Khamis, 6 Disember 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Sehari Saya Bertemu Rakyat <b>Di</b> Parlimen <b>Bagan Datoh</b> | Ahmad <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2012 01:38 AM PST

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1Malaysia.

Semalam jam 9.30 pagi saya telah merasmikan Mesyuarat Veteran UMNO Bahagian saya bertempat di Wisma UMNO Bagan Datoh. Ramai pemimpin dan ahli veteran telah datang memenuhi dewan.  Saya memberitahu kepada ahli veteran UMNO semasa berucap bahawa hari ini kebencian kepada UMNO adalah datang dari bekas orang UMNO sendiri. Saya juga meminta perjuangan UMNO ini diteruskan walau saya sudah tidak ada lagi.

Saya juga meminta agar golongan veteran membantu Pemuda dan Puteri bukan menghentam mereka. Akhir sekali saya meminta ahli veteran bersama-sama memastikan kemenangan UMNO dan BN di Perak dan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.  

image

Melancarkan Page FB Ahli Veteran UMNO Bagan Datoh

image

Ahli Veteran UMNO yang hadir semalam

Selepas itu jam 10.30 saya telah merasmikan Majlis Penutup Kembara Buku 1Malaysia dan pelancaran Wakaf Buku yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan dan Pejabat Pelajaran Hilir Perak dengan kerjasama Sekretariat Pelajatan Parlimen Bagan Datoh  di sekolah Menengah Hutan Melintang.  

image

Gambar semasa perasmian penutup Kembara Buku 1Malaysia dan Wakaf Buku

Saya juga berkongsi pengalaman membaca buku semasa darjah 4 bertajuk 'Khalilah Wa Dhimnah' setebal 600 halaman dalam masa enam hari kepada pelajar yang mengikuti perasmian tersebut. Beberapa buah syarikat telah mewakafkan buku antaranya Karangkraf, Sasbadi dan PTS.  

Jam 11.30 pagi saya bersama dengan Menteri Pertanian Dato' Seri Noh Omar menyampaikan bantuan kepada petani-petani peserta projek pemulihan kelapa Matag dari kawasan Bagan Datoh. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada  Dato' Seri Noh Omar atas bantuan begitu besar kepada petani Parlimen Bagan Datoh kali ini.  

image

Selepas itu saya membawa Dato' Seri Noh dan rombongan ke rumah saya sebelum kami hadir ke program Hari Ladang Kelapa 2012 di Pejabat Pertanian Teluk Bharu, Hutan Melintang dari 2.30 hingga 5 pm. Dua program kami bersama semalam melibatkan peladang petani Parlimen Bagan Datoh.

image

Saya bersama Dato' Seri Noh di rumah ayahanda saya

Sekali lagi saya berterima kasih atas kesudian beliau membantu rakyat di Bagan Datoh.

image

Saya bersama Noh Omar di Hari Ladang Kelapa 2012

Pukul 5.30 petang selepas acara di Pejabat Pertanian Teluk Bharu, Hutan Melintang saya dan rombongan bergerak ke Dewan sebelah Kuil Sri Maha Mutu Mariamman Batu 9 bagi acara penyerahan hemper sempena Hari Deepavali.

Selepas itu Rombongan saya bergerak pula ke Ladang Jenderata Hutan Melintang merasmikan konvensyen pelajar tadika dan penyerahan sumbangab sempena Hari Deepavali. Saya sempat menyampaikan ucapan sebelum beredar untuk program seterusnya.

image

Sebelah malamnya selepas selesai membersihkan diri menjamu selera serta mengadap Ilahi di rumah ayahanda serta bertemu tetamu-tetamu yang setia menunggu untuk berjumpa, saya bergerak ke Ladang Jendarata 3 bagi menyampaikan sumbangan sempena Deepavali bersama rakan parti komponen Barisan Nasional dari IPF.

image

Sambutan sangat meriah diiringi persembahan dari penyanyi popular masyarakat India menghiburkan rakyat yang hadir semalam. Dalam ucapan saya nyatakan bahawa saya akan membela nasib semua bangsa dan agama selaras dengan semangat 1Malaysia YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.

Sokongan yang kuat dari masyarakat India yang saya dapat lihat, tidak mustahil akan menjadi faktor memungkinkan DUN Hutan Melintang dirampas PRU 13 tidak lama lagi.  

Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan acara semalam termasuklah media massa dan media baru yang mengikuti acara yang begitu padat semalam dan sesungguhnya saya ingin menyatakan perasaan dari hati sanubari bahawa saya sungguh gembira dapat berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Bagan Datoh dan juga Malaysia amnya.  

Semoga ia menjadi amal soleh saya untuk kehidupan di akhirat kelak Insya Allah.

Ahmad Zahid Hamidi
5 Oktober 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan