Jumaat, 8 Jun 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Wira Negara Wira <b>Trolak</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 30 May 2012 08:55 AM PDT

Skuad Hoki Kebangsaan semalam telah berjaya mengalahkan skuad hoki Pakistan dengan jaringan 3 - 2. Walau pada separuh masa pertama, skuad kebangsaan telah ketinggalan 0 - 2 kepada skuad Pakistan, namun atas semangat kesukanan yang tinggi dan tidak mudah mengalah, skuad kebangsaan telah kembali beraksi cemerlang dalam babak kedua di separuh masa kedua permainan.

Kebangkitan semangat skuad hoki semalam bermula dengan jaringan balas yang diledakkan ke dalam gawang Pakistan oleh Amir Farid yang merupakan anak watan FELDA Trolak. Seterusnya skuad kebangsaan yang diketuai oleh Mohd Shukri Mutalib telah berjaya menambah dua gol hasil jaringan Faisal Shaari dan Muhammad Razie Abd Rahim.

Tahniah kepada anak-anak watan FELDA Trolak yang berjaya melonjakkan nama negara.

Di bawah ini sedutan berita dari akhbar-akhbar:

"UTUSAN MALAYSIA"

MALAYSIA BANGKIT


IPOH - Malaysia mencatat kemenangan pertama pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah dengan menjadikan Pakistan sebagai mangsa kebangkitan apabila menang 3-2 di Stadium Hoki Azlan Shah, malam tadi.

Kemenangan pertama itu meletakkan Malaysia pada tangga kelima dengan lima mata selepas empat perlawanan.

Sebelum ini, skuad Tai Beng Hai hanya mampu mencatat dua keputusan seri dengan Korea (1-1) dan Britain (3-3) dan kalah 2-3 kepada India.

Mengulas kemenangan pertama pada kejohanan kali ini, Beng Hai berkata, kejayaan meraih tiga mata pertama semalam atas komitmen tinggi para pemain.

"Kita turun dengan misi mencari kemenangan yang mana setiap pemain bekerja keras menghalang asakan Pakistan dan perlu berusaha bagi mendapatkan gol.

"Walaupun kita tertinggal 0 - 2 tetapi semangat pemain yang inginkan memburu kemenangan membuatkan persembahan Malaysia sentiasa bertenaga,'' tegasnya.

Katanya, semua pemain telah melaksanakan tugas yang diberikan sehingga Malaysia berjaya bangkit mencatat kemenangan.

Kali terakhir Malaysia berjaya menumpaskan Pakistan 3-2 ialah dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah 2007.

Pada aksi semalam, Pakistan mudah mendahului iaitu pada minit keempat empat apabila penjaga gawang Malaysia, S. Kumar tewas akibat pukulan kencang Muhammad Umat Bhutta.

Pintu gol Malaysia bolos lagi melalui rembatan kencang Shafqat Rasool pada minit ke-12.

Malaysia bangkit pada penghujung babak pertama menerusi tolakan kencang Amir Farid Ahmad Fuzi untuk merapatkan kedudukan.

Skuad negara meneruskan kebangkitan selepas rehat dengan serangan bertali arus bagi mendapatkan gol penyamaan dan ia berjaya dijelmakan oleh penjaring terbanyak negara, Faizal Shaari pada minit ke-48.

Dibantu sorakan lebih 10,000 penyokong, Malaysia akhirnya melakar kemenangan yang dicari-cari menerusi jaringan dramatik Muhammad Razie Abdul Rahim pada saat-saat akhir perlawanan.

Malaysia akan menentang New Zealand hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online

"BERITA HARIAN"

MALAYSIA KEJUT PAKISTAN

JARINGAN Muhammad Razie Abd Rahim seminit sebelum tamat perlawanan membantu tuan rumah, Malaysia mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi.

Ketika perlawanan tampak menuju seri 2-2, pakar pukulan sudut penalti negara itu menguis kencang melepasi celah kaki penjaga gol Pakistan, Imran Shah untuk menghasilkan kemenangan pertama negara dalam kejohanan edisi ke-21 itu.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang memburu kemenangan pertama sebaliknya tambah tertekan apabila lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan berlangsung.
Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit ke-4 diikuti oleh Shafqat Rasool lapan minit kemudian.

Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit melawan dan Amir Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila menolak ke dalam gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain lawan, Rashid Mahmood sejurus sebelum rehat.

Malaysia menggandakan usaha pada babak kedua dan berjaya menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil apabila penjaring prolifik, Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada m-48.

Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan.

Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62).

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan