07 di pasir salak - Google Blog Search |
'Good Signal' P073 <b>Pasir Salak</b> milik PKR but N48 still on track to PAS Posted: 10 Mar 2013 08:35 PM PDT Kehadiran DSAI malam tadi menjadi perungkai tanda tanya selama ni , pabila mengumumkan secara 'live' calon PKR masih menghendaki P073 Pasir Salak dengan meletakkan Sdra Mustafa Kamil Ayub selaku calonnya. PAS akan medominasi bagi N49 Kampung Gajah dan N48 Sungai Manik .... jeng... jeng... yang sebelum ini PKR meletakkan calonnya namun tidak diumumkan. Maka 'Good Signal' buat Calon PAS bagi N48 Sungai Manik. Harapan setinggi langit untuknya. Dikala UMNO BN masih tidak mampu untuk mengumumkan sebarang nama calon mereka di zon ini. -admin PKR Cabang Pasir Salak kini dalam keadaan sungguh tenat dan nazak,pengurusan parti seolah-olah sudah tidak bermaya untuk meneruskan perjuangan. Mereka cuma mengharapkan quota pembahagian kerusi pada PRU12 - 2008 di mana Dun Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak adalah hak PKR dan PAS hanya bertanding pada DUN Kg. Gajah sahaja. Tapi apakah perancangan dan aktiviti oleh PKR buat masa ini masih mampu mempertahankan quota tersebut? Sejak pemilihan pucuk pimpinan peringkat Cabang lagi, senerio " pecah belah " ini sudah terbau, ini disebabkan Hj. Osman mantan ketua cabang yang satu ketika telah menyerahkan " kerusi " tersebut kepada Sdr. Mustafa Kamal dan pemerintahan Mustafa berakhir pada pemilihan parti pada 2011 Kini seramai hampir 400 orang ahli telah kembali kepangkal jalan, rata-rata mereka adalah ahli UMNO dahulunya. Mungkin juga nama mereka masih tersenarai dalam daftar UMNO. Sudah pasti ianya menjadi tamparan hebat kepada PKR untuk PRU13 itu nanti. Hj. Osman - ketua cabang Bagi UMNO / BN agak beruntung pada PRU13 ini, walau pun parti ini menerima " tsunami " politik pada PRU12, tapi dengan kehendakNya dan usaha mereka, mereka melipat gandakan usaha akhirnya seolah-olah mereka " hidup setelah mati " dengan kegagalan untuk majoriti 2/3 di parlimen dan kehilangan 4 + 1 DUN negeri selain Kelantan. Akhirnya Perak di " rampas " kembali. Isu lompat melompat telah memberikan kesan yang cukup " menyayat hati " kepada parti yang melahirkan mereka ( pemimpin ) tapi seribu rahmat kepada parti yang menerima lompatan mereka. Pasokan " sumpah keramat " dari Parti Keadilan Rakyat yang di ketuai oleh YB Ezam ( kini senator ) memangnya telah memberikan semangat kepada anak muda khususnya di Pasir Salak, di mana Sumpat Keramat itu dilafazkan. Ezam Mohd Noor adalah icon anak muda yang pernah menjadi tonggak perjuangan 'Reformasi' dalam PKR dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar pada zaman kegemilangan Anwar di dalam UMNO, kini menjadi kesayangan UMNO untuk menibai Anwar. Beliau pernah mendakwa memiliki 6 peti tentang salah laku pemimpin-pemimpin kerajaan BN, namun hari ini beliau mungkin menyesal membuat dakwaan itu sebaliknya hari ini beliau menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO hari ini lebih bersih daripada pemimpin-pemmpin Pakatan Rakyat. Zahid Md Arip cucu Tun Ghafar Baba juga dalam kelompok Sumpat Keramat, seperti Ezam setelah puas menggodam kepimpinan UMNO, dan sendiri menghentam atoknya semasa dalam PKR. Mungkin keadaan terlalu memaksa, apa yang Ezam buat beliau juga ikut serta. Sebaliknya nasib tidak sama, Ezam dapat senator dan untuk Zahid, gaya Ibrahim Ali di jadikan idola dengan menibihuhkan TIBAI. Kini beliau pula hari ini dijulang sebagai Mursyidul Am TIBAI yang menyamai Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau di antara tokoh pemuda PKR yang jijik melihat perlakuan songsang pemimpin-pemimpin UMNO; namun hari ini beliau bagaikan menarik semula apa yang dilontarkannya itu demi untuk membelai hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Zahid Md Arip merasakan perjuangan TIBAI yang mendedahkan keaiban Anwar Ibrahim bagaikan dituntut oleh Islam. Sebagai Mursyidul Am TIBAI, perbuatan menibai orang lain mungkin menjadi halal di sisinya. Hanafiah Man - tokoh muda yang berpotensi Beliau adalah anak jati Kg. Gajah dan di tangan beliaulah " sumpah keramat " di " letupkan " di satu ceramah di Kg. Selat Pulau. Kini berjaya menempatkan diri di Bangunan SUK Perak dan menjadi orang harapan kepada MB. Saya terpaksa tidak bersetuju jika ada sesiapa yang cuba melabelkan Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin, Zahid Md Arip, Ruslan Kasim, Zaharin Hashim, Nallakarupan, Gobalakrishnan, Wee Chee Keong sebagai 'Badut-Badut Politik' untuk memPERKASAkan UMNO yang dahulunya pernah mereka perkasamkan. Antara PERKASA dan PERKASAM memang ada perbezaannya. Secara pribadi penulis mengganpkan untuk UMNO menerima mereka semua ini agak sukar tambahan ramai dari kalangan kepimpinan UMNO sendiri tidak bersedia untuk memberikan laluan tersebut. Pengorbanan mereka untuk meninggalkan parti yang dijulang sebelumnya mungkin akan tinggal kenangan dan jika mereka gagal di tempatkan di mana-mana untuk kerusi UMNO sudah tentu masa depan merka dalam arena politik tanah air akan merudum. Rasanya tidak adil jika wujud penolakan terhadap mereka ini, kerana UMNO harus membuat pengorbanan memberikan laluan kepada mereka yang berjasa ini untuk bertanding dalam PRU13 nanti. Usaha menampilkan Ummi Hafilda dan Ustadz Nasharudin Mat Isa sebagai calon mesra BN dalam PRU13 juga adalah yang terbijak jika ia mampu mencipta kejayaan menawan hati rakyat. Ummi Hafilda yang sanggup berpatah arang dengan abangnya Azmin Ali wajar diberikan peluang melawan adik beradik kandungnya sendiri di Parlimen Gombak. Jika kemenangan yang diperlukan, rasanya Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Noor, Zaharin Hashim, Nallkarupan, Ruslan Kasim, Zahid Md Arip, Gobalakrishnan termasuk Datuk 'T' pengedar video lucah Anwar merupakan rangkaian badut politik UMNO/BN yang wajar dilonjakkan menjadi rangkaian calon 'Kitar Senula' untuk masa depan UMNO yang lebih cemerlang, gemilang dan terbiilang. Hanafiah Man - Ketua Sumpah Keramat Jika kemenangan yang diperlukan, rasanya Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Noor, Zaharin Hashim, Nallkarupan, Ruslan Kasim, Zahid Md Arip, Gobalakrishnan termasuk Datuk 'T' pengedar video lucah Anwar merupakan rangkaian badut politik UMNO/BN yang wajar dilonjakkan menjadi rangkaian calon 'Kitar Senula' untuk masa depan UMNO yang lebih cemerlang, gemilang dan terbiilang. .... http://locengwangsa.blogspot.com | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
p73 <b>pasir salak</b> menghadapi masalah besar bagi <b>...</b> - Labun Cikgu Lin Posted: 28 Feb 2013 08:08 PM PST Calon PKR P73 Pasir Salak tidak akan melakukan kesilapan lagi di PRU 13 ini di mana di PRU 12, atas SIKAP TAMAK, beliau telah bertanding di DUA KERUSI iaitu P73 Pasir Salak dan N48 Sungai Manik di mana beliau KALAH 1344/31168 undi di P73 Pasir Salak dan 667/15136 undi di N48 Sungai Manik (dalam pengiraan Majoriti, 1 = 2) Kekalahannya ini disebabkan oleh KECELARUAN PILIHAN di mana ramai yang berkata "AKU BAGI SATU AJE ..." tapi ke mana .... Parlimen ker DUN. Besar kemungkinan beliau berkemampuan menang jika bertanding SATU KERUSI SAHAJA. Disebabkan nama tersenarai dalam KABINET BAYANG PAKATAN RAKYAT 2013, besar kemungkinan beliau akan bertanding di P73 Pasir Salak dalam ertikata lain BERTEMBUNG DENGAN YB Dato' Mohd Tajuddin Abd Rahman. Besar kemungkinan beliau akan berjaya berdasarkan :- FAKTOR PKR (TAK TAMAK LAGI) 1. 500 undi = Bertanding HANYA SATU KERUSI sahaja. 1. 300 undi = ISU DALAMAN UMNO 2. 300 undi = Ramai ahli UMNO yang "berasa hati" di atas sikap MP P73 Pasir Salak 3. 100 undi = Kurang NGAM sesama AJK Bahagian. 4. 150 undi = Berkroni lebih sangat, orang getik. 1. 300 undi = Kakitangan Awam TERSINGGUNG. JUMLAH KEHILANGAN = 1,650 undi Majoriti Hilang = (3,300 undi) Kesimpulannya = (PRU 12) 2688 - 3300 = -(612) Dengan itu, PKR menang dengan majoriti (612) PERHATIAN : Hanya yang tau sahaja yang memahami perkiraan di atas ini. KEPUTUSAN PRU 12 (2008) LALU
|
You are subscribed to email updates from di pasir salak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan