Rabu, 2 Januari 2013

07 di manjoi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di manjoi - Google Blog Search


Perak Bangkit: Asmuni Awi VS Kazim Elias - Persaingan Hebat <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 08:24 AM PST

Nah! Inilah berita pecah pertama dari kami untuk anda!
Asmuni Awi seorang peguam tersohor akan bertanding di kerusi DUN Manjoi dan akan ditentang oleh calon  BN yang kini masih lagi Ahli Seumur Hidup PAS, Saudara Kazim Elias.
Haji Asmuni dijangka akan dipertaruhkan oleh parti PAS untuk memenangi kerusi DUN Manjoi. Nampaknya, Tuan Haji Asmuni juga telah kuat berkempen di DUN Manjoi.
Agak sedikit lewat, bagi BN memperkenalkan calon winnable nya iaitu Ustaz Kazim. Beliau memang telah dikenali ramai masakini kerana sering keluar di kaca TV.
Begitupun, kehebatan Tuan Haji Asmuni memang sukar dicabar oleh Calon BN. Beliau amat dikenali di DUN Manjoi. Seorang peguam yang agak senior, Tuan Haji Asmuni dijangka mempunyai sedikit kelebihan berbanding Ustaz Kazim yang jauh lebih muda darinya.
Apapun, ADUN masakini iaitu YB Dato' Haji Nadzri Ismail semakin tenggelam namanya untuk diangkat semula sebagai Calon BN. Ini adalah disebabkan prestasinya di dalam pilihanraya yang lepas sangat merudum dan hampir tumpas dan tewas kepada Calon PAS, Ustaz Zulkarnain.
Kami akan membawa sorotan ini di dalam entri akan datang. Justeru, bersedialah semua pengundi DUN Manjoi. Meskipun secara rasminya pihak BN masih belum mengumumkan siapakah bakal calonnya, namun nama Ustaz Kazim sudah menjadi bualan umum bagai masyarakat pengundi di DUN Manjoi.

07 di pangkor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pangkor - Google Blog Search


Berkelah <b>Di Pangkor</b> | Ini Cerita PUAN KUTU...

Posted: 28 Dec 2012 09:11 PM PST

Seminggu berlalu masih tak update pasal Pangkor. Aku baru sampai dari Penang. Balik kampung sejak malam Khamis tempohari. Walaupun cerita dah basi, tetap nak abadikan walau sedikit kenangan berkelah dan bermandi manda di Pangkor.

Sabtu, 22 Disember, hari yang cukup memenatkan tapi berbaloi. Bertolak pada waktu pagi dari rumah SIL, parking kereta di kawasan yang disediakan, kemudian menaiki bot dari jeti Lumut. Parking kereta RM 10 sehari, tiket bot pergi balik cuma RM10 seorang. Setibanya disana, kami menggunakan van pelancong dengan kos RM20 untuk ke tempat perkelahan. Pantai Teluk Nipah jadi pilihan kerana panorama yang indah serta pantai yang bersih. 



Dapat je port yang sesuai, kami terus sarapan nasik lemak yang dibeli. Selesai mengalas perut, masing-masing tukar baju kemudian terjun dalam air. Aiman pada mulanya takut-takut, tapi bila dah mesra dengan air, dia makin seronok.


Suami SIL beria sangat nak bakar ikan di pantai. Abah dan en suami siap bagi cadangan upah orang gorengkan je ikan tu. Tak payah susah2 nak hidupkan api segala. Tapi bila ikan dah siap bakar, licin pulak dikerjakan dua beranak tu. hehe
Makanan berkelah di bawa dari rumah. Menu ringkas nasi putih, ikan bakar, sosej bakar, sambal kicap, sambal belacan dengan ulam cabang tiga, bendi, dan petai. Diserikan lagi dengan sambal tempe + ikan bilis + kacang goreng. Tak sempat snap gambar makanan, ikan masak je terus bedal makan!

Waktu tengah makan, tiba-tiba ada kejadian Aiman hampir lemas. Nanti cerita next entry. Nak rest dulu. 





07 di gopeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gopeng - Google Blog Search


Kecelakaan Treler Rempuh Pekerja Lebuhraya <b>Di Gopeng</b>

Posted: 21 Nov 2012 04:50 AM PST

Dua dari empat yang cedera merupakan kawan teman. Kami sama-sama tinggal di Taman Perpaduan, Ipoh. Mereka ialah Dino Azmi dan Shafuddin Abd. Jalil. 
Dino Azmi mengalami cedera ringan tetapi Shafuddin Abd. Jalil mengalami patah kedua kaki, tangan kiri dan koyak di kepala dan betis.
Harap agar ada pihak dari Parlimen Tambun jika tidak Menteri Kewangan Kedua sendiri untuk pergi melawat mangsa-mangsa ini terutamanya kedua-dua kawan teman ini kerana mereka 'orang kita' juga. Takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia dan semoga tabah buat mereka yang tercedera. 



