Ahad, 18 November 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Wedding pertama selepas bergelar puan <b>di Hutan Melintang</b>, Perak

Posted: 03 Jun 2012 12:35 AM PDT


Sekian lama ketandusan idea untuk menghapdet entry, akhirnye hari ni ade perisian untuk dikongsi bersama..tapi bukan perkongsian ilmu..haha..perkongsian gambar aku menghadiri wedding sepupu aku selepas aku selamat bergelar puan pada 21hb apr 20012 dengan sekali lafaz..ecewah... ;)..sebelum ni banyak sangat jemputan yang aku tak dapat attend..sebab aku kene keje on weekend lah..incik suami ade job shoot gambar kawen lah...dan macam-macam lagi lah..

Awal pagi sabtu,sebelum subuh lagi family aku dari Pahang dah sampai KL..hajatnye nak mandi-manda kat umah aku sebelum bergerak ke Perak..tapi, disebabkan mak aku tak nak naik umah aku yang tinggi ni, makanye plan bertukar untuk mandi-manda di Sg. Besar..

Lepas tu sambung perjalanan ke Hutan Melintang, Perak..kuar je dari kete, terus aku suruh anak buah aku amik gambar aku dengan incik suami..sebab, rasenye lepas kawen takde gi gambar ala-ala berdating gini dengan beliau..hehe...gambar tangkap sendiri tak syiokkk....=p

 Harusla nak tempel besau-besau gambar aku kan..hihi..aku ni memang seorang kazen yang sangat 'bagus' kan..tak nyempat-nyempat nak wrapping adiah kawen..letak je dalam paper beg Sogo tu..punye la malaskan..siap tampal dengan selofin tape lagi kat bahagian atas..

Anak buah aku yang tangkap gambar di atas kate, "makcik!paman peluk makcik!" aku pun cakap.."ye ke?mane de.." dengan penuh semangat die view balik gambar tu..dan tunjuk..."haa..ni..tangan paman kat bahu makcik.." betape caringnye anak buah aku ni kan...

 wif my sis!kitorang ni memang sakan bergambar...pantang free sikit..nak posing je..jadi, tak payah la aku tempel banyak-banyak gambar kami berposing sakan di pelamin ye...
Ni pulak gambar dengan family aku...ade sepupu dan ibu saudaraku jugak di situ...
 Bersama sepupu yang kami raikan di pelamin...hehe....sepupu aku yang pompuan tuh..


Sebelum balik, amik gambar kat depan umah kampung ni..umah ni banyak sangat kenangan waktu aku dan adik beradik serta sepupu sepapat aku kecik..

pernah jatuh tergolek kat tangge...pernah main meriam kat laman umah ni..pernah lari dari umah dengan beskal sebab merajuk dengan makcik yang suke cubit aku sebab anak die yang suke mengadu..pernah kene menapak nak  balik umah ni time raya sebab kete tak boleh masuk bile musim hujan..pernah kene iron baju pakai iron arang..pernah jugak minum air yang masuk gune kayu api..dan of koz la aku pernah mencari kayu api untuk arwah embah@ nenek aku masak..

yang paling tak boleh lupe kenangan tahan perut supaya tak membuang air besar kat kampung...punccanye..umah tu dulu takde jamban..jadi bile sakit perut, mesti tunggu geng..lepas tu bawak ubat nyamuk masuk hutan...carik port pokok yang strategik...lepas tu akan kedengaran suara-suare sumbang.."wei..dah ke belum?"  "jap jap..belum lagi" lepas tu ade plak sepupu yang lain.. "cepat la woii...nyamuk banyak ni!" lepas tu ade g dialog mase 'termenung' tu.."woi!ade kura-kura la kat sini.." ngahahahahahahaha...tapi memang ade kura-kura..kan dalam hutan..

Topic perbualan dengan sepupu sepanjang ari kenduri tu pasal kenangan masa zaman kanak-kanak..memang terbahak-bahak gelak...tu baru sikit berkumpul..sepupu yang sampai lambat tu, tak sempat nak join bercite kisah zaman kanak-kanak..hehe..

korang ade cite yang sukar dilupakan masa zaman kanak-kanak bile balik beraya di kampung?



07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Belog Miss Kinuko: BERCUTI <b>DI TELUK INTAN</b>, PERAK

Posted: 03 Oct 2012 07:32 PM PDT

Al-kisah, Teluk Intan  tempat aku dibesarkan dari baby sampailah umur aku mencecah 10 tahun...walaupun aku dilahirkan di Batu Pahat, Johor, tapi parents aku menetap di Teluk Intan ketika itu...lepas umur aku 10 tahun, parents aku ambil keputusan untuk pindah balik ke tanah air sendiri....sadis jugak aku masa tu apa taknye, di Teluk Intan tu banyak kenangan manis yang susah untuk aku lupakan selain orangnye baik2, makanan sedap2, bandar tak berapa sibuk macam kat Johor...dan yang paling penting aku ada keluarga angkat di sana...mereka lah yang mengasuh aku dari baby sampailah dewasa...air tangan mak angkat aku memang power (sama power dengan mak aku sendiri) abah angkat aku pun baik & penyayang orangnye..sebab tu la hingga ke hari ni family aku masih mengenang budi diaorang..dah macam family sendiri!
4 hari berada di Perak, rasa sekejap je...rasa tak puas....seronok sangat bila mak angkat aku melayan selera aku & adik aku yang mengade2 lebih tu..hehe...paling best bila kitaorang pekena sambal tempoyak, gulai tempoyak ikan keli, nasi goreng (paling sedap di dunia), bihun goreng & macam2 lagi...stay 4 hari je berat badan aku pun meningkat...tu belum campur tolak kali bahagi makan kat luar...sambil jalan2, sambil makan masakan orang Perak....sedap2 belaka beb!!!
Nasi goreng paling sedap yang pernah aku rasa..!!
Breakfast yang sungguh menyelerakan!!
Dinner di tepi Sungai Teluk Intan
Lepas makan, lepak di Dataran Menara Condong Kiri : mak angkat, mak kandung..cyg kamu berdua!!hehe Aku pun enterprem jugak.. Bergambar kenangan di rumah family angkat ku...

Insyaallah tahun depan, aku akan ke Teluk Intan lagi...kali ni
kitaorang rancang nak bercuti ke Pulau Pangkor..
tak sabar nak tunggu!!


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Kek Perkahwinan <b>di</b> Kampung Tersusun Tasek, <b>Bercham</b> - Fondant <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2012 07:09 PM PDT

Kami mementingkan kualiti dan keenakan coklat. Oleh yang demikian kami memilih jenama coklat yang sedap dan enak dari Beryl's Chocolate dan Barry Callebaut Malaysia. Produk coklat dari jenama ini telah disahkan halal. Jadi para pengguna sekalian tak perlu lagi risau..:D

PILIH JENIS COKLAT

1. Milk Chocolate Compound
2. Dark Chocolate Compound
3. White Chocolate Compound

WARNA PUN BOLEH PILIH JUGAK...mengikut tema masing-masing :D

Pink
Merah
Kuning
Hijau
Deep Orange
Biru

* Kalau nak warna lain pun boleh beritahu yer..(jika ada) :D

Pilih 'Chocolate Pattern'

1. Lollipop (Sila lihat gambar di bawah)
2. Love
3. Rose / Flower
4. Leaf
5. Shell
6. Fruit (Nenas)
7. Kipas
8. Fish / Butterfly / LadyBird / Bear / Cat Face / Rabbit Face
9. Nombor ( 0-9 )
10.Huruf ( a-z )
11. Keretapi / Kereta/ Kapal ( XXL )

PILIH INTI

1. Tiada Inti
2. Almond
2. Hazel
3. Peanut Butter
4. Kismis

PERISA

Kebiasaannya bagi LOLLIPOP CHOC boleh diletakan perisa jika mahu la...:D

1. Strawbery - sesuai bagi yang berwarna merah/pink
2. Jagung - sesuai untuk semua warna
3. Pandan - sesuai bagi yang berwarna hijau
4. Orange - sesuai bagi yang berwarna oren
5. Vanilla - sesuai bagi semua warna
6. Laici - sesuai bagi semua warna
7. Coffee
8. Cappucino

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


My Small World: Volkswagen <b>di</b> bumi <b>Jelapang</b> Padi

Posted: 17 Nov 2012 04:00 PM PST

Rupanya FA Wagen VW kat Glenmarie dah buka cawangan kat Alor Star Kedah dah. Nasib tak jumpa SA yang dikenali. Saje je nak datang sini kot2 ada key chain VW. Cari kat Glenmarie dah habis stok. Memang takde stok dah kot 1 Malaysia ni.
FA Wagen cawangan Alor Star Kedah
Kereta ni pernah menjadi kereta favourite i. I suka yang warna merah. Apa ke ruper gitu Dania ni???
Touareg yang berharga RM400,000 +++
Boot belakang yang sangat luas

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Batu vs Kayu: Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 03 Nov 2012 12:58 AM PDT

Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.
Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.
"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.
Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".
Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.
Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.
Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.
ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.
NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Peniaga sokong MBI bina pasar baru <b>Tanjung Rambutan</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 09 May 2011 12:05 AM PDT

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, demikian perumpamaan yang menggambarkan sikap kerjasama lebih 100 peniaga pasar Tanjung Rambutan yang kini menyokong penuh projek membina sebuah pasar baru yang dijangka bermula sekitar Julai atau Ogos depan.

Walaupun di peringkat awal terdapat sekumpulan kecil peniaga membantah, masalah itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik hasil perbincangan dan penerangan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Ahli Majlis Tempatan.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim, berkata jika tiada aral melintang, projek membina pasar baru Tanjung Rambutan yang mendapat peruntukan RM5.8 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dijangka dapat dimulakan sekitar Julai atau Ogos depan.

Katanya, bangunan pasar lama dikekalkan tetapi akan diubahsuai menjadi pusat jualan makanan yang serba moden dan diperindahkan lagi dengan landskap menarik bagi menarik kehadiran pengunjung.

Projek itu katanya, dapat diteruskan hasil persetujuan majoriti peniaga pasar Tanjung Rambutan walaupun pada peringkat awal, sekitar 20 peniaga di situ membuat bantahan kepada MBI.

"Pembangunan pasar baru dan pusat penjaja di Tanjung Rambutan ini perlu diteruskan memandangkan kawasan sekitarnya akan menjadi tumpuan ramai apabila Kolej Kesihatan Bersekutu Hulu Kinta beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.

"Dengan lebih 2,000 pelajar dan 600 tenaga pengajar kolej, kita perlu menyediakan kemudahan asas terbaik kepada penduduk di sini, sekaligus membangunkan sektor sosio-ekonomi tempatan terutamanya peniaga di pasar baru Tanjung Rambutan.

"Selain itu, masalah 94 peniaga tanpa lesen juga dapat diselesaikan apabila pasar baru ini beroperasi sepenuhnya kerana ia menyediakan 232 lot niaga yang ditempatkan di bawah satu bumbung. Selain itu, peniaga juga tidak perlu berpindah kerana tapak baru hanya terletak bersebelahan pasar lama," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima memorandum daripada sekumpulan peniaga pasar Tanjung Rambutan, diketuai Raja Soorian yang menyatakan sokongan terhadap pembinaan pasar baru itu yang dijangka siap sepenuhnya Januari 2013.

Dalam perkembangan berkaitan, Roshidi berkata, apabila pasar baru itu siap kelak, ia akan memberi keselesaan kepada pengunjung kerana menyediakan 139 tempat letak kereta, 64 (motorsikal) dan 11 (lori kecil).

Sementara itu, peniaga sayur, T Yogeswaran, 30, berkata hasil penerangan daripada MBI dan wakil Ahli Majlis tempatan, beliau mengambil keputusan untuk menyokong pembinaan pasar baru kerana keadaan persekitaran yang sesak dan tiada jaminan keselamatan di pasar lama.

"Dengan pasar baru itu nanti, saya berharap dapat berniaga dalam suasana yang lebih selesa berbanding ketika ini," katanya yang berniaga di pasar Tanjung Rambutan sejak 15 tahun lalu.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> PPD <b>Manjung</b>

Posted: 13 Nov 2012 05:35 PM PST


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berketurunan cina yang berkelayakan
untuk mengisijawatan kosong yang tersebut di bawah ini:-

1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

Tamat Tempoh lklan 19 November 2012

Maklumat lanjut dan borang permohonan sila klik sini

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Kuala Gula - Santuari Burung dan <b>Kuala Kurau</b> - Asam Garam 2 <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 02:21 AM PDT


Assalamualaikum.

Kali ni saya nak bawa kowang sumer ke Kuala Gula dan Kuala Kurau, Perak. Mesti ada yang tak tahukan apa yang ada kat Kuala Gula dan Kuala Kurau ni. Sebabnya tempat ni bukan ler glemer sangat macam lain-lain tempat kat Daerah Kerian ni. Mungkin Daerah Kerian ni kena lebih fofularkan kawasan-kawasan yang best yang ada dalam daerahnya supaya dapat tarik lebih kedatangan pelancong. Sebab kat Daerah Kerian ni pun ada gak tempat-tempat yang menarik tau. Macam Kuala Gula ni ler.


Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Berhampirannya ialah Pulau Kelumpang, sebuah pulau yang terdapat di dalam hutan simpan tersebut, disempadani oleh Sungai Selinsing di bahagian tenggara, Sungai Kelumpang di bahagian timur laut dan kawasan laut di bahagian baratnya. Keseluruhan Pulau Kelumpang dikelilingi oleh pantai berlumpur yang baru terbentuk di mana anak-anak pokok Api-api (Avicennia spp.) hidup di atasnya. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.

Kuala Gula mempunyai pelbagai jenis habitat tanah lembap yang terdiri daripada dataran lumpur, hutan paya bakau, muara sungai dan sistem-sistem sungai. ladang-ladang kelapa sawit dan kawasan sawah padi juga mempunyai liputan yang luas di Kuala Gula. Ia terletak di lokasi paling utara Hutan Simpan Paya Bakau Larut-Matang di Daerah Kerian, Perak. Kedudukannya lebih kurang 50km ke barat Taiping, 126km ke barat-laut bandar Ipoh dan 80km ke selatan dari Pulau Pinang.



Kuala Gula sebenarnya telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya penting dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini. Setiap tahun, pelbagai spesies burung singgah di Kuala Gula dalam laluan migrasinya. Terdapat beberapa laluan migrasi di dunia dan Malaysia terletak dalam laluan East Asian-Australasian Flyway.


Pelbagai spesies burung air/berhijrah boleh ditemui bermula daripada akhir Ogos hingga April setiap tahun. Spesies-spesies yang dikelaskan sebagai terancam oleh IUCN seperti burung Botak Upeh (Mycteria cinerea), burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus), burung Bangau China (Egretta eulophotes) dan burung Kedidi Kaki Hijau (Tringa nebularia) juga boleh didapati di sini. Kewujudan hutan paya bakau di Kuala Gula menyediakan kawasan persinggahan, kawasan berehat dan kawasan bersarang yang amat sesuai untuk pelbagai spesies tempatan di sini. Selain daripada itu, beting pasir dan beting lumpur menyediakan pelbagai sumber makanan yang diperlukan oleh burung-burung ini seperti ikan, ketam, siput dan cacing. Di Malaysia, sebahagian besar daripada spesies burung-burung di sini dilindungi bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 76/72.
Santuari Burung Kuala Gula menyediakan kemudahan chalet untuk pelancong yang ingin menginap dan merasai keindahan alam semulajadi paya bakau dan didiami oleh beribu-ribu burung yang singgah dari pelusuk dunia, Santuari Burung Kuala Gula juga menyediakan kemudahan seperti restoran, ekspedisi, bot pelancong serta kemudahan asas yang lain untuk pelancong menikmati cabaran alam semulajadi yang tenang.Malah pelancong juga boleh bersiar-siar menaiki bot untuk meneropong dan melihat sendiri burung-burung yang singgah di paya bakau Santuari Burung Kuala Gula ini.
Masa saya cari cerita pasal Kuala Gula ni, saya baru tahu yang terdapat satu tapak Arkeologi di Pulau Kalumpang, Kuala Gula, Perak ni. Yang ni saya tengok kat blog Rosli's Site. Tapi tak der le pulak apa-apa penerangan yang dia berikan. Bagi yang nak ke sini lepas je ke Kuala Gula boleh ler lajak-lajak ke Bukit Merah Laketown untuk berhibur dan mandi-manda. Lokasinya dekat je so ala-ala menyelam sambil minum air heheh.

Kuala Kurau pula terletak di dalam Daerah Kerian, Negeri Perak merupakan sebuah pekan yang terletak di pinggir Sungai Kurau dengan persekitaran perkampungan nelayan dan petani. Persekitaran desa dengan aktiviti industri desa dan kraftangan di samping aktiviti berkaitan perikanan seperti pendaratan hasil laut, memproses belacan dan ikan kering, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan udang telah menjadi aset pelancongan di sini. Kawasan pinggir pantai Kuala Kurau juga amat terkenal sebagai kawasan ternakan kerang.

Kalau nak ikut sejarahnya ada orang-orang tua dulu kala ceritakan bahawa ianya dibuka sekitar tahun 1800 dahulu. Namun setakat ni beluma da tarikh sebenar mengenainya. Ia dikatakan bermula dari penghijraan beberapa keluarga melayu Perak yang meneroka kawasan ini untuk bersawah dan menangkap ikan. Maka bermula dengan itu sejak dari hari ke sehari Kuala Kurau di datangi pendatang dari pelbagai kaum dan tempat. Kini peratusannya lebih dikuasai oleh penduduk berbangsa cina.



Di zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan menjalankan perdagangan. Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai seuah pelabhan import dan eksport yang lengkap degna pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (jabatan Syahbandarm, Kuala Kurau). Terbitnya nama Kuala Kurau ni adalah gabungan dua perkataan iaitu Kuala kerana kedudukannya di muara sungai dan Kurau pula adalah sejenis nama ikan yang masyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut suatu masa dulu.
Jika ingin melihat kehidupan nelayan, menyusuri sungai Kurau adalah langkah yang paling baik. Kampung Nelayan, Kampung Tok Ngah dan Kampung Raja Bashah boleh dilawati sepanjang persisiran Sungai Kurau. Sejarah pelabuhan Sungai Kurau yang tidak dibukukan turut berupaya menjadi aset utama pelancongan di Kuala Kurau. Elemen-elemen pelabuhan dapat dilihat di sini seperti papan tanda had pelabuhan, tempok dan pelantar konkrit (sebahagian sudah dirobohkan) dan laluan keretapi (sumber lisan) dan bangunan-bangunan lama di Pekan Kuala Kurau