Ahad, 28 Ogos 2011

07 di manjoi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di manjoi - Google Blog Search


FUYOH! PASARAYA MYDIN AKAN DIBUKA <b>DI</b> GUGUSAN <b>MANJOI</b>!

Posted: 16 Aug 2011 05:00 AM PDT

Gugusan Manjoi, perkampungan Melayu tradisional terbesar di Malaysia dijangka berubah menjadi sebuah perkampungan yang serba moden apabila pasaraya Mydin, gedung jualan borong dengan harga berpatutan mula beroperasi menjelang April tahun depan.

Projek yang dibina dengan kos RM50 juta itu juga bakal menawarkan kira-kira 300 peluang pekerjaan kepada anak tempatan serta memberi peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana (IKS) di kawasan sekitarnya memasarkan produk mereka di pasaraya itu.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata pihaknya juga menyediakan 18 lot kedai dan lapan lot gerai makanan untuk disewa kepada penduduk yang berminat untuk berniaga dalam pasar raya itu.

"Keutamaan pastinya diberi kepada penduduk tempatan untuk menyewa lot kedai dan gerai makanan yang disediakan dalam pasaraya ini.

Read more...

07 di parit buntar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di parit buntar - Google Blog Search


Pusat Khidmat Parlimen <b>Parit Buntar</b> jejaki keluarga kurang <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2011 09:01 PM PDT


PARIT BUNTAR, 27 Ogos : Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar mengucapkan terima kasih kepada beberapa organisasi yang memberi kepercayaan kepada mereka menjejaki keluarga kurang bernasib baik bagi membantu golongan tersebut khususnya di bulan Ramadan ini. Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdel Fadel Ahmad berkata, program menjejaki dan seterusnya memberi bantuan kepada golongan tersebut telah diadakan di beberapa buah kampung di Parit Buntar. " Antara organisasi yang turun padang menyumbangkan derma ialah Surau An-Nur, Sungai Nibong Pulau Pinang, PAS Cawangan Permatang Pauh dan KTM Perai. " Pihak penderma menemui 32 keluarga yang dipilih di rumah keluarga tersebut dan menghulurkan sumbangan" katanya Hamdan berkata, banyak organisasi meletakkan kepercayaan kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar untuk menjejaki insan yang kurang bernasib baik. " Keluarga yang dipilih adalah yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik. " Pihak penderma melihat sendiri keadaan kehidupan keluarga yang dibantu. Bantuan diberikan kepada keluarga yang dipilih ini secara terus " katanya Hamdan mengalu-alukan para dermawan yang mahu memanfatkan bulan Ramadan penuh keberkatan ini untuk terus menyumbang dan membantu golongan yang kesempitan di Parit Buntar "Kami cuba menyalurkan sebaik mungkin sumbangan anda itu kepada pihak yang memerlukan. " Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyumbang dan penderma yang memberi kepercayaan kepada kami" katanya
Pihak penderma mengunjungi rumah sebuah keluarga yang di bantu


07 di bagan datoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Dewan Pemuda PAS <b>Bagan Datoh</b>: BERHATI - HATI <b>DI</b> JALAN <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 05:16 PM PDT

BAGAN DATOH : Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) ingat mengingatkan dan berpesan kepada seluruh perantau yang berada di luar kawasan Bagan Datoh agar berhati - hati di jalan raya ketika kembali ke kampung masing - masing sempena sambutan Hari Raya Idulfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Mengikut laporan kemalangan dan kematian akan meningkat pada setiap tahun sempena perayaan ini. Pengguna jalan raya diingatkan agar menjadi pemandu yang berkhemah dan tidak mengabaikan keselamatan ketika berada di jalan raya.
Pihak Dewan Pemuda Pas kawasan juga ingin mengingatkan kepada semua warga perantau Bagan Datoh agar tidak melupakan tanggungjawab sebagai muslim untuk menunaikan kewajipan zakat fitrah pada tahun ini.
DPPK mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya idul fitri kepada seluruh perantau Bagan Datoh yang akan kembali berhari raya di kampung masing - masing.
Berhati - hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

07 di malim nawar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di malim nawar - Google Blog Search


Taiping Mali: Anwar dok &#39;muhong&#39; <b>di Malim Nawar</b> malam tadi.

Posted: 27 Feb 2011 09:17 PM PST

Anwar sepatutnya fokus dan membantu Pas di Kerdau dan Merlimau dalam minggu ini, tetap dia bawa diri ke bekas pekan perlombongan di Perak iaitu Malim Nawar di sebuah restoran cina dekat sebuah tokong cina.

Kehadiran beliau ialah untuk membela diri dalam kes liwat kononnya sebuah konspirasi kerajaan untuk membunuh karier politiknya.

Malim Nawar temapat Anawar berceramah ialah kawasan yang di wakili oleh bekas Adun DAP yang meninggalkan DAP iaitu Kasvindar Singh

Seperti biasa Anwar berjanji akan membawa document perjanjian APCO dan lain lain rahsia besar kerajaan yang ada dalam 6 kotak yang disimpan beliau.

SPRM dan PDRM perlulah menyelongkar rumah Anwar dan Azmin untuk mendapatkan 6 kotak rahsia negara dan juga salinan perjanjian APCO.

Jika tiada wajarlah jika Anwar dipenjarakan kerana 'muhong' kepada rakyat Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

07 di jelapang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di jelapang - Google Blog Search


Buletin Online: Mini Estate padi Kampung <b>Jelapang</b>; JKKK, Ketua <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 04:09 AM PDT

SETIU - Para pesawah padi yang juga 'pemilik TOL' dan 'umarah' tanah padi Kampung Jelapang disini kesal kerana Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berbohong dan melaksanakan tipu daya sehingga mereka menandatangani persetujuan menyertai cadangan 'mini estate' padi

Menurut seorang suri rumahtangga, Puan Nora bt Abdullah, 48, (Gambar kiri)  beliau telah ditunjukkan surat-surat serta dokumen berkaitan oleh Ketua Blok, Zainal Abidin Yusof @ Mamat, kira-kira tiga bulan lalu.

Beliau mendakwa, Mamat tidak membacakan kandungan surat dan dokumen berkenaan, walaupun beliau meminta Mamat membacakannya.

Bahkan, katanya, Mamat tidak bercakap benar dan berbohong berkenaan kandungan surat dan dokumen tersebut yang sebenarnya.

"Saya suruh dia (Mamat) baca surat tu, dia kata tak bacalah, kalau sign (tandatangan) nanti kita dapat subsidi, lepas tu saya pun sign,"katanya ketika ditemui, Rabu 24 ogos.

Katanya, Mamat juga mendakwa sekiranya surat dan dokumen itu ditandatangani, tanah tanaman padi tersebut akan menjadi hak miliknya.

Selain Puan Nora, seorang pesawah yang juga seorang suri rumah, Puan Fauziah Zakaria, 53, [Gambar kanan] mendakwa, suaminya telah di 'perdaya' oleh Pengerusi Jawatankuasa dan Kesalamatan Kampung.

Menurut Fauziah yang tinggal dikampung Jelapang sejak 30 tahun lalu,  suaminya menandatangani surat tersebut kerana dipaksa oleh pihak JKKK.

"JKKK kata semua orang sign (tandatangan), dia (suaminya) tidak usul periksa, turut sign surat itu,"ujarnya dengan nada kesal.

Pemeriksaan Buletinonline terhadap dokumen yang ditandatangani pesawah terbabit mendapati, terdapat dua keping surat yang menjadi asas kepada perancangan 'Mini-Estate padi'.

Surat yang pertama merupakan surat permohonan pesawah untuk menyertai rancangan mini estate, manakala surat kedua adalah surat penyerahan kuasa kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu untuk menerima sebarang subsidi.

Sehubungan itu, seorang pesawah Zainal Abidin Yusof , 50,  melahirkan rasa tidak puas hati keatas perjalanan projek penanaman padi tersebut.

Selain merasa tertipu dengan tindakan kerajaan mahu melaksanakan rancangan 'Mini Estate' padi itu, Zainal mendakwa terdapat 'pilih kasih' dalam pengurusan.

Projek penanaman padi di Kampung Jelapang dimulakan kembali pada tahun 2008 setelah terbiar semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Dato' Seri Idirs Jusoh.

Pada zaman pemerintahan PAS 1999 - 2004, kerajaan telah menghidupkan kembali sawah terbiar yang telah mula diusahakan pada tahun 1989.

