Isnin, 4 Februari 2013

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Nisa&#39; Perak: BANJIR <b>DI MANJOI</b>, NISA&#39; TURUN PADANG

Posted: 23 Feb 2012 11:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]BANJIR DI MANJOI, NISA' TURUN PADANG. Posted by Nisa' Perak at 11:32 AM. No comments: Post a Comment. Newer Post Older ... Perak Di Hati. Demi Masa. ClockLink.com. Takwim Hijriah / Masihi. Get the Hijri / Islamic ...

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Majlis penyampaian bantuan awal persekolahan RM100 bagi <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 04:25 AM PST

Tarikh 21.1.2013 Isnin

20130124-202438.jpg

20130124-202443.jpg

20130124-202448.jpg

20130124-202455.jpg

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Homestay Ungu <b>Di Teluk Batik</b> Kelainan Yang Menarik - Lensablogger

Posted: 23 Dec 2012 03:00 PM PST

Jalan-jalan ke Teluk Batik kawasan peranginan di negeri Perak Kejor Yop Kejor memang seronok.  Banyak tempat menarik yang boleh dilawati.  Sebelum sampai ke Teluk Batik, singgah dulu ke bandar Seri Manjung.  Bandar ni dah maju sangat dah!  Hampir semua hypermarket ada di sini, cuma tak cukup masa nak merayau.

Bermula dengan The Store, Billion, EconSave, Giant Tesko dan kini muncul pula AEON dengan konsep all in one, semua ada…  Tapi bukan itu yang nak kami ceritakan, itu semua orang dah biasa, di mana-mana ada hypermarket.

Yang menarik perhatian kami ialah sebuah homestay berwarna ungu yang terletak di sebelah kanan jalan masuk ke Teluk Batik. Owner homestay ni mesti peminat extream warna ungu.

Dari jauh dah nampak dengan jelas dua buah rumah dua tingkat tersergam "menjolok mata".  Mungkin itulah tujuan pemilik homstay ungu di Teluk Batik Ni, mudah nampak dan senang nak cari.

homestay ungu teluk batik

Untuk mudahkan jika ada pengunjung blog ini yang nak stay di Teluk Batik, boleh call saja nombor telefon di sign board di bawah yang sempat kami snap semasa kami ke sana tempoh hari.  Kelihatannya bangunan di sebelah kiri sedang dalam renovation.

homestay ungu di teluk batikTak ada pengalaman menginap dihomestay ini , best ke tidak…apa-apa pun tanya terus dengan pemilik homestay ungu ini.

Itulah bestnya travel dengan kamera Nikon D5100, setiap gambar yang "dishot" dapat dirakam dengan jelas, lebih-lebih lagi jika menggunakan fungsi automatik.  Siapa-siapa pun boleh lakukannya. Jika gambar sign board itu kelihatan blur, itu kerana gambar ini telah di crop dan diresizekan dari 3600px sehingga menjadi 500px sahaja, namun masih boleh dibaca.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Hafiz Kamal Wira Pahang, Pengadil Jadi Tumpuan <b>Di Lumut</b> | Dunia <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2013 05:02 PM PST

Pahang bangkit dari kekalahan kepada Selangor sebelum ini dengan membenam cabaran Terengganu 3-0 di Darul Makmur untuk membawa pasukan bimbingan Dollah Salleh ini memimpin carta liga setakat ini.

0-0 di separuh masa pertama, perlawanan tampak bakal berkesudahan seri. Terengganu yang mempunyai banyak peluang untuk mencetak gol akhirnya perlu menyalahkan diri sendiri akibat kegagalan tersebut selepas Hafiz Kamal membawa Pahang didepan menerusi sepakan percuma cantik pada minit 77 menewaskan Syed Adney, penjaga gol Terengganu.

Penyerang sensasi, Fauzi Roslan terus membuktikan kehebatannya dengan menjaringkan gol kedua Pahang pada minit ke-78 untuk membawa pemain kelahiran Pekan ini unggul memimpin senarai penjaring terbanyak dengan 5 gol.

Hafiz Kamal

Hafiz Kamal

Hafiz kemudiannya menambah derita Penyu dengan gol ketiga Tok Gajah pada penghujung perlawanan.

"Hari ini aksi Hafiz Kamal adalah yang terbaik. Sudah lama dia tidak menjaringkan gol dan memang sedikit sebanyak persembahan baiknya pada perlawanan ini telah memberikan kita 3 mata penuh" kata Dollah Salleh mengenai aksi Hafiz Akmal yang menjadi watak penting kemenangan Pahang ini.

Di Lumut pula, pengadil Zulkifli Ahmad menjadi tumpuan selepas beberapa keputusannya yang sedikit dipersoalkan mengakibatkan Perak dan Selangor terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Insiden layangan kad merah kepada pemain Selangor, Amri Yahyah selain 2 jaringan Perak yang dibatalkan kerana offside sedikit sebanyak telah mencetuskan ketidakpuashatian peminat yang hadir.

Gol Selangor berjaya dijaringkan menerusi rembatan cantik penyerang import, Forkey Doe pada minit 66 sementara jaringan penyamaan Seladang pula hadir menerusi sepakan penalti Hadi Yahya pada minit ke-81.

Forkey Doe melepasi halangan Rafael Souza.

Forkey Doe melepasi halangan Rafael Souza.

"Ada duka ada gembira malam ini. Duka kerana kita memberikan sepakan penalti kepada lawan disaat akhir. Gembira pula kerana kita bermain dengan baik walaupun beraksi kekurangan seorang pemain selain Forkey Doe yang telah menamatkan kemarau jaringannya" kata Irfan Bakti ketika mengulas mengenai keputusan seri ini.

Satu lagi pasukan dari Selangor, PKNS FC pula gagal meneruskan rentetan 2 kemenangan berturut-turut mereka selepas tewas 1-3 kepada Darul Takzim FC. Safee Sali menamatkan kemarau jaringannya dengan menyudahkan hantaran Dani Guiza pada minit 19 untuk membawa pasukan dari selatan tanah air itu 1-0 dihadapan.

Babak kedua, DTFC menambah jaringan kali ini menerusi Ahmed Ezrie pada minit ke-61 sebelum Guiza mencetak gol ketiga pada minit ke-87. Gol saguhati PKNS hadir pada masa kecederaan selepas Faiz Isa meledak volley cantik buat pasukan bergelar Semut Merah ini.

Dani Guiza merembat melepasi jangkauan penjaga gol PKNS FC, Remeizy Che Ros untuk gol ketiga pasukannya.

Dani Guiza merembat melepasi jangkauan penjaga gol PKNS FC, Remeizy Che Ros untuk gol ketiga pasukannya.

Lain-lain keputusan menyaksikan juara treble, Kelantan sekali lagi gagal mencatat kemenangan selepas sekadar seri 0-0 dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu. T-Team pula berjaya menewaskan LionsXII di Kuala Terengganu hasil sepakan penalti Badrul Hisyam sementara ATM meneruskan rentak cemerlang mereka dengan kemenangan 2-0 keatas Felda di Paroi menerusi gol Marlon Alex James dan Shukor Adan.

Selepas 5 perlawanan, 2 pasukan yang beraksi di Liga Premier musim lepas kini menjadi 2 pasukan terbaik liga dengan Pahang kekal memimpin carta menerusi 12 mata yang dipungut sementara ATM ditangga kedua dengan 10 mata. 2 pasukan tercorot pula diisi Negeri Sembilan dan Terengganu yang sekadar mencatatkan 2 mata setakat ini.

Liga Super akan berhenti rehat sehingga 15 Februari ini untuk memberi laluan kepada kalendar antarabangsa dimana pasukan kebangsaan akan menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2015.

Related posts:

  1. Liga Super: Pahang Jadi Halangan Pertama Guiza Dan Darul Takzim Tirai Liga Super 2013 yang dibuka hari ini pastinya tertumpu...
  2. Ramzul, Amri Calarkan Rekod Bersih Pahang     Pemain gantian, Ramzul Zahini meleburkan rekod tanpa kalah...
  3. Pahang Terus Terajui Liga Super Pahang mengekalkan rekod sempurna mereka musim ini apabila berjaya menewaskan...
  4. Kebangkitan Pahang Benam Bintang Harimau Selatan Kebangkitan Pahang pada separuh masa kedua berjaya menenggelamkan barisan bintang...
  5. Perenang UPM, Chui Lai Kwan Curi Tumpuan Hari Kedua SUKIPT   Perenang Universiti Putra Malaysia (UPM), Chui Lai Kwan menggegarkan...

Manjung Mari: Akar Umbi UMNO <b>Lumut</b> mahukan Ostad Kazim <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2013 08:58 PM PST

Hu hu hu,,, Fuiyo...aku dikatakan seorang yang busuk hati dan hasad dengki, alhamdulillah syukur... aku terima dengan ikhlas hati seadanya....

Sebabnya..


Hangpa boleh baca kat copy paste wall FB Pencacai UMNO no wahid di Lumut ni...


Aku tak mau sentuh atau komen di atas apa yang diperkatakan oleh cai-cai umno tu, lantak kat hangpa,, apa pun gerak kerja aku hanya Allah sahaja yang sahaja yang layak menilainya...
Aku yakin, yang buat kerja bakar banner tu bukan orang PAS,,, itu kerja bacul,, itu semua kerja-kerja umno sendiri yang nak menyerang PAS,, inilah dasar umno Lumut, contohnya kes simbah cat di billborad yang ada muka Zambry,, sama juga..,, 
Rasa-rasanya gerak hati kecil ku, mungkin jadi kenyataan,, dari apa yang tertulis oleh pencacai umno di atas,,,
Nampaknya mereka yang terdiri dari akar umbi umno sendiri tidak yakin dengan keupayaan calon-calon umno bahagian Lumut untuk menentang Nizar di Dun Pasir Panjang,,,
He he he kesian kat Cikgu Rashidi, Dr Azizah, dan yang terkini aku dengar YDP MPM Zambri Man pula sebagai calon Pasir Panjang, dan jika menang akan dicalonkan sebagai MB Perak mengambil tempat Zambry yang akan bertukar posisi ke Pusat... Itu calon proxy Zambry, manakala ada lagi seorang bernama Rosli orang Lekir bekerja sebafgai Setpol seorang menteri di Kuala Lumpur,,, pun juga berminat nak bertanding...  
Di atas sebab itu, golongan bawahan akar umbi tak puas hati dengan calon kesayangan Zambry dan juga calon dari pusat, sebabnya sekarang ini pun, kalau YDP MPM segala pemberian kontrak MPM yang duk dapatnya kroni... kontraktor umno bukan kroni gigit jari..siapa kroni YDP ? Orang Umno semua dah tau pun...
Itu yang sok sek sok sek tak puas hati,,, permudahkan cerita, akar umbi buat keputusan nak kan Ostad Kazim pulak dah..he he he.. seorang ulama beb, baru setanding dengan IR Haji Nizar,,phuii..., depa kata la....ulama fulus wal dunia,,, bolehlah harap sikit kalau nak dibanding dengan calon-calon brand umno,,, 
Bolehlah baca doa, bawa tahlil, jadi imam,, nak lawan dengan Nizar....
He he UMNO Lumut, buatlah apa sahaja,,, yang menentukan hanya Allah jua,, PAS berjuang bukan atas nak kan kemenangan sebagai fokus utama,,, PAS berjuang atas kefardhuan umat Islam sejagat,, menang kalah itu lain cerita,,,
Patutlah Zambry dah bagi amaran,,, Awasi kes sabotaj parti rupa-rupanya berlaku di bahagiannya sendiri,,, itulah kehebatan umno yang semakin dah nak mampos... 

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Pertembungan Kit Siang vs Soi Lek <b>di Kampar</b> - The Malaysian Times

Posted: 20 Jan 2013 11:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan : Perkembangan politik negara semakin panas dan terus   menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk dakwaan kononya Penasihat DAP Lim  Kit Siang akan bertanding di Parlimen Kampar  yang kini di kuasai  oleh MCA pada PRU13 sebagai antara strategi untuk mengukuhkan lagi penguasaan DAP Perak. 

 

Walaupun  Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menafikan khabar angin tersebut, akhbar-akhbar berbahasa Cina tempatan pula mengaitkan bakal berlaku pertembungan epik antara beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dikatakan turut mengintai peluang untuk bertanding Parlimen Kapar. Sebelum ini , Soi Lek yang juga merupakan bekas Menteri Kesihatan tidak menafikan ataupun mengesahkan hasratnya untuk bertanding di PRU 13.

 

Sumber dalaman parti memberitahu The Malaysian Times (TMT) bahawa , Soi Lek dijangka akan mengumumkan hasratnya selepas sambutan Tahun Baru Cina.

 

Parlimen Kampar kini di wakili Lee Chee Leong yang juga merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA. Pada PRU 2008, Lee menewaskan calon DAP  Keong Meng Sing dengan majoriti 2, 697 undi. Untuk rekod, pada PRU 2008, DAP hanya kalah di Parlimen Kapar daripada 7 kawasan Parlimen yang ditandinginya.

 

DAP menang di Parlimen Ipoh Timor ,Ipoh Barat, Teluk Intan, Beruas, Taiping dan Batu Gajah. Lim Kit Siang sekali lagi berjaya mempertahankan   Parlimen Ipoh Timor menewaskan calon BN dengan majoriti 21, 942 undi. -TMT

Tags: ,

Category: Bahasa Malaysia News

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Michelle Yeoh Akan Kahwin Presiden Ferrari <b>Di Ipoh</b> | ! Syoknya <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2013 07:00 PM PST


Tidak terkejut kerana dalam dunia apa sahaja boleh berlaku. Hari ini, 21 Januari, kalau anda belek-belek dalam laporan The Star Online menyebut, pelakon filem James Bond, Datuk Seri Michelle Yeoh kini sedang sibuk merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan di kampung halaman beliau, di Ipoh Perak.

Setelah sekian lama mengikat tali pertunangan dengan bekas Presiden Ferrari, Jean Todt, akhirnya bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh kini sudah bersedia untuk mengakhiri ikatan percintaan mereka dengan perkahwinan.


"Saya sedang berfikir bagaimana untuk melangsungkan upacara khas untuk perkahwinan saya nanti," katanya.

Michelle berhasrat untuk melangsungkan di kampungnya kerana bapa beliau yang mengalami kesukaran untuk bergerak jauh di usia 87 tahun kini.

Datin Janet Yeoh, ibu Michelle Yeoh bagaimana pun berkata yang beliau tidak tahu menahu akan sebarang perancangan perkahwinan kerana anaknya itu ketika ini tidak berada di Malaysia.

Dah lama sebenarnya mereka bertunang. Yeoh telah bertunang dengan lelaki warganegara Perancis itu sejak 2005 lagi. Sebelum ini Todt merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari dari tahun 2004 hingga 2008. Kini lelaki berusia 67 tahun itu merupakan Presiden Perseketuan Auto-mobil Antarabangsa (FIA). Wow, mantap, kaya raya, jutawan!

  
IPOH: Bond girl Datuk Seri Michelle Yeoh looks ready to be tied down.

There is a lot of buzz again about wedding bells ringing for the movie star following online reports about her wanting to hold the ceremony in her home town here.
"I'm currently thinking on how to arrange a special ceremony for my marriage," she was quoted as saying.Apparently, she wanted it to be held in Ipoh as her 87-year-old father has difficulty travelling abroad.

The 50-year-old Ipoh-born actress spoke about her plans during a premiere of her documentary film, Pad Yatra: A Green Odyssey for which she is the executive producer.
According to its website, the documentary is about the adventure of 700 people trekking across the Himalayas with a mission to save the planet's "3rd Pole," a glacial region devastated by climate chaos linked to global warming.

Yeoh has been engaged to Jean Todt, 67, the International Auto-mobile Federation (FIA) president since 2005.
According to the online report, she had "openly discussed her wedding plans" with reporters who attended the premiere.
When contacted here, Datin Janet Yeoh, the actress's mother, answered cheerfully that she had no idea of any wedding plans.
"I don't know about any plans and have not heard anything from her as she is not in Malaysia at the moment."

The actress, she said, had been in Ipoh last month for the Christmas holidays.

"We keep in touch whenever we can," she said, acknowledging that many people had been calling her to ask about Yeoh's purported wedding plans.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


himpunan kebangkitan rakyat <b>di</b> seri iskandar - Telok Bakong Online

Posted: 12 Dec 2012 04:14 PM PST

Himpunan kebangkitan rakyat 16 Disember 2012 akan diadakan di Bandar Seri Iskandar,Bota,Perak.Sebelum ini diadakan di Batu Pahat Johor.Himpunan kebangkitan Rakyat ini dianjur oleh Parti-parti kompenan PAKATAN RAKYAT dengan kerjasama dari beberapa NGO-NGO yg lain.

Konvoi kereta dan motorsikal dari setiap daerah-daerah di dalam negeri Perak yg bermula dari daerah masing-masing  dan berakhirnya di tempat himpunan di Bandar Seri Iskandar

Hadirin akan mendengar amanat-amanat dari pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) sebelum kita menghadapi PRU ke 13 yang akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi.Antara pemimpin tertinggi yg akan hadir ialah Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim,Pengerusi DAP Lim Kit Siang,Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang lain.

MOH MENGKOME KITE KE BANDAR SERI ISKANDAR 16 DISEMBER INI...SEMUE DI JEMPUT HADIR.

Sumber-botaonline group

Msinc-Akan support satu banner dari TBO

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Gotong Royong My Beautiful Malaysia pada 3 Feb 2013 ~ SEK KEB <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 03:16 AM PST

Amboi! Amboi! rajin beno.
 Hah! sebelum kerja isi minyak dulu.
 PK 1 kami yang sentiasa ceria. Puan Hafsah keep up with the good Job.
 Satu Contoh suami Menyesali OPS! Sorry Suami MISALI

 Guru ICT kami yang sentiasa Ceria.

Ingat kawan kawan ini caranya kita menolak kereta sorong



Turut bersama sama menyertai Program Gotong Royong.Bagus lah semangat sebegini patut dipupuk semasa dibanku sekolah.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Polis Shah Alam nafi terlibat dalam penganjuran tarian lucah <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 07:06 AM PST

SHAH ALAM, 8 Jan (Bernama) — Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan pembabitan mereka dalam penganjuran tarian lucah pada Majlis Malam Mesra Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD itu di sebuah hotel di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu kerana difahamkan persembahan yang bakal diadakan berbentuk tarian tradisional.

"Majlis itu bertujuan meraikan pegawai dan anggota yang bakal bersara, tarian yang dipersembahkan untuk majlis itu juga di atas seliaan pihak hotel dan ia merupakan pakej kepada JSJ kerana telah menempah dewan dan makanan di situ," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial "Facebook", memaparkan tiga wanita berpakaian menjolok mata menari di atas pentas pada majlis tersebut yang hanya dihadiri pegawai dan anggota JSJ IPD itu.

Gambar yang dimuat naik sejak semalam itu turut mendapat maklum balas negatif orang awam.

"Sebagai ketua polis di sini, saya tidak pernah membenarkan mana-mana pegawai dan anggota saya terbabit dengan hiburan seperti itu, perkara tersebut ternyata bertentangan dengan agama dan prinsip PDRM (Polis Diraja Malaysia) sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Zahedi berkata pihaknya telah bersemuka dengan bahagian pengurusan hotel bagi mengetahui bagaimana perkara itu boleh berlaku. "Saya akan mengambil tindakan susulan selepas ini, saya cuma berharap dengan adanya penjelasan ini ia dapat membersihkan imej kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahedi berkata polis memberkas seorang wanita berusia 29 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis di Setia Alam, di sini, semalam.

"Baru-baru ini kami mendapat maklumat dari orang awam berkaitan wanita ini, hasil maklumat, pihak kami menjejaki wanita itu dan menahannya di satu kawasan perumahan di Setia Alam pada 7.45 malam.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan wanita itu, kami menemui sepasang "uniform" polis dan tanda pangkat Inspektor pada uniform itu," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah dan polis sedang menyiasat motif sebenar suspek berbuat demikian. "Siasatan juga sedang dijalankan bagi mengesan sekiranya terdapat kes penipuan dan memperdayakan orang awam oleh wanita berkenaan," katanya.

Source : yahoo

Incoming search terms:

  • kes bunuh di chemor (4)
  • pusat jualan chery eastar di pahang (3)
  • kemalangan di setia alam (2)
  • bernama petani banjir besut (2)
  • pertelingkahan keluarga (1)
  • sinar harian (gombak) tel num (1)
  • sinar harian terengganu pertelingkahan keluarga binjai january 2013 (1)
  • sinar harian terengganu pertelingkahan keluarga binjai rendah january 2013 (1)
  • taman chemor perdana ipoh fasa 2 (1)
  • 26 januari 2013 kemalangan motosikal jelapang (1)
Baca Lagi Yang Lebih Menarik

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Konsert muzik ganggu Anwar Ibrahim <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 30 Jan 2013 12:40 AM PST


Program Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Kangsar diganggu provokasi yang tak bermoral oleh Umno Kuala Kangsar di DUN Bukit Chandan..
Bertempat dipadang permainan Futsal Taman Chandan Puteri semalam bertembung dua program yang berbeza tujuan dan matlamat. Program jelajah merdeka rakyat terpaksa bersaing dengan satu program ala maksiat oleh Umno Kuala Kangsar.
Pesta kugiran ala joget lambak oleh Umno Kuala Kangsar hanya dipisah dengan sebatang jalan dan betul betul bertentangan dengan tapak ceramah saudara Anwar Ibrahim berucap dengan jarak pentas kedua dua program lebih kurang 200 meter sahaja .
Pekikan dan suara alunan muzik dari kugiran rancak yang membinggitkan halwa telinga seolah olah yang sengaja di hala kearah pentas saudara Anwar berucap.Satu provokasi yang tak bertempat dan cukup amat dikesali.
Menurut sumber dan makluman dari penduduk setempat program seawal petang telah ada provokasi dimana ada beberapa bendera bendera parti telah dibakar, serta merebut kawasan tapak untuk pentas , akhirnya urusetia program jelajah merdeka rakyat Kuala Kangsar terpaksa mengalah dan mengubah lokasi tapak pentas di sebelah surau berhampiran.
Tujuan berpindah tapak pentas ke lokasi bersebelahan dan tidak melayan kerenah provokasi adalah bertujuan tidak mahu ia menjadi kecoh.Kemuncak pada malam itu program menampakan kejayaan dianggar lebih kurang 2000 orang menbanjiri program tersebut walaupun ada ganguan bunyi bising dari pesta kugiran rancak .
Melayu,Cina serta India sama sama duduk diatas padang yang berembun untuk mendengar ucapan penuh semangat oleh Dato Sri Anwar ibrahim.Tepat jam 10 malam saudara Anwar Ibrahim bergegas ke satu lagi program jelajah merdeka rakyat di Tapah.
Program diteruskan dengan penceramah jempuntan yang lain dan berkhir dengan aman dan berjaya.
Dan yang paling syok ialah program maksiat ala joget lambak tak mendapat sambutan walupun ia di hidang secara percuma oleh Umno Parlimen Kuala Kangsar.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Taiping Mali: Penerokaan Haram <b>di Bukit Merah</b>.

Posted: 04 Feb 2013 01:38 AM PST

Berikut ialah laporan tentang penerokaan haram di hutan simpan Bukit Merah yang dilakukan oleh rakan-rakan media dari parti pembangkang Dap dan Pas. Mereka menyatakan ia dilakukan oleh orang Umno.

Pencerobohan ini telah lama berlaku dan difahamkan ia dilakukan oleh orang Pas setelah mendapat restu daripada wakil rakyat Pas kawasan tersebut.

Apa pun untuk mengupas isu ini satu siasatan perlu dijalankan oleh pihak yang berwajib, siapa yang bersalah pastikan mereka dibawa kemuka pengadilan.

Sebelas bulan pembangkang memerintah terdapat sebahagian hutan simpan tersebut diceroboh oleh pembalak-pembalak yang mendapat izin daripada kerajaan mereka dan selepas 11 bulan mereka meninggalkan hutan dengan tidak meninggalkan sebarang tanda seperti kayu-kayau terbuang atau kayu buruk dan sebagainya, hampir tiada langsung kesan pembalakan dari jalan utama Taiping ke Selama. Bila masuk ke dalam baru lah kita akan nampak kesan pembalakan, sama ada haram atau halal hanya Nizar Jamaluddin sahaja yang boleh menjawab.


Tinjau 1: Tinjauan aktivis KUASA - Persatuan Aktivis Sahabat Alam & Sdr. Meor Razak dari Sahabat Alam Malaysia - SAMterhadap pencerobohan & penerokaan haram Rizab Tasik Bukit Merah (TBM). 

Sebelum ini SAM telah menghantar surat aduan kepada Pegawai Daerah Kerian bertarikh 29 Okt 2011 akan tetapi hingga ke hari ini masih belum mendapat maklumbalas. Anggaran keluasan yang diceroboh & dteroka ketika tu ialah 100 hektar namun sekarang dah lebih luas dianggarkan lebih 500 ha. 

Mengikut Jurutera JPS, jabatan tidak menyokong & membenarkan sebarang pembangunan di Rizab TBM kerana hendak memelihara ekosistem TBM & pastikan kepentingannya tidak terjejas. 

Dimaklumkan JPS tiada kuasa untuk bertindak, penguatkuasaan adalah tertakluk kepada Pejabat Daerah. Berdasarkan pelan Syit Jabatan Ukur & Pemetaan Negara: No 377; - (GN 3319 of 1914, GN 1463 0f 1919 dan 8279 of 1929 excision), kawasan tersebut diwartakan sebagai Rizab TBM.

Share: Pertubuhan Pencinta Alam & Sukan Memancing Perak (PENCINTA)PEKATransparency International - Malaysia,Malaysian Nature SocietySelamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusiaTourism Malaysia Perak

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.241139919355631.60640.218200708316219&type=1

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Rumah teres 1 tingkat <b>di</b> Taman <b>Chemor</b> Sejahtera untuk disewa <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 05:41 PM PST

Lokasi strategik

15 minit ke bandar ipoh

3 minit ke pekan chemor

Lebuh raya utara selatan

Bandar Meru Raya

Jabatan Kerajaan ( KDN, Audit)

Pasaraya besar Mydin

Bas Terminal 3 tingkat Ipoh

Perkelahan Chepor

deposit sewa 2 bulan deposit api air

RM [ 350(2)+50+50] = 800

kemasukan segera Mac2013

Tel : 0133990566 (Izzu)

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Taiping Mali: Kelentong Anwar <b>di Tapah</b> 17 Dis 2012

Posted: 17 Dec 2012 07:25 PM PST

Malam tadi di Tapah Anwar meneruskan agenda pembohongannya.

Antara kata Anwar ialah ;

Harga barang naik, kerja tak ada, tanah orang asli pun Umno rampas, camera AES untungkan kroni, negeri Perak kaya, tanah banyak tetapi orang nak buat rumah pun susah.

Balak Umno sapu, lembu Umno sapu, Saham Bumi Umno ambil.

Gaji menteri sebulan RM 80 ribu tarak malu, ambil orang punya wang.

Anwar juga hina lagu Anak kecil Main Api , lagu ciptaan Prof Dr Tan Sri Nordin Kardi, Lagu ini dulu pun Anwar menyanyi semasa dia jadi orang kuat program BTN.

Anwar saperti biasa akan turunkan harga minyak, hapuskan PTPTN.

Anwar kata dia jadi menteri kewangan negara tak ada hutang tetapi Najib jadi menteri hutang negara RM 549 billion.

Anwar kata anak Cina dapat 13 A SPM tak dapat masuk IPTA kalau dia jadi PM semua orang boleh masuk U.

Anwar! Pooooorah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Taiping Mali: Majlis POJA Roh Komunis oleh PAS <b>di Taiping</b> Esok

Posted: 27 Jan 2013 07:53 PM PST

Parti Aslam Sa-Malaya (PAS) akan mengadakan majlis puja roh komunisme esok bermula di Kamunting dan akan berakhir di tanah perkuburan Kg Jambu Taiping. Sebelum itu konvoi tersebut akan berhenti di Penjara Taiping untuk satu demo memperingati tempat komunis dihukum gantung.

Mat Sabu dijangka akan mengetuai majlis memperingati kematian Mat Indera yang terlibat dalam serangan di balai polis Bukit Kepong Muar Johor yang membunuh anak-anak dan isteri-isteri polis zaman darurat dahulu.

Oleh itu beberapa NGO di daerah Taiping akan membuat satu laporan polis petang ini terhadap tindakan biadab parti Pas yang akan mengadakan majlis puja roh komunis esok.

Esok kita akan tengok lebai-lebai kera dan cicak mengkarung Pas akan menjadi pecacai Komunis alaf baru akan bertakbir mengangkat martabat Komunis Malaya

http://taipingmali.blogspot.com/2013/01/pas-taiping-akan-buat-majlis-puja-roh.html

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


PROMOSI JUALAN <b>DI</b> MYDIN HYPERMARKET KUBANG <b>KERIAN</b> <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2013 12:38 AM PST

Hartanah Terpilih

Slide1

Bandar Baru Rantau Panjang

Kedai Pejabat 3 Tingkat (Fasa 3) 30 UNIT Keluasan 20′ x 70′ …


002Rumah-Machang

Perumahan PKINK Machang (Fasa 5C)

Rumah Teres 2 Tingkat 10 Unit,  Perumahan PKINK Machang (Fasa 5C), (Padang…

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Empat Deretan Kedai Terbakar <b>Di Beruas</b> Menjelang Sambutan <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 02:15 AM PST

SAMBUTAN Tahun Baru Cina bagi tiga orang peniaga di Pekan Beruas tidak bermakna lagi selepas kedai tempat mereka mencari rezeki musnah dalam satu kebakaran di Jalan Kolam Air Beruas, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, sederet kedai separa papan empat pintu musnah dalam kejadian kira-kira jam 11 malam.

Sebuah jentera Bomba dengan kekuatan tujuh orang anggota dari Balai Bomba Pantai Remis yang diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba yang juga Ketua Balai Bomba Pantai Remis, Mohd Razlan Khalid berjaya memadam dan mengawal kebakaran tersebut sepenuhnya dalam masa 30 minit.

Chin Sin Huat

Seorang mangsa,  Chin Sin Huat, 52, berkata kejadian tersebut dimaklumkan oleh seorang jiran ketika sedang berehat bersama keluarga di rumah yang terletak di Taman Anggerik tidak jauh dari tempat kejadian.

"Saya sekarang kehilang punca pencarian memandangkan peniagaan ini merupakan pendapatan utama sejak 20 tahun lalu.

"Lebih menyedihkan lagi, esok kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina," katanya.

Chin Ngeow @ Chin Niou

Bagi Chin Ngeow @ Chin Niou, 71, beliau berharap pihak kerajaan dapat menghulurkan bantuan bagi beliau memulakan semula perniagaan kedai runcit yang diusahakan beliau sejak 15 yahun lalu.

Menurutnya, mungkin pihak berkuasa dapat memberikan ruang atau tempat baru bagi beliau memulakan perniagaan memandangkan beliau terpaksa menyara empat orang anaknya.

Lie Tik Chuan @ Lee Teik Mok

Seorang lagi mangsa, Lie Tik Chuan @ Lee Teik Mok, 66, berkata masih lagi terkejut dengan kejadian itu yang memusnahkan sama sekali kedai runcit yang diusahakannya sejak 15 tahun lalu.

"Walaupun sedih dengan kejadian itu, namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana tiada sesiapa pun yang kehilangan nyawa atau cedera.

"Kedatangan Tahun Baru Cina esok tetap akan disambut bersama keluarga walaupun dalam keadaan bersedih," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Umno Bahagian Beruas, Datuk Abdul Manaf Hashim, telah menghulurkan sumbangan kepada ketiga-tiga mangsa bagi meringankan beban mereka menjelang sambutan Tahun Baru Cina, hari ini.

Penasihat Menteri Besar (Hal Ehwal Kaum Cina) yang juga Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn; Naib Ketua Umno Bahagian Beruas, Azman Noh dan Pegawai Khas Menteri Besar yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Beruas, Datuk Azhar Ahmad turut menziarah mangsa. — Nooraini Mahamad.