Rabu, 12 Disember 2012

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT <b>DI SERI ISKANDAR</b>

Posted: 12 Dec 2012 04:14 PM PST

Himpunan kebangkitan rakyat 16 Disember 2012 akan diadakan di Bandar Seri Iskandar,Bota,Perak.Sebelum ini diadakan di Batu Pahat Johor.Himpunan kebangkitan Rakyat ini dianjur oleh Parti-parti kompenan PAKATAN RAKYAT dengan kerjasama dari beberapa NGO-NGO yg lain.

Konvoi kereta dan motorsikal dari setiap daerah-daerah di dalam negeri Perak yg bermula dari daerah masing-masing  dan berakhirnya di tempat himpunan di Bandar Seri Iskandar

Hadirin akan mendengar amanat-amanat dari pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) sebelum kita menghadapi PRU ke 13 yang akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi.Antara pemimpin tertinggi yg akan hadir ialah Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim,Pengerusi DAP Lim Kit Siang,Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang lain.

MOH MENGKOME KITE KE BANDAR SERI ISKANDAR 16 DISEMBER INI...SEMUE DI JEMPUT HADIR.

Sumber-botaonline group

Msinc-Akan support satu banner dari TBO

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


ORANG <b>BEHRANG</b> اورغ بيهرغ: Aku <b>di</b> Studio Zulkifli Yusoff

Posted: 10 Dec 2012 12:49 AM PST

Gambar aku bersama sebuah Catan Zulkifli Yusoff di Studio Serigalanya.
Hari ini hari yang bersejarah padaku, kerana aku berjaya membuka dan menulis blogku semula dengan bantuan Akira Baharuddin. Terima Kasih.

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Anak Haji Amir: Cerita Hari Raya-Beraya <b>di Bagan Datoh</b>

Posted: 05 Sep 2012 05:51 AM PDT

Pada hari raya kedua, memang sakan kami berjalan menziarahi sanak saudara...Memang abah bercadang untuk pergi beraya di rumah anak saudaranya di Bagan Datoh. Pukul lapan lebih dia dah bising-bising tanya semua orang nak pergi ke tidak...Memang dah tau perangai abah, kalau nak pergi kena bersiap awal-awal...
Pukul sepuluh lebih jugak la kitaorang bertolak dari rumah. Jalan memang jem selepas ada satu jambatan tu. Selepas drive 2 jam lebih kami pun sampai ke destinasi...
Bila sampai, terus ke rumah Kak Rosminah..Kami dilayan dengan best..! Semua makanan sedap-sedap, sementelah pula kami sampai time makan tengahari...Ketupat beras, rendang, sambal tumis sotong, tomyam dan buah-buahan....
Semua makan dengan tekun, setelah penat memandu...
Huloq jangan tak huloq...
Selepas seketika, kami terus ke rumah Abang Jamari ( yang berdekatan rumahnya ) Macam biasa kami disambut dengan meriah dan ramah mesra dari abang Jamari, Isteri dan anak-anak. Ingat lagi dulu, masa kecik-kecik kalau Abang Jamari, Arwah Abang Sujak datang ke rumah, diorang akan carik kami sampai ke dapur, katanya mesti kiena kenal dengan adik-beradik ( kami kecik-kecik memang pemalu, kalau ada orang datang memang tak keluar )

Kat sini pun kami dijamu dengan pelbagai hidangan lazat, pecal, nasi impit, soto dan biskut-biskut raya.

Acara makan-makan sampai tak ingat dunia, asyik ingat akhirat je...hehehehe

Haji Amir dan anak saudara, Abang Jamari..
Along, terperanjat kot, tengok makanan lazat-lazat...

Orang perempuan ala-ala Mak Datin low profile ( sebab duduk bawah )
Bersembang sakan, setelah setahun tak jumpa..( kami hanya mampu dengar dan senyum kerana tak faham bahasa JAWA- rugi pulak rasa )
***Memang terima kasih yang tak terhingga pada saudara di Bagan Datoh di atas layanan yang memang first class..!!! Hilang semua penat lelah memandu selama dua jam lebih...InsyaAllah kita akan berjumpa lagi ditahun depan..InsyaAllahh...!!!

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Belog Miss Kinuko: BERCUTI <b>DI TELUK INTAN</b>, PERAK

Posted: 03 Oct 2012 07:32 PM PDT

Al-kisah, Teluk Intan  tempat aku dibesarkan dari baby sampailah umur aku mencecah 10 tahun...walaupun aku dilahirkan di Batu Pahat, Johor, tapi parents aku menetap di Teluk Intan ketika itu...lepas umur aku 10 tahun, parents aku ambil keputusan untuk pindah balik ke tanah air sendiri....sadis jugak aku masa tu apa taknye, di Teluk Intan tu banyak kenangan manis yang susah untuk aku lupakan selain orangnye baik2, makanan sedap2, bandar tak berapa sibuk macam kat Johor...dan yang paling penting aku ada keluarga angkat di sana...mereka lah yang mengasuh aku dari baby sampailah dewasa...air tangan mak angkat aku memang power (sama power dengan mak aku sendiri) abah angkat aku pun baik & penyayang orangnye..sebab tu la hingga ke hari ni family aku masih mengenang budi diaorang..dah macam family sendiri!
4 hari berada di Perak, rasa sekejap je...rasa tak puas....seronok sangat bila mak angkat aku melayan selera aku & adik aku yang mengade2 lebih tu..hehe...paling best bila kitaorang pekena sambal tempoyak, gulai tempoyak ikan keli, nasi goreng (paling sedap di dunia), bihun goreng & macam2 lagi...stay 4 hari je berat badan aku pun meningkat...tu belum campur tolak kali bahagi makan kat luar...sambil jalan2, sambil makan masakan orang Perak....sedap2 belaka beb!!!
Nasi goreng paling sedap yang pernah aku rasa..!!
Breakfast yang sungguh menyelerakan!!
Dinner di tepi Sungai Teluk Intan
Lepas makan, lepak di Dataran Menara Condong Kiri : mak angkat, mak kandung..cyg kamu berdua!!hehe Aku pun enterprem jugak.. Bergambar kenangan di rumah family angkat ku...

Insyaallah tahun depan, aku akan ke Teluk Intan lagi...kali ni
kitaorang rancang nak bercuti ke Pulau Pangkor..
tak sabar nak tunggu!!


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Kisah <b>Di Pantai Remis</b> Lagi... | Mia DuniaKu

Posted: 12 Dec 2012 04:52 PM PST

 Peristiwa Selasa 11/12/2012
Sempena cuti umum...suami ajak ke Pantai remis lagi,..kali ini dengan misi yang bertambah...Alhamdulillah..cuaca yang redup amat menyenangkan...

Setelah khemah didirikan....persiapan untuk memasak disediakan....wah..kalau bab masak serah saja pada yang lebih pakar yaa...hihihii...agak sukar nak hidupkan api kala angin laut bertiup agak kuat...Siap hidupkan api dalam khemah tau....haah..kalau yang tak pakar,..jangan cuba cuba,..nanti khemah pula jadi mangsa....hihi

Dengan berbekalkan nasi yang dibawa dari rumah,..kami berkelah makan kerang bakar dan ayam bakar...cicah air asam dengan belacan yang baru dibeli di Pantai Remis....memang sedap sambil dipuput bayu laut...ramai pengunjung hari itu,..sepanjang pantai berbentang tikar dan khemah...meriah suasana...

Seterusnya,..memancing !! Sambil membiarkan Mia bermain-main di gigi air mengutip kerang-kerangan...sampai diajak balik pun tidak mahu !!..Pancing ikan dapat jugalah seekor....kecik molek saja....jadilah...kata papa,..belum jumpa tempat yang sesuai lagi,..nanti nak pergi lagi !!...( dengar macam tak puas hati saja !!)


Sambil dua beranak tu bermain air,..mamanya..santai dalam khemah...meluruskan kaki yang lenguh...membetulkan urat urat..hihihi...tak sempat nak lena,..ada saja Mia datang kacau...hahaha Menjelang petang,..rintik rintik hujan mula membasahi...tapi angin laut makin sejuk..makin sedap....memang bayu laut sangat damai.....sebelum balik ,..membasahi tekak dengan minuman pilihan Mia,..'abc pink',..kami beransur pulang....elok saja kereta bergerak......

Mia dah tertidur,...hajat mama nak cuci cuci mata di pasaraya,...tertangguh lagi...Letih sangat lah Mia tuu...sampai gerak pun tak nak bangun !!...

Sayangnya,...semua gambar ,...kelabu sangat.....alahai.....,..asal bolehlah kan..ehe...teruja Mia dapat pegang 'rabbit' sampai mama terjerit takut !!..gelilah....

sekian ...
p/s..line sangat slow....jangan marah tau kalau mama lambat sampai blog kalian dan komen kalian lambat dipublish..... ^_^....mohon maaf..tau !!

 

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


10,000 pengunjung hadir ke Karnival 1Malaysia <b>Tanjung Tualang</b> <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 08:58 PM PDT

Karnival Tanjung Tualang yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung yang terdiri pelbagai bangsa dan agama.

Sebelum program Walkabout di pekan Tanjung Tualang, Najib sempat beramah mesra dengan masyarakat Mambang Di Awan di SJKC Mambang Di Awan.

Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, jam 9.30 pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Perak.

Program pertama yang dihadiri pemimpin nombor satu negara itu berlangsung di Taman Soon Choon, iaitu Program Sepagi Bersama Perdana Menteri yang membabitkan majlis rumah terbuka dan ramah mesra Hari Raya Aidilfitri.

Pada sebelah petang, beliau dijadual mengunjungi perkampungan Orang Asli di Sungai Siput dan menyampaikan bantuan yang golongan yang memerlukan di sana.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Atia Adina: <b>Bukit Merah</b> - Laketown WaterPark

Posted: 09 Dec 2012 11:48 PM PST

3 hari 2 malam di Bukit Merah Laketown Resort.....family day Infotech.....part paling best....mesti lah kat waterpark dia.....seronok sangat saya, adik adam ngan nuha main air......
Kanak-kanak (ketinggian 90cm ke atas) : RM25

*kami masuk free jer :)

saya...adik adam & nuha.....
kedai kiri kanan tutup lagi...kul 9.00 pagi kami dah gerak ke waterpark
yeah....seronok main air....
tu xtvt untuk budak-budak 4 tahun ke atas....diaorang tengah kutip guli dalam air, saya ngan adik adam bawah 4 tahun....tengok jer lah....
peace dari adik adam.....eh...peace ke satu malaysia tu???
ibu jer ada....ayah tak ikut sebab amik gambar orang kawin...nasib baik mak iti (sepupu ibu) sudi ikut sekali....kalo tak haru juga lah ibu sorang2 nak jaga saya & adik adam....tq mak iti....
  saya & nuha....kat belakang tu nampak sikit jer gambar mak iti....ngah layan adik adam
kiri sekali cucu nenek ema....firdaus....sebaya saya
eh amboi....kemain...baring dalam air....

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b> | Free MalaysiaKini

Posted: 03 Nov 2012 01:14 AM PDT

Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Rumah <b>di</b> Tmn Seri Wangi <b>Sitiawan</b> Perak | Rumah Sewa

Posted: 02 Dec 2012 03:26 AM PST

Publish date: December 2, 2012 11:31 am
Contact Name: Sam
Price: RM250
Region: Perak
Location: Sitiawan
Phone: 019-5774303
Tags:

Rumah utk disewa di tmn seri wangi sitiawan, RM 250 sebulan. Keluasan 1150 sq ft. 2 bilik tidur,1 tandas, 1 bilik air. 5 minit ke sitiawan. Berhampiran dengan kemudahan asas. Berminat hubungi Mr Sam 019-5774303

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Hanif Redland: Ibadah Korban <b>di</b> Perumahan IPD <b>Tapah</b> 2012

Posted: 26 Oct 2012 08:03 AM PDT

Assalamulaikum & Selamat Malam
Salam Aidiladha dan selamat menyambut hari raya haji atau hari raya korban kepada semua yang beragama Islam..Bagi sape-sape yang melakukan ibadah korban atau aqiqah pada tahun ini, ambo doakan semoga ibadah yang dilaksanakan diberkati dah diredai Allah swt..
Pada tahun ini ambo kembali menyambut hari raya aidiladha bersama keluarga ambo di Tapah, Perak..Pada tahun lepas ambo meraikan ibadah korban di Kemaman, Terengganu (Raya Haji di Kemaman)..Walaupun kemeriahan yang dirasai berbeza daripada negeri di belah pantai timur, tetapi keberkatan ibadah korban yang dilakukan tetap sama ganjaranya walaupun di mana kita berada..
Pada tahun ini tiga ekor lembu telah ditumbangkan untuk ibadah korban di perumahan PDRM Tapah ni..Rasanya xda pape dah yang ambo nak ceritakan sempena raya haji ni..Ambo doakan semoga segala pengorbanan yang kita lakukan selama ini diberkati dah diredai Allah swt..Terima kasih..

lembu kedua ditumbangkan..
Sekian Terima kasih drp ambo..

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Pagi Yang Nyaman <b>Di Taiping</b>

Posted: 20 Nov 2012 05:45 PM PST

Cuaca pagi yang indah dan nyaman di Taiping. Suasana perbukitan yang berkabus ni memang aku cukup suka. Kalau sebut Taiping semua orang tau memang terkenal dengan kawasan yang kerap hujannya.

Hotel yang aku duduk ni betul-betul berhadapan dengan Taman Tasik Taiping atau lebih terkenal dengan gelaran 'lake garden' oleh orang tempatan. Dari sini memang boleh nampak la suasana bukit-bukit yang berkabus ni. Bukit Larut tak silap aku. Memang best tengok kabus-kabus ni.

Lepas ni sambung buat kerja balik. Mungkin tido satu malam di Ipoh sebelum balik ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Incoming search terms:

  • sarapan pagi di taiping
  • apa ada di taiping
  • durian crepe taiping
  • taiping durian crepe
  • durian crepe at taiping

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Empat Deretan Kedai Terbakar <b>Di Beruas</b> Menjelang Sambutan <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 02:15 AM PST

SAMBUTAN Tahun Baru Cina bagi tiga orang peniaga di Pekan Beruas tidak bermakna lagi selepas kedai tempat mereka mencari rezeki musnah dalam satu kebakaran di Jalan Kolam Air Beruas, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, sederet kedai separa papan empat pintu musnah dalam kejadian kira-kira jam 11 malam.

Sebuah jentera Bomba dengan kekuatan tujuh orang anggota dari Balai Bomba Pantai Remis yang diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba yang juga Ketua Balai Bomba Pantai Remis, Mohd Razlan Khalid berjaya memadam dan mengawal kebakaran tersebut sepenuhnya dalam masa 30 minit.

Chin Sin Huat

Seorang mangsa,  Chin Sin Huat, 52, berkata kejadian tersebut dimaklumkan oleh seorang jiran ketika sedang berehat bersama keluarga di rumah yang terletak di Taman Anggerik tidak jauh dari tempat kejadian.

"Saya sekarang kehilang punca pencarian memandangkan peniagaan ini merupakan pendapatan utama sejak 20 tahun lalu.

"Lebih menyedihkan lagi, esok kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina," katanya.

Chin Ngeow @ Chin Niou

Bagi Chin Ngeow @ Chin Niou, 71, beliau berharap pihak kerajaan dapat menghulurkan bantuan bagi beliau memulakan semula perniagaan kedai runcit yang diusahakan beliau sejak 15 yahun lalu.

Menurutnya, mungkin pihak berkuasa dapat memberikan ruang atau tempat baru bagi beliau memulakan perniagaan memandangkan beliau terpaksa menyara empat orang anaknya.

Lie Tik Chuan @ Lee Teik Mok

Seorang lagi mangsa, Lie Tik Chuan @ Lee Teik Mok, 66, berkata masih lagi terkejut dengan kejadian itu yang memusnahkan sama sekali kedai runcit yang diusahakannya sejak 15 tahun lalu.

"Walaupun sedih dengan kejadian itu, namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana tiada sesiapa pun yang kehilangan nyawa atau cedera.

"Kedatangan Tahun Baru Cina esok tetap akan disambut bersama keluarga walaupun dalam keadaan bersedih," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Umno Bahagian Beruas, Datuk Abdul Manaf Hashim, telah menghulurkan sumbangan kepada ketiga-tiga mangsa bagi meringankan beban mereka menjelang sambutan Tahun Baru Cina, hari ini.

Penasihat Menteri Besar (Hal Ehwal Kaum Cina) yang juga Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn; Naib Ketua Umno Bahagian Beruas, Azman Noh dan Pegawai Khas Menteri Besar yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Beruas, Datuk Azhar Ahmad turut menziarah mangsa. — Nooraini Mahamad.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Soi Lek hina Islam : Ratusan demo <b>di Lenggong</b> ~ Perakite Daily™

Posted: 09 Nov 2012 09:23 AM PST

LENGGONG, jumaat- 9 Nov - Kira-kira 300 umat Islam mewakili NGO Pertubuhan Kumpulan Islam Selamatkan Aqidah (PERKISA), berhimpun dan berarak dari masjid Jame' di sini menuju ke pejabat Umno Bahagian dan pejabat khidmat masyarakat Parlimen Lenggong untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin umno bagi membantah kenyataan pemimpin MCA menghina Islam.

Himpunan dan perarakan itu bermula sejurus selepas umat Islam selesai menunaikan solat jumaat yang turut disertai oleh pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Ah Beh dan S. Naliraja.

Himpunan dan perarakan aman untuk menghantar memorandum ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama baik daripada pihak polis. Namun begitu, tiada seorang pun pimpinan atau wakil daripada parti Umno dan Bn yang berani tampil untuk menerima memorandum bantahan tersebut.

Menurut wakil NGO PERKISA, Saidi Sabri, 40, Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno dan Bn di Parlimen Lenggong terhadap suara masyarakat Islam di sini hari ini, jelas membuktikan mereka tidak melaksanakan slogan rakyat didahulukan.

Dalam ertikata lain, pimpinan parti Umno Bahagian langsung tidak peka dengan sensitiviti umat Islam atau tidak mengendahkan langsung suara rakyat. Walaupun bantahan yang diadakan oleh pihak PERKISA ini sangat berkaitan dengan kesucian agama Islam.

Menurutnya lagi, Umno dan Bn terbukti gagal menunjukkan keikhlasan sebenar mereka didalam isu agama yang sedang dicanangkan oleh rakan parti komponen mereka (MCA). sedangkan dalam masa yang sama, Umno mendakwa merekalah parti orang melayu yang memperjuangkan AGAMA,BANGSA.

Apalah gunanya masyarakat melayu memilih mereka sebagai Wakil Rakyat, sekiranya kecaman umat Islam terhadap rakan komponen Umno (MCA) supaya menghentikan penghinaan keatas kesucian Islam tidak di endahkan langsung oleh Yang Berhormat.

Untuk pengetahuan masyarakat Islam di sini, Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno (Melayu/ Islam) di Parlimen Lenggong pada hari ini juga, sudah jelas menunjukkan pendirian dan keikhlasan mereka mengenai kesucian agama Islam itu sendiri.

Persoalannya di sini;
1. Mengapa Wakil Rakyat Umno tidak mahu menerima Memorandum bantahan menghina agama daripada umat Islam, sedangkan rakyat telah melantik mereka sebagai pemimpin???

2. Mengapa tidak menentang MCA yang sudah terbukti anti Islam???

Adakah kerana;
1. MCA rakan parti komponen Umno maka, pemimpin Umno membenarkan sahaja Kesucian Agama Islam terus dihina dan seterusnya langsung tidak mahu mendengar bantahan daripada umat Islam???

2. Apakah lantikan jawatan YB oleh rakyat itu suatu keb

anggaan dan kesombongan???

3. Apakah tugas dan tanggungjawab sebenar YB sebagai seorang pemimpin kaum muslimin khususnya dalam hal-ehwal agama sehingga sanggup berdiam diri apabila Islam di caci-maki oleh rakan komponen Umno sendiri???