IPOH: Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Empat pekerja yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.
Tiga daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pekerja Propel yang cedera pula ialah Dino Azmi, 36, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31.
Turut mengalami kecederaan ialah pemandu treler yang hanya dikenali sebagai Zulkifli dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44.
Kesemua mayat dibawa ke HRPB manakala mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.
Mohamad Shukri berkata, ketika kejadian, keadaan lokasi berbukit dan pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa menuruni cerun ketika hujan renyai.
Pemandu lori terbabit akan ditahan selepas dirawat untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

07 di langkap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di langkap - Google Blog Search


Restoran Ajmal Nasi Kandar, <b>Langkap</b>, Perak - Sop Nama Saya <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2012 06:39 AM PST

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Ajmal Nasi Kandar ialah restoran yang kami singgah untuk makan tengah hari semasa perjalanan ke Pulau Pangkor. Sop keluar lebuhraya melalui Bidor dan terus menuju ke Teluk Intan. Sampai di Langkap dalam jam 12.00 tengah hari dan sesuai untuk singgah makan dahulu.

Tiada apa yang menarik di Restoran Ajmal Nasi Kandar ini kerana sama dengan kedai mamak di Kuala Lumpur kecuali harganya yang sangat murah. Semasa mendapat bil terkejut juga jumlah semua harga yang kami makan.

Sop dan Mrs Sop makan nasi, manakala Azfar daj Azwar makan roti bakar dan telur separuh masak. Jika di Kuala Lumpur, kos untuk menu yang kami makan tersebut dalam RM20 hingga RM25 tetapi di Restoran Ajmal Nasi Kandar hanya RM11.80 sahaja. Terkejut juga dengan harga yang rendah sehingga Sop bertanya yang semua makanan yang dimakan telah dikira.

Harga di kampung sangat berbeza bukan? Kalau harga macam ini dekat Kuala Lumpur, selalulah agaknya Sop makan di restoran ini. Heheheh

Restoran Ajmal Nasi Kandar turut menyediakan WiFi percuma kepada pelanggan. Hebatkan?

Terima kasih kerana membaca entry ini.




Description: Restoran Ajmal Nasi Kandar, Langkap, Perak, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Restoran Ajmal Nasi Kandar, Langkap, Perak

07 di seri iskandar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Lebih 30 Ribu Org Kg Gua <b>di</b> HKR <b>Seri Iskandar</b> Perak | Gendang <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 09:42 AM PST

Lebih 30 ribu rakyat daripada seluruh pelusuk negeri Perak memenuhi tapak program di Seri Iskandar, manjung bermula pada petang tadi walaupun terpaksa berada didalam hujan.

Puluhan ribu rakyat yang hadir ke program ini, jelas menunjukkan kebangkitan sebenar rakyat Perak yang sedang menantikan tarikh PRu 13 dan bersedia untuk menuju ke Putrajaya.

Himpunan kebangkitan ini merupakan penzahiran jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Perak yang bersiap-sedia menerima amanat pemimpin dan memikul amanah parti di semua peringkat.

Laungan "rakyat bangkit, tawan Perak, tuju Putrajaya" bergema setiapkali pimpinan utama dijemput berucap, ditambah dengan sahutan rakyat yang mahukan perubahan kerajaan zalim Umno/ Bn ini ditukar daripada tampuk pemerintahan dalam negeri dan negara.

Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan kebangkitan rakyat diseluruh negara pada masa ini tidak lain adalah untuk melihat kerajaan umno/ Bn tumbang dan mengharapkan Pakatan Rakyat seterusnya akan menerajui kerajaan serta memastikan rakyat lebih terbela bersama Kerajaan Pakatan Rakyat. perakite





07 di lumut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lumut - Google Blog Search


(Gambar) Jalan-Jalan <b>di</b> Bandar <b>Lumut</b>, Perak | Eyriqazz.com

Posted: 10 Dec 2010 05:24 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Sekitar gambar ketika Jalan-jalan di Bandar Lumut, Perak a few weeks ago : Bandar Lumut PerakDSC03578. Terminal Jeti Lumut. Bandar Lumut PerakDSC03579. Alisya dan Mama. Bandar Lumut PerakDSC03580. Lumut ...

07 di teluk intan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di teluk intan - Google Blog Search


Selamanya...Cinta: Pemeriksaan mata <b>di</b> Hosp.<b>Teluk Intan</b>

Posted: 09 Dec 2012 08:49 PM PST

Assalamualaikum,

Sejak lahir, Muhammad mengalami masalah saluran air mata tersekat..klik SINI untuk info lanjut..masalah ni menyebabkan mata Muhammad sentiasa berair..masa mula2 check dengan doc, aku diberitahu kemungkinan masalah ni berlarutan sampai umuq 6 bulan hingga setahun..kuasa Allah, bila umuq Muhammad genap setahun, masalah tu hilang terus..Alhamdulillah sepanjang tempoh mata berair tu, Muhammad tak mengalami masalah lain kat mata..setiap kali aku bawak Muhammad check up di Klinik Tg Malim, doc akan check sekali mata Muhammad untuk pastikan keadaan mata dia baik..maksudnya tiada jangkitan kuman dsb..

Lepas masalah mata berair tu hilang, mata Muhammad ada spot2 hitam di kawasan mata putih pulak..aku terus refer masalah tu kat doc yang selalu check Muhammad..doc tu cakap dengan aku dia kena refer kes Muhammad dekat doc pakar mata di Hosp.Teluk Intan..doc pakar mata yang akan periksa sepenuhnya masalah spot2 hitam tu..pada 21/11/12 hari tu, temujanji Muhammad dengan doc pakar mata kat Hosp.Teluk Intan untuk periksa tahap penglihatan kedua-dua mata dia..Alhamdulillah Muhammad takda gangguan masalah penglihatan dan keadaan baik2 saja..walaubagaimanapun, doc nasihatkan aku sentiasa monitor dirumah cara Muhammad melihat melalui:-

1) Jarak jauh atau dekat masa Muhammad tengok TV
2) Boleh nampak dan kutip benda2 kecik depan mata
3) Kedua-dua mata Muhammad pandang kita atau tak bila panggil dia?
4) Masa melihat, Muhammad merenung atau pandang biasa saja?
5) Perhatikan pergerakan mata Muhammad statik atau ikut bergerak bila kita tunjukkan flash card atas, bawah, kiri, kanan


Setakat pemantauan aku sampai la ni, penglihatan Muhammad elok saja..Alhamdulillah..aku mohon padaMu Allah bagi lah mata anakku sentiasa elok, jauhkan lah perkara2 tidak baik menimpa anakku..Amin..

Terima kasih.

07 di malim nawar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di malim nawar - Google Blog Search


IZ AUCTION HOUSE: TAMAN BINA JAYA, <b>MALIM NAWAR</b> [14.3.2013]

Posted: 01 Jan 2013 04:47 PM PST


JENIS : RUMAH BERKEMBAR SATU TINGKAT KOS RENDAH (LOT TENGAH)
RUJUKAN MAHKAMAH : AE NO. 38-923-10/2012
TARIKH LELONG : 14-3-2013 (KHAMIS / 10.30 PAGI)
TEMPAT LELONG : PERKARANGAN MAHKAMAH TINGGI IPOH, PERAK
ALAMAT HARTANAH : NO. 340, JALAN BALAU MERAH, TAMAN BINA JAYA, 31700 MALIM NAWAR, PERAK.
KELUASAN : 167 METER PERSEGI
HARGA RIZAB : RM 50,000/-
10 % DEPOSIT (DALAM BENTUK "BANK DRAFT") : RM 5,000/-
PLAINTIF : CIMB BANK BERHAD
PEGUAMCARA : TETUAN LALCHAND & NAWAWI
PELELONG : IZ AUCTION HOUSE / 010-565 3902

NOTA : BAKAL-BAKAL pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilk secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Foto: Berkampung <b>di Kuala Kurau</b> - lahir..berdiri..tatih..berjalan dan <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 07:06 PM PST

Assalamualaikum...selama 10 hari penulis dan rakan-rakan berkampung di Perak untuk Modul Kajian Lapangan. Kami dimestikan tinggal bersama keluarga angkat yang telah dipilih. Penulis ditempatkan di Kg Nelayan, Mukim Kuala Kurau terletak di Daerah Kerian. Bapa angkat penulis seorang pesara polis (pencen awal) dan ibu angkat surirumah..mereka muda lagi umur 52 dan 47...ada empat anak dan satu cucu. Di dalam rumah tu ada empat orang iaitu ibu, bapa, tok dan anak bongsu mereka yang baru tamat SPM. Penulis tak ambil banyak gambar sebab kesibukan membuat tugasan kajian dan program...
 Sekitar majlis perasmian di pejabat Setiausaha Negeri Perak. Kami dijamu dengan makanan tradisi Perak, persembahan dan semestinya durian yang sangat lazat...
Ini hari kedua penulis di Kg Nelayan..ibu angkat bawa jalan-jalan ke Ban Pecah sambil makan laksa. Tempat ini popular untuk lihat matahari terbenam..angin bertiup kencang...best...anak-anak muda selalu lepak disini  bersama kawan-kawan..
Ini pandangan depan Ban Pecah..sawah padi yang mendamaikan...bestnya.....
to be continued ye..penulis nak sambung buat kertas kerja...uwaaaaa...
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved