Khamis, 6 Disember 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


(Gambar) Proton Tuah|Proton Jebat|Proton <b>Lekir</b>|Proton Lekiu <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2010 11:07 AM PST

[unable to retrieve full-text content]hazman aka species1980 13 December 2010 at 10:50 pm. hurmm…. kalau hajat di hati… nak SEMUA model kete tu skali…. hahahahha. Reply Link · geekz36 14 December 2010 at 12:17 am. lekir memang mencairkan. smart, dapat sejibik ...

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Pegi kenduri <b>di Hutan Melintang</b>, Perak | all about life!!

Posted: 13 May 2012 07:03 PM PDT

assalamualaikum dan selamat pagi!
sihat korang? ape cerita di hari minggu? oh hari minggu aku kali ni sangat hectic. penuh dengan jadual. seronok sebab 2 hari bersama kawan2 yang memang dah lama tak jumpa. kawan2 yang susah senang bersama masa zaman belaja dulu2.
aku dapat jemputan kawen dari pengantin 2 minggu awal. before aku gi korea aritu. tapi mase tu tak bajet nak pegi. sebab selalunye aku ikut member. yela nak gi sorang memang takla. ade member baru la sedap nak pegi kan. so kebetulan jugak yutat dan wahida dah ajak. aku pun on kan ajela.
memasing single. so takde porjek lain, on kan aje hehe. aku sebenanrnye mati2 ingat kenduri kat tangjung malim perak. yela dekat la skit kan. sekali dah masuk kete baru tau rupenye kat teluk intan perak. kat hutan melintang sane tu ha! hamikkk...
tapi takpe. demi kengkawan kan. aku kawen korang tak datang siappp! ^_^
gerak dari kota damansara jam 9.30 pagi. 2 kereta. tapi ade 3 manusia je. sebab yutat nak balik kuala kangsar terus pas kenduri. aku driver kereta lagi satu, sebab wahida tuan punya kete nak tido! bole camtu? redha jela kan. aku mmg suke bawak kete pun.
jumpa lagi sorang member iaitu yati yang lagi 2 minggu nak kawen dah. sebab lalu kampung die kat sekinchan tu kan so sekali je gi. da jadi 3 kereta.
rupenye aku lalu kampung bapak aku kat sabak bernam. siyes tak tau! sebab selalunye time balik kg aku tido! ha ni la die kan. tapi tak singgah pun la kg.
sampai uma pengantin kul 12.30pm. awal. tu pun yutat cakap nak gerak kul 7 pagi! aku tanye nak jadi penanggah ke ape datang awal2?? kire sedang elok la kitorg sampai. jumpa pengantin jap.
sory ler. ini je gamba yang ade. sebab mase naik atas pengantin tengah make up. so tarik kejap. dah ler backlight! menci tau. korang buat2 nampak jela yek. hehe. pengantin lawo! dah macam artis bollywood! siap dengan hidung mancung terletak tuuu!
selamat pengantin baru ejan dan pasangan. cecepat sikit buat junior yek hehe. dah salam n tangkap gambar ngan pengantin ape lagi. makannnn!
pic sebelum makan lupa. nampak sangat kelaparan kan. hanya sempat snap lepas makan je! heheheh. acar tu yang sedap. aku kalo g memana kenduri kalo dapat acar buah ni ha memang laju jela. sedappp! and first time aku jumpa dalca ade udang!
setel makan lepak jap. sebab nak terus balik penat. yela drive dah 3 jam. ni makan setengah jam tak sampai nak balik terus. nangis ler. sempat gak jumpa bebudak class yang lain. aus dan jambu. amik ko kawan aku sume dah pakai nama singkatan je kan hehe. oh ejan si pengantin ni kawan aku mase diploma dulu.
gambar kenangan ngan pengantin sebelum balik. tq ejan sudi jemput! kami berempat yang lepas makan terus balik! yela dah sian orang lain nak makan dok tunggu tepi meja kan. tak sedap pulak nak lepak lelama. hehe

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Sehari Saya Bertemu Rakyat <b>Di</b> Parlimen <b>Bagan Datoh</b> | Ahmad <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2012 01:38 AM PST

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1Malaysia.

Semalam jam 9.30 pagi saya telah merasmikan Mesyuarat Veteran UMNO Bahagian saya bertempat di Wisma UMNO Bagan Datoh. Ramai pemimpin dan ahli veteran telah datang memenuhi dewan.  Saya memberitahu kepada ahli veteran UMNO semasa berucap bahawa hari ini kebencian kepada UMNO adalah datang dari bekas orang UMNO sendiri. Saya juga meminta perjuangan UMNO ini diteruskan walau saya sudah tidak ada lagi.

Saya juga meminta agar golongan veteran membantu Pemuda dan Puteri bukan menghentam mereka. Akhir sekali saya meminta ahli veteran bersama-sama memastikan kemenangan UMNO dan BN di Perak dan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.  

image

Melancarkan Page FB Ahli Veteran UMNO Bagan Datoh

image

Ahli Veteran UMNO yang hadir semalam

Selepas itu jam 10.30 saya telah merasmikan Majlis Penutup Kembara Buku 1Malaysia dan pelancaran Wakaf Buku yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan dan Pejabat Pelajaran Hilir Perak dengan kerjasama Sekretariat Pelajatan Parlimen Bagan Datoh  di sekolah Menengah Hutan Melintang.  

image

Gambar semasa perasmian penutup Kembara Buku 1Malaysia dan Wakaf Buku

Saya juga berkongsi pengalaman membaca buku semasa darjah 4 bertajuk 'Khalilah Wa Dhimnah' setebal 600 halaman dalam masa enam hari kepada pelajar yang mengikuti perasmian tersebut. Beberapa buah syarikat telah mewakafkan buku antaranya Karangkraf, Sasbadi dan PTS.  

Jam 11.30 pagi saya bersama dengan Menteri Pertanian Dato' Seri Noh Omar menyampaikan bantuan kepada petani-petani peserta projek pemulihan kelapa Matag dari kawasan Bagan Datoh. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada  Dato' Seri Noh Omar atas bantuan begitu besar kepada petani Parlimen Bagan Datoh kali ini.  

image

Selepas itu saya membawa Dato' Seri Noh dan rombongan ke rumah saya sebelum kami hadir ke program Hari Ladang Kelapa 2012 di Pejabat Pertanian Teluk Bharu, Hutan Melintang dari 2.30 hingga 5 pm. Dua program kami bersama semalam melibatkan peladang petani Parlimen Bagan Datoh.

image

Saya bersama Dato' Seri Noh di rumah ayahanda saya

Sekali lagi saya berterima kasih atas kesudian beliau membantu rakyat di Bagan Datoh.

image

Saya bersama Noh Omar di Hari Ladang Kelapa 2012

Pukul 5.30 petang selepas acara di Pejabat Pertanian Teluk Bharu, Hutan Melintang saya dan rombongan bergerak ke Dewan sebelah Kuil Sri Maha Mutu Mariamman Batu 9 bagi acara penyerahan hemper sempena Hari Deepavali.

Selepas itu Rombongan saya bergerak pula ke Ladang Jenderata Hutan Melintang merasmikan konvensyen pelajar tadika dan penyerahan sumbangab sempena Hari Deepavali. Saya sempat menyampaikan ucapan sebelum beredar untuk program seterusnya.

image

Sebelah malamnya selepas selesai membersihkan diri menjamu selera serta mengadap Ilahi di rumah ayahanda serta bertemu tetamu-tetamu yang setia menunggu untuk berjumpa, saya bergerak ke Ladang Jendarata 3 bagi menyampaikan sumbangan sempena Deepavali bersama rakan parti komponen Barisan Nasional dari IPF.

image

Sambutan sangat meriah diiringi persembahan dari penyanyi popular masyarakat India menghiburkan rakyat yang hadir semalam. Dalam ucapan saya nyatakan bahawa saya akan membela nasib semua bangsa dan agama selaras dengan semangat 1Malaysia YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.

Sokongan yang kuat dari masyarakat India yang saya dapat lihat, tidak mustahil akan menjadi faktor memungkinkan DUN Hutan Melintang dirampas PRU 13 tidak lama lagi.  

Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan acara semalam termasuklah media massa dan media baru yang mengikuti acara yang begitu padat semalam dan sesungguhnya saya ingin menyatakan perasaan dari hati sanubari bahawa saya sungguh gembira dapat berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Bagan Datoh dan juga Malaysia amnya.  

Semoga ia menjadi amal soleh saya untuk kehidupan di akhirat kelak Insya Allah.

Ahmad Zahid Hamidi
5 Oktober 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Behrang</b>: Kempunan beraya kereta baru <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2012 05:11 PM PDT

Saiful (kiri) dan Muhammad Hanif melihat keadaan kereta Iswara yang mereka naiki

Hasrat seorang penuntut sebuah kolej dekat sini untuk pulang beraya dengan kenderaan yang baru  diambil dari keluarganya tidak kesampaian setelah terbabit dengan kemalangan awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.25 pagi itu, kereta Proton Iswara dinaiki Saiful Amirul Abdul Rahim, 19, bersama rakannya, Muhammad Hanif Ismail, 19, terbabas setelah cuba mengelak kereta yang secara tiba-tiba membrek di hadapannya.

Menurut Saiful, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Sungai Behrang selepas bermain futsal di Tanjung Malim.

"Ketika tiba dekat persimpangan Plaza Tol Behrang, sebuah kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita mengekori rapat di belakang kami tetapi setelah kereta itu memintas secara tiba-tiba dia membrek.

"Saya cuba mengelak melanggarnya tetapi gagal dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar besi pengadang jalan dan berpusing sebelum terhenti di bahagian tengah pembahagi jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saiful berkata, dia mengalami kecederaan bibir kanan akibat terhantuk pada stereng sementara rakannya tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Muhammad Hanif berkata, Saiful baru saja mengambil kereta tersebut dari kampung di Pulau Pinang pada Ahad lalu dan bercadang menggunakannya untuk balik bercuti menyambut Aidilfitri.

Katanya yang mengambil jurusan Mekatronik Semester 3, kejadian itu cukup mencemaskan dan jika Saiful gagal mengelak berkemungkinan mereka jatuh ke gaung.

"Saiful bertindak memutar stereng ke kanan selepas melanggar besi pengadang jalan kerana menyedari terdapat gaung di bawah.

"Nasib baik dia bertindak pantas jika tidak tak tahulah bagaimana nasib kami," katanya yang berasal dari Johor.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


9 Nov Demo Bantah AES <b>Di Lumut</b>, Tempat Lain Bagaimana?

Posted: 01 Nov 2012 06:53 PM PDT

Perhimpunan aman bantah AES di Lumut 9 Nov - Mkini
Satu perhimpunan aman akan diadakan pada 9 November depan untuk menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada menteri pengangkutan di pejabat Parlimen BN Lumut di Setiawan.
Perhimpunan tersebut digerakkan oleh NGO BANTAH AES yang ditubuhkan baru-baru ini.
Koordinator bersamanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (kiri) berkata penubuhannya adalah hasil satu mesyurat yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut yang sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga setiausaha agung MCA adalah ahli Parlimen Lumut.
Mohd Saifullah berkata perhimpunan aman itu adalah untuk mendesak menteri pengangkutan supaya mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.
"BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada menteri pengangkutan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, perhimpunan rakyat itu akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.
P/s: Bantah dan terus bantah
Bantah hingga projek AES ini gagal
Bantah hingga kroni UmnoBN gigit jari
Tempat lain bila pula nak buat demo bantah AES?
Ayuh seluruh Malaysia demo bantah AES!!!
Ceramah umum dalam masa terdekat

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Lelaki Pejuang: Gotong royong <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 19 Nov 2012 09:20 AM PST

salam
HALUAN Perak buat gotong royong kat mana ntah tmpt tu,,yg sure kat area Kuala Kangsar n kat tepinya ada air terjun yg mengalir!.. sangat2 best.. rindu Air Terjun Gunung Lambak yg best tp skang telah dimusnahkn.. n lepas buat gotong-royong, makan durian, makan rambutan, sup lembu n beef chop!!..

oh yeah.. ni 1st time aku makan durian paling banyak dalam masa 5 tahun.. coz kalau xsilap aku, start 2nd yr undergrad, aku dah xsuka sangat makan durian..

ilmu paling best yg dapat pada hari itu ialah: 
ada seorang pak cik tu, letak rambutan kat pokon pulasan.. n pastu konon2 nya buah rambutan tu senang je nak petik coz rendang... macam ala2 syurga.. pastu dia cakap
"macam kat syurga.. tp, kalau nak rasa syurga, kena la bekerja utk islam dulu"

Syamsul Haq: PERKAHWINAN <b>DI KUALA KANGSAR</b>, PERAK

Posted: 18 Nov 2012 12:32 AM PST

Sabtu 17/11/12, Kami telah dijemput meriahkan majlis perkahwinan di Sayong, Kuala Kangsar Perak. Majlis berlangsung dengan lancar..










Ajijoi: Jelajah Perakite: Edar Risalah <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 22 Oct 2012 07:09 AM PDT


Destinasi seterusnya Jelajah Perakite ini adalah ke Kuala Kangsar. Setibanya kami di pekan Kuala Kangsar, sambutan yang diberikan amat memberangsangkan sekali.















07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


HOMESTAY <b>TAIPING</b> SERI Rehat, Rawat Dan Relax: Homestay <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 24 Nov 2012 10:46 PM PST


Name: Khairul Salleh
Email: amirulisa@yahoo.com.my
Phone number: 0125145023

Category: Accommodation, For Rent

Subject: Homestay Di Taiping

Type: 2
IC Number: 651106106671

Text:
Membantu homestay-homestay di Taiping yang tidak mempunyai iklan di Mudah dan
Internet untuk mencapai pelanggan di alam siber.
Rangkaian homestay yang dibantu meliputi
2 homestay di kawasan Simpang Taiping, sebuah Dekat MRSM Taiping,
8 homestay di Bukit Jana Kamunting.

Kebanyakkan homestay ialah rumah teres 3 bilik yang mempunyai 1 aircondition.
Harga antara RM150-RM170 bergantung kepada kemudahan.

Kaedah yang dijalankan ialah dengan SMS
Nama,
Nombor Telefon.
Tarikh penginapan (satu malam untuk satu tarikh)
Saya akan dapatkan homestay untuk anda dan SMS nama homestay, pemilik dan
tetamu kepada anda.
Urusan pembayaran dan lain-lain diuruskan oleh pemilik dan tetamu
(Gambar dalam iklan ini ialah dari Homestay Banglo 4 bilik (3bilik air con, 2
ruang tamu, dapur lengkap, ruang parking luas)Simpang, No2 jln kota indah,tmn
kota indah,SIMPANG Taiping Perak yang berharga RM250 semalam)

Price: RM 150

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Kinta Menjerit: Pesta Durian <b>di</b> R&R <b>Bukit Gantang</b> Lebuhraya PLUS

Posted: 06 Dec 2012 03:04 AM PST


Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada 'Pesta Jom Makan Durian' di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Jumaat ini iaitu dari 7hb~9hb Disember 2012.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad Mohd Nizam Ismail berkata pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang. Program ini juga bertujuan mempromosikan Hentian ini sebagai pusat menjual buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata sebanyak 20 tan buah durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta tersebut bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya.

Pengguna lebuhraya boleh makan sebanyak mana yang mereka hendak dan larat...hoi komer mari-mari makan doyan!!!

Hanya RM8, nikmati durian <b>di</b> Hentian Sebelah <b>Bukit Gantang</b>

Posted: 05 Dec 2012 09:14 PM PST

Hanya RM8, nikmati durian di Hentian Sebelah Bukit Gantang

KUALA LUMPUR – Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai mampu menikmati seberapa banyak durian pada 'Pesta Jom Makan Durian' di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad Mohd Nizam Ismail berkata, pesta tersebut akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang.

Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata sebanyak 20 tan buah durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta tersebut bagi tujuan mempromosikan buah durian kepada pengguna lebuh raya.-Info Riadah@forblogger.net

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Day Trip Ke Kg Lalang,<b>Padang Rengas</b>, Perak | Lemprica.Com

Posted: 01 Dec 2012 12:55 AM PST

Hari ni day trip balik kampung di Padang Rengas , Perak (dalam 10 minit dari tol Kuala Kangsar). Ada kenduri kahwin cousin sebelah hubby and at the same time mari lah kita serang buah-buahan tempatan yang aada di keliling rumah Poksu (pak sedara hubby) .

Perjalanan dimulakan around 9am , 2 kereta dari rumah mil.Nasib baik cuaca sepanjang perjalanan cerah dan terik.Tapi perjalanan balik,cuaca mendung and ada few spots kami menempuh hujan.

Yang best sekali sekala balik ni,anak-anak la.Semua nak di redah.Al maklum,even di melaka pun tiada suasana kampung.And sempat juga aku mandikan anak-anak di air kolah kat Masjid Kg Lalang.Sejuk gilos air nya.Memang sedap la badan kekanak ni.Masuk je kereta,belum kat mana-mana,masing2 dah tido.Kepenatan bermain. :)

anak-anak melepak lepas pekena nasi di kenduri kahwin

anak-anak melepak lepas pekena nasi di kenduri kahwin

azwar memanjat pokok rambutan.merah-merah menyala buah rambutannya..

azwar memanjat pokok rambutan.merah-merah menyala buah rambutannya..

nak durian?

nak durian?

perjalanan pulang ke kl.mendung.

perjalanan pulang ke kl.mendung.

Posted from WordPress for BlackBerry.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


curcuit: Kampung baru saya <b>di gerik</b>

Posted: 28 Aug 2012 06:30 AM PDT

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


463. CREPE DURIAN KE 3 durian <b>BIDOR</b> mari... - resepi <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 12:10 AM PST

salam jumaat  penghulu  segala  hari
sana  sini  situ semua mengiler crepe termasuk ilahjy  yg  telah  3  kali  mencuba crepe  ni.. ini resepi dari  rujukan fiza nordin  dan  ita  masam  manis seronok  membuatnya  dan  seronok  utk ilahjy  share  kan disini apakah  ia  sedap  atau  sebaliknya hasil  dari  ke dua2 jenis  crepe ini. semua  terpulang  pada  selera  masing2.. samada  suka  yg  tu  atau  suka  yg  ni janji  semua dah  mencuba  buat  dan  cuba  makan.   bila dah cuba sendiri mesti  tau  mana  yg  paling  debommm  hehehe... sebenarnya  crepe  yg  ke  2  ilahjy  terlupa  nak  amek  gambarnya.  yg  ke  2  tu GEMOK2 mcm  tuannya..hehe  sebab  inti  dibekukan  terlebih  dulu sebelum digunakan.  
 http://ilahmasakanku.blogspot.com/2012/10/457durian-crepe-yg-slim-melim.html
sila  klik  diatas  untuk  resepi  PERTAMA ...ilah  jy  lebih  suka  kulitnya yg  agak  nipis dan  liat dan  mudah  nak dilipat..dan   inti nya  yg guna  pastrycream  cis tu amat  berlemak digabung  dgn  durian  memang  keboom  taauuu...  sedap..
alkisah inti  yg  dibawah  ni pula  cuma  guna  putaran  whipping  cream  jer tak berapa gancam... adunan  tepung agak  tebal sikit...  bila  dibandingkan ke  dua2 resepi ni, rupanya selera  ilahjy  lebih  ke  resepi  yg pertama dulu. apa pun  kalian  kena  cuba  dulu  membuatnya  baru  tahu  mana  yg  sesuai  dgn  selera  kalian. atau  gabungkan resepi  pertama  dgn  ke  dua atau  sebaliknya. terpulang  yaa.. 
apapun  kisahnya,  ilahjy  tetap  nak  kongsi disini  utk  simpanan  masa  depan.
durian ilahjy  beli di BIDOR semasa  pulang  dari  lumut/pangkor minggu  lepas. beli  dikebun tau bukan  tepi  jalan ya..

bahan:

250  gm  tepung  gandum
3 biji  telur
500 ml santan
1/2  sudu teh  garam
1  sudu  teh perisa pandan  emulco
 pewarna hijau dan  merah
.
caranya:

satukan   kesemua  bahan  dan  kisar  dalam  pengisar dadarkan seperti  biasa.
masukkan  cream, kemudian  isi  durian dan akhirnya cream,  balut atas ke bawah,  bawah  ke  atas
kemudian  lipat  kiri  ke  kanan dan  kanan  ke  kiri barulah  gemuk hehe..

