Rabu, 1 Ogos 2012

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


<b>JELAPANG</b>: KCS BAKAL MB KEDAH?

Posted: 21 Jul 2012 07:53 PM PDT

Menurut seorang penulis kolum di Utusan Malaysia beberapa hari lalu: "Apa sekali pun, tanpa diragui KCS nampaknya begitu setia sekali dengan pemerintah pusat. Jika beginilah setianya pegawai-pegawai KCS ini kepada pusat, mereka layak dipilih untuk bertanding dalam PRU kelak." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

KCS merujuk kepada pengawai-pegawai kanan perkhidmatan awam negeri Kedah termasuk pegawai-pegawai daerah di 15 daerah di Kedah.
Spekulasi mengenai KCS menjadi MB Kedah sudah lama berlarutan terutamanya ada berita kononnya Najib Razak menyalurkan peruntukan khas kepada pegawai-pegawai KCS untuk melaksanakan program-program kecil politik termasuk memperbaiki dan membina rumah rakyat termiskin di daerah-daerah di Kedah.

Tindakan Najib ini dikatakan tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin bahagian kerana pertama, kosnya lebih rendah dari kos yang dibuat oleh ahli-ahli politik dan kedua, DO ini lebih kuah dari sudu dan sudah mula menyimpan cita-cita politik.

Maka, tersebar khabar angin bahawa dibeberapa kawasan DUN, KCS akan diletakkan sebagai calon. Malahan ada yang mengatakan KCS juga bakal menyandang jawatan Menteri Besar apabila Umno menang di Kedah nanti.

Antara nama-nama yang disebut sebagai bakal MB ialah Pegawai Daerah Pendang Nordin Yahya (gambar atas sekali) dan Ketua Eksekutif SADA Adzmi Din (gambar).

Najib telah menyatakan bahawa beliau sedang dalam proses mentransformasikan politik.

Di Kedah, ada Ketua Bahagian yang sudah terlalu lama berkhidmat sehingga ditewaskan pada PRU-12 dulu tetapi masih menyimpan cita-cita untuk mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi Adun dan Ahli Parlimen.

Seperti mana di Selangor, ada spekulasi yang mengatakan ahli korporat bakal dipilih sebagai MB Selangor yang baru sekiranya Umno kembali bertakhta, perkara yang sama mungkin berlaku di Kedah.

Mungkinkah Adzmi dipilih sebagai MB? Atau mungkin kah Nordin yang terpilih?

Bagi Jelapang, Mukhriz Mahathir masih lagi calon favourite untuk menjadi MB sekiranya mendapat sokongan dari semua bahagian di Kedah.

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan <b>di</b> Jalan <b>Tanjung Tualang</b>-Batu

Posted: 29 Feb 2012 11:05 PM PST

Sepasang suami isteri maut manakala seorang lelaki cedera parah apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan di KM18, Jalan Tanjung Tualang-Kampung Gajah semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Sulaiman, ketika dihubungi berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian 6 petang itu ialah pemandu kereta Mokhtar Tak, 74, dan isterinya, Mahiyan@Masalamah Ariffin, 60, yang berasal dari Jalan Manggis, Bandar Baru Seberang Perak.


Mohd Fakri berkata, Masalamah yang cedera parah di kepala meninggal dunia sejam selepas dirawat di Hospital Changkat Melintang, Parit manakala suaminya yang dirawat di Hospital Batu Gajah meninggal dunia pada 7.30 malam tadi.

Katanya, pemandu sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, Mustafa Salimin, 29, yang berasal dari Gopeng, cedera di kepala dan dirawat di Hospital Batu Gajah.

Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu Mokhtar bertembung dengan kereta Mustafa yang datang dari arah bertentangan.

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Kesesakkan Laluan Pasir Putih-Lahat <b>di</b> Jambatan Sg. <b>Kinta</b> akan <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2012 11:21 PM PDT


Lebih 20,000 pengguna harian di laluan Pasir Putih-Lahat di sini, bakal menikmati kemudahan jalan raya yang lebih efisyen apabila kerja-kerja menaik taraf jambatan bernilai RM8 juta siap sepenuhnya hujung tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Dato' Hamidah Osman berkata, jambatan menyeberangi Sungai Kinta sepanjang 111 meter itu akan dilebarkan menjadi 23.4 meter berbanding saiz sedia ada iaitu 12 meter.

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf jambatan itu akan dimulakan pada Oktober ini dan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 bulan untuk disiapkan.