Sabtu, 7 Julai 2012

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


memancing <b>di</b> Ban pecah, <b>Tanjung Piandang</b> - JOM JAHIT JOM <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 04:58 PM PDT

Lama betul kaknab tak p memancing di Tanjung Piandang, Ban pecah, kelmarin Sabtu kaknab pun p dengan suami. Air tengah nak pasang memang elok masa untuk memancing.  Bertolak dari rumah 11.00 sampai 11.45 pagi. Malang sungguh kali ini memancing asyik buntal saja yang habiskan umpan udang. kaknab sekor pun tak dapat, suami dapat juga gelama 4 ekor.  Duduk pula di tengah panas lit lit kata orang utara. lebih kurang 2.30 pm kaknab pun balik lah. Tak larat nak tunggu hingga ikan galak makan umpan.




07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Missy Zetty: Satu Jam <b>Di Pangkor</b>

Posted: 17 Jun 2012 09:00 PM PDT

Wah! Kerja gila, memang gila, tentunya gila, mungkin gila!
Ya,buat kerja gila adalah perkara yang sangat awesome!
Seperti biasa I memang suka buat kerja  Kalau sebelum ni memang gamble pergi Singapore pergi malam balik malam. Kali ni lagi teruk berjalan 
Kerja ni bermula selepas kahwin Paly kawan kitorang di Manjong.
Idea gila tiba-tiba muncul untuk ke Pangkor. Padahal jam time tu pukul 4.30 petang, ferry pulak last ke Pangkor pukul 6 dan balik pukul 7.




Berposing dulu kat Jetty. Ini  Lumut Jetty. Tapi kitorang tak naik dari sini tapi dari Marina Island Jetty sebab lagi dekat 10 minit je. Dalam RM25 kalau tak silap. Correct me if I'm wrong.
Sampai je Marina Island Jetty tu dalam pukul 5.50  memang sharp-sharp ferry nak jalan. Berlari gak la kitorang naik ferry tu.




Dah macam amazing race, jejak je kaki kat Pangkor terus kitorang sewa kereta 1 jam/RM20. 




Hasil pertama, Char Kue Teow Pangkor! Enak! Harga RM4.00/perpinggan. Ok la kan, sama je macam kat KL.




Walaupun dah macam peserta Amazing Race lari sana sini, sempat jugak bersantai-santai kat tepi pantai tu. Cuma yang frustrated sangat sebab tak bawa baju, kalau tak boleh kitorang mandi-manda kan, tak pun bermalam kat Pangkor tu..Alangkah bestnya..tapi semua tu angan-angan. Kejap je lepas tu kena balik. 
Tapi sebelum kitorang balik tu, kitorang jumpa ni



Hasil yang terakhir, Lempeng Pisang RM1. Sedap dan murah! Mana nak dapat kak oii lempeng pisang RM1 kat KL tu.


 BALIK time!! Tapi entah kenapa seronok sangat tak ingat baru perasan jam dah 7.30, ferry ke Marina Island Jetty dah tak ada. So nak tak nak kena naik ferry sampai Lumut Jetty,nasib baik aunty Mil pick up kitorang kat Lumut ke Marina. Wahhh, lega..tak ada la kitorang pening nak cari cab ke sana. 
Thank you aunty!! 
Lepas ni macam biasa, kitorang plan nak vacation ke sana dan nak make sure tak ada Amazing Race Malaysia ke Pangkor dah. Penat weiiii,tapi best! 




Rambut macam singa!

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


MBI bina jambatan baru elak banjir <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b> – Perak Today

Posted: 06 Jul 2012 11:39 PM PDT

Susulan kejadian banjir yang melanda Gugusan Manjoi pada Februari lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membina sebuah jambatan baru bernilai RM3.8 juta yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei, tahun depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim memberitahu, jambatan baru itu dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda perkampungan tersebut.

"Hasil kajian yang telah dibuat, saya yakin apabila jambatan baru ini mampu mengatasi masalah banjir di sini," kata beliau kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Jambatan Baru di Jalan Menteri, Kampung Manjoi dekat sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan hadir sama, ADUN Manjoi, Datuk Nadzri Ismail.

Beliau berkata, jambatan sepanjang 2.55 meter itu mampu di siap dengan jangka masa yang singkat jika mendapat sokongan daripada semua pihak.

"Saya yakin dengan bantuan serta galakan yang diberikan, projek pembinaan jambatan baru di Manjoi ini dapat dilaksanakan secepat mungkin," tambahnya.

Selain menaik taraf jambatan di kawasan tersebut, Roshidi berkata pihak MBI turut mengambil beberapa inisitiaf lain seperti pemasangan pam serta penyedut tambahan  bagi mengelak berlakunya kejadian banjir yang menjejaskan ramai penduduk.

"Banjir di Manjoi yang serius boleh ditangani jika ada pam lain dipasang di kawasan yang terlibat," jelasnya lagi.

Ketika ditanya pemberita mengenai cadangan untuk menaik taraf beberapa jambatan lain di sekitar bandar raya Ipoh, Roshidi menjelaskan pihaknya akan melihat secara keseluruhan kawasan-kawasan yang dilihat berpotensi berlakunya banjir.

"Kita akan melihat secara berperingkat kawasan-kawasan seperti di Taman Lim, Taman Merdeka dan Sri Kinta yang sering terlibat dengan banjir," ujarnya.

Katanya, MBI akan memberi peruntukan yang mencukupi bagi memastikan segala projek menaik taraf yang telah diluluskan dapat dilaksanakan segera.

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Ponpes Ruhul Amin <b>Langkap</b> - Media Bawean

Posted: 19 Jun 2012 05:06 AM PDT

Media Bawean, 19 Juni 2012 


Haflah Akhir Sanah Pondok Pesantren Ruhul Amin Langkap Kepuhteluk, Tambak, Pulau Bawean, Gresik sudah diselenggarakan sekitar 2 minggu yang lalu  bertempat di halaman ponpes dengan penceramah DR. KH. Samsul Arifin, M.Hi. dari Jember.
Hadir KH. Muhyiddin Khotib dari Situbondo sebagai keluarga besar Pondok Pesantren Ruhul Amin Langkap memberikan sambutan atasnama pengasuh. Sedangkan DR. KH. Samsul Arifin, M.Hi. dalam ceramahnya menyampaikan ilmu yang barokah dan bermanfaat hanya diperoleh melalui takdim kepada kyai dan ustad sebagai guru, serta menjaga akhlaqul karimah.
Marfa'e sebagai Kepala MTs. Ruhul Amin Langkap, mengatakan kualitas perkembangan prestasi siswa dalam menghadapi ujian nasional tahun 2012 kian meningkat dibandingkan tahun sebelumnya. Adapun dalam pelaksanannya, siswa MTs. dan MA Ruhul Amin lulus 100%.
Menurutnya, menyambut tahun pelajaran baru 2012 - 2013, pembangunan gedung baru sudah dimulai sebagai sarana belajar mengajar di sekolah. (bst)

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Banjir <b>di Kampar</b> hampir pulih | Inimajalah dot com

Posted: 13 Apr 2012 08:43 PM PDT

Who's Online

19 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


<b>Chemor</b> ada 3g UMobile yey! | Nama Saya Sop

Posted: 03 Jun 2012 06:42 AM PDT

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari ini berada di Chemor Perak untuk menghadiri kenduri saudara sebelah keluarga mertua. Semalam tidur di rumah Opah Mrs Sop di Malim Nawar, Perak dan tiada liputan 3g. Tidak bersiaran lah semalam :)

Talian di Chemor, Perak agak teruk dan putus-putus. Kadang-kadang tidak dapat langsung :)

Selesai kenduri, terus balik ke Kuala Lumpur. Cuaca agak panas di Perak. Semasa kenduri, memang berpeluh-peluh!

Masa pergi, jalan sesak teruk! Masa balik tadi pun sama! Kenderaan berderu-deru. Ada masa langsung terbenti sedangkan tiada kemalangan atau kenderaan rosak! Penat, penat!

Apa-apapun, alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai pergi dan balik :)



Description: Chemor ada 3g UMobile yey!, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Chemor ada 3g UMobile yey!

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Misai Merah: "Sharizat tanding <b>di Menglembu</b>. Shapie Apdal di <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 11:45 PM PDT

Kawan saya sms kat saya suruh baca dalam blog Umno The Antics of Husin Lempoyang dalam posting Shahrizat dan Shafie Apdal bertanding di mana?Antara lain Hussin Lempoyang tulih ;

"Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?"

"Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya

"Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan

"Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah."

"Takkk ... kawasan lain."

"Mana pulak?" Ana tanya  

"Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal."Baca di sini.


Ada pulak orang melawak kat saya,"Ustaz Nasharuddin Mat Isa bertanding di mana?"Depa jawab bertanding di Baling!

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Gold Heart Swan: Beauty Fair <b>di Kinta</b> Riverfront Hotel, Ipoh

Posted: 17 Jun 2012 11:21 AM PDT

Kami akan berada di Ipoh pada hari Sabtu, 23 Jun 2012, dari jam 11 pagi hingga petang sempena Beauty Fair yang menayangkan semua produk Mary Kay.

Kalau selama ini anda hanya pernah dengar dan tengok orang bawa jalan-jalan beg Mary Kay, inilah saatnya untuk anda datang dan cuba produk secara percuma.

Saya dan beberapa orang dari Mary Kay akan berada di sana dan akan memberi anda sedikit lesson bagaimana menjaga wajah dan kemudian tunjukkan cara cuci wajah sendiri.

Ini adalah sesi berkongsi ilmu. Ilmu jaga wajah yang jarang-jarang diajar oleh orang tua kita. Mengapa mereka tidak ajar kita sewaktu kita kecil dulu? Kerana bukan semua bertuah memiliki ibu bapa yang pakar dalam bidang kecantikan! Kita belajar bagaimana cuci diri dan ambil wuduk, tapi tak pernah diajar mahu gosok wajah itu bagaimana? Kita main sental saja selama ini, tapi rupa-rupanya bukan itu caranya!

Jadi bagi anda yang datang dan booking tempat dengan saya in advance, kemudian datang bawa kawan, saya akan beri anda hadiah produk Mary Kay, bukan sampel. Sampel tak main! Barang yang harganya puluh-puluh tu...Saya nak anda bawakan saya 2 kawan saja, jadi dapatlah saya layan anda bertiga.

Cepat call saya dan book tempat anda, 0173016169!

Gold Heart Swan: Beauty Fair <b>di Kinta</b> Riverfront Hotel, Ipoh

Posted: 03 Jul 2012 09:31 AM PDT

Sesiapa pun boleh datang dan belajar buat facial pada wajah sendiri.
Arahan semua kami tunjukkan.
Semua boleh masuk dan belajar.
Selepas sesi ini, sekiranya ada yang sesuai dan saudari ingin membeli, dipersilakan.

Kami menyediakan peluang untuk anda mencuba dulu produk yang sesuai sebelum beli.
Namun, jika ada halangan, anda tidak perlu berasa bersalah jika tidak membeli.
Kami hanya mahu peluang berkongsi maklumat dengan anda.
Kami ada banyak maklumat yang ingin disampaikan.
Anda hanya perlu luangkan masa sahaja.
Rata-rata selepas sesi ini, ramai yang berasa seronok!
Next appointment 14 July 2012
Venue : Heritage Hotel, Ipoh
Pagi hingga jam 3 petang.
Masa yang diambil : satu jam

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


semut-terbersin: kl-penang-<b>bidor</b>-kl

Posted: 06 Jul 2012 03:33 AM PDT

last weekend jauh perjalanan kami!
jauh nuuuun ke utaraaaa..
masa tu feeling2 babymoon lah kononnye! kami masih berdua time tu..
masih teringat2 heaven nye dapat makan-makan sedap kat penang dulu!
kali ini kami ke sana lagi tapi sudah ber-4!
tujuan kami ke sana sbb ada wedding sebenarnye..sabtu malam wedding kawan en suami di penang, ahad pula wedding kazen en suami di bidor!
dah alang2 sampai sana, oh haruslah kita pekena nasi kandaq dan pasemboq kan?
2 benda yang saya rasa wajib di carik kalu sampai georgetown! fuhh memang macam membalas dendam rindu betul kat makan2 heaven di penang!
sampai2 je georgetown trus check in hotel, then siap2 pastu kuar balik nak pi carik nasik kandaq!
ada 2 tempat kitorang aim..either nasi kandar beratur or line clear!
ceywah pi line clear lah dengan harapan tak kena beratur panjang laa kot? sbb 'line clear' kan?
ahaa lagik pon dalam waze mmg trus direct pi line clear..nasik kandar beratur tu takde yang direct trus ke restoran tu..direction yang gps kasik just tuk sampai ke masjid kapitan keling je, then harus carik sendri mana restorannye..kang sesat kang camne?
ok gak laa kitorang ke line clear tu..ada parking lot just opposite the line clear..senang! tak susah2 nak kene carik parking! taaapii! mak oii mahal okeh charge dia..rm4 for 1st 1hour, then rm4 for next half hour and subsequent! hoihh gila cekik darah kan?!
ahh tak kesah laaa..janji saya dapat pekena nasik kandar line clear! first time nak try ni! orang asik dok cita2 pasal line clear laa, nasi kandar beratur laa..jadi haruslah try nak tau ape kelebihannye kan? 
dulu kami try nasi kandar subaidah je..tp rasanye mana2 nasi kandar sama je kot rasanye? ahaha
parking lot opposite the nasi kandar line clear
tak clear pon line nye...kene beratur jugak..huhu
aariz makan nasi beriyani..dia ni suka makan nasi yang ada rasa..(nasi ayam,nasi lemak, nasi minyak, nasi beriani)..tp dia tamo nasi beriani yang ni..sbb nasi ni kosong je pon pedas..
ok since dah sampai kat bandar georgetown, hari pulak dah petang, saya insist nak pi pekena pasemboq ptg itu jugak! sbb malam kang ada wedding kat setia pearl island country club dah dekat2 area hotel kitorang, so macam mustahil plak nak patah balik patah balik..tak sempat pon rasanye..tak cukup masa..haiz
so menuju laa kami ke padang kota lama tuk carik pasemboq!
nasik baik masa saya sampai tu dah bukak pon gerai2 kat medan selera renong tu..
hoih sampai tatau plak mana satu gerai nak dipilih! baaaaanyaaaakkkk betul pilihan!
tp saya tapau je..bawak balik hotel kononnye sbb masih kenyang sbb baru je lepas pekena nasi kandaq kan? penuh lagi perut!
sementara saya menapau, en suami bawa anak2 ke taman mainan betul2 sebelah je medan renong tu..
lepas tu kitorang lepak2 jap then trus cargas balik hotel..
aariz kan sekarang ni susah betul nak suh dia pandang kamera..tengok laa ni..puas tunggu dia tengok kamera!
yang ni algi bezz! kasik bontot trus!
setengah jam gak dari hotel nak ke bandar..kitorang stay kat hotel vistana je..dekat sket ngan tempat wedding tu nanti..
sangat cantik pelamin ini! i loikee!! kalu tgk meja makan pengantin lagi bezz! belakang tu ada balkoni siap angin bertiup sepoi2 macam betul2 tepi laut!
budak ini suka sangat berdiri atas katil! macam tere laa sangat!
oh puas hati jugak laa dgn vistana..bilik yg luas dan bersih!, katil yang luas, tilam dan bantal yang empuk! hohh bezz bezz! lama betul saya tidak bersantai2 di hotel! breakfastnye pon boleh tahan! makan tak henti2 trus leburrr diet saya 2minggu sebelum ni cis!
ohh macam jakun pulak!
mereka sudah rasmikan duluuuuu...
bilik yang luas! aariz berlari2 dan beratromen sesuka ati!
feveret breakfast si aariz..telur separuh masak! ari2 kalu boleh dia nak..tapi opkos laa weekend je dia dapat makan!
sedap gileeee ini! sampai banyak kali saya ulang alik amik ini! 
konon nak check out pagi2 lepas breakfast sbb nak kene tuju ke bidor plak, ada wedding kan kat sana..
tapi sbb saya leka sangat makan tak henti2, ahahaha pastuh ngada plak nak pi tour hotel tu..nak pi tgk swimming pool la, nak tgk gym laa..aih ngade betul! tapi takde laa lama pon..just pi tgk then balik..
tapi yang buat lama lepas tu, sbb nak bersiap..
si aariz plak kalu dah masuk bath tub, hoh takde makne nak sekejap2..
dia nak beratromen laa nak berkamen-raider laa dlm bath tub tu, mana laa tak lama kan?
pukul 11:30am baru check out from hotel!
pukul 2:30pm baru sampai bidor! sbbnye banyak kali stop! padahal suppose 2 jam je patut dah boleh sampai from georgetown to bidor.. dengan inche suami lupa jalan lagi..pi rumah mak sedara sendri pon dia bleh lupa? boleh ke? haiz
kitorang sampai pengantin dah selamat bersanding, derang semua dah selesai bergambar2 dan tgh sebok mengerjakan lauk pengantin!
huuuuu kami ketinggalan sudaaa..
oh lauk sangat sedaaaaappppp! ada ulam jantungggggggg dan ulam2an lain berserta sambal belacan! ada sambal mempelam jugak rasanye! oh makan lagi dengan hebatnye! makan makan maaaaaakannnnn!
saya dah tak pedulik dengan diet saya! vaaaah!
july's bday ladies,gents,boys and girls.. 
karaoke tak boleh tinggal derang ni..kat perak pon dihangkutnye set karaoke..huhu
oh mmg sangat penatttt! tp saya puas! puas dapat hentam makan sedap dengan banyakkknye!

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


<b>Lenggong</b> Valley: Tiba masanya &#39;Manusia Perak&#39; kembali ke <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 02:00 AM PDT


Kelmarin, sejurus selepas pengumuman oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rais Yatim mengenai penganugerahan status Tapak Warisan Dunia daripada UNESCO kepada Lembah Lenggong di Perak, blogger ini menggesa melalui Twitter supaya dibawa pulang rangka tersebut ke tempat asalnya.

Hari ini, juga melalui Twitter, Anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyuarakan saranan yang sama supaya dibawa pulang 'Manusia Perak' untuk dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan.


Apa yang dicadangkan Shamsul berpaksikan potensi rangka tulen yang begitu besar impaknya kepada kajian pra-sejarah dunia kepada pelancongan di kawasan Lenggong.

Mungkin lain ceritanya jika di Lenggong tiada tempat sesuai untuk menempatkan rangka tersebut, tetapi dengan adanya Muzium Arkeologi, alasan lain tidak perlu timbul.

Buat masa ini yang dipamerkan di muzium berkenaan berupa replika 'Manusia Perak' lengkap dengan MyKadnya bagi memberi kepastian kepada ketulenannya.

Namun, gimik sedemikian tidak mampu menandingi impak dan tarikan pelancongan ke Lembah Lenggong.

Warisan pra-sejarah Lenggong ini jangan lagi 'dipermainkan' seperti mana dulunya apabila diusulkan pembinaan sebuah muzium pra-sejara, pihak bertanggungjawab mendirikannya pula betul-betul di atas tapak ekskavasi!

Selain itu, menyentuh perkembangan yang amat membanggakan bukan saja kepada Malaysia, negeri Perak, daerah Lenggong dan tidak terkecuali, tokoh yang menemui kesan pra-sejarah itu, Profesor Datuk Dr Zuraina Majid yang kini Ketua Pengarah Jabatan Warisan di bawah KPKK, pelbagai inisiatif bagi memperkasakan warisan Lembah Lenggong menjadi lebih perlu.

Lenggong memerlukan infrastruktur dan kemudahan untuk pelancong, termasuk penambahan ruang penginapan untuk menambah yang sedia ada seperti di Inap Desa Kampung Beng, Resort Tasik Raban dan Rumah Rehat Lenggong, antara lain.

Selain itu, juga perlu dipastikan pembangunan rakus tidak terus berlaku di sekitar wilayah sensitive sejarah ini seperti mana dapat dilihat berhampiran Tasik Raban yang boleh mengancam ekosistem tasik asli itu.

Program mendidik penduduk Lenggong supaya lebih mengetahui dan menghargai aset yang ada pada kampung mereka juga perlu, umpamanya lebih bertanggungjawab dan jangan membenarkan sesiapa melakarkan 'grafiti' di dinding gua, atau memusnahkan kesan sejarah, seperti yang berlaku pada kesan 'batu kapur' pra-sejarah berhampiran Kampung Bukit Sapi.

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


THE FLYING KICK: KEDAI KOPI BERAIR GHAIRAH <b>DI MANJUNG</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2012 12:32 PM PDT


MANJUNG - Lebih 10 restoran dan kedai kopi yang beroperasi di ladang kelapa sawit di sekitar daerah ini layak digelar 'premis berahi' apabila bukan sahaja menyediakan wanita warga asing sebagai pelayan, malah pelanggan boleh membawa pulang wanita itu sebagai teman seks.

Lebih membimbangkan, kegiatan itu sukar dikesan pihak berkuasa berikutan premis itu beroperasi jauh terpencil di dalam ladang kelapa sawit iaitu kira-kira satu kilometer dari jalan utama.

Difahamkan, pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan turut berpeluang membawa pulang pelayan warga asing berkenaan dengan bayaran berpatutan sejurus menjamu selera di premis berkenaan.

Sejak beberapa bulan lalu, restoran yang menyediakan makanan laut itu kerap menerima kunjungan terutama dari penduduk tempatan yang ingin mencari pelayan pelanggan warga asing untuk memuaskan nafsu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Ahmad Isaa ketika dihubungi semalam turut mengesahkan beberapa premis makanan di sekitar Segari, Pantai Remis dan Sitiawan, di sini, menjalankan kegiatan tidak bermoral itu disamping beroperasi sebagai restoran dan kedai kopi.

Ahmad berkata, kebanyakan wanita yang bekerja di premis berkenaan terdiri daripada warga Vietnam dan China berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjalankan beberapa siri serbuan di beberapa premis berkenaan dan tidak menolak kemungkinan wujud kegiatan pelacuran di kawasan itu.

"Berdasarkan statistik, wanita warga Vietnam paling ramai ditahan di premis berkenaan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit kerja yang sah.

"Bagaimanapun, serbuan gagal mengesan pemilik premis, malah siasatan turut mendapati premis beroperasi tanpa lesen," katanya.

Katanya dalam Ops Noda sepanjang Januari hingga Mei lalu, pihaknya berjaya menahan kira-kira 370 wanita warga Vietnam selain 37 warga Cina dan 30 orang warga Thailand.

Kedai Kopi &#39;BERAHI&#39; Sedia Wanita Untuk Seks <b>Di Manjung</b>!

Posted: 02 Jul 2012 11:33 PM PDT

Lebih 10 restoran dan kedai kopi yang beroperasi di ladang kelapa sawit di sekitar daerah Manjung layak digelar 'premis berahi' apabila bukan sahaja menyediakan wanita warga asing sebagai pelayan, malah pelanggan boleh membawa pulang wanita itu sebagai teman seks.
Lebih membimbangkan, kegiatan itu sukar dikesan pihak berkuasa berikutan premis itu beroperasi jauh terpencil di dalam ladang kelapa sawit iaitu kira-kira satu kilometer dari jalan utama.
Difahamkan, pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan turut berpeluang membawa pulang pelayan warga asing berkenaan dengan bayaran berpatutan sejurus menjamu selera di premis berkenaan.
Sejak beberapa bulan lalu, restoran yang menyediakan makanan laut itu kerap menerima kunjungan terutama dari penduduk tempatan yang ingin mencari pelayan pelanggan warga asing untuk memuaskan nafsu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Ahmad Isaa ketika dihubungi semalam turut mengesahkan beberapa premis makanan di sekitar Segari, Pantai Remis dan Sitiawan, di sini, menjalankan kegiatan tidak bermoral itu disamping beroperasi sebagai restoran dan kedai kopi.
Ahmad berkata, kebanyakan wanita yang bekerja di premis berkenaan terdiri daripada warga Vietnam dan China berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Beliau berkata, pihaknya sudah menjalankan beberapa siri serbuan di beberapa premis berkenaan dan tidak menolak kemungkinan wujud kegiatan pelacuran di kawasan itu.
"Berdasarkan statistik, wanita warga Vietnam paling ramai ditahan di premis berkenaan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit kerja yang sah.
"Bagaimanapun, serbuan gagal mengesan pemilik premis, malah siasatan turut mendapati premis beroperasi tanpa lesen," katanya.
Katanya dalam Ops Noda sepanjang Januari hingga Mei lalu, pihaknya berjaya menahan kira-kira 370 wanita warga Vietnam selain 37 warga Cina dan 30 orang warga Thailand.
Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung aktiviti tidak bermoral berpusat di premis berkenaan terutama daripada golongan isteri di daerah ini.