Ahad, 11 November 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gopeng - Google Blog Search


Kinta Menjerit: Silver Heritage <b>Di</b> Medan <b>Gopeng</b> Akan <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 03:52 AM PDT

Kerajaan negeri akan menilai semula fungsi bangunan Silver Heritage, dekat Medan Gopeng bagi memastikan penggunaannya dapat dimaksimumkan dengan sebaik mungkin seiring dengan keperluan hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menegaskan bangunan yang sudah berusia hampir 20 tahun itu antara beberapa premis yang tidak digunakan dengan sepenuhnya.

"Kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (PKNP) supaya melihat semula fungsi bangunan ini dