Khamis, 14 Mac 2013

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit : KURANG HAJOR DAP!!!...bendera BN diharamkan <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 07:41 AM PST


Kerajaan DAP di Pulau Pinang dah melampau bila cuba haramkan untuk mengibar bendera BN di Pulau Pinang. Begitulah busuk hatinya pihak berkuasa yang dikuasai oleh pemerintahan kuku-besi DAP yang cuba mensabotaj bendera parti lawan mereka. Kalau kat negeri lain yang diperintah oleh kerajaan BN tiada halangan untuk mereka sangkut bendera roket merah tu. Baru dapat perintah satu negeri dah naik tocang nak halang macam-macam aktiviti demokrasi yang bebas dilakukan selama ini. Ikuti laporan isu bendara ini yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan beberapa hari lalu dibawah;

Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dibenarkan memasang bendera parti sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan kegagalannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong mendakwa, banyak bendera 1Malaysia yang digantung di laluan-laluan utama di negeri ini sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran BN negeri kelmarin tidak mempunyai permit.

Selain itu jelasnya, pengantungan bendera berkenaan juga dikatakan membahayakan penguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

MPPP memberi tempoh seminggu kepada BN negeri untuk tampil membayar kompaun bagi menuntut kembali bendera-bendera yang dirampas.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, kami (MPPP) akan menyenaraihitam BN untuk memohon permit bagi mengantung bendera parti selepas ini termasuklah semasa berlangsungnya pilihan raya umum nanti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

DAP anti Islam
DAP tolak isu kalimah Allah oleh Majlis Syura PAS

<b>Kinta</b> Menjerit : KBS <b>di</b> Karnival Pelancaran Promosi Melawat <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 04:30 AM PST


Sila lah berkunjung ke booth Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Jalil.
Karnival berlangsung dari 18 ke 20 Januari 2013 yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Bukit Jalil. Pelbagai syarikat pelancungan yang terlibat disamping beberapa kementerian yang menyertai. Terdapat juga acara cabutan bertuah kepada pengunjung yang mengisi borang di kaunter yang disediakan.

Beribu-ribu orang yang hadir ke karnival ini yang juga terdapat acara-acara menarik yang diadakan pada sebelah malam. Kementerian Belia dan Sukan menyediakan dengan 3 buah booth untuk menyalurkan informasi dan promosi tentang aktiviti dari kementerian.

<b>Kinta</b> Menjerit : Penduduk Rumah Pangsa <b>di</b> kawasan Jalan <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 03:30 PM PST


Lebih 1,000 penghuni rumah pangsa Jalan Hospital di Ipoh bakal menikmati penginapan lebih selesa berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan untuk menaik taraf rumah pangsa berkenaan tidak lama lagi.

Tan Sri Muhyiddin berkata, kerajaan Pusat bersedia membantu kerajaan negeri Perak menaik taraf rumah pangsa berkenaan dengan menambah dari dua bilik kepada tiga bilik di 620 unit rumah pangsa berkenaan.

"Kita perlu bina, majukan supaya penghuni rumah pangsa ini dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa. "Kalau tak cukup duit kerajaan negeri, kerajaan Pusat boleh bantu jadi Menteri Besar jangan bimbang,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh sempena lawatan kerja sehari ke Perak hari ini.

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan baikpulih surau Al Hijiriah sebanyak RM50,000 dan RM483,000 untuk dana Tahunan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Jalan Hospital dan Seri Kepayang.

*sumber dari laman portal akhbar tempatan.

Tiada yang terpinggir
Tiada yang tertinggal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan