Khamis, 31 Mei 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


sikurakurapurapura: Kepoyoan Kekura & Pepenyu <b>di Pangkor</b> 4.0

Posted: 16 Apr 2012 11:09 PM PDT

Fessofol// Assalamualaikum. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Ahaks! *maria elena gerek heleng.
Wah. Wahh… Bestnya cuti midsem gua.
Nak tahu bestnya macam mana? Bestnya macam "jantan gatal dapat kawen empat". Boleh bayangkan tak? *mesti perempuan-perempuan sekalian sukar sekali membayanginya. Ha Ha Ha Ha
Okey, sebenarnya gua tensen ni. Biasalah, bila dah habis cuti otak ni secara auto memikirkan assignment/test yang melambak-lambak tak setel-setel macam sampah tu. Eheh!
Tapi, apadahall. Gua nak tunjuk juga gambar-gambar gua bercuti di Pulau Pangkor tempoh hari. Ouch! Ouch….
Bajet snorkeling lettewww. Haha… Location; teluk nipah (Pantai kecil tapi ohsemm berhadapan Pulau Giam)



Bila dah gedik sangat, inilah yg berlaku.
*buang tabiat ni, nasib tsunami tak sampai kat pangkor petang  rabu tu. klu tak, aruah periang orgnya. haha
Okey. Itu je gambar yg nk ditunjukkan. bak kata blogger; Sila JELLY. 
Dan sekarang, buka minda buka hati buka segala-galanya – BERRR CEPAT SIAPKAN ASSIGMENT dan STUDY utk TEST!


07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


NUBE Ipoh Sana Sini: Melawat dan prihatin ahli – ahli NUBE <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 May 2012 12:00 AM PDT


Rizal Yob Ipoh

Selasa, 29.05.2012 – Kehadiran kami skuad tempur NUBE Ipoh ke Langkap mengejutkan ahli – ahli disini yang tidak menduga kami sampai beramai – ramai ke kawasan itu demi menyampaikan cerita terbaru NUBE di samping mendengar masalah ahli NUBE di Langkap dalam lawatan kami ke 3 bank iaitu Hong Leong Bank, CIMB Bank dan Maybank.

Kehadiran kami kali ini amat menarik kerana berpeluang berjumpa dengan bekas ahli NUBE di Maybank Langkap yang telah dinaikan pangkat ke pegawai 2 bulan lalu dari Slim River yang berperanan membawa ahli-ahlinya di Slim River menyertai Maynue. Hasil perjumpaan antara kami dan beliau, pihak kami akan ke Maybank Slim River dalam jangka terdekat untuk merekrut semula ahli-ahli disitu setelah menurutnya pihak Maynue menganggu ahli – ahli disitu setiap minggu hingga Maynue berjaya mendaftarkan ahli-ahlinya semua seramai 8 orang.

Selain itu, pihak kami juga mendapat maklumat anak kepada ejen utama Maynue di Perak bekerja di Maybank Langkap dan beliau kini telah menyertai Maynue. Ketika kami memanggil mengadakan taklimat ringkas di bank terbabit ahli Maynue ini tidak hadir dan keluar dari banknya meninggalkan kami. Dalam keadaan sama, kami juga cuba diganggu oleh pengurusnya di situ yang tidak puas hati pihak NUBE menjalankan takilmat di dalam premis bank berkenaan, menurut sumber pegawai disitu.

Sebelumnya, kami juga hadir dan melawat 2 buah bank lain disekitar Langkap antaranya CIMB dan Hong Leng Bank. Di CIMB pihak kami memohon ahli -ahli di bank itu mempromosikan laman sosial NUBE di facebook untuk "LIKE" di muka depan NUBE MALAYSIA supaya segala penyaluran maklumat dapat dilaksanakan kepada setiap ahli yang mempunyai facebook.

Ternyata kunjungan kami juga dihujani oleh persoalan sorang ahli NUBE di CIMB Langkap yang berdepan masalah "Transfer" dari basenya di Hutan Melintang Perak. Beliau kini adalah kakitangan (MOS Poll – Hutan Melintang) dan kini ditugaskan untuk "relief" CIMB Langkap. Dikhabarkan MOS/cawangan di Hutan Melintang akan ditutup tidak lama lagi dan mereka disitu akan ditukarkan sama ada ke merata Ipoh atau Perak dan terjauh Sungai Besar Selangor. Pihak kami dalam pada itu memeberitahu kepadanya supaya segera memaklumkan perkara ini dari masa kesemasa dan berkemungkinan NUBE Ipoh akan mengadakan mesyuarat khas di Hutan Melintang tidak lama lagi.

Kunjungan kami di Hong Leng Bank juga tidak banyak bezanya, walau bagaimanapun kami dilaporkan ada seorang ahli kita akan mengambil VSS yang ditawarkan oleh pihak HLBB. Namun begitu ahli – ahli disitu nampak ceria kerana mereka baru sahaja berpindah ke premis bank baru kurang 1oo meter dari premis bank lama.

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Indahnya <b>di Lekir</b>... Gambar ini aku rakamkan pade

Posted: 07 Feb 2012 05:11 AM PST

Indahnya di Lekir...

Gambar ini aku rakamkan pade jam 7 malam di batu 11 Lekir Sitiawan...da hampir 7 tahun aku menetap di manjung, rupenya banyak lokasi yang menarik dan indah untuk dinikmati dari aspek dunia fotografi...

shiloute

Pemandangan Senja Sunset di Batu 11 Lekir

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN PENDOK: Memburu Ikan <b>Di Gopeng</b>, Perak

Posted: 13 May 2012 05:07 AM PDT


Minat terhadap ikan tidak mengira tempat dan waktu.
Aku dan rakan-rakan memburu ikan di Gopeng, Perak.
Aku dan 2 rakan bertolak jam 11.00 malam dan tiba di Ipoh sebelum subuh.
Berehat seketika sementara menunggu waktu subuh.
Selepas sarapan, mula mencari lubuk ikan di sekitar lombong tinggal di Gopeng.
Apa yang diharap tidak tertiarap. Buktinya saksikan..........







SERAMA IPOH: Bon serama <b>di</b> RTC <b>Gopeng</b>, Perak.

Posted: 28 May 2012 09:35 AM PDT

Pertandingan ayam serama dan kucing di RTC Gopeng. 
Tarikh ialah 2 hb Jun 2012 (Hari Sabtu).
Ayam serama 8 category ,wang penyertaan RM35. 
Saguhati 30% cabutan bertuah hamper, wang tunai, BOTB piala dan wang tunai ,cabutan bonanza wang tunai,hadiah bonanza dan cabutan bertuah bergantung pada peryertaan. 
Hamper bernilai 100 ada sepuluh ,cabutan bertuah 100 dan 50. Jumlah cabutan akan diberi mengikut banyak penyertaan. Jangan susah hati, nak buat semua peserta happy, ada lebih bagi lebih. Harapan beri sokongan daripada semua peminat serama.
(dipetik dari facebook Rosman Shafie @ Man Lebai) 

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Program Turun Padang MB <b>Di Seri Iskandar</b> – Perak Today

Posted: 28 Mar 2012 04:10 AM PDT

DS Zambry Menyerahkan Geran Tanah Kepada Penduduk Kampung Sepakat Jaya Sempena Lawatan Kerja Ke Seri Iskandar Petang Tadi

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


MY JOURNEY: Event Mary kay <b>di Behrang</b>

Posted: 27 Apr 2012 10:47 AM PDT










8 April 2012...team kami merantau ke Felda Behrang untuk event Mary Kay. Best juga masuk kampung orang ni kan. Mcm2 perangai boleh kita tengok. Semua pesrta amat-amat sporting. Ada la dua orang makcik yang sangat senior dalam kumpulan tu. Steady je bersolek...ekekek...chayok2 makcik. Sebelum balik sempat depa cium aku dulu....wah...makcik ada anak handsom ke bagi le..wakakka.Apa2 pun event yang K.Nur and Puan Nafisah ni best! We had fun n semua pun puas hati. Will join event lagi kalau K.Nur yang organise...he,he....

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Ceramah Lim Guan Eng <b>di Parit Buntar</b>. - MENUJU KEREDHAAN <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 11:11 AM PDT

Parit Buntar: 5 Mei ;  Ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng pada malam ini mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran orang ramai memenuhi padang Dataran Purnama, Kampung Kedah. Mereka terdiri dari berbagai bangsa Melayu, Cina dan India yang hadir memberi tumpuan mendengar ceramah tersebut terutamanya berkaitan dengan himpunan Bersih 3.0 yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur. Disamping itu juga Lim Guan Eng menerangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Pulau Pinang kepada rakyat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Antaranya ialah pemberian kepada setiap warga emas sebanyak RM100 setiap tahun, pemberian kepada setiap anak yang dilahirkan sebanyak RM200 setiap tahun dan pemberian kepada waris yang meninggal dunia sebanyak RM1000. Begitu juga dengan peruntukkan yang diberi kepada sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil semakin bertambah. Semua dasar-dasar ini adalah untuk rakyat semata-mata kerana kerajaan PR Pulau Pinang berjaya menguruskan kewangan dengan baik berbanding di zaman BN yang menguruskan kewangan penuh dengan penyelewengan, rasuah, kronisme dan sebagainya.





07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Rojak Pasembor: Durian dah runtuh <b>di</b> Wilayah <b>Trolak</b>

Posted: 10 May 2012 12:41 PM PDT



Felda Wilayah Trolak di Perak dan Hulu Selangor serta Gugusan Felda Sungai Koyan di Kuala Lipis adalah antara penerima awal durian runtuh sebagaimana yang diumumkan Persana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Seramai 7,845 ketua keluarga peneroka dari 21 tanah rancangan Felda Wilayah Trolak di Perak dan Hulu Selangor menerima bayaran khas fasa pertama yang keseluruhannya berjumlah RM39.2 juta disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu majlis di Felda Besout 2, Sungkai, dekat sini.
Zambry berkata, semua peneroka berkenaan termasuk dari empat tanah rancangan Felda di Selangor akan menerima bayaran RM5,000 setiap seorang secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.
"Pengumuman imbuhan khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini bukan durian runtuh tetapi sawit runtuh kerana durian tiada harga tetapi kelapa sawit ada harga.
"Saya mohon supaya apa yang kita dapat ini dijadikan sebagai kesyukuran kepada Allah serta usaha kerajaan membantu meringankan masalah dan menjadikan peneroka Felda benar-benar berjaya," katanya pada majlis berkenaan.
Pada majlis tersebut, seramai 25 peneroka iaitu masing-masing lima orang dari Felda Besout 1, Felda Besout 2, Felda Besout 3, Felda Besout 4 dan Felda Besout 5 menjadi kumpulan pertama menerima bayaran tersebut yang dibuat hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Zambry juga menempelak pihak tertentu yang hanya tahu memperlekeh setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk mendakwa pemberian durian runtuh itu sebagai 'rasuah politik'.
Sementara itu, bagi peneroka di Gugusan Felda Sungai Koyan, Kuala Lipis pula menerima durian runtuh dengan pembayaran berjumlah RM4.2 juta hari ini.
Satu majlis khas penyerahan replika cek kepada pengerusi jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung (JKKK) ketiga-tiga rancangan itu diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Koyan 2 di sini, yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.
Jumlah itu melibatkan seramai 851 peneroka dari Felda Sungai Koyan 1, Sungai Koyan 2 dan Sungai Koyan 3 yang dijangka akan menerima cek masing-masing dalam minggu ini.
Bagi warga peneroka Felda Koyan 1, mereka akan menerima sejumlah RM1.5 juta diikuti Sungai Koyan 2 (RM1.3 juta) dan Sungai Koyan 3 (RM1.39 juta).
Menurut Wan Rosdy, kerajaan sentiasa mengotakan janji kepada warga peneroka setelah mengumumkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FVGH) semasa pembentangan Bajet 2012 tahun lalu.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Jengka 19: mStar Online : Jenayah

Posted: 18 May 2012 07:24 AM PDT


Tujuh Lelaki Ditahan Dipercayai Terbabit Kes Bunuh

Posted:

IPOH: Polis menahan tujuh lelaki dan menemui beberapa barangan milik mangsa serta senjata yang digunakan dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki di Jalan Bercham, dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superietndan Azisman Alias pada Jumaat berkata, kesemua suspek berusia antara 18 dan 49 tahun ditahan di Bercham pada Khamis.

Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti itu ditemui di tepi jalan oleh orang awam dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Mayat mangsa dihantar oleh orang awam ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, katanya kepada pemberita di sini.

"Pada mulanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan kecederaan di anggota badan mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras," katanya.

Azisman berkata, kesemua suspek ditahan reman seminggu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Bekas Tahanan Simpang Renggam Terus Mengganas

Posted:

KUALA LUMPUR: Baru sahaja tiga bulan keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, lima bekas tahanannya melakukan tiga lagi kes samun sebelum tiga daripadanya ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pada mulanya mereka menyamun rumah seorang wanita pada 2.45 pagi pada Rabu lepas di Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini.

"Mereka datang ke rumah wanita itu dengan tiga buah motosikal dan memasuki rumah wanita itu dengan menyamar sebagai polis yang salah seorang daripadanya mempunyai alat walkie-talkie.

"Mereka kemudiannya melarikan kereta Toyota Camry wanita berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ku berkata setelah menyamun wanita itu, mereka menyamun pula sebuah kedai telefon bimbit di Pagoh, Muar.

Ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas kejadian itu, mereka terus menyamun sebuah mesin menukar duit syiling di Pekan Pagoh, katanya.

Beliau berkata mangsa pertama telah membuat laporan polis mengenai kehilangan keretanya semalam dan hasil siasatan, polis akhirnya menemui kereta tersebut di sebuah bengkel di Keramat di sini.

Ku berkata hasil maklumat orang ramai, polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Keramat semalam dan menahan salah seorang ahli kumpulan itu yang turut memiliki parang dan telah bergelut dengan polis sehingga polis terpaksa melepaskan tambakan.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Suspek hanya cedera akibat bergesel peluru di badannya manakala seorang anggota polis cedera di tangan kiri akibat pergelutan.

"Kedua-dua mereka kini di rawat di Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, dua lagi anggota kumpulan berkenaan ditahan di sekitar ibu negara semalam manakala dua lagi masih diburu.

Katanya suspek yang ditahan berumur antara 23 dan 27 tahun.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Polis turut merampas wang tunai RM2,000, lima bilah parang, lima telefon bimbit, tiga buah komputer riba dan tiga beg sandang jenis kulit. - BERNAMA

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


<b>intan</b> izani: menara condong, <b>teluk intan</b>.

Posted: 28 May 2012 05:30 PM PDT

otw balik dari pangkor, kami sefamily singgah di teluk intan, nak tengok menara condong. walaupun lahir di perak, kampung kat perak, belum pernah lagi sampai teluk intan. kesian.
 sebelum tu, after sampai je dari pulau, kami pergi lunch di lumut. tempat sama yg kami lunch before pergi. harga reasonable. dan sedap.
 sedapnya udang. baru-baru ni kat pasar tani batang kali, ada jual udang galah. harga sekilo rm60. mak aiii, mahal giler. sekilo dpt dlm 6-7 ekor. giler ar. walaupun teringin makan udang galah masak sambal tumis, tp sbb mahal melampau telan air liur jela. hehe. tak sanggup i sampai rm60.


menara ni masih cantik lagi. terjaga dan nampak kemas. jam pada menara tu pun berfungsi lagi. sekeliling menara tu ada macam pasar jual-jual. tapi kami tak singgah pun, penat dan tak kuasa nak bershopping lagi. eh.

 and then, parents i ajak makan cendol di medan selera depan menara condong tu. mule-mule ingat nak makan sate, tp mungkin time kitorang pergi tu awal sgt, banyak kedai baru buka. so makan cendol dgn gado-gado jela. 
 gado-gado atau cucur. tapi bukan ke patutnya gado-gado ni buat macam rojak tu. letak timun, telur semua. whatever la kan.

cendol yg aneh rasanya. aneh in a bad way. oops. banyak complain saya ni. pergi buat cendol sendiri.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


أنا أخوكم في الإســـلام: Max Power Controller

Posted: 27 May 2012 03:42 AM PDT

* Utk mengetahui lebih lanjut,boleh terus ke Fb saya dan tinggalkan komen anda...atau komen di ruangan chat di blog ini...

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Artis Tabur janji palsu <b>Di Ipoh</b>

Posted: 26 May 2012 05:20 PM PDT


"Pekerja dijanjikan habuan lumayan seperti sebuah banglo atau kereta bernilai bawah RM100,000 jika berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ketika bekerja," kata Ahmad, 35, yang mendakwa ditipu seorang artis tanah air apabila tidak dibayar gaji dan imbuhan lebih RM10,000.

Berpengalaman lebih lima tahun dalam pengurusan acara, Ahmad berkata, dia antara 10 mangsa pelakon lelaki berkenaan yang membintangi sebuah siri drama komedi popular di stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, sejak bekerja dengan artis itu Disember tahun lalu, dia kerap ditipu dengan pelbagai janji palsu, namun sikap profesional terhadap kerja membuatkan dia masih bersabar walaupun gaji dijanjikan belum dibayar sehingga kini.

"Kalau diikutkan, saya bekerja dengan syarikat milik artis itu untuk menjayakan satu festival di Taiping, awal Mac lalu. Namun, beberapa hari sebelum program bermula, saya diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah.

"Sepatutnya artis itu atau wakil syarikat berbincang dengan saya terlebih dulu dan menyelesaikan beberapa perkara dijanjikan seperti keuntungan yang hendak diagihkan, termasuk gaji melebihi RM10,000," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, program itu ternyata indah khabar daripada rupa apabila artis berkenaan yang bertindak sebagai pengarah teknikal gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Dia yang dibantu seorang lagi artis komedi popular tanah air turut mendakwa program berkenaan mendapat tajaan ratusan ribu ringgit selain sokongan dan kerjasama sebuah kementerian dengan majlis pelancaran disempurnakan wakil kerajaan negeri.

"Selain tidak membayar gaji pekerja, beberapa program dijanjikan seperti konsert membabitkan artis terkemuka tanah air juga tidak ditunaikan," katanya.

Dia mendakwa, beberapa program lain yang diadakan sempena festival itu seperti pertandingan memancing turut berdepan masalah apabila penganjur langsung tidak menyerahkan hadiah kepada pemenang.

Lebih memburukkan keadaan, seorang rakannya yang membekalkan makanan secara katering untuk program itu turut menjadi mangsa apabila terpaksa melunaskan sendiri kos keseluruhan bernilai RM56,000.

Menurut Ahmad, dia membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak dan agensi itu akan membuat susulan dengan artis berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, sebelum ini Pejabat Tenaga Kerja Perak memanggil artis terbabit untuk memberi keterangan, namun difahamkan dia gagal hadir.

"Saya harap kes ini mendapat pertimbangan sewajarnya kerana saya tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain. Ada antara mereka baru merasai suasana bekerja dan sudah tentu mereka mahu merasa wang gaji daripada hasil titik peluh sendiri.

"Saya juga terkilan dengan sikap artis itu yang langsung tidak menjawab apabila dihubungi menerusi telefon bimbit. Kemudian seorang daripada kami bertemunya tapi dia buat tidak tahu, seolah-olah tiada apa berlaku," katanya.

Dia berharap mangsa lain tampil mengemukakan bukti membabitkan penyelewengan artis itu. Selain mengemukakan masalah kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak, dia mempertimbangkan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang jika perkara itu tidak diselesaikan.

"Saya tidak kisah sangat soal wang... cuma bimbang jika perkara ini tidak dipandang serius, ia akan berlaku kepada orang lain pula pada masa akan datang.

"Sepatutnya sebagai majikan serta menjaga reputasi sebagai artis, dia harus mencari jalan penyelesaian sewajarnya," katanya.

Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Maulad, 20, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka pengalaman pertama menempuhi alam pekerjaan menjadi igauan buatnya apabila tidak dibayar gaji.

"Ini kali pertama saya bekerja... apabila ditanya soal gaji, semua senyap, seolah-olah tiada apa berlaku. Saya masih memegang kunci pejabat, namun selepas membuat tinjauan di situ, semua barang dan dokumen penting milik syarikat dipindahkan," katanya.


07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


GALERI - Sunrise <b>di Bukit Merah</b> oleh Nikon D3100

Posted: 27 May 2012 04:39 PM PDT

faizal abd fathi:
tenkiu bang :)

mashi:
normal means biasa2 la, bukan slow mcm nak shoot gambar malam, atau laju mcm nak shoot sport. senang cerita gambar mcm ni x perlu shutter speed y specific mcm bila nak shoot benda2 yg memerlukan penggunaan certain speed mcm panning, gambar mlm dsb

Delete

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


JSF : Join and Share the FUN !: Mydin <b>di</b> Meru Jaya, <b>Jelapang</b>, Ipoh

Posted: 30 May 2012 11:01 PM PDT


Pergila ke Pasaraya Mydin yang baru dan marvellous di Jelapang, Ipoh!
atau lebih tepat skali ia berada di Taman Meru Raya.
Orang orang KL pun kagum tgk Mydin ni!
perrgghh..masuk2 je dh tau grand!

medan selera di pintu masuk. besar!
tapi masih ada kelemahan pada salah satu gerai di sane.
kerja lambat. tapi mungkin dapat diperbaiki lagi

yang penting, barang2 dalam kedai ni semuanya lengkap!
dan yang penting..murah!
semua ada woi!! kagum2!!

sila lah cepat2 ke sana.
balik kampung or pasaraya ni dekat dgn anda, mmg layak dilawati selalu!


07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Siapa Bunuh Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b>? | SEDAKA <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2010 06:07 AM PDT

LUMUT, 31 Julai - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


Majlis Penerangan Politik <b>di Bagan Serai</b> Majlis pe

Posted: 26 May 2012 03:00 AM PDT

Majlis Penerangan Politik di Bagan Serai
Majlis penerangan ini berlangsung di kawasan Parlimen Bagan Serai, Perak; kampong asal YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda pada 22/05/2012.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dr. Rani, Pesuruhjaya Pas Selangor; YB Azmin Ali, timbalan Presiden PKR dan Ketua AMK Perak.














07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Ashgive.com: Warung Mak Teh Mee Banjir Udang <b>Kuala Sepetang</b>

Posted: 30 May 2012 05:28 PM PDT

Jika korang berjalan jalan ke Taiping Perak mungkin tak lengkap jika korang tidak berkunjung ke Kuala Sepetang.. apa yang best kat sana? sudah tentu la dengan mee udang dia hohoho..

Di Kuala Sepetang ada beberapa warung mee udang yang sangat terkenal, tempat untuk menggemukkan badan.. pernah masuk tibi, majalah, surat khabar bagai.. blog lagi, jangan cakap la, semua nak story kan.. antara warung yang famous amos ialah Mee Udang Mak Jah dan Mee Udang Mak Teh.. tapi untuk entry ini aku nak story satu tempat makan je la.. gila kah aku nak makan sampai kedua dua tempat haha..

Ok mari kita meliur liur diri tengok gambar mee udang daripada Warung Mak Teh Mee Banjir Udang.. ha! baca betul betul.. ada perkataan banjir udang kat situ...

Jangan Risau, untuk sampai ke sini, on je GPS korang kompom tak sesat.. paling senang kalau ada member orang Perak bawak dia sekali.. Warung Mak Teh Mee Banjir Udang ni ada kat tepi jalan.. nampak je dua ekor udang terkebil kebil matanya... Terdapat tiga jenis hidangan.. ada mee udang RM 6 ringgit, ada yang RM10 dan ada yang RM12.. kitaorang semua order yang RM 6 je.. tak pasti apa beza ketiga tiga jenis hidangan tu, sama ada size kah apa kah.. sesetengah blog cakap beza pada jenis udang, ada udang laut, udang ternak dan udang air tawar.. datang sendiri dan tanya baru tahu.. Tengok la banjir tak banjir udang dia hahaha.. mahu tujuh ekor udang dalam satu mangkuk, aku makan pun mee dia dah dekat nak habis tapi udang dia banyak lagi.. kuah dia pun tak cair sangat dan tak pekat sangat.. sedap jangan cakap la.. eeemmm Part yang paling best ialah menyantap udang udang dia.. segar pun segar.. juicy lagi tu, wah sungguh enak sekali hahaha.. tapi aku syak udang yang kitaorang makan tu adalah jenis yang diternak.. well sebenarnya aku tak reti nak bezakan jenis jenis udang.. aku bantai je, semua sedap bagi aku grrrrr... Beginilah suasana kat Warung Mak Teh wing sebelah kiri.. ada lagi satu wing sebelah kanan.. time lunch hour, cuti sekolah dan weekend kompom ramai orang kat sini..

Oh ya, kalau korang tak boleh makan udang.. alergi gatal gatal katanyerrrr, korang boleh order makanan lain.. ada je goreng goreng..

Ok itu je la, datang tepeng jangan lupa singgah di Sepetang tau.. bukan Sepitang ya, Sepitang tu kat Sabah.. memang tak rugi, antara makanan must eat kat Perak..

Alamat:
Warung Mak Teh Mee Banjir Udang,
Batu 19 1/2, Kampung Tebok,
Jalan Kuala Sepetang,
34750 Matang, Perak. 

Tag: Tempat Makan Yang Best Kat Perak, Mee Udang Kuala Sepetang, Makanan Sedap Di Perak, Jalan Jalan Cari Janda hahaha..