intinya:

1 cawan non  dairy whipping  cream
isi durian secukupnya

caranya:

putar  whipping  sehingga kental, bekukan  seketika, siap  untuk  digunakan.lapiskan berselang  seli  dgn  durian kemudian  balut.kalau  inti  tak  dibekukan terlebih  dahulu agak  susah hendak  mengemukkan  crepe.

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Percutian <b>Di</b> Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Perak

Posted: 01 Dec 2012 05:00 PM PST

Sempena cuti sekolah akhir tahun 2012, saya dan suami telah memilih Felda Residence Hot Springs Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak sebagai destinasi percutian kami sekeluarga. Kami memilih tempat ini kerana tertarik dengan keunikan kolam air panas yang digunakan untuk merebus telur dan ingin membawa anak-anak mandi manda di sana. Maklumat lanjut tentang harga bilik dan pertanyaan lain, sila hubungi :
FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS SUNGAI KLAH
36000 Sungkai, Perak, Malaysia

HOT SPRINGS PARK
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 7.00 malam

Bayaran Masuk
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM8.00
Warga Emas : RM7.00
OKU : RM2.00 

Untuk mendapatkan petunjuk arah dari tempat anda ke sini, sila click
Felda Residence Hot Springs Sungai Klah 
 


Di sinilah tempat penginapan kami sekeluarga. Disebabkan kami berkunjung ke sini pada waktu cuti sekolah, harga bilik agak mahal juga jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Keadaan di dalam bilik juga amat bersih dan selesa untuk kami berempat.

Boleh tahan juga rasa air panas di sini. Bagi yang membawa beg pakaian atau barang-barang berharga, anda tidak perlu risau untuk meletakkan barangan di dalam almari berkunci yang disediakan berhampiran dengan Kolam Air Panas dan Hot Springs Park.

Di sinilah tempat untuk merebus telur.
Ada  2 bekas telur yang sedang direbus.
Di gerai ini anda boleh membeli makanan dan minuman serta telur yang digunakan untuk merebus. 

Beginilah keadaan Hot Spring Park pada waktu petang sewaktu kami berkunjung ke sana. Sangat selesa kerana tidak ramai orang yang mandi manda. Kami tidak perlu membuat bayaran masuk ke Hot Srings Park ini kerana sudah termasuk sekali di dalam pakej bayaran bilik.

Amir dan Amar seronok dapat bermain air sambil diperhatikan oleh suami.
 
Saya bersama Amir dan Amar.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


IdrisTalu: Lambuk atau Kemumu <b>di Lenggong</b>

Posted: 27 Nov 2012 06:03 AM PST



 Penulis di bawah terik matahari.
Tanaman sayuran yang banyak ditanam di kampung-kampung di sekitar Lenggong. Tanaman ini menjadi kegemaran sejak dahulu lagi digunakan dalam menu harian penduduk.
Lambuk atau kemumu ini seakan-akan keladi, cuma warnanya agak hijau kebiruan. Biasanya pelepah daunnya dijadikan sayuran dengan dicampur bahan lain seperti daging ayam, daging kerbau, cendawan@kulat sisir, atau pun dengan tulang ikan masin kegemaran penduduk. 
Pelepah lambuk atau kemumu yang segar.
Batang lambuk atau kemumu dipotong pendek sedia untuk dijual di pasar.
Lambuk sebagai ulaman atau lalap.
Pelepah lambuk agak kenyal jika dibuat sayur, tidak lembik sebagai batang keladi atau kemahang. Pelepah lambuk juga biasa dibuat ulam mentah, dimakan bersama nasi. Lawan ulam lambuk ialah sambal asam durian @ tempoyak atau pun sambal kelapa parut.
Daunnya juga boleh dibuat sayur, tetapi agak jarang dibuat. Begitu juga dengan ubi pada pangkal pokok lambuk ini. Lambuk juga dikenali sebagai kemumu di beberapa tempat.