"OLEH KERANA YB-YB SEKELIAN, SEDANG BERKUASA MEMIMPIN KAUM MUSLIMIN DAN MENJADI WAKIL RAKYAT LENGGONG, MASYARAKAT ISLAM DI SINI MAHUKAN PENJELASAN DARIPADA YB MENGENAI TAPAK PENDIRIAN SEBENAR DALAM ISU INI DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN KEIKHLASAN."

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


LORI SEWA pindah rumah <b>di BATU GAJAH</b> PERAK 019-5536710 <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 10:55 PM PST

Nama: NASIR
Email: nasirnasir95@ymail.com
Website:
Tajuk: LORI SEWA pindah rumah di BATU GAJAH PERAK 019-5536710 NASIR
Iklan: KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LORI SEWA UNTUK PINDAH RUMAH,PEJABAT,BARANGAN KILANG DAN LAIN2.HUBUNGI KAMI DI NO;
019-5536710 NASIR
Ip Pengirim: 60.48.48.111

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Seorang maut, 2 cedera tertimbus <b>di Sungkai</b> – Perak Today

Posted: 22 May 2012 07:52 AM PDT

Seorang pekerja sebuah syarikat pembinaan maut, manakala dua lagi cedera apabila tertimbus dalam timbunan tanah sedalam empat meter ketika melakukan kerja-kerja mengorek lubang di Jalan Masjid, Felda Besout 2, dekat Sungkai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Osman Nayan, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika mangsa yang meninggal dunia, Mohd Nor Fitri Musa, 25, serta dua lagi rakannya Nuzul Mohamad Shaari, 25, dan Mohd Shahril Zaidi Mohd Ismail, 24, sedang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk menanam kabel di kawasan berkenaan.

Beliau berkata Mohd Nor Fitri meninggal dunia di Klinik Kesihatan Felda Besout akibat cedera parah di bahagian kepala manakala dua lagi rakannya yang cedera turut dirawat di klinik yang sama.

Katanya ketiga-tiga mangsa tertimbus apabila tanah di bahagian tepi tebing lubang yang dikorek runtuh.

Dua pekerja Telekom Telekom Malaysia Bhd yang berada di tempat kejadian bagi memantau pekerja terbabit yang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk syarikat berkenaan cuba membantu mangsa tetapi gagal.

Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis.

Ketiga-tiga mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan mengunakan jentera pengorek dan kesemua mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.

Mayat Mohd Nor Fitri kemudiannya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

- Bernama

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Perak</b> Komited Benteras Rasuah, Salah Guna Kuasa

Posted: 08 Dec 2012 06:28 AM PST

IPOH – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) muncul agensi pertama di Perak memeterai ikrar persefahaman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, ikrar yang ditandatangani oleh SADC itu mampu melicinkan lagi struktur pentadbiran dan perjalanan agensi berkenaan.

Menurutnya, Ikrar Integriti Korporat atau Corporate Integriti Pledge (CIP) yang ditandangani antara pihak SADC dan SPRM menggambarkan komitmen tinggi agensi Kerajaan Negeri Perak itu dalam memerangi rasuah.

"SADC telah mengambil langkah yang sangat proaktif dalam memastikan institusi dan agensi termasuk juga para pekerja di bawahnya dapat melakukan tugas sebaik-baiknya.

Kerajaan Negeri Perak mengalu-alukan dalam usaha memastikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dapat kita basmi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Perbadanan Pembangunan Pertanian (SADC) di Bangunan SUK, Ipoh.

Dr. Zambry berkata, beliau turut mencadangkan agensi serta syarikat di negeri tersebut menyahut seruan Perdana Menteri untuk turut sama membanteras gejala rasuah dalam organisasi mereka.

"Ini merupakan satu pendekatan proaktif yang kita laksanakan dan kita juga sedang merancang untuk memperkenalkannya kepada agensi yang lain pula bagi memastikan perjalanan agensi tersebut dapat berjalan dengan
baik," katanya

Popularity: 1% [?]