Ketika perasmian pembukaan semula kawasan berkenaan, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said berjanji akn membuka tanah baru seluas 1500 ekar dan memberikan 10 ekar kepada setiap petani.

Ahmad Said dalam sidang medianya pada Mac 2009, berkata projek penanaman padi di Mak Jintan sedang berjalan.

"Untuk permulaan ini kita nak buka ladang kita di Mak Jintan, di kawasan Setiu,

"sekarang ni kerja-kerja sedang berjalan, untuk 1500 ekar dulu, di jangka dalam masa sebulan lagi, bulan 3 (Mac) atau bulan 4 (April), 100 ekar pertama akan mula ditanam, oleh petani kampung,

"kemudian kita akan teruskan program ini menjadi 1500 ekar, program ladang padi ini, yang akan kita berikan kepada petani 10 ekar seorang,"katanya.

Namun setelah dua tahun berlalu, kini, tidak ada seekar tanah pun yang diberikan kepada para petani di Jelapang untuk menanam padi, bahkan tana padi sedia ada akan dirampas daripada pesawah untuk dijadikan 'Mini Estate'.

07 di menglembu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di menglembu - Google Blog Search


Sisa radioaktif masih bertaburan <b>di</b> Bukit Merah

Posted: 05 May 2011 07:00 PM PDT

Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi.  Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.

Cecair sisa itu mengalir sepanjang proses pengangkutan, namun tidak dipeduli oleh sesiapapun.

Sehinggalah pada tahun 1984, apabila penduduk Bukit Merah, Papan, Menglembu dan lain-lain tempat bangkit menentang Asian Rare Earth kerana menghasilkan sisa yang toksik ketika pemprosesan rare earth, barulah Ng sedar.  "Baja" yang dimaksudkan rupa-rupanya thorium yang mempunyai radioaktif!

Apa yang mengejutkan, pihak yang berkenaan tidak memanggil Ng untuk menunjukkan lokasi di mana sisa itu dibuang, selepas pendedahan ini pada tahun 1985.  Justeru itu, sebahagian sisa tersebut masih berselerak di sekitar kawasan kilang Asian Rare Earth.  Menurut laporan akhbar ketika itu, Ng berkata sisa thorium itu bertaburan di kawasan bekas lombong, kebun, tepi kawasan perumahan dan jalan raya di sekitar Menglembu, Lahat, Jelapang, Pengkalan, Buntong, Simpang Pulai dan lain-lain lagi.

Lokasi buangan sisa

MerdekaReview telah berjaya menemui Ng Toong Foo di Menglembu, untuk mengimbas pengalamannya 20 tahun yang lalu.  Bagaimanapun, beliau enggan diambil gambar oleh wartawan.  Ng membawa wartawan ke lokasi di mana beliau membuang sisa tersebut.  Sepanjang perjalanan, beliau berkata, "situ ada", "sana pun ada"... nampaknya taburan sisa kimia tersebut agak meluas.

Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik.  Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput.  Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut.  Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.

Paling mengejutkan, walaupun Ng telah mendedahkan di mahkamah bahawa pihak kilang tidak menetapkan tempat buangan sisa tersebut, dan beliau hanya membuang di merata-rata, namun tiada pihak yang berkenaan menghubungi Ng untuk meminta agar beliau menunjukkan lokasi buangan tersebut - sepanjang 25 tahun ini.  Lantaran daripada itu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan pihak berkenaan yang lain nampaknya tidak memandang berat masalah sisa yang mempunyai radioaktif ini.

Menurut laporan Sin Chew Jit Poh pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun, Sadao Ichikawa ketika membuat kajian di kawasan pembuangan sisa muatan dua lori itu, mendapati paras radioaktif adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat.  Selain itu, beliau berkata sisa thorium itu tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau.  Jadi ia belum terjamin bahawa kesihatan manusia tidak akan terancam jikapun disimpan dalam "gedung" tertentu.

Jadi, penduduk kawasan tersebut masih terdedah kepada ancaman radioaktif.  Tan Ka Kheng berkata, mangsa pertamanya adalah petani yang berkebun di situ jikalau sisa thorium tidak dikendalikan dengan baik.  Keduanya, radioaktif tersebut akan masuk ke dalam rantaian makanan melalui sayuran, dan seterusnya mengancam kesihatan penduduk.

Tiga daripada empat mati

Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati.  Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya.  Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya.  Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.

Beliau enggan diambil gambar.  Ketika ditanya apakah puncanya, beliau berkata, "Tiada pun seorang dalam pertalian keluarga saya mempunyai benda (bintik putih) ini."

Beliau pernah memegang sisa toksik itu dengan tangan sendiri, dan beliau mengesyaki bahawa itulah puncanya bintik putih pada badannya.  Malah, beliau kini menghadapi masalah bernafas.

Beliau telah bekerja sebagai kontraktor untuk lebih 40 tahun.  Beliau berkata dirinya tertarik dengan harga tawaran kilang tersebut, maka terus menerima projek itu.  Pihak yang berunding dengannya hanya memberitahu bahawa sisa itu adalah "kek thorium" (thorium cake), tanpa menjelaskan apakah itu sebenarnya, malah juga tidak memberitahu di mana sisa itu harus dibuang.

Ng yang tinggal di Menglembu memberitahu MerdekaReview, pihak kilang memaklumkannya bahawa sisa ini boleh dijadikan "baja".  Jadi, beliau mengangkut sisa ini ke kebun pakciknya yang berhampiran dengan kilang.  "Banyak tempat yang saya tuang (sisa itu)... Masih boleh dikorek pada hari ini".

Beliau berkata, sisa thorium itu kelihatan bagai gum, kapur, berair dan ada mendakan, baunya masam.  Tikus dan lipas di kawasan buangan sampah hilang begitu sahaja apabila Ng membuang sisa itu ke kawasan itu, malah sayuran yang "dibajai" sisa thorium ini sangat "cantik" (kerana tiada serangga).  Namun, manusia akan berasa tidak selesa ketika mendekati bahan sisa tersebut.

Tidak akan terima projek ini kalau sedar ia beracun

Wartawan mengungkit semula peristiwa silam ini.  Selepas Ng Toong Foo mengisahkan ceritanya pada ketika itu, Pengurus Asian Rare Earth pernah menjawab bahawa Ng yang mengingkari arahan kilang dan membuang sisa thorium di merata-rata.  Menurut laporan New Straits Times pada 25 November 1986, pihak kilang mendakwa Ng menerima tawaran itu pada kemuncak perjuangan penduduk menentang kilang ini, lantas Ng seharusnya sedar akan bahayanya sisa thorium.

"Dia (pengurus) tidak berani untuk berkata sedemikian pada ketika itu.  Benda yang beracun adalah merbahaya.  Adakah dia akan berkata sesuatu yang benar?  Dia tidak mahu menulisnya dalam hitam putih.  Dia tahu bahawa kita tidak tahu," Kata Ng.

"Ia memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu.  Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya.  Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia.  Jadi, kerajaan yang menipu kami," tuduhnya.

Wartawan memetik kenyataan pihak kilang bahawa lokasi pembuangan sisa toksik ini telah ditetapkan.  Ng mempersoalkannya, "Buang di mana?  Tunjukkan saya!  Manakah lokasi pembuangannya itu?  Tunjukkan saya.  Kamu tidak tunjukkan saya, di mana lokasi yang diluluskan untuk pembungan sisa?  Hanya muncul selepas itu!"

Kilang Asian Rare Earth dibina pada tahun 1979 di kawasan perindustrian Bukit Merah, untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit, menghasilkan sisa buangan radioaktif sebanyak 2,250 ton setahun.  Namun demikian, AELB belum ditubuhkan pada ketika itu, maka pihak kilang tidak perlu memohon lesen khas.

AELB ditubuhkan pada 1 Februari 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memantau keselamatan tenaga atom di seluruh negara.  Asian Rare Earth mendapat lesennya pada Disember 1986, untuk teruskan pemprosesan kilangnya, sebelum dihentikan pada Januari 1994.

Oleh itu, dalam jangka antara binanya kilang pada tahun 1979, hinggalah penggunaan tapak pembuangan sisa radiokatif pada tahun 1991, sisa buangan kilang Asian Rare Earth tidak dikendalikan dengan baik.  Kalau bukan pendedahan Ng Toong Foo, kita tidak tahu bahawa sisa buangan radioaktif ini dikendalikan dengan cara yang sambil lewa.

Kerajaan menganggap isu rare earth telah melabuh tirai selepas tutupnya kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah.  Padahalnya, sisa buangan ini belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya, mendedahkan penduduk tempatan kepada ancaman radioaktif.

*Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal. Gambar-gambar lama di atas diambil daripada Hew Yoon Tat.

07 di beruas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di beruas - Google Blog Search


blues budak utara: Kerajaan Gangga Negara Yang Hilang - <b>Bruas</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2011 10:41 AM PDT

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.
Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat pada abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timurBukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.
Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal. Kambuja merupakan puak Aryan India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor,Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja.
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarik semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.


Pokok Beruas

Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas, namanya Malik. Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malik ul Salih yang merupakan raja Melayu Hindu tempatan pertama yang memeluk Islam pada tahun 1267. Kini pokok beruas telahpun pupus tetapi masih dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di Pengkalan Baru dan Batang Kubu.

07 di tapah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tapah - Google Blog Search


Karat E-jau: Kecohh...Gambar2 Sekatan Polis Ceramah PKR <b>di Tapah</b>..

Posted: 19 Aug 2011 09:02 AM PDT


07 di kerian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kerian - Google Blog Search


2 Wanita Maut Dirempuh Van Dekat <b>Kerian</b>

Posted: 27 Aug 2011 09:56 PM PDT

IPOH – Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di Kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian, awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 12.08 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

"Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.

"Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya," katanya.

Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

07 di padang rengas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di padang rengas - Google Blog Search


Biawak <b>Padang Rengas</b> Melebong Lagi... - JALAN PULANG

Posted: 15 Aug 2011 05:38 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan yang beliau ada mempelawa DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi Cina kepada perikatan kerajaan pusat itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Nazri (gambar) berkata, beliau hanya memberi respons kepada satu soalan mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN.

"Tidak, itu tidak benar. Saya tidak mempelawa DAP," katanya sambil menambah, "MCA mesti bekerja keras" apabila ditanya bagaimana BN akan mendapatkan balik sokongan pengundi Cina.

DAP: Nazri boleh bermimpi, kami akan kekal di Pakatan

Pemimpin-pemimpin kanan DAP mengetepikan bulat-bulat pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz agar komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira formula Perikatan pada 1969.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti parti itu Tony Pua berkata, pelawaan Nazri yang dibuat menerusi satu temu bual dengan Sin Chew Daily semalam, pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat sebagai parti untuk semua rakyat negara ini.

"Nazri boleh bermimpi. Beliau perlu dapatkan perspektif dengan betul. Kami bukan (hanya) wakil komuniti Cina, kami mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya," kata Pua kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Nazri menawarkan pelawaan itu berdasarkan persekitaran ketika Perikatan, yang digantikan dengan BN, apabila membawa masuk Gerakan selepas ia memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969.

Sambil mengakui majoriti ahli DAP terdiri daripada kaum Cina, Pua (gambar) menegaskan komponen Pakatan Rakyat itu bukan parti berorientasikan kaum.

"Kami tidak boleh menerima ideologi BN yang pecah dan perintah," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Lim pula mengesahkan komitmen DAP untuk kekal berada dalam Pakatan Rakyat dengan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira agama dan kaum.

Ahli Parlimen veteran itu menambah, hanya politik bentuk baru dan "kompak nasional yang baru", yang bebas daripada politik perkauman dan pecah dan belah mampu menyelamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, Lim mengenang balik nasib yang beliau dan rakan-rakannya lalui apabila pemerintah mengheret mereka ke mahkamah dan mengenakan hukuman termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sepanjang 45 tahun perjuangan mereka dalam mempertahankan kepercayaan politik pihaknya.

"Kesemua pengorbanan ini bukan hanya untuk DAP menggantikan MCA dalam Barisan Nasional," kata wakil rakyat Ipoh Timur ini.

Pendirian dua pemimpin itu menolak seiring dengan jangkaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan oleh The Star hari ini.

Akhbar milik MCA itu memetik Dr Chua berkata tidak mungkin DAP akan menerima pelawaan Nazri.

Dr Chua memperlekehkan Nazri yang berkata MCA sudah hilang sokongan masyarakat Cina.

MCA berhadapan dengan prestasi buruk dengan hanya mempertahankan 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

07 di kinta - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kinta - Google Blog Search


Pendidikan Khas <b>Kinta</b> Selatan - TAKLIMAT PELAKSANAAN <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2011 12:49 AM PDT

Guru Besar
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru
SK Gunung Panjang
SK Tualang Sekah
SK Malim Nawar
SK Sungai Itek
SK Toh Indera Wangsa Ahmad
SK Tronoh
SK Kampung Seri Rahmat
SK Bakap
SK Sentosa
SK Sultan Yussuf
SK Seri Tronoh
SK Methodist ACS Kampar
SJKC Thung Hon, Batu Gajah
SJKC Chung Huah
SJKC Mambang Di Awan
SJKT Changkat
SJKT Tronoh
SJKT Gopeng
SJKT Kinta Valley
SJKT Kampar

Tuan,

TAKLIMAT PELAKSANAAN INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD)

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dengan hormatnya dimaklumkan sesi pelaksanaan 'Instrumen Pengesanan Murid Berkeperluan Khas' ke atas semua murid LINUS TEGAR* telah dijalankan oleh guru-guru pemulihan khas di daerah Kinta Selatan pada 21 hingga 25 April 2011. Hasil taksiran mendapati murid-murid LINUS TEGAR* yang tertentu menunjukkan ciri-ciri murid berkeperluan khas. Murid-murid ini perlu disaring menggunakan ISD bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pemasalahannya.

3.     Sehubungan itu, bagi memastikan guru pemulihan khas di sekolah yang terlibat mengetahui cara-cara mentadbir ISD, guru-guru ini dikehendaki menghadiri taklimat di atas yang akan diadakan mengikut butiran seperti berikut :

Tarikh    :   10 Ogos 2011 ( Rabu )
Masa      :   2.30 petang
Tempat   :   Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan

3.     Oleh itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk memberikan pelepasan kepada guru pemulihan khas dari sekolah tuan ( Rujuk Lampiran 1 ) untuk hadir ke taklimat tersebut. Kehadiran adalah wajib.

Sekian, terima kasih.

 Surat panggilan akan diedarkan kepada guru-guru berkenaan semasa taklimat.

Lampiran 1

TAKLIMAT PELAKSANAAN INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD)

Tarikh    :  10 Ogos 2011 ( Rabu )
Masa      : 2.30 petang
Tempat    : Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan

Kod

Sekolah Guru Pemulihan Khas

ABA2018

SK Gopeng, Taman Gopeng Baru Hjh Hasnah binti Hj Abdullah

ABA2019

SK Gunung Panjang Suria binti Abdul Rahman

ABA2022

SK Tualang Sekah Zalma binti Sudin

ABA2023

SK Malim Nawar Tajul Rusli bin Abas

ABA2029

SK Sungai Itek Siti Rugayah binti Hashim

ABA2030

SK Toh Indera Wangsa Ahmad Syed Kassim bin Syed Lobe

ABA2032

SK Tronoh Alisa binti Hanip

ABA2033

SK Kampung Seri Rahmat Rugayah binti Pin

ABA2038

SK Bakap Hamsiah binti Mohd Arshad

ABA2054

SK Sentosa Aminah binti Muhamad

ABB2090

SK Sultan Yussuf Mariani binti Mat Jali

ABB2093

SK Seri Tronoh Hasliza binti Ramli

ABB2095

SK Methodist ACS Kampar Shakinah binti Taib

ABC2138

SJKC Thung Hon, Batu Gajah Lim Wei Ling

ABC2153

SJKC Chung Huah Tung Mee Kheng

ABC2155

SJKC Mambang Di Awan Low Wai Khuen

ABD2169

SJKT Changkat Kaliammah A/P Marimuthu

ABD2170

SJKT Tronoh Vijaya A/P Subramaniam

ABD2171

SJKT Gopeng Tamil Selvi A/P Joseph

ABD2178

SJKT Kinta Valley Vanitha A/P S.Vijaiyan

ABD2187

SJKT Kampar Jeya Santhira Kumar A/L Thiravianathan

Download :  (1)  Manual ISD, ( 2) Instrumen ISD

07 di bidor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bidor - Google Blog Search


PERHENTIAN PERTAMA - <b>BIDOR</b> - <b>Bidor</b>, Malaysia Travel Blog

Posted: 06 Nov 2010 12:00 AM PDT

Flag of Malaysia  , Perak,
Saturday, November 6, 2010

CLue yang kedua terdapat di sini iaitu di gerai buah buahan di bandar bidor di mana dikehendaki membeli jambu air untuk mendapatkan clue berikutnyer. Seterusnyer kami dikehendaki ke tempat limau tambun untuk clue seterusnya.

07 di sungkai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sungkai - Google Blog Search


LAMBORGHINI RENTUNG <b>DI</b> PLUS HIGHWAY <b>SUNGKAI</b> PADA 23 <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2011 02:49 AM PDT



Memang nagis guling2 la kalau kereta ni aku punya, maunya tak, harga kereta pun dah mencecah jutaan RM, apa kau mengarut ni alcatraz77? jangan harap la hang boleh pakai kereta macam ni, himpun duit sampai pencen pun jangan harap la boleh beli hehe...

di negeri perak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


SUARA PERAK: SIDANG DEWAN <b>NEGERI PERAK</b> KE-12

Posted: 04 Aug 2011 10:14 PM PDT


MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT

1. Mengenai mutu sukan Negeri Perak.
a) Dalam SUKMA yang lalu Perak berada di kedudukan terakhir dalam pungutan pingat, adakah laporan post-mortem telah dibuat? Dan apakah tindakan yang telah dilaksanakan?
b) Bola sepak juga tidak berada di kedudukan yang memuaskan, berapakah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Persatuan Bola sepak Perak(PAFA) bagi musim 2011?

a) Berapakah jumlah keseluruhan rumah anak-anak yatim di negeri Perak dan berapakah pecahannya mengikut daerah-daerah?

b) Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim ini?

a) Mengenai Sekolah Agama di bawah kerajaan negeri iaitu Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap penyerapan sekolah tersebut ke SABK.

b) Kenapa ada usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menyerapkan sekolah ini ke SABK? Adakah kerana kerajaan negeri tiada wang untuk menguruskan sekolah-sekolah ini.

c) Pengurangan bayaran per kapita kepada pelajar SAR daripada RM 60.00 kepada RM 15.00. Kenapakah pengurangan ini berlaku?


1. Berapakah keluasan tanah yang telah dirizabkan kepada pasukan keselamatan negara khususnya anggota tentera selepas mereka pencen?

2. Berapakah penerima yang sudah menerima sumbangan dari skim khairat yang disediakan oleh kerajaan negeri.

3. Berapakah insentif yang diberikan kepada peserta yang mewakili Perak dalam dalam ujian tilawah peringkat kebangsaan dan berapakah bonus yang diperuntukkan jika mencapai kejayaan.


Kes anak luar nikah amat membimbangkan berbanding dengan negeri lain. Apakah langkah-langkah pencegahan yang telah dan akan dilakukan oleh keajaan negeri bagi menangani masalah ini?

07 di kuala kurau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kurau - Google Blog Search


PASPB: 130 fakir miskin DUN <b>Kuala Kurau</b> terima sumbangan

Posted: 26 Aug 2011 04:55 AM PDT

PARIT BUNTAR, 26 Ogos: Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pejabat ADUN Kuala Kurau telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan peringkat DUN Kuala Kurau di Markas Keadilan Kuala Kurau, Batu 14. Seramai 130 orang fakir miskin yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Pengarah program Abdul Bahrain Desa. Semasa berucap dalam majlis berkenaan, Dr. Mujahid memberitahu usaha membantu fakir miskin di Parit Buntar menjadi tanggungjawab PAS dan wakil rakyat. " Penyumbang dalam bulan Ramadhan berlumba-lumba menghulurkan sumbangan dan kami melalui Jawatankuasa Dana Infaq Ramadhan yang kami tubuhkan bagi membantu sampaikan hajat mereka" " Saya berasa terharu dengan simpati kawan- kawan dan mereka yang memahami situasi kami" katanya Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim berkata sumbangan kepada fakir miskin di bulan Ramadhan ini adalah program tahunan PAS Parit Buntar. " Majlis ini diadakan bukan semasa PAS menang sahaja, semasa PAS tiada wakil rakyat pun majlis sumbangan sebegini sudah diadakan setiap tahun" katanya Sementara itu, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari mengucapkan terima kasih kepada PAS Parit Buntar kerana berkerjasama dengan Pejabat ADUN Kuala Kurau mengadakan majlis sumbangan ini.


Dr. Mujahid sedang memberi ucapan


Dr. Mujahid sedang menyampaikan sumbangan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved