Khamis, 31 Mei 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Ceramah Lim Guan Eng <b>di Parit Buntar</b>. - MENUJU KEREDHAAN <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 11:11 AM PDT

Parit Buntar: 5 Mei ;  Ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng pada malam ini mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran orang ramai memenuhi padang Dataran Purnama, Kampung Kedah. Mereka terdiri dari berbagai bangsa Melayu, Cina dan India yang hadir memberi tumpuan mendengar ceramah tersebut terutamanya berkaitan dengan himpunan Bersih 3.0 yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur. Disamping itu juga Lim Guan Eng menerangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Pulau Pinang kepada rakyat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Antaranya ialah pemberian kepada setiap warga emas sebanyak RM100 setiap tahun, pemberian kepada setiap anak yang dilahirkan sebanyak RM200 setiap tahun dan pemberian kepada waris yang meninggal dunia sebanyak RM1000. Begitu juga dengan peruntukkan yang diberi kepada sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil semakin bertambah. Semua dasar-dasar ini adalah untuk rakyat semata-mata kerana kerajaan PR Pulau Pinang berjaya menguruskan kewangan dengan baik berbanding di zaman BN yang menguruskan kewangan penuh dengan penyelewengan, rasuah, kronisme dan sebagainya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan