Selasa, 19 Jun 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Malaysia Zoom » RM1.5 juta diperuntukkan atasi banjir <b>di Manjoi</b>

Posted: 06 Apr 2012 04:01 PM PDT

IPOH 6 April – Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta bagi melaksanakan program jangka pendek mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan Manjoi di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari berkata, usaha itu termasuklah pemasangan pam baharu, membina dan membaiki sistem saliran air sedia ada.

Selain itu, kata Ramly, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri juga giat menjalankan kerja-kerja penyelengaraan seperti mendalam, melebarkan dan mencuci aliran sungai daripada sebarang halangan pokok dan ranting kayu.

"Bagi jangka masa panjang pula, JPS negeri telah mengemukakan semula Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kinta untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Dipetik dari Utusan Malaysia

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Anjing liar ganggu penduduk – Perak Today

Posted: 19 Jun 2012 05:08 AM PDT

Susulan tragedi seorang warga emas maut diserang seeekor anjing pitbull ketika berjogging kira-kira sebulan lalu, penduduk dari beberapa kawasan perumahan di Ipoh hari ini melahirkan merasa bimbang mereka terhadap kehadiran anjing liar di kawasan kediaman mereka.

Seorang penduduk kawasan perumahan di Bercham , Siti Hajar Mohd Salleh, 24, berkata kehadiran anjing tidak bertuan di kawasan perumahannya mengundang ketakutan di kalangan penduduk.

Katanya, anjing itu bukan sahaja berkeliaran di persekitaran kawasan tersebut malah turut memasuki halaman rumah untuk mencari sisa makanan.

Bukan itu sahaja, malah anjing tersebut kadangkala bertindak mengejar dan mengepung individu yang sedang berjalan kaki di situ.

"Kadang kami berasa tidak selamat walapun berada berhampiran dengan kawasan rumah sendiri.

Menurut Siti Hajar, penduduk kawasan tersebut pernah cuba menghalau anjing itu keluar dari kawasan tersebut namun disebabkan bilangannya begitu banyak, kehadiran penduduk langsung tidak memberi kesan kepada haiwan berkenaan.

Penduduk mula berasa bimbang jika haiwan tersebut tidak ditangkap oleh pihak berkuasa, ia dikhuatiri mampu mencederakan penduduk di situ, katanya lagi.

"Keadaan ini tidak selamat apatah lagi ia mampu mengundang bahaya kepada kanak-kanak di sini," katanya kepada Peraktoday.com.

Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan  menangkap anjing-anjing ini sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

Pada 8 Mei lalu, seorang warga emas hari ini maut akibat diserang seekor anjing jantan jenis Pitbull ketika berjoging di sekitar kawasan taman perumahannya.

Ketika kejadian 9.50 pagi itu, Yip Sun Wah, 74, berjoging bersendirian di Taman Seksyen 19/5b, Subang Jaya, dekat sini, sebelum diserang anjing berkenaan yang muncul dari tempat pembuangan sampah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata siasatan awal polis mendapati mangsa mati akibat digigit pada bahagian leher dan telinga kanan selepas bergelut kira-kira dua minit.

Semasa kejadian berlaku dipercayai pemilik anjing berkenaan tidak sedar dan saya difahamkan pemilik anjing mempunyai lesen yang sah.

Sementara itu, anak mangsa Yip Hon Mun, 51, berkata sebelum ini ayahnya sering joging di kawasan perumahan itu dari pukul 9 hingga 11 pagi secara bersendirian.

"Saya berasa cukup kesal dengan kejadian ini, dan saya minta pemilik anjing berkenaan meminta maaf kepada keluarga kami atas kejadian ini kerana ia melibatkan kematian," katanya.

Menurut saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Eddy Wang, ketika kejadian beliau sedang menunggu rakannya di dalam kereta sebelum melihat anjing itu menyerang seorang lelaki yang sedang berjogging.

"Masa saya nampak kejadian itu saya terus keluar dan ambil payung di dalam kereta…saya pukul anjing itu tidak henti-henti tetapi anjing tersebut tetap tidak melepaskan mangsa," katanya.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Ajijoi: Orang kuat Zambry Kader <b>di Lumut</b> keluar Umno, masuk Pas

Posted: 10 May 2012 12:30 AM PDT

Kalau ikutkan dari sifir politik, apabila ketua bahagian memegang jawatan paling tertinggi, maka bahagian ketua tu sepatutnya menjadi bertambah kukuh dan kuat, tetapi apa yang berlaku dalam UMNO Bahagian Lumut sebalik nya... 
Kenapa boleh berlaku demikian,,, sebab nya Zambry a/l Kadiaq sendiri yang sudah lupa diri, lupa kawan, lupa sahabat setia sebelum ia jadi MB Mahkamah Perak.. Ok, aku mulakan kisah sadis ni ....
Ini adalah salah seorang mangsa kebongkakkan atau kesombongan Zambry apabila menjawat jawatan MB... Padahal si Zaid ini kenal Zambry bukan sehari dua,, beliau dengan Zambry mula berkawan semenjak dari zaman sekolah lagi, nak baik atau tidak rokok pun sebatang boleh kongsi dua orang, dengan arwah bapa si Zaid inilah Zambry belajar silat sendeng kerayong, berapa banyak ilmu-ilmu persilatan dan sebagainya dicurahkan kepada Zambry, apabila timbul krisis Perak awal tahun 2009 si Zaid ni dengan penuh harapan yang cukup tinggi menggunong meletakkan kepada Zambry di lantik MB, dan apabila Zambry menang dengan keputusan mahkamah memihak kepadanya,, dari sini Zambry dah mula bongkak dan lupa diri...
Tetapi sayang bila Zambry dah memegang tampok kuasa kawan baik seperti Zaid dilupakan,, mengikut cerita si Zaid, biasa nya bila ada majlis-majlis yang melibat Zambry di kawasan Lumut, alat siar raya media seperti amplifier dan speaker pembesar suara dan sebagainya digunakan di sewa dari barangannya, kerana dia menjalnakan perniaagan tersebut. Dan bila tiba Zambry berucap sengaja beliau pergi berhadapa dengan Zambry konon-konon nak mengadjust tiang michrophone, dalam waktu sebegitu pun Zambry buat dekkk macam tak kenal langsung.... apa perasaan sebagai manusia di ketika itu,,,,  
Akibatnya, dah 30 tahun duduk dalam UMNO, beliau ambil ketetapan tinggal UMNO dan bersama 14 orang lagi, dan isi borang jadi ahli PAS,,, Jadi kita kena ucapkan terima kasih kepada Dato Seri Zambry... Yang ini seorang lagi mangsa kebongkakkan Zambry, Cikgu Jauhari , sebelum ini aku dah ada keluar cerita mengenai kisahnya sila klik kesian-nasib-malang-pimpinan-umno. 
Untuk pengetahuan hangpa, kalau diikutkan Zambry memang berhutang nyawa dengan Cikgu Jauhari ni, apa tidaknya,, 5 hari 4 malam ia menumpang berlindung diri di rumah Cikgu ni apabila tonto-tonto upahan dari taukeh Cina kolam udang di daerah Lumut mencari Zambry diatas sebab-sebab yang aku sendiri pun malas nak ambik tau..... Sewaktu Zambry Ketua Pemuda UMNO dan nak bertanding Ketua UMNO Lumut dengan menentang Dato Wajdi Ishak, apa yang Zambry ada, harapkan teloq 2 biji ajalah, waktu tu dia bukannya ADUN lagi, di mana dia menumpang untuk menjalankan gerakkerja untuk menjatuhkan musuhnya Dato Wajdi, dia bukannya ada pejabat atau rumah di sekitar bandar Setiawan, hanya dengan belas ihsan Cikgu Jauhari ni memberikannya rumah beliau sebagai markas tempat Zambry menjalankan gerak kerja..oleh kerana terlalu ramai pemuda-pemuda UMNO yang terpengaruh dengan Zamry turut serta, terpaksalah Cikgu Jauhari ni menambahruang rumahnya dengan mendirikan dewan untuk kemudahan Zambry....Selepas Zambry dah menang Ketua Bahagian UMNO dengan menjatuhkan Dato Wajdi, beliau terus dilantik menjadi calon ADUN PANGKOR PRU 10 tahun 2004, apabila menang Zambry terus menjawat EXCO, bila tiba musim durian,, maka dusun Cikgu Jauhari di Titi Gantung menjadi tempatnya persinggahan kerana nak menumpang makan free buah durian bersama pencacai-cacainya,, apabila ia balik dari Ipoh ke Pangkor, dan biasa sekali tak silap aku tahun 2006, waktu anak bongsu aku dapat anugerah pencapaian terbaik dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera, program tersebut diadakan di Hotel Crystal Setiawan anjuran BPTM Stiawan, Zambry telah dijemput untuk menyampaikan sumbangan tersebut, waktu itulah kali terakhir aku lihat Cikgu Jauhari yang dah tua masih lagi dok mengiringi Zambry ke majlis tersebut, Olek kerana Zambry nak menunjukkan beliau yang baik hati kononya, maka disuruh Cikgu Jauhari tu keluar pergi entah kemana,, aku tak pasti, tau-tau bila Cikgu Jauhari datang balik terkial-kial ia memegang seikat envelope putih, rupa-rupanya Envelope tu berisi wang sebanyak RM20, kononnya sumbangan peribadi dari Zambry untuk para pelajar yang diberi bersama dengan anugerah dari LTAT. Beberapa minggu yang lepas, Cikgu Jauhari telah dimasukkan ke Hospital Manjung, seorang pun tak ada pimpinan UMNO Lumut yang datang menziarahi beliau, kemudian Cikgu Jauhari telah ditukarkan ke Hospital Ipoh dan dimasukkan ke CCU, selama 22 hari di Ipoh, ada Zambry pi nak ziarah,,, haram.... tak nampak rupa langsung,, OK lah sibuk sebagai Menteri Besar,, apa salah hantar wakil,, Zambry tak ada, wakilnya pun ada, apa punya perangai Zambry ni,, inikah sikap seorang pemimpin.... 
Nampaknya Zambry ni lebih teruk dari Najib yang menjadi dalang dalam rampasan negeri Perak... Teruk-teruk najib pun,, hangpa boleh lihat sendiri... Walaupun Tuan Guru Nik Aziz musuh politik, tetapi sebagai sifat kemanusiaan, Najib boleh meluangkan masa menziarahinya,, berbeza dengan Zambry, Cikgu Jauhari nilah yang bertungkus lumus menaikkan dirinya sehingga ke tahap sekarang, tup-tup Zambry tergamak melupakannya dan menjadikan seumpama musuh..!!!.  
Nak tahu kenapa..... tunggu sambungannya.... jika aku masih diberikan kelapangan, sehat tubuh badan dan ingatan... Insyaallah.. ~manjungmari

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Pilihan Anda: Jalan Kuala Kangsar <b>di Ipoh</b> berpuaka?

Posted: 12 Jun 2012 02:30 AM PDT

|

Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La'aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan 'IPOH' sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

"Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

"Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

"Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.



La'aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

"Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

"Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja," katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.

Sinar

Related Posts : RAGAM, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 5:30 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Pemandu maut, empat cedera dalam nahas <b>di Slim River</b> - Inimajalah

Posted: 17 Jun 2012 12:10 AM PDT

Who's Online

2 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


DEMI MASA: Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b> Mati Dibunuh

Posted: 15 Jan 2011 09:18 PM PST

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati. Lim Ping Peng yang baru lima hari dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Manjung dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar, Lumut, Perak.

Mayat Lim Ping Peng, 49 tahun, dijumpai jam 6 pagi tadi. Anggota keluarga dan pasukan Rela menemuinya selepas mencari Lim yang tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata Lim keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayamnya di Changkat Keruing jam 8 pagi semalam. Polis mengesan beberapa tompok darah di sekitar sebuah pondok dalam ladang berkenaan.

Sebuah kereta Nissan milik mangsa dilarikan. Dua pekerja lada

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kerian</b> (MDK) - Jun 2012

Posted: 18 Jun 2012 11:58 PM PDT

JAWATAN:
1. PEGAWAI PENILAIAN (W41)
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U29)
3. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA (N27)

IKLAN JAWATAN:
http://mdkerian.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=54c9d29f-403c-4e9b-a9a1-570ce0c32e94&groupId=159935

BORANG PERMOHONAN:
http://mdkerian.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=b28e42ea-8135-41f7-8f59-eced1d0c315a&groupId=159935

TARIKH TUTUP : 4 Julai 2012

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Taiping Mali: Piket Lori <b>di</b> RR <b>Tapah</b> 3

Posted: 18 Jun 2012 10:50 AM PDT

SYARIKAT SUNGAI RAMBAI ANGKUT SANGAT BERKUASA DI SELANGOR DAN KEMUNGKINAN BESAR DAP JUGA LAH YANG MENJADI DALAN DALAM PIKET DI RR TAPAH. Salah laku, pilih kasih KSSB didedah Oleh Wan Jailani Razak wanjai@bharian.com.my 2010/07/18 UMNO dakwa ada bukti penyelewengan SHAH ALAM: Badan Perhubungan UMNO Selangor semalam mendedahkan bukti dalaman Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menunjukkan berlakunya penyelewengan dan amalan pilih kasih membabitkan anak syarikat kerajaan negeri itu dalam menguruskan perlombongan pasir di negeri ini. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata contoh amalan pilih kasih ialah jumlah diskaun pembelian pasir yang ketara ditawarkan syarikat yang diberi hak eksklusif dalam perlombongan pasir itu kepada syarikat kontraktor. Katanya, sebuah syarikat kontraktor yang dilantik KSSB iaitu Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd (Sungai Rambai), misalnya, memperoleh diskaun 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir berharga RM17.50 sedangkan syarikat lain hanya diberikan potongan 50 sen bagi kuantiti sama. Beliau mendakwa KSSB hanya dijadikan alat untuk mengaburi mata rakyat kerana Sungai Rambai dengan lembaga pengarah terdiri daripada bukan Bumiputera, dikatakan bermaharajalela mengutip keuntungan daripada kegiatan perlombongan pasir. "Mengapa Sungai Rambai diberi keistimewaan dengan mendapat diskaun lebih tinggi berbanding syarikat lain, sehingga lebih 20 peratus? Kalau orang lain nak kena beli pasir daripada KSSB kena bayar satu tan RM17 tetapi Sungai Rambai hanya bayar RM13.50 iaitu beza RM4. "Jadi, apa yang Sungai Rambai buat ialah menjadi broker iaitu menjual pasir kepada syarikat lain dengan harga lebih murah atau sama. Kalau jual RM16, masih dapat untung RM3. Sepatutnya bayar kepada KSSB tetapi syarikat lain bayar kepada akaun Sungai Rambai Angkut. Persoalannya, ke mana pergi keuntungan Sungai Rambai ini? Adakah ia diagihkan kepada parti politik? Saya tidak tahu," katanya pada sidang media khas mendedahkan penyelewengan kerja perlombongan pasir di Selangor khususnya oleh KSSB di pejabatnya di Bangunan Umno Selangor, di sini, semalam.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1Udsnuh3SsbiqfFm4fFjxUyK4XrDn6599rMV8J8k1r8kdeqwCiJuqRQjThyXBUlrgAv_QSDuDhYrpTex3z0i5oaAwZWgqlxdislCcxxg6lzvyU-PJZ3Wr4xbXqSms_ab4YNco4i0-FjXh/s1600/16.jpg Berikutan pendedahan itu, Pemuda UMNO Selangor diarah menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi menjalankan siasatan. Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, berkata KSSB juga memberi kemudahan kredit kepada Sungai Rambai dan lima syarikat lain tetapi ia disalah guna syarikat terbabit sehingga mempunyai hutang tertunggak mencecah RM1 juta kepada KSSB. Katanya, mana-mana syarikat yang hendak mengeluarkan pasir perlu terlebih dulu membayar deposit kepada KSSB dan ada syarikat dikenakan sehingga RM100,000. "Ada beberapa syarikat tidak perlu letak deposit tetapi boleh keluarkan pasir. Sudah tentu Sungai Rambai tak payah bayar deposit. Begitu juga lima syarikat lain yang turut mendapat keistimewaan sama. Ambil pasir dulu, bayar kemudian. Saya dimaklumkan syarikat ini banyak yang tak bayar deposit kepada KSSB. Jadi, untung atau rugi KSSB?" katanya. Beliau juga mendedahkan unsur penipuan oleh KSSB dalam pembayaran doket (royalti) pasir kepada Pejabat Tanah Gombak, membabitkan pengeluaran pasir di lot bernombor 19439, Rawang. "Kita tidak akan habis di sini, kita dah mulakan 'road show' di Kampung Pandan, dua malam lalu sebelum diteruskan ke seluruh negeri bagi mendedahkan penyelewengan ini," katanya. Katanya, KSSB membayar kepada Pejabat Tanah Gombak sebanyak RM30,000 untuk pengeluaran 10,000 tan pasir dengan kadar bayaran RM3 bagi setiap satu tan. "KSSB pula mengenakan bayaran doket kepada sebuah syarikat kontraktor RM8 bagi setiap tan. Bukti yang kami peroleh menunjukkan syarikat itu membayar RM116,400 kepada KSSB bagi pengeluaran sejumlah 14,550 tan pasir - lebih 4,550 tan daripada yang diisytiharkan KSSB kepada Pejabat Tanah Gombak," katanya. Noh berkata, satu lagi bentuk penipuan dikatakan dilakukan KSSB ialah dalam penjualan pasir halus. Katanya, KSSB mengaburi pihak berkuasa dengan mengeluarkan resit pembayaran doket yang jelas tertera bagi pengeluaran 'pasir kasar' sebelum resit itu diubah kepada 'pasir halus' dengan tulisan tangan bagi simpanan pembeli. Pasir halus lebih mahal harganya berbanding pasir kasar. Beliau turut meminta Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, menghentikan pengeluaran permit pasir dan membubarkan KSSB yang dilihat hanya sebagai alat mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus. Ditanya sama ada beliau bersedia jika disaman kerajaan negeri berikutan pendedahan itu, Noh berkata, beliau bersedia disaman kerana mempunyai bukti yang cukup. "Kita juga tidak akan habis di sini, kita dah mulakan 'road show' di Kampung Pandan, dua malam lalu sebelum diteruskan ke seluruh negeri bagi mendedahkan penyelewengan ini," katanya.

Taiping Mali: Piket Lori <b>di</b> RR <b>Tapah</b> 4

Posted: 18 Jun 2012 07:20 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Orang Gaji Disuruh Berdiri Ketika Tuannya Makan Di Restoran... Gambar di bawah ini dirakam oleh seorang indiv... Demo oleh pengusaha lori pasir di RR Tapah. Pagi tadi, lebih 300 buah lori 18 - 22 tayar yang berat muatan ...

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Lelaki rentung dalam kebakaran <b>di Pengkalan Hulu</b> | Malaysian <b>...</b>

Posted: 28 May 2012 08:44 PM PDT

Posted by AnnPHarison on May 29th, 2012

IPOH: Seorang lelaki rentung manakala ibunya cedera apabila rumah dua tingkat yang mereka duduki musnah dalam kebakaran di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, awal hari ini.

More:
Lelaki rentung dalam kebakaran di Pengkalan Hulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


RM200,000 disalurkan kepada mangsa banjir <b>di Lenggong</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2012 01:11 AM PDT

Susulan banjir kilat yang melanda beberapa kampung di Daerah Lenggong pada 10 Mac lalu, kerajaan negeri tampil membantu bagi meringankan beban 646 keluarga yang terbabit secara langsung dalam kejadian itu.

Daripada jumlah itu, lima rumah dihanyutkan arus sungai berdekatan manakala 11 lagi mengalami kerosakan teruk.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika menziarahi kawasan terbabit berkata, kejadian banjir yang berlaku buat pertama itu berkemungkinan disebabkan oleh projek penanaman semula yang dilaksanakan oleh agensi Felda.

"Kita mahu Felda atau agensi lain supaya melakukan kerja penanaman semula secara berperingkat-peringkat pada masa akan datang.

"Jika ini dapat dilaksanakan, kawasan projek berkenaan tidak kosong dan limpahan air sungai tidak akan berlaku.

"Banjir kilat 10 Mac lalu merupakan kejadian pertama kali berlaku yang disebabkan oleh projek penanaman semula Felda dan kita harap pihak berkenaan dapat ambil perhatian bagi memastikan projek itu tidak memberi impak negatif kepada penduduk," katanya.

Menurut Zambry lagi, setakat ini kerajaan negeri telah membuat beberapa perancangan bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan itu.

Katanya, ini termasuklah menyalurkan bantuan segera kepada semua penduduk yang terlibat dalam kejadian itu.

"Kita akan mendapatkan bantuan di peringkat negeri mahupun Persekutuan bagi membantu membina semula jambatan yang runtuh dan kerosakan rumah yang teruk dan setakat ini RM200,000 telah disalurkan kepada mangsa banjir.

"Kita sudah minta kerjasama dari pihak Panglima Bridged untuk membantu kerajaan negeri dimana peruntukan akan disediakan oleh kerajaan negeri manakala pihak berkenaan akan membantu membaiki apa-apa kerosakan yang perlu," katanya.

Akibat hujan lebat pada 10 Mac lalu, beberapa buah kampung terjejas teruk akibat banjir antaranya Kampung Malau, Lawin, Padang Jeri, Padang Kunyit, Gelok, Sumpitan, Banggol Belimbing, Banggol Batu dan Lubuk Kawah.

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Skandal tanah kubur <b>di Batu Gajah</b> : Media Perak

Posted: 18 Jun 2012 07:30 PM PDT

Oleh: MSK

Pada 21 May lalu, Mediaperak menyiarkan kisah bagaimana Umno Perak menyapu tanah kubur. Satu masa dulu, Umno Pulau Pinang bising tentang tanah kubur yang "hilang" di Pulau Pinang tapi bila Kerajaan Pulau Pinang membeli tanah bernilai RM20 juta untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam, Umno tak kata apa.

Di Perak, penemuan warta kerajaan negeri tentang bagaimana Umno memansuhkan pewartaan tanah kubur berlaku secara tak sengaja apabila salah seorang warga Mediaperak membuat carian tentang jumlah hutan simpan yang telah dimansuhkan oleh Umno sejak Zambry memerintah.

Dalam artikel "Tanah kubur pun Umno sapu" itu, kami sendiri tidak tahu dimana lokasi tanah tersebut dan mengapa pewartaan sebagai tanah perkuburan orang Islam itu ditarik balik.

Semalam, salah seorang pembaca Mediaperak telah menghubungi kami untuk menunjukkan lokasi tanah perkuburan tersebut dan apakah yang telah berlaku.

Tanah perkuburan yang dimaksudkan terletak di Mukim Sungai Terap dalam daerah Kinta.  Dengan lebih tepat, ia terletak di Batu Gajah.

Tanah perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan  Islam, Kampong Ara Payong, Batu Gajah. Pengistiharan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam telah diwartakan pada 12 Februari 1998.


Mengapakah pewartaan tanah kubur ini ditarik balik? Ini yang menjadi tanda tanya dan yang paling mengejutkan, tidak ramai yang tahu tentang hal ini…termasuklah penduduk sekitar.

Kes ini hampir sama dengan banyak lagi kes menyapu tanah yang dilakukan oleh Umno. Modus operandinya sama dimana-mana. Kerajaan yang dikatakan membela orang Melayu ini merampas tanah milik orang Melayu dan memberikannya kepada cukong-cukong MCA. Ini yang berlaku di Kg. Redang Sawa dan banyak tempat lagi.

Sebelum kita menuduh atau mendakwa, tengok dulu lokasi tanah perkuburan tersebut. Dalam peta jalan diatas, mungkin tidak banyak yang boleh kita nampak. Cuba lihat peta dibawah ini pula.

Tanah perkuburan seluas 60 ekar ini terletak dikawasan prime area. Hanya sekitar 2-3 km dari lebuhraya Ipoh-Lumut dan betul-betul diatas bukit di belakang satu projek baru yang dikenali sebagai Batu Gajah Sentral. (BG Sentral). Jalan masuk ketanah perkuburan ini boleh diakses melalui Taman Mewah dan juga disebelah Sek. Keb Sultan Yususf.

Kedudukannya diatas bukit dan betul-betul dibelakang BG Sentral menjadikanya ia satu kawasan yang cukup menarik untuk dijadikan kawasan perumahan. Tambahan pula, BG Sentral akan menjadi pusat bandar Batu Gajah yang baru di mana sebuah stesyen bas akan dibina.

Sekali pandang, tidak ada yang istimewa tentang isu ini. Mungkin ia hanyalah satu kes biasa demi pembangunan…tapi apabila melihat kepada papantanda projek dibawah ini menimbulkan banyak tandatanya.

Apa istimewanya Keris Properties?

Tanah Perkuburan Islam Kg. Ara Payong ini diuruskan oleh Qariah Masjid Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat dimana ADUN nya ialah Hamidah Osman. Keris Properties merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas ADUN Tronoh dari MCA, Datuk Lee Kon Yin.

Seperti yang selalu diperkatakan…Dibelakang seorang ahli politik Umno, terdapat seorang cukong MCA. Pemimpin Umno akan mencari kekayaan dengan menggunakan cukong MCA dan disokong oleh orang-orang Melayu yang bangang.

Datuk Lee Kon Yin sudah banyak kali mendapat tanah-tanah kerajaan dengan harga yang murah. Pada tahun 2001, Lee Kon Yin melalui syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd telah memperolehi sebidang tanah di Pusing, Batu Gajah, dengan harga yang cukup murah.

Lee Kon Yin pada masa itu merupakan ADUN Tronoh dan juga Pengarah Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah mendapat satu kawasan tanah kerajaan seluas 2.3 ekar untuk dimajukan. Tanah yang seluas 2.3 ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri daripada dua keping tanah.

Satunya, adalah bekas kuarters JKR yang didiami oleh bekas penyewa daripada JKR dan dua orang warga tua yang tidak berkemampuan. Kuarters tersebut telah dirobohkan dan penghuninya disuruh meninggalkan tempat tersebut dengan bayaran kos "perpindahan" di antara RM1,000 – RM2,000 sahaja pada bulan Disember tahun 2010.Tanah tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi 29 lot.

Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd hanya perlu membayar premium tanah yang rendah, iaitu, lebih kurang RM 226,000 untuk kesemua 29 lot tanah komersial. Jika dibandingkan dengan penduduk yang menetap di Kampung Baru Bukit Merah, Lahat, ketika permohonan tanah mereka diluluskan, mereka dikenakan RM40,000 premium tanah bagi tanah kediaman di kampung, adalah lebih tinggi daripada yang kena dibayar secara purata oleh Syarikat Panglima Bangsa ke atas setiap lot tanah komersial di Pusing ini.

Apa kaitan Hamidah Osman dengan Lee Kon Yin? Tunggu dulu. Pejabat Agama Islam Batu Gajah dan Pejabat Tanah dan Galian sedang sibuk bermesyuarat sekarang tentang tanah perkuburan ini.

Tunggu selepas mereka selesai bermesyuarat.

Related posts:

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Saari Sungip Sahkan Seksaan Ala Guantanamo <b>di Kamunting</b> - Blog

Posted: 18 Jun 2012 08:29 PM PDT


Dari Keadilan Daily

19 Jun 2012

Saari Sungip sahkan seksaan ISA ala Guantanamo

KUALA LUMPUR 19 Jun: Bekas tahanan, Saari Sungip mengesahkan wujud pelbagai deraan mental dan fizikal sepanjang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk dibogel dan kemaluan dijolok dengan kayu serta seksaan lain.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau menyalahkan polis atasan kerana menerapkan anggota bawahan dengan pendekatan deraan menyerupai ala Guantanamo terhadap tahanan yang belum dibuktikan bersalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu berkata, banyak ketidakadilan berlaku, antaranya dihalang bertemu ahli keluarga dan tidak dibenar berjumpa peguam.

"Tahanan tidak boleh hubungi sesiapa termasuk peguam dan keluarga selama 60 hari. Pada 90 hari pertama, tahanan diasing dalam sel berbeza.

"Selepas 60 hari, baru dapat jumpa keluarga, itupun dipantau. Langsung tiada akses kepada peguam melainkan keluarga buat kenyataan bertulis mohon peguam dibenar melawat.

"Apabila dibebas pula, tahanan disyarat hanya boleh 'buka cerita' selepas setahun," katanya menceritakan pengalamannya mengulas nota penyeksaan yang diseludup keluar dari Kem Kamunting.

Saari berkata, kezaliman ISA terserlah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditumbuk hingga matanya lebam.

Beliau menyeru lebih ramai peguam tampil memberi pandangan dan sokongan kepada bekas tahanan untuk memberi kekuatan kepada mereka supaya bercerita pengalaman ngeri ditahan ISA.

"Kesan seksaan memerlukan kekuatan untuk pulih dari trauma. Bukan mudah mahu ceritakan pengalaman," katanya yang mencatat penderitaannya dalam buku secara bersiri "Suara Dari Kamunting" dan "Siri Mansuhkan ISA."

Beliau ditahan ISA kali pertama pada 12 Oktober 1998 dan kali kedua, 10 April 2001.

Nota penyeksaan yang memperinci seksaan ala Guantanamo terhadap 45 tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak terbongkar.

Nota tanpa tarikh itu diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting oleh kakitangan kem dan diserah kepada Malaysiakini.

Seksaan itu berlaku, ketika proses soal siasat semasa individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Antaranya mangsa dipaksa menanggalkan pakaian dan hanya memakai pakaian dalam dan "digantung terbalik" daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman".

Selain itu, minyak panas dilumur ke kemaluan mangsa dan mencucuh kemaluan dengan api rokok.


— Keadilan Daily