Isnin, 4 Februari 2013

07 di beruas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di beruas - Google Blog Search


Empat Deretan Kedai Terbakar <b>Di Beruas</b> Menjelang Sambutan <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 02:15 AM PST

SAMBUTAN Tahun Baru Cina bagi tiga orang peniaga di Pekan Beruas tidak bermakna lagi selepas kedai tempat mereka mencari rezeki musnah dalam satu kebakaran di Jalan Kolam Air Beruas, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, sederet kedai separa papan empat pintu musnah dalam kejadian kira-kira jam 11 malam.

Sebuah jentera Bomba dengan kekuatan tujuh orang anggota dari Balai Bomba Pantai Remis yang diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba yang juga Ketua Balai Bomba Pantai Remis, Mohd Razlan Khalid berjaya memadam dan mengawal kebakaran tersebut sepenuhnya dalam masa 30 minit.

Chin Sin Huat

Seorang mangsa,  Chin Sin Huat, 52, berkata kejadian tersebut dimaklumkan oleh seorang jiran ketika sedang berehat bersama keluarga di rumah yang terletak di Taman Anggerik tidak jauh dari tempat kejadian.

"Saya sekarang kehilang punca pencarian memandangkan peniagaan ini merupakan pendapatan utama sejak 20 tahun lalu.

"Lebih menyedihkan lagi, esok kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina," katanya.

Chin Ngeow @ Chin Niou

Bagi Chin Ngeow @ Chin Niou, 71, beliau berharap pihak kerajaan dapat menghulurkan bantuan bagi beliau memulakan semula perniagaan kedai runcit yang diusahakan beliau sejak 15 yahun lalu.

Menurutnya, mungkin pihak berkuasa dapat memberikan ruang atau tempat baru bagi beliau memulakan perniagaan memandangkan beliau terpaksa menyara empat orang anaknya.

Lie Tik Chuan @ Lee Teik Mok

Seorang lagi mangsa, Lie Tik Chuan @ Lee Teik Mok, 66, berkata masih lagi terkejut dengan kejadian itu yang memusnahkan sama sekali kedai runcit yang diusahakannya sejak 15 tahun lalu.

"Walaupun sedih dengan kejadian itu, namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana tiada sesiapa pun yang kehilangan nyawa atau cedera.

"Kedatangan Tahun Baru Cina esok tetap akan disambut bersama keluarga walaupun dalam keadaan bersedih," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Umno Bahagian Beruas, Datuk Abdul Manaf Hashim, telah menghulurkan sumbangan kepada ketiga-tiga mangsa bagi meringankan beban mereka menjelang sambutan Tahun Baru Cina, hari ini.

Penasihat Menteri Besar (Hal Ehwal Kaum Cina) yang juga Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn; Naib Ketua Umno Bahagian Beruas, Azman Noh dan Pegawai Khas Menteri Besar yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Beruas, Datuk Azhar Ahmad turut menziarah mangsa. — Nooraini Mahamad.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved