Khamis, 14 Mac 2013

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Ajijoi: (Video) Ceramah Ustaz Azhar Idrus <b>di Gopeng</b> pada 23 <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 04:30 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Van Jenazah: Umno tidak prihatin, Anak Muda Pengka... (Video) Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Gopeng pada 2... Fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda pekan Gopeng · LIVE! Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Jamek La.

live streaming ust azhar idrus <b>di gopeng</b> ~ masjid jamek lama gopeng

Posted: 21 Feb 2013 07:44 AM PST


07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


siapa bakal calon yang sesuai <b>di</b> dun n54 <b>hutan</b> <b>...</b> - Labun Cikgu Lin

Posted: 24 Feb 2013 08:17 AM PST

SEBELUM KITA PERGI JAUH, MARI KITA LIHAT DATA PEMILIH (JUN 2012) DAN JUGA KEPUTUSAN PRU 2008 DI DUN INI.
N54 HUTAN MELINTANG
Jumlah Pengundi: 20,758
Peratusan Kaum: M: 50.41% C: 17.01% I: 32.54% L: 0.04% 
1. S. Kesavan (PKR) (7,804) 
2. S. Thangasvari (BN) (6,083) 
Majoriti: 1,721
Jumlah undi: 14,527
Peratus mengundi: 69.96%
Undi rosak: 636
Penyandang: Datuk G. Rajoo (BN)
(Majoriti: 3,759 undi) 

Parti Komponen BN khasnya UMNO tidak boleh menafikan bawaha N54 Hutan Melintang adalah DUN PALING SESUAI UNTUK KOUTA MIC. Hanya pemimpin YANG BERHATI KERDIL sahaja boleh menafikannya (Rujuk Data Pemilih Di atas)
Oleh itu, HANYA PEMIMPIN/TOKOH MIC sahaja yang boleh kita bincangkan dan tidak boleh lari dari KAUM INDIA TEMPATAN. Akan tetapi, pandangan dari Pemimpin-pemimpin kaum India dari BUKAN MIC perlu juga diambil pandang seperti PPP, IPF dan NGO Berkenaan. UMNO sebagai PAYUNG hanya boleh membantu UNTUK KEMENANGAN SAHAJA .... bukannya MIC MELETAKKAN KEMENANGAN di bawah tanggungjawab Jentera PRU UMNO di bawah pimpinan Ketua UMNO Bahagian dan Setiausaha sebagai NADInya.
NASIHAT DAN INGATAN KEPADA PUCUK PIMPINAN MIC PUSAT.
Begitu juga dinasihatkan kepada PUCUK PIMPINAN MIC PUSAT .... AGAR PEKA dan AKUR kepada kehendak AKAR UMBI .... bukannya MENGGUNAKAN KAEDAH KUNO dalam memilih Calon. ANAK TEMPATAN adalah ASET UTAMA dalam pemilihan tersebut, JIKA MAHU TERSENARAINYA NAMA PEMIMPIN MIC DALAM SENARAI WAKIL RAKYAT atau DUN di Malaysia. Kalau tidak, kemungkian MIC akan mengikut jejak langkah Parti Komponen BN yang lain (tak perlu saya sebutkan di sini).
Masalah KOUTA MIC di Perak, MIC hendaklah berpijak di BUMI NYATA ... rujuk DATA PEMILIH ... bukan sekadar menggunakan sentimen "KITA BN MESTI BEKERJASAMA" ... kerana ini SUDAH KURANG SESUAI untuk PRU 13 ini. Yang penting sekarang ini adalah ... "WINABLE CANDIDATE" .... bukannya "LEADER CANDIDATE" sebagaimana PRK Hulu Selangor .... SAYA TAK JAMIN PEMANGKU PRESIDEN MIC boleh menang jika bertanding di situ dahulu. Disebabkan YB Kamalanathan itu adalah ANAK TEMPATAN , MENDAPAT UNDI BONUS PENENTU KEMENANGAN.
Di bawah ini, disenaraikan Pemimpin India (ANAK TEMPATAN) untuk dijadikan CALON N54 Hutan Melintang di PRU 13 nanti.
KETUA MIC BAHAGIAN (kanan) dan
KETUA IPF BAHAGIAN (tengah)
2.   KETUA PENERANGAN PEMUDA MIC PUSAT
3. KETUA PEMUDA MIC BAHAGIAN
TOKOH KAUM INDIA SEDIAA MEMBANTU
1.   KETUA IPF BAHAGIAN 
(Maaf , gambar sukar dikesan)
BERGAMBAR DI KAMPONG KELAHIRANNYA
      RAMESH RAO KRISNAN NAIDU
PERTUBUHAN MINDA DAN SOSIAL PRIHATIN MALAYSIA

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


SJKC NAM HWA <b>Tanjung Piandang</b> - suara hatiku...luahan kasih

Posted: 14 Mar 2013 06:17 PM PDT

bagi aku semester ini kami tidak lepas dari sebarang program..seterusnya lawatan penanda aras ke SJKC Nam Hwa Tanjung Piandang..tujuannya untuk kami melihat sendiri sejauh mana pengurusan Pendidikan Khas di SJKC sama ada meriah atau tidak seperti SK..

ternyata SJKC mendapat tentangan kuat dalam melaksanakan program Pendidikan Khas..ini kerana banyak ibu bapa sukar untuk menerima hakikat bahawa anak-anak mereka perlu memasuki program ini..terutama sekali dari keluarga Cina..

tugas guru pendidikan khas mungkin nampak mudah..tapi tiada siapa pernah laluinya..mungkin jumpah pelajarnya paling banya 7 orang..hendak jaga mereka seperti menjaga 70 orang..bayangkan sendiri kesukaran yang guru pendidikan khas alami..

saya bawakan khas memori lawatan kami di SJKC Nam Hwa kepada anda semua

rombongan cek kiah dah sampai sekolah dah..

saya dan kawan-kawan beri perhatian sepenuhnya terhadap pelajar ini dalam tempoh masa yang terdekat

cikgu nella bersama pelajar gangnam style

memori kami di SJKC Nam Hwa


AKAK DIBALIK PINTU: Kelibat Pocong Muncul <b>Di</b> Atas Jalan

Posted: 09 Mar 2013 01:46 AM PST

                                               
                   Jentera pembajak sawah digunakan untuk menarik kereta berkenaan

KUALA KURAU - Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.


Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.

"Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan.

"Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan," katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

                           
Adik Janariah bersama seorang rakan menarik kereta kakaknya yang terhumban ke dalam parit.

Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.

Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.

Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.

"Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.

"Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap," katanya.

Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.

"Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun," katanya.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


inazamrifamily: Sehari <b>Di Pangkor</b> penuh kenangan

Posted: 04 Feb 2013 03:01 PM PST

persekitaran Jeti Marina Island
sementara tunggu feri sampai so kami lepak2 dulu kat jeti Marina Island ni.Memang pilihan kami ke Pangkor akan ikut Jeti Marina coz mengambil masa tak sampai 10 minit dah sampai pulau.Sape2 nak naik ikut sini kena la buat members card ye kat kaunter tiket, on the spot dapat kad tu(RM10 je utk tempoh 1 tahun ).Harga tiket dewasa RM10 dan Kanak-kanak RM5.Yang berdiri tu ler Ketua rombongan cik kiah .

11 dewasa dan 5 kanak-kanak menuju ke dalam feri

sampi kat pangkor van pink ni wat hal lak~dorg ckp mogok dari hari sabtu lg.cisssss mmg betul2 rombongan cik kiah sungguh ni!! teringat drama rombongan cik kiah kt tv dulu naik bas ramai2 nak gi KL ngan org kg pastu mcm2 hal menimpa dorg kahkahkah.....Tapi dgn sepantas yg boleh saya ngan asben terus cari kereta or van utk sewa ~dah lerr ramai2 datang ni...camne pun nak mandi gak kt Teluk Nipah tu..tak kira!!!!tak sampai 10 minit settle de problem~kami dpt transpot ke sana.hooray!!!

Lapar! apalagi bernasik lemak la kita di Pangkor.Pukul 6pagi dah bangun masak nasi.Sambal dan bahan2 lain mcm timun kacang bilis telur semua dah siap malam tu.
nampak tu...akhirnye terjun ke laut gak saya setelah berkurun tak mandi laut~ siap pakai sunblock SPF 130 lagi u...hahhaha

kalau dah ramai2 macam ni ler jadinye
masa utk kami ke pulau kecik belakang tu  ~tapi nama pulau tu kami tatau ,lupa nak tanya org kat situ~khas utk snorkeling.Sorang rm10 menaiki bot laju  utk ke pulau tersebut ye.
mama ngan cousin2 jalan dulu....
gambar ko je banyak dik kat bot laju tu(trip ke 2 dgn bot laju)
Memang cantik dan air lagi jernih dan tahap masin pun lebih lagi berbanding kat Pantai Teluk Nipah belah sana.
i'm floating u ~tapi kejap je pun coz saya mmg tak rasa konfiden bila kaki tak jejak tanah.,mmg fail la.Anak2 semua steady je renang2 terapung camtu...jeles mak.Nampaknya mmg maknya sorang ni ler yg tatau berenang sampai bila2.Sebab nak amik gambar punye pasal terpaksa gak le...senyum sengih ,fake je tu hahahah

selepas hampir sejam setengah snorkeling kami pun tunggu ler bot amik kami kat pulau ni selepas masing2 dah kepenatan  dan lapar.
ok bye2 Pangkor.Menuju balik ke Marina Island kami pilih dok kat belah luar feri je.
Percutian keluarga saudara mara  yg betul2 happening & fun .
saudara mara yg lain terus je balik coz ada yg kena keja Isnin tu,maka tinggallah kami 2 keluarga yg santai2 di Lumut pulak.
membeli sedikit ole2 utk dibawa pulang.
makan mlm di Restoren Kerangkaian Ikan Bakar Lumut~sedap
ini saja cerita holiday awal tahun 2013 kami ,Ahad 27 Januari,bersama saudara mara saya yg datang dari Klang Selangor.Harap dapat bercuti bersama lagi nanti.Percutian singkat Sehari Di Pangkor~best!!

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Perantau di perantauan: :: Kemalangan <b>di Lekir</b>... 7 meninggal dunia...

Posted: 01 Jan 2012 03:53 PM PST

HANCUR...kenderaan MPV yang dinaiki mangsa.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohd Husni Mohd Noor dan Idris Sulaiman
am@hmetro.com.my
MANJUNG: "Saya dan isteri hanya mampu meraung bila melihat jasad dua anak kami terbujur kaku berlumuran darah dan ditutup surat khabar," kata Sulaiman Din, 42, bapa kepada Mohamad Hadi, 17, dan Badrul Isa, 19, yang maut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di sini, malam kelmarin.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang termasuk dua beradik itu terbabas dan dirempuh sebuah treler membawa gas memasak di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, berhampiran kawasan perumahan Taman Kiara, di sini, jam 10.30 malam.

Selain Mohamad Hadi dan Badrul Isa, empat lagi penumpang kenderaan itu yang terbunuh di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16.

Pemandu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Sulaiman berkata, sejurus tiba di tempat kejadian dia terpaksa memeluk dan menghalang isterinya, Norakmar Osman, 44, daripada menyelak helaian akhbar yang menutupi mayat dua anak mereka kerana tidak sanggup melihat jasad yang tidak lagi sempurna.
"Darah keluar membuak-buak dari kepala anak saya, malah kulit tubuh mereka turut hancur. Saya sendiri tak sanggup melihat mereka selain hanya mampu menangis sehingga jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM)," katanya.

Kemalangan ngeri itu berlaku ketika semua mangsa baru meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir.

Menurut Sulaiman, menambahkan lagi kesedihan dia dan isterinya, dua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu iaitu Mohamad Shadan dan Mohd Hisam ialah anak saudara dan anak angkat mereka.

"Pada petang sebelum kejadian, dua anak saya ada memberitahu ingin ke Sitiawan bagi menyambut tahun baru. Kami memberi kebenaran kerana tidak mahu menghampakan mereka," katanya.
Bagaimanapun, kata Sulaiman, isterinya menghubungi mereka kira-kira jam 10 malam meminta pulang awal kerana Mohamad Hadi perlu berkumpul di Sitiawan bagi menaiki bas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kedah.
"Ketika isteri saya telefon, mereka mengatakan sudah bersiap sedia untuk pulang. Itulah kata-kata terakhir yang kami dengar kerana sejam telefon mereka sudah tidak dapat dihubungi," katanya.

berita dan cerita berkaitan:

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Pertandingan motor cubcross <b>di</b> kampung <b>Langkap</b> 12.01.2013

Posted: 29 Jan 2013 09:37 PM PST

[unable to retrieve full-text content]JKKK Kampung Langkap ... Pertandingan motor cubcross di kampung Langkap 12.01.2013. Dicatat oleh jkkklangkap di 9:37 PM ... Terengganu. Memaparkan Maklumat, Aktiviti dan Berita-Berita berkaitan JKKK Kg. Langkap ...

kita mahu nizar jamaluddin!: cina <b>langkap</b> - yong suka kuning

Posted: 13 Dec 2012 03:13 PM PST

Semakin teruk si pelakon porno menghina Islam dan hukum hudud, semakin tegar komitmen orang Cina terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)!
Cina Langkap rajin datang mesyuarat, berbincang dan menghulurkan sumbangan tenaga dalam apa-apa aktiviti PR, khususnya PAS di Langkap. 
PAS adil untuk semua orang. Kata Cina Langkap.
Siapa pulak Cina Langkap ni?
Langkap sebuah pekan kecil yang dihuni oleh majoriti kaum Cina. Langkap terletak dalam DUN Sungai Manik.
Jika komer ikut jalan ka Ipoh dari Kuala Lumpur, masuk ke Teluk Intan, belok ke Chui Chak, komer akan jumpa Langkap, sebelum jumpa Air Kuning, Mambang di Awan eta...
Sebut Langkap, orang akan teringat Perang Parang Panjang Sungai Manik! Apapun Yong tidak akan pergi kepada sejarah permusuhan Melayu dan Cina Langkap, kerana episod itu telah berlalu dan wajib dilupakan. Oleh itu tidak hairan jika dulu Cina Langkap dan Chui Chak amat prejudis dengan orang Islam.
Begitu benci kaum itu pada Melayu, DULU!
Ini kerana orang Melayu kata Cina tu kominis.
Cina pulak kata memeluk agama Islam, maknanya masuk Melayu!
Sekarang demer tahu Islam bukan bermakna Melayu! Islam untuk semua kaum.
Demer tahu itu semua dakyah BN (ameno + MCA)
Ini dibuktikan apabila Cina Langkap tidak lagi risau ketika petugas PAS memberi penerangan tentang perjuangan PAS dan Islam. Malahan demer berkata, kalau Nizar bertanding di Sungai Manik, Cina Langkap akan mengundinya.

Sebab Cina Langkap mahu Nizar jadi MB Perak.

Kata ketua demer: Tuhan Allah suruh orang buat baik. Jangan tipu. Jangan rasuah. Jangan pukul orang. PAS adil kepada semua kaum kerana ia parti percaya kepada Allah.

Prejudis Cina Langkap kepada Islam dan Melayu telah dikikis dan dilempar jauh-jauh!

Moh kita berkenalan dengan Cina Langkap:


Gambar-gambar dari album Bad, Ketua Lajnah Ekonomi Muslimat Pasir Salak.

Hanya Soi Lek dan koncu-koncunya termasuk ameno yang masih ingin menggunakan kaedah melaga-lagakan bangsa dan agama di negara ini demi meneruskan kuasa zalim demer. 
Ameno yang mengaku beragama Islam menolak hudud. Tidakkah demer malu dengan Cina Langkap yang bukan Islam ini menyokong PAS kerana percaya parti tersebut adil kepada semua kaum?
JOM UBAH. TINGGALKAN BN SELAMANYA!

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


bilik untuk di sewa <b>di seri iskandar</b>, perak. - free-ni (iklan percuma)

Posted: 27 Feb 2013 04:57 PM PST

Nama: norhayati
Email: yatee72@hotmail.com
Website:
Tajuk: BILIK UNTUK DI SEWA DI SERI ISKANDAR, PERAK.
Iklan: Untuk PEREMPUAN MUSLIM sahaja!!

Jenis Rumah = Rumah kedai
Kemudahan disediakan:

-Katil siap dgn tilam, bantal, cadar, sarung bantal, dan selimut.
-Almari pakaian
-Dapur
-Peti Sejuk
-TV
-Mesin Basuh
-Sofa
-Meja Makan
-Kipas Angin di semua bilik & ruang tamu

Lokasi amat strategik iaitu hampir dengan:
-UiTM Seri Iskandar
-UTP
-IKBN
-Lain2 institusi pengajian dan jabatan2 kerajaan
-Tesco Seri Iskandar

Amat hampir dengan:
-Stesen petronas
-pasar malam
-Kedai makan
-kedai runcit
-kedai fotostat/alatulis
-dll kedai keperluan lain.

Kadar sewa sebulan: RM150/org termasuk letrik & air
Bayaran masuk = Deposit sewa 2 bulan = RM300/org.
Sewa bulanan dikutip pada hujung bulan.

Jika berminat sila hubungi : pn.yati - 012-2785865(call), 012-4681459(sms), yatee72@hotmail.com (email).

Terima Kasih.
Ip Pengirim: 180.75.217.220

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


panas : zahid " diserang 4 jeneral tentera " <b>di bagan datoh</b>

Posted: 04 Mar 2013 08:23 PM PST

KEHADIRAN 3 DARIPADA 4 BEKAS JENERAL TENTERA NEGARA PERHANGATKAN LAGI SUASANA POLITIK DI BAGAN DATOH
Isu semasa, pencerobohan Lahad Datu dan pengalaman dalam pertahanan negara serta perjuangan Pakatan Rakyat melalui manifestonya menjamin nasib bekas tentera antara kandungan pengisian.
BAGAN DATOH : PAS Kawasan Bagan Datoh dan Pakatan Rakyat di kawasan tersebut telah menganjurkan ceramah perdana bersama 3 orang bekas pegawai tertinggi dalam pasukan pertahanan negara di sini semalam. Kehadiran Leftenan Jeneral ( B ) Abdul Ghafir bin Abd Hamid, Briged Jeneral ( B ) Datuk Abdul Hadi bin Abd. Khattab dan Laksamana Pertama ( B ) Imran bin Abdul Hamid ke Bagan Datoh amat dinantikan sebagai penyuntik semangat rakyat untuk berubah dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

 Laksamana Pertama ( B ) Hj. Imran Abdul Hamid : Bekas Pegawai Tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM )

Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki : YDP PAS Kawasan Bagan Datoh.

Sebahagian hadirin sedang mendengar ceramah yang disampaikan.

Briged Jeneral ( B ) Datuk Abdul Hadi b. Abd. Khattab : Bekas Pegawai Tertinggi Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM )

Pengerusi KERABAT Bagan Datoh : Kapten ( B ) Hj. Mohamad Aris Bakri.

YB. Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyampaikan ceramahnya.

Lt. Jen. ( B ) Abdul Ghafir b. Abdul Hamid : Timbalan Panglima Tentera Darat- ATM.

Rakyat <b>Bagan Datoh</b> gembira kehadiran Skuad #JDAB2013 <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 12:03 AM PST

BAGAN DATOH - Penduduk sekitar Sungai Betul mengambil kesempatan di atas kehadiran Skuad JDAB2013 dalam program Jelajah UiTM di Hati Rakyat 1Malaysia untuk membuat pemeriksaan mata dan gigi secara percuma.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh pelajar Fakulti Kesihatan UiTM itu merupakan salah satu khidmat bakti yang ditawarkan secara percuma sepanjang penjelajahan Skuad JDAB2013.

Pihak penganjur menyediakan sebanyak dua buah bas yang telah diubah suai menjadi klinik bergerak dengan dilengkapi dengan peralatan canggih dan terkini bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Selain itu juga, siri jelajah yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Betul, Bagan Datoh turut melibatkan aktiviti pemgambilan Pra-Diploma, Gotong-royong, Motivasi / Kem Bestari Solat dan Pameran oleh UiTM Sri Iskandar.


'Pictorial' sekitar program:

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


sangkakalajari9: IDHAM LIM TERPINGGIR <b>DI PARIT BUNTAR</b>

Posted: 04 Feb 2013 07:53 PM PST

Desas desus mengatakan Yb Idham Lim ADUN Titi serong yang dikatakan tidak lagi akan bertanding di kawasan tersebut mungkin ada benarnya.

Cuba kita lihat banner yang ada di atas, jelas menunjukkan bahawa gambar Idham tidak kelihatan walau pun beliau masih lagi ADUN kawasan tersebut.

Ada juga kemungkinan yang mengatakan bahawa tempat beliau akan digantikan dengan Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Negeri Perak.

Adakah sebegitu mudah untuk penduduk Parit Buntar khususnya penduduk di Titi Serong akan melupakan kisah kompleks pendidikan Darul Anwar yang mana modal pembinaannya telah dikutip melalu wakaf tapak pembinaan tersebut?

Ataupun adakah PAS dengan begitu mudah melarikan Idham dari dibelenggu masalah?

Dimana ketelusan PAS dalam isu ini? Dengan mudah apa bila seorang wakil rakyat mereka bermasaalah, maka wakil rakyat tersebut di tukarkan ke kawasan lain dan digantikan pula dengan muka baru dan begitulah akan terjadi secara berterusan.

Walau siapa pun yang diletakkan di DUN Titi Serong dan Kuala Kurau serta Parlimen Parit Buntar, masalah sama akan terus berlaku, dan ianya akan menjadi generasi ke generasi.

Calon calon dari parti sebegini harus ditolak, demi kesejahteraan serta pembangunan di kawasan Parit Buntar, kerana selama 4 tahun mereka menjadi wakil rakyat, dimana kemajuan yang mereka lakukan?

Para pengundi Parit Buntar harus melihat perkara ini dengan penuh teliti, kerana sedikit kesilapan masa lalu, maka 4 tahun terbuang begitu sahaja tanpa apa apa pembangunan serta kemajuan.

Adakah nasib generasi akan datang terus diperjudikan seperti sekarang?

Dimana yang dikatakan bahawa Idham Lim membawa pembangunan? Sangkakala tidak melihat perkara ini berlaku.

Begitu juga dengan Yb Yunus, ADUN Kuala Kurau, pembangunan rakyat tidak dilaksanakan dengan alasan bahawa mereka bukan parti yang memerintah seolah olah mereka tidak boleh melakukan apa apa, namun apa yang sebenarnya ialah semua itu hanyalah alasan semata mata dan ianya adalah cara untuk mereka melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai ADUN.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen yang ada kini, beliau yang hanya bermain dengan isu isu nasional seolah olah lupa kepada para pengundi serta rakyat yang meletakkan beliau sebagai wakil mereka dalam PRU12 yang lalu.

Jadi kepada pengundi Parit Buntar, fikir fikirkanlah, yang mana satu parti yang tidak memberi kemajuan di kawasan dan yang mana pula sering memberikan bantuan kepada masyarakat serta rakyat.

Barisan Nasional contohnya telah memberikan bantuan bernilai jutaan ringgit sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 yang lalu, dengan pelbagai kemudahan infrastruktur serta kebajikan untuk rakyat telah terlaksana, bantuan demi bantuan telah diberikan kepada rakyat terutamanya golongan yang amat memerlukan.

Ini adalah contoh kerajaan yang perlu diberi sokongan dan dorongan agar kemajuan demi kemajuan dikecapi oleh rakyat serta kebajikan yang tidak pernah hilang untuk golongan daif serta memerlukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Gaya Peneroka: Bendera PR dicabut <b>Di</b> Felda <b>Trolak</b> Timur (New <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2013 06:14 AM PST

Gambar terbaru di terima





................ooooooooooooOOOOOOOooooooooooooooo..................

Baru Minggu Lepas Anak memfailkan Permohonan untuk Semakan Kehakiman dibawah aturan 53 kaedah 2 di Mahkamah Tinggi Kuantan
Suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yg menyekat aktiviti di mana2 rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan,


Hari ini 4 /2/13 Di Felda  Trolak Timur Sungkai Perak pada sekitar jam 11 pagi Pengurus rancangan Ketua Kampong dan beberapa warga indon telah menurunkan bendera Pakatan Rakyat dengan alasan  YB khusairi adun BN tanjung malim akan datang nak beri BR1M 2.0.


Mengapa pengurusan rancangan dan wilayah feldajaya tidak sensitif dengan perkembangan semasa dalam felda atau sememangnya mereka ini tidak tahu perlembagaan Negara atau terlalu takut dengan kumpulan "baru" di ibu pejabat felda sekarang ini sedangkan risikonya ditangung oleh mereka ini sekiranya  pehak PR membuat tuntutan  saman…

Walau pun perbincangan telah dibuat oleh peguam YDP Aminuddin dengan pengurusan Felda  tetapi  perkara ini amat di kesali dan memberi kesan pada Pakatan Rakyat juga NGO Anak 

Apa tujuan sebenarnya bendera PR di turunkan  atau cabut apabila pemimpin umno datang .???
Untuk beritahu bahawa kawasan tersebut tidak ada pembangkang..??
Atau nak beritahu bahawa umno ada kekuatan di kawasan tersebut…
Dimana logiknya YB tempatnya sendiri  tidak tahu kekuatan partinya…
Kalau begini keadaanya YB ini , bererti dia tidak pernah melawat kekawasanya sendiri dan seharusnya pilihanraya kali ini kita tumbangkan dan ganti dengan YB yang boleh duduk dengan masyarakat setempat.




Mengapa Felda membuat kerja-kerja untuk umno ???
Kami kumpulan NGO ANAK tetap akan lawan mengikut perlembagaan dan undang-undang Negara

Pusaka Terindah Untuk Generasi Kami: Melawat Tok Teh <b>di Trolak</b>

Posted: 21 Oct 2012 11:56 PM PDT

Oleh : Nur Nadhirah

Kami ke KL pada 15 September yang lalu. Ada sedikit urusan.
Esoknya dalam perjalanan balik terasa nak singgah Trolak pulak.

Di Felda Trolak Timur ada mak sedara  Ibu namanya Pakteh Mail dan Makteh Amai.
Makteh Amai ialah adik kepada Tok Bendang (ibu's mother).

Kami selalu singgah di Trolak. Terutama bila teringat suasana Felda. Banyak kenangan dengan Felda ni. Masa Kaklong lahir pun ayah kerja Penolong Pengurus Kilang Sawit Kemasul, Pahang. Jadi bila rindukan Pahang, kami akan balik ke Felda terhampir iaitu ke rumah Tokteh. Disamping menziarah kami juga mengimbas kenangan bersama Tok Bendang. Ibu kata suara Makteh Amai tu sebijik suara emak dia terutama waktu subuh-subuh. Ibu macam terdengar-dengar suara emaknya bersembang dengan ayahnya pagi-pagi.

Semasa singgah kali ini kebetulan ada anak sulung Tokteh yang ibu panggil Abang Ijai. Kami dapat jumpa mereka sekeluarga. Selalunya bila kami balik ke sini cuma sesekali kami dapat berjumpa anak-anak Tokteh.

Di belakang rumah Tokteh ada jeram. Cetek saja tapi ramai juga orang berkelah di situ. Kami sekeluarga pun mandi manda la.



Anak abang paklong Ijai yang sulung akan ambik SPM tahun ni. Dia punya la tanya ibu macam macam pasal Fizik. Namanya Abd Rahim. Ibu pun suka kalau ada murid yang minat nak belajar.
Kami tak dapat bermalam sebab baju nak pakai dah takda. Tak plan pun nak singgah sebenarnya.
Kami balik malam tu juga tapi dengan berat hati. Depa layan bukan main lagi. Maklong Ana (isteri Paklong Ijai) tu pun pandai masak. Kebetulan depa pun pemilik restoren. Malam tu makannya ala kadar je tapi dia pandai manipulate apa yang ada. Jadi kami memang makan bertambah-tambah.

Nanti kalau mereka terlepas ke Ipoh, harap-harap mereka sudi lah singgah di rumah kami. Ayah dengan ibu memang suka kalau ada orang datang. Mereka lagi suka kalau orang sudi bermalam.

Nanti cuti sekolah nak pergi rumah Tokteh lagi..
Anak-anak Tokteh semua baik-baik.
Tokteh pun nanti bertukar menjadi hantu cina. Itu yang kami suka tu..

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


detikNews : Penjaga Kolam <b>di Kampar</b> Riau Tewas dengan Usus <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 12:00 AM PST

Cari Penawaran Terbaik di Sini

Rancang Perjalananmu di Sini

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


YONG SUKA KUNING: BN AKAN KALAH <b>DI LUMUT</b>

Posted: 11 Jan 2013 03:40 PM PST


Yong langsung tak salahkan pegawai JPJ yang kerojer demer menahan lori. Memang selalu Yong nampak demer buat kerojer tu. Apa yang berlaku antara demer dan pemandu lori Yong tak tahu. Yong bersangka baik jer.
Tapi kenapa orang awam jadi begitu berang dengan JPJ apabila terjadi kemalangan di jalan Beruas-Air Tawar? Mesti ada yang tak kena. 
Siapa yang harus Yong percaya?
Versi A: Orang ramai yang kata kereta JPJ cuba memintas lori?
Versi B: Kereta JPJ berhenti di traffic light lalu dilanggar oleh lori? 
Yong biasa dengan jalan Beruas-Air Tawar. Yong pun biasa tengok lori bawa muatan sawit yang sarat.
Yong pun tahu Kong Cho Ha menang tipis di Lumut.
Terdapat cerita semasa pengiraan undi Kong Cho Ha lwn Ustaz Suwardi, PRU12, lampu faham!
Tak heran orang Beruas dan Lumut meluat pada JPJ.
Kemarahan kepada JPJ adalah manifestasi marah pada Kong Cho Ha yang mewakili segala kebobrokan sistem kementeriannya aka AES.
Kong Cho Ha + JPJ + AES = BN.
Pemimpin BN akan kuar TV dan kata "Jangan politikkan isu kemalangan di Beruas-Air Tawar"
Benang basah akan cuba ditegakkan.
Kambing hitam akan dicari!
Tapi rakyat tahu, semuanya adalah kerana jentera BN memang haprak dan perlu di-overhaul. Ia lebih buruk dari lori pengangkut kelapa sawit.

RAKYAT MARHAEN: DR MANUTY : DI CERAMAH JMR <b>DI LUMUT</b>

Posted: 10 Mar 2013 08:38 PM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.