Rabu, 7 Mac 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


sawah padi <b>di parit buntar</b> (rm50K) - CariGold Forum

Posted: 08 Feb 2012 09:42 PM PST

Forum Jump

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


PROGRAM BAHASA ARAB <b>DI</b> SAM Al-ULUM SYARIYYAH <b>BAGAN</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 11:48 PM PST

Antara peserta adik-adik tingkatan 1

Apa yang awak tulis ni ?

Program diadakan pada 26 Feb 2012 dengan jayanya.  Walaupun memakan masa selama 3 jam pergi dan balik, kru arabic2u meredah jalan ke sana semata-mata untuk menemui adik-adik pelajar yang cintakan Bahasa Arab.

Ustaz Nadzmi di awal ceramah

Kami suka Bahasa Arab

Belajar rajin-rajin yan adik

Program dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Nadzmi Nadzir dengan bantuan fasilitator lain.  Program bermula pukul 9pagi dan berakhir pukul 5 petang.  Terimas kasih kepada ustaz/zah dan guru-guru di sana yang menyambut kami dengan sempurna.

Santai, bersemangat dan ceria selama dalam program

Buat apa tu ?

Bengkel : Dengan penuh minat

Ismi.....-Askunu-fi-..............-antara-adik-yang-berani-tampil-bercakap-Arab

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


JOM JALAN MAKAN: Muzium Kapal TLDM, <b>Lumut</b> dan Marina Island

Posted: 24 Feb 2012 12:27 PM PST

Dalam beberapa minggu ni banyak betul cuti...haha. Kali ni balik jalan-jalan di sekitar kampung kat Manjung tu je la. Tapi nasib baik la di kampung ni banyak gak tempat pelancongan oleh itu cuti harus digunakan dengan sebaik-baiknya iaitu dengan melancong di tempat sendiri...hahaha

Di Lumut sekarang ada satu lagi tarikan terbaru iaitu muzium kapal perang TLDM yg terletak di Lumut Waterfront. Muzium terapung ni sebenarnya adalah sebuah kapal lama milik TLDM dijadikan muzium sempena Lumut sebagai bandar tentera laut. Kawasan ni sekarang menjadi tumpuan orang ramai kerana di sini gak terdapat sebuah food court tepi laut dan tapak permainan. Sesuai sangatlah pun kalau datang sini seisi keluarga.

Seterusnya kami pergi ke Pangkor Marina.Island. Di sekitar jeti Marina ni sekarang ada gerai-gerai makan yg dibina atas air. Malam-malam lepak-lepak minum kat sini memang best lah sambil menikmati pemandangan menarik di pulau buatan ni.


Dulu ramai yg jangka bila buka je feri baru kat Marina Island, pekan Lumut akan kurang meriah tapi sebaliknya yg jadi. Dua2 jeti penuh dengan orang dan pekan Lumut tetap sama malah sekarang makin meriah.  Tempat parking di kedua-dua jeti sentiasa penuh. Jeti lama di Lumut tetap jadi pilihan terutama bagi penduduk Pangkor sebab kat sini parking berbumbung. Harga tiket nak ke Pangkor sama je cuma kalau dari Marina Island kurang 10 minit dah sampai Pangkor.
Read previous post about Marina Island:

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


PKLP seterusnya <b>di TELUK BATIK</b> RESORT. - Kelab Pimpinan Al <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 07:46 AM PST


07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


36 Mangsa Banjir <b>Di Teluk Intan</b> Dipindahkan

Posted: 02 Mar 2012 10:17 PM PST

IPOH – Seramai 36 orang daripada sepuluh keluarga di dipindahkan apabila tiga buah kampung di Teluk Intan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, ketika dihubungi berkata semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Hitam sejak awal pagi tadi berikutan air naik sedalam 0.5 meter akibat limpahan Sungai Bidor.

Kampung terlibat ialah Kampung Ayer Hitam, Kampung Tengah dan Kampung SC.

Beliau berkata anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam turut membantu memindahkan mangsa terlibat.

Katanya seramai 200 orang daripada 76 keluarga terjejas akibat banjir semalam, bagaimanapun hanya 36 orang daripada 10 keluarga sahaja dipindahkan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Hi-Tea Strawberi <b>di Ipoh</b> « azamnecrone.com

Posted: 13 Nov 2011 12:00 AM PST

As-salam,..
berkesempatan bercuti beriadah bersama keluarga di Ipoh juga dengan entry yg agak santai.sebenarnya kedai ni dah lama berada di ipoh.mungkin ramai tidak percaya bahawa terdapat strawberi segar di Ipoh ni tanpa perlu kita ke Cameron Highland.haaa..inilah yg saya ingin ceritakan pada entry saya kali ini..

Tempat yg saya maksudkan ialah Singbery.kedai yg terletak di Ipoh Garden,belakang Parkson Ipoh Garden yg lama,yakni di sekitar kawasan hospital pantai di Ipoh.mengapa saya ke sini dan tidak ke Cameron Highland bagi menikmati strawberi?

Sebab utamanya adalah kerana saya ingin berehat.perjalan ke Cameron Highland agak memenatkan kerana keadaan jalannya yg berliku.tambahan pula saya hanya ingin menikmati strawberi segar,tak perlu teh,sayur-sayuran dan udara sejuk di Cameron.jadi buat ape perlu saya ke Cameron sedangkan di Ipoh buleh…

Menurut empunya kedainya,strawberi yg ada disini adalah segar dibawa turun dari Cameron Highland bagi tujuan jualan yg dipetik di ladang mereka sendiri.anda semua dapat memilih utk menikmati strawberi segar (tapi kt sini takde pokok la) yg disediakan disini.

ada juga mitos yg mengatakan bahawa jika kita bawa pulang strawberi itu ke tanah rendah (selain cameron lah) strawberi itu akan berasa masam.andaian itu silap,kerana dekat kedai ni strawberi ni tetap juga rasa manis.anda ble terus makan dari tray yg disediakan ataupon olah strawberi itu mengikut kemahuan.

oh ye,satu petua yg saya pelajari dari kunjungan ke kedai ini..jangan masukkan strawberi ke dalam peti ais.nnti buahnya itu akan masam.jika rumah kita ada penghawa dingin (sejukkan ke tahap mcm kt cameron) biarkan buah itu disuhu bili berpenyaman udara.insyaallah manis lagi..

begitu gembira sekali family saya melayan strawberi.insyaallah ada rejeki mesti ke cameron highland juga.tunggu adek sorfina ni besar skt bru pegi.oh ye,cuba la ke sini jika ada kelapangan.sehingga menulis lagi..terima kasih!

Tags: , , , , , , , , , ,

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Persisiran Sayong, Destinasi Pelancongan Terbaru <b>Di Kuala Kangsar</b>

Posted: 11 Feb 2012 11:51 PM PST

Daerah Kuala Kangsar yang cukup terkenal dengan jolokan Bandar Di Raja kini mempunyai satu lagi destinasi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Perak 2012.

Persisiran Sayong, yang terletak di tebing Sungai Perak, merupakan daya tarikan pelancong terbaru di daerah itu yang akan dibangunkan sebagai pusat aktiviti air.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata, sebagai permulaan, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan antara RM100,000 hingga RM150,000 bagi membeli sebuah bot untuk kemudahan membawa pelancong ke Persisiran Sayong dari jeti Lembah.

Katanya, bot yang mampu memuatkan sekitar 20 penumpang dapat memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri pengalaman menyeberangi Sungai Perak.

"Persisiran Sayong adalah produk pelancongan terbaru di Daerah Kuala Kangsar yang akan menjadi pusat aktiviti air seperti berkayak dan berakit selain lokasi penganjuran pesta sukan air dan pesta lanjut sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak.

"Kerajaan negeri mahu projek yang dibangunkan dengan kos RM17 juta, iaitu RM14 peruntukan daripada Agensi Pelaksana Koridor Utara (NCIA) dan bakinya daripada Kementerian Pelancongan dapat beroperasi sepenuhnya dan menerima kehadiran pelancong pada awal tahun depan.

"Selain itu, setiap kemudahan pelancongan yang dibina perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan program pengisian juga perlu diberi perhatian supaya Persisiran Sayong menjadi destinasi wajib bagi pelancong yang berkunjung ke daerah Kuala Kangsar," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Persisiran Sayong, hari ini.

Hadir sama, Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Abd Halim Hamid.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamidah berkata, apabila bilangan bot sudah bertambah, pihak Majlis boleh memperkenalkan pakej membawa pelancong dari jeti Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Perak ke Persisiran Sayong.

"Pelancong akan menaiki bot dari jeti R&R Sungai Perak sebelum mereka dibawa ke Persisiran Sayong.

"Selesai lawatan di sini, pelancong akan menyeberangi sungai ke jeti Lembah di mana bas akan menunggu sebelum mereka dibawa melawat sekitar pekan Kuala Kangsar pula," katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai projek itu, Hamidah berkata, sebuah pusat maklumat pelancong harus diwujudkan di Persisiran Sayong bagi memudahkan pelancong mengenali destinasi pelancongan di daerah berkenaan.

Katanya, salah sebuah bangunan di situ boleh dijadikan sebagai pusat maklumat pelancong yang dilengkapi dengan brosur lengkap berkaitan tempat menarik untuk dilawati seperti Masjid Ubudiah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

"Idea yang kreatif juga diperlukan bagi menarik kehadiran pelancong ke pusat ini dan tidak hanya tertumpu kepada memperkenalkan kraftangan tempatan seperti labu sayong dan tekat sahaja.

"Sebaliknya, ia perlu diperluaskan contohnya dengan menyediakan gerai jualan makanan ringan atau memperkenalkan kemudahan homestay yang membabitkan penyertaan penduduk kampung," tegasnya lagi.

Menurut Hamidah lagi, pihak Majlis juga perlu membina papan tanda atau ikon yang boleh dijadikan sebagai kenangan kepada pelancong yang melawat Persisiran Sayong.

Dalam perkembangan berkaitan, MPKK katanya, diminta mengenalpasti tanah bersesuaian untuk ditawarkan kepada sektor swasta bagi membangunkan lebih banyak hotel di daerah itu.

Kekurangan bilik penginapan di daerah itu katanya, perlu dipandang serius memandangkan Kuala Kangsar mempunyai banyak tempat pelancongan.

Projek Persisiran Sayong dibina di tapak seluas enam hektar dan mempunyai beberapa kemudahan pelancongan seperti galeri kraftangan, restoran pinggiran, jeti pelancongan serta tandas awam.

Ia dibina pada 2008 dan projek itu diserahkan kepada MPKK kira-kira tiga minggu lalu.

Sumber : Peraktoday.com Tarikh : 25 Oktober 2011.

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » TNB atasi gangguan elektrik <b>di</b> Puncak <b>Jelapang</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 03:01 PM PST

You are here: Home / Wilayah / TNB atasi gangguan elektrik di Puncak Jelapang Maju

IPOH 6 Mac – Masalah gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di sekitar Taman Puncak Jelapang Maju di sini berpunca kerosakan kabel voltan tinggi 22 kV di beberapa lokasi berbeza akibat kegiatan vandalisme.

Pengurus Besar Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Wan Kamizi Wan Ishak berkata, masalah tersebut juga berpunca bekalan kabel elektrik tersebut yang uzur ketika ini.

"Antara tindakan jangka panjang yang diambil TNB bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggantikan kabel berkenaan dan kerja-kerja itu dijangka selesai pada penghujung Disember 2012.

"Dengan kerja-kerja menggantikan kabel berkenaan, TNB menjangkakan masalah kekerapan gangguan bekalan elektrik di kawasan berkenaan akan dapat diatasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


:: Kamaluddin ::: Dengar cerita Shahrizat akan bertanding <b>di</b> Perak <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2012 07:29 AM PST

:: Kamaluddin ::: Dengar cerita Shahrizat akan bertanding di Perak PRU13 nanti. Parlimen Menglembu.. Jgn marah Ijat

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Manjung Mari: Lapangan Terbang Baru <b>Di Sitiawan</b> Perak..

Posted: 22 Jan 2012 08:44 PM PST

Email ni dah banyak hari aku terima, cuma aku KIV beberapa hari sebelum disiar.....

Assalamu'alaikum.,

Saya ada menerima berita di mana ia diprolehi oleh sahabat saya yang bekerja sebagai pilot di MAS. Menurut kata beliau satu lapangan terbang akan dibina di Sitiawan iaitu dikenal pasti di padang lapangan terbang berhampiran di mini stadium astaka. Padang ini kebiasaannya menjadi tempat riadah masyarakat setempat di sekitarnya. Lapang terbang ini adalah usaha sama Rosmah Mansor (isteri Najib) dengan Tony Fernandes (air Asia). Pelan pebangunan ini telah siap dan sahabat saya telah melihatnya di dalam jabatan MAS yang menunjukkan kawasan lapangan penerbangan baru di Malaysia. Kini MAS telah mengalami kemerosotan. Akibatnya bon 747 telah habis dijual kesemuanya. Lapangan terbang baru yang dibina di LCCT (kalau tak silap) bertujuan untuk menggantikan kawasan penempatan penerbangan AirAsia tidak diendahkan oleh Tony Fernandes dan Rosmah dalangnya. Bahkan MAS telah memberikan 3 tahun beroperasi dilapangan KLIA tanpa mengenakan apa2 bayaran. Ekoran pembinaan lapangan terbang di Sitiawan, berkemungkinan besar banyak penempatan disekitarnya terutama penduduk tempatan dipaksa ambil bertujuan menyiapkan lapangan tersebut. Bahkan pilot telah ditawarkan pemeberhentian kerja jika tidak senang dengan keadaan yang menimpa MAS kini. Mungkin MAS akan terkubur jika perlakuan tamak si Rosmah terus berleluasa. 28.01.2012 Najib dan Rosmah akan datang ke Sitiawan untuk majlis apa aku tak tau la. Kini kerja pembaikan pulih jalan,perparitan sedang sibuk dijalankan.

Tak tau nak ulas macam mana, aku dah tanya kepada kawan-kawan, banyak yang tak berapa nak mempercayainya kalau nak dibuat di padang lapangan terbang tu, kerana tanah tapak untuk lapangan terbang ada disediakan di kawasan Simpang Dua dekat dengan Kampung Gurney, sekarang ni tanah tu diusahakan untuk pertainan tanaman kontan...
Tetapi bila difikir balik, main dengan kerja-kerja jahat UMNO ni, bukan dia kira apa,, yang penting projek dia ada masuk sama,,, teringat balik bagaimana terjadi kepada pesawah padi di Kerpan Kedah, yang diambil tanah sawah dijadikan kolam udang satu ketika dahulu, begitu juga satu tanak perkampungan di Melaka yang diambil oleh Petronas sewaktu zaman Rahim Tambi Cik menjadi Ketua Menteri Melakaq,
Cuma sekarang dok ingat imbau-imbau balik, sekarang ni siapa menteri pengangkutan,, kemudian kaum mana yang majoriti memeliki rumah kediaman dipersekitaran Kampung Serdang Setiawan, rumah-rumah banglo ditepi pada lapangan terbang tu majoriti kaum siapa punya,,
Jika nak dibandingkan dengan tapak tanah yang disediakan di Simpang Dua Kampung Gurney tu kaum mana yang menjadi majoriti penduduk berhampiran disitu... Kemungkinan berlaku seperti yang diceritakan dalam email itu aku rasa bakal berlaku, kerana kerusi DUN Setiawan mati idup balik pun BN tak akan dapat, jadi faham-fahamlah,, apa akan berlaku pada penduduk-penduduk melayu disitu,,, parti UMNO dah tak ambik kisah,,, sama seperti nasib Cikgu Jauhari bekas Ketua Penerangan UMNO Lumut yang aku cerita sebelum ini yang rumanya pun berhampiran dengan padang Astaka,
Kalau benar-benar itu berlaku, maka penduduk-penduduk melayu akan semakin terpinggir dari pekan Stiawan,,, cukuplah tanah tapak perumahan kuarter kerajaan di hadapan The Store Stiawan dah dirobohkan....
Apa pun kita tunggu, mana tahu pada 28 hb nanti, pada majlis CNY Kebangsaan yang akan diadakan di padang tersebut, Najib akan buat pengumuman... .....

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Makan AisKrim Goreng <b>di</b> R&R <b>Tapah</b> ~ AbgferOz

Posted: 14 Dec 2011 04:39 AM PST

 Perjalanan balik ke kampung perak..
heee.. tadi dalam perjalanan balik kampung kat perak singgah sebentar
di R&R Tapah.. oleh kerana pagi tak makan ape-ape
so kitaorg bercadang breakfast kat situ..
bila tiba kat kedai nasi lemak nie tengok harga dia
rm2.50 untuk nasi lemak biasa..
err... 3 orang makan rm12.50
heeee.. terbaek.. nasi lemak je dah Rm12.50 tak termasuk air
then bila nak gerak je terperasan plak kedai jual aiskrim goreng
so try la beli 1... bile test rase mcam sedap la plak..
then beli 2 lagi.. hee baru la sempat nak tangkap gmbar..
yang 1st punya tak sempat nak tangkap dah habis kna telan :P
heee....nantikan cerita cerita lain plak..
weee.. tadi ada tngkap gmbar dengan burung lovebird
jinak sehh.. esok baru post gambar dia :P

✖ LIKE jika anda suka Cerita ini...Thanks ✖

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


DPPK PDG <b>RENGAS</b>: PAS TEMBUSI KUBU KUAT UMNO <b>DI</b> KG <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 08:59 AM PST

Ucapan Aluan daripada Ustaz Iskandar (Ketua Cawangan Pas)
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amrah (Bendahari Dewan Pemuda Pas Kawasan Pdg. Rengas)
Dr. Azalan bersama penduduk tempatan yang hadir
Dr Azalan menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan




Tahniah kepada penubuhan cawangan Pas yang baru di Kg. Chegar Galah. Kawasan yang menjadi antara kubu kuat UMNO kini berjaya ditembusi. Di samping berjaya menubuhkan jawatankuasa penaja Pas Cawangan Chegar Galah, ianya diserikan lagi dengan program Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Majlis dimulakan dengan mesyuarat jawatankuasa penaja cawangan. Diikuti dengan dengan tazkirah dan solah Asar berjamaah di masjid Kg. Chegar Galah. Seterusnya ceramah Maulidur Rasul diadakan di Dewan Orang Ramai, Kg. Chegar Galah yang disampaikan oleh Al- Fadhil Ustaz Amrah (Bendahari Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas)
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada penduduk tempatan yang disampaikan oleh Dr. Azalan Radzi (Naib YDP Pas Kawasan Padang Rengas).
Majlis di akhiri dengan jamuan minum petang sambil diserikan dengan alunan nasyid oleh anak- anak tempatan di Kg. Chegar Galah.
Kini penduduk tempatan mula sedar tembelang sebenar pimpinan UMNO apabila penyalahgunaan kuasa dan kerakusan pimpinan UMNO membina kekayaan sendiri mula terserlah.
Bermula dengan isu pemberian tanah yang pernah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, penyelewengan hasil di tanah wakaf oleh pimpinan UMNO dan bermacam- macam lagi penyelewengan yang telah membuka mata penduduk tempatan.
Tahniah penduduk Chegar Galah yang tidak lagi sanggup diperbodohkan oleh UMNO/ BN.

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Manjung Mari: Imam Masjid Daerah <b>Pengkalan Hulu</b> akan menjadi <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 05:42 PM PST

Sebagai maklumat awal untuk program Konsert Khalifah Seni malam ini..
Ustaz Mohd Huri bin Alias, rasanya warga daerah Manjung semua mengenali beliau, kerana pernah menjawat Imam di Masjid Lumut dan Masjid Daerah Manjung, kemudian di bertukar ke masjid Sultan Azlan Shah Ipoh dan sekarang bertugas sebagai Imam di Masjid Daerah Pengkalan Hulu...
Beliau bersedia akan menjadi pengacara (Deejay) untuk Konsert Malam ini,, apakah Ustaz Huri pun akan memetik gitarnya.... sama-sama kita hadir ke tapak konsert malam ini... Berhibur sambil beramal....

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Pembantu gerai <b>di bidor</b> | Malaysia Job & Career

Posted: 04 Nov 2011 07:43 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Bidor, Perak – kami di papa sate membekal sate mentah sekitar slim river, trolak, besaot, sungkai, bidor, tapah, kampar , gopeng, harga seperti berikut : ayam : 0.45 – jual RM0.60 daging : 0.55 – jual RM0.70 rusa : coming ...

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Ketua Pendakwa Syarie <b>negeri Perak</b> dipenjara 8 <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 12:47 AM PST

KUALA LUMPUR — Ketua Pendakwa Syarie Perak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan denda RM55,000 atas empat pertuduhan meminta dan memperoleh suapan sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan atas satu kes khalwat.

Shahrunnazri Abdul Samad, 40, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa beliau bertugas sebagai Ketua Pendakwa Syarie yang merupakan jawatan tertinggi Bahagian Pendakwaan Syariah di negeri Perak.

Beliau dituduh di bawah seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagi pertuduhan pertama, Shahrunnazri secara rasuah meminta suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Mohamad Asri Bin A. Bakar sebagai dorongan supaya tidak meneruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh secara rasuah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM1,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh turut memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM2,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes yang sama.

Pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa telah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM2,000 melalui akaun simpanan Maybank untuk diri tertuduh sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM25,000 bagi pertuduhan pertama.

Manakala untuk ketiga-tiga pertuduhan berikutnya, hakim telah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Pendakwaan telah dijalankan di hadapan Hakim Tan Hui Lim, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa manakala tertuduh diwakili oleh Abdul Roni Abd Rahman & Co.

Bagi kesalahan di atas jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan.

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Ladang Fidlot <b>di Manjung</b> ni keluarga <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 06:09 PM PST

[unable to retrieve full-text content]PARIT : PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang. Timbalan ...