknya tambah tertekan apabila lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan berlangsung.
Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit ke-4 diikuti oleh Shafqat Rasool lapan minit kemudian.

Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit melawan dan Amir Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila menolak ke dalam gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain lawan, Rashid Mahmood sejurus sebelum rehat.

Malaysia menggandakan usaha pada babak kedua dan berjaya menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil apabila penjaring prolifik, Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada m-48.

Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan.

Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62).

Sumber: Berita Harian

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Kerajaan lulus RM150,000 bina gelanggang futsal <b>di</b> Bandar <b>Seri</b> <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 09:39 PM PDT

Kerajaan negeri akan terus menyediakan kemudahan riadah dan bersukan di kawasan taman perumahan dan kampung di seluruh Perak dalam usaha mengurangkan masalah sosial di kalangan golongan belia.

Terbaru, kemudahan gelanggang futsal bernilai RM150,000 akan disediakan untuk kegunaan golongan belia sekitar Taman Fasa 2H, Bandar Seri Manjung seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini.

Kemudahan gelanggang futsal itu kata Zambry, boleh dimanfaatkan untuk kegiatan riadah dan bersukan terutamanya di waktu malam.

"Kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas RM2 juta untuk mengupayakan generasi muda dan belia di Perak dengan menganjurkan pelbagai program bersesuaian.

"Selain bantuan daripada Jabatan Belia dan Sukan, kemudahan riadah dan rekreasi juga disediakan seperti gelanggang futsal dan sepak takraw di kawasan taman perumahan dan kampung.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan peruntukan RM150,000 untuk kegunaan belia di sekitar kawasan perumahan Seri Manjung yang dianggarkan mempunyai lebih 20,000 penduduk.

"Kemudahan riadah ini sangat penting untuk golongan belia bersukan di khususnya di waktu petang atau malam agar mereka dapat menghindar diri daripada terjebak dengan kegiatan sosial seperti penagihan dadah," katanya lagi.

Sementara itu, beberapa remaja yang ditemui berasa gembira dengan pengumuman Menteri Besar yang juga Adun Pangkor untuk menyediakan gelanggang futsal di kawasan kediaman mereka.

Shahmin Sazali, 16, berkata kegiatan bersukan di waktu lapang dapat mengeratkan hubungan dengan rakan yang lain selain baik dari segi kesihatan.

"Sudah pasti saya gembira dengan kemudahan futsal yang akan dibina di sini kerana sebelum ini, saya dan kawan-kawan terpaksa ke Stadium Manjung untuk beriadah dan bersukan.

"Apabila kemudahan ini dapat digunakan kelak, ia pasti lebih memudahkan kami untuk beriadah di waktu lapang," katanya lagi.

Rakannya, Mohd Hairi Azri Mohd Ridzuan, pula berkata dengan wujudnya kemudahan itu, masalah sosial di kalangan belia seperti melepak di kafe siber dapat dikurangkan sebaliknya masa yang terluang diisi dengan aktiviti bersukan yang lebih berfaedah.

"Kegiatan bersukan seperti bermain futsal bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi dapat menghindar remaja terjebak daripada aktiviti kurang sihat seperti melepak.

"Golongan belia Bandar Seri Manjung ingin berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas peruntukan RM150,000 untuk membina gelanggang futsal bagi kegunaan kami di sini," jelasnya.

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


GEMPAR BERAPI! MAMAT PEMUDA UMNO YANG MENGAMUK <b>DI</b>

Posted: 19 May 2012 08:08 AM PDT

Mamat Sial ni mengamuk sebab tak dapat projek pasir yang baru, mamat ni adalah naib Ketua Pemuda Kampar! Inilah masalahnya Pemuda UMNO ni, mengamuk macam nak mampos sebab tak dapat projek baru padahal sebelum ni dah berjuta projek PASIR dia sapu.

Gampang sial ni sanggup jual diri pada DAP melalui Nizar dan Siva semata-mata tak dapat nak kaut projek berjuta lagi. Ada baiknya mamat ni disiasat oleh SPRM kerana dia sendiri dah mengakui dia dapat banyak projek projek dari Selangor dan Penang.

Malah kalau dilihat Nizar sendiri mengaku pernah bagi dia projek berjuta beb. Macam tu je ya? Bangga la ahlul PAS sebab ada orang UMNO macam ni kan? Cuba korang tengok balik dia mengamuk pasal apa? Bukan pasal ditindas tapi pasal tak dapat projek beb.

Wow! Kalau masih ada banyak lagi ahlul UMNO yang ada jawatan dalam parti. Maknanya memang susah la UMNO nak hidup lagi. Manusia bangsat dan hina macam SAMHURI ni elok dipecat dari UMNO dan biar dai join DAP je, nanti dia tau le nasib dia.

Mamat BABI ni mintak kita tukar kerajaan sebab dai tak dapat projek untuk kembungkan lagi kantong dia? Give me a break la cibai wei. Sekali pandang ada macam BAPOK pun mamat ni. Geli aku wei.

Tapi yang pastinya, masa tengah dapat projek UMNO la yang suci dan UMNO la yang terbaik, bila tak dapat UMNO rasuah. Ayat paling haramjadah dari zaman ANwar dipecat lagi, dalam parti bukan main lagu sapu duit, bila gagal nak rompak lagi terus kata UMNO RASUAH!

Lagi satu aku nak cerita pasal mamat ni, dia ni pernah bergaduh dengan DAP dan Nizar pun pasal isu tanah di Kampar, DAP kenal mamat takleh pakai ni, tapi disebabkan ada POLITICAL ANIMAL macam Nizar Lahanat dan Siva Paria ni, mereka sanggup teirma bangkai bernyawa ni.

Ini membuktikan bahawa Pakatan ni nak cari pasal ngan UMNO punya hal akan buat apa saja. Hina betul political game Pakatan Haram di Perak la. Nizar dan Siva adalah 2 ekor anjing DAP. Samhuri ni pulak jenis manusia tak kenang budi dan akan gigit balik tangan yang beri dia makan punya.

Oh ya, setelah aku siasat, aku dapati Samhuri telah bohong dengan mengatakan MB call dia. Kah kah kah. Punya la desperate mamat tak dapat projek ni, sampai dijualnya nama MB sebab nak tarik perhatian!

Wahai UMNO, kalau ada orang UMNO macam ni kat tempat korang, sila email aku awal-awal, biar aku bongkarkan KEBABIAN mereka ni sebelum terlambat! Aku percaya orang Kmpar kenal mamat ni. Dia ni dah kaya raya, nak kaya lagi tak dapat UMNO rasuah katanya.

UMNO wajib dibersihkan dari spesis-spesis BABI macam ni!

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


SANGGAHTOKSAGO.COM: Ismi Taib <b>di</b> Parlimen Parit, Dr Najihah <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2012 10:03 PM PDT

Sanggahtoksago.Com diberitahu, PAS Kawasan Parit telah menamakan Yang DiPertuanya, Ustaz Muhamad Ismi Muhd Taib (gambar) sebagai calon parti itu di Parlimen Parit, Perak dan Ketua Muslimatnya, Dr Najihahtusoleh Ahmad sebagai calon PAS Dun Belanja. Dalam PRU 2008 yang lalu, Ismi bertanding di Dun Blanja dan Dr Najihah berentap di Parlimen Parit. Kali ini, mereka menukar posisi bagi berdepan dengan musuh tradisi Umno-BN.
Sementara itu, Dun Bota yang diwakili PKR masih belum menentukan calonnya. Terdapat beberapa nama di ke tengahkan tetapi ada bantahan dalaman. Sehingga kini PAS Parit masih berminat untuk bertanding di Bota atau meletakkan 'orang PAS' menjadi calon atas tiket PKR untuk memantapkan lagi gerakerja Pakatan Rakyat di parlimen ini. Rundingan dikatakan masih diteruskan antara dua parti bagi mencari kekuatan, beritahu beberapa sumber di Parit kepada Sanggahtoksago.Com.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


<b>Kuala Kangsar</b> Bandar DiRaja: FESTIVAL HARI GURU 2012 <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 31 May 2012 12:18 AM PDT


Tempat : Padang Smk Clifford Kuala Kangsar


Tarikh   :  12 - 16 Mei 2012


Masa     :   10 Pagi hingga 10 Malam

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


Pabila Penaku Menari: Pusat latihan bomba <b>di Tronoh</b>

Posted: 07 Jun 2012 11:30 PM PDT

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

HUTAN   MELINTANG  - Sebuah Pusat Latihan  Bomba  dan Penyelamat yang dianggarkan bernilai RM24.5 juta akan dibina di Tronoh.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pusat latihan yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu khusus untuk operasi menyelamat di dalam air.

"Selain itu Ibu Pejabat  Bomba  dan Penyelamat Perak sedang dibina di Bandar Meru Raya, Jelapang, Ipoh untuk kemudahan rakyat Perak.

"Kedua-dua inisiatif tersebut dilaksanakan bagi mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan serta kehadiran anggota  bomba  dan penyelamat demi keselesaan 2.5 juta penduduk Perak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian  Balai   Bomba  dan Penyelamat  Hutan   Melintang  yang disempurnakan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir dan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Chee Heung berkata, bagi mengurangkan insiden kehilangan nyawa dan kecederaan, Jabatan  Bomba  dan Penyelamat mengambil langkah proaktif secara berterusan mengenal pasti punca kebakaran.

Selain itu, katanya, jabatan berkenaan turut menumpukan kepada peningkatan dan mengukuhkan keupayaan anggota  bomba  sukarela yang dianggap sebagai pasukan penentang api terawal dalam sebarang insiden kebakaran.

"Terdapat 38 pasukan  bomba  sukarela dengan keanggotaan 1,949 orang di seluruh negeri Perak. Kita amat menyanjung semangat anggota-anggota sukarela ini," katanya.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


219 mangsa banjir <b>di Taiping</b> dipindahkan di 3 pusat pemindahan <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 01:23 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH: Seramai 219 orang daripada 22 keluarga di daerah Taiping dipindahkan susulan tiga kampung dinaiki air sedalam satu meter selepas hujan lebat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata kesemua mangsa mula dipindahkan pada jam 8.20 malam tadi di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Orang Ramai Sungai Nibong, Sekolah Kebangsan Temerluk, Trong dan Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Padang Gajah.

Tiga kampung yang terbabit ialah Kampung Baru, Kampung Masjid dan Kampung Simpang Temerluk, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hujan lebat bermula petang semalam menyebabkan air di Sungai Bemban dan Sungai Temerluk yang berhampiran kampung terbabit melimpah.

Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, RELA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA


07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


.: Calon Parlimen Kubang <b>Kerian</b>?

Posted: 03 Jun 2012 02:58 AM PDT

Kubang Kerian ialah antara kerusi paling selamat untuk Pas di Malaysia. Rekod ahli Parlimen di kerusi Kubang Kerian ialah Mat Sabu (1995), Husam Musa (1999) dan Salehuddin Ayub (2004-2008). Tiada siapa dapat menafikan impak besar yang mereka berikan di Parlimen, dan mereka ini adalah panglima-panglima yang digeruni Umno. 
Apabila sesuatu kerusi itu adalah kerusi paling selamat, maka yang akan menduduki kerusi itu ialah tokoh yang benar-benar terdesak untuk Pas hantar ke Parlimen. Sebab itu Mat Sabu diterbangkan dari Pulau Pinang dan Salehuddin diterbangkan dari Johor. 
Calon yang akan menggantikan Salehuddin Ayub di parlimen Kubang Kerian mesti seorang calon yang mampu menunjukkan kualiti sebagai seorang policy maker dan mempunyai kemampuan membahaskan dasar dan polisi negara dengan baik dan berkesan. Jika tidak lebih baik, sekurang-kurangnya sama dengan benchmark yang telah ditinggalkan oleh Salehuddin Ayub. Jika ditakdirkan Salehuddin Ayub yang balik 'buka tanah' di Johor tidak dapat masuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri Johor, kemudian penggantinya di Kubang Kerian tidak seperti yang diharapkan, maka malanglah nasib kita semua.
Maka, calon yang 'ada angin' mahu bertanding di Parlimen Kubang Kerian, tanyalah diri 'Layakkan aku?', sebelum orang lain menghakimi kemampuan calon itu. Terasa janggal jika 'kerusi emas' Kubang Kerian dipergunakan hanya untuk menyelesaikan kemelut dalaman sahaja.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


DIN KAYAT DALAM INGATAN KU | Hikayat AZRUL ZAMMIR

Posted: 17 May 2012 09:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dia sanggup datang menghadiri pengkebumian ibuku Zakiah Haji Sulaiman di Padang Rengas, Kuala Kangsar. Kalau nak ikutkan ... Dia juga menghadiri majlis perkahwinan ku di Padang Rengas, Perak. Noorzaidi Noordin ...

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


JEMPUTAN KENDURI PERKAHWINAN <b>DI BIDOR</b>

Posted: 25 Feb 2012 09:13 AM PST

Salam to sahabat-sahabat bikers

Event : Jemputan Walimatulurus saudara kepada Abg Bob ZXR di bidor perak

Date : 4 Mac 2012 (Ahad)

Place : RPA3 berhampiran perodua dekat pekan Bidor

RV : PETRONAS Pekan Bidor
Time : 12.00 tengahari

Tolong sebarkan kepada sahabat bikers yang lain..Saya mewakili Abg Bob ZXR menjemput semua biker dalam forum ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bro Hairi Bidor 019-5727080

semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


IdrisTalu: Musim Durian <b>Di Lenggong</b> Sudah Bermula Semula

Posted: 07 Jun 2012 11:55 AM PDT


Durian, raja buah di Asia Tenggara, mulai gugur di kawasan Lenggong. Harga di peringkat permulaan ini agak tinggi sedikit, memberikan rezeki yang lebih kepada pemilik-pemilik dusun durian di kawasan ini.
Kepada anak-anak Lenggong yang berada di perantauan, inilah masanya yang sesuai untuk menikmati keindahan kampung sambil menikmati kelazatan raja buah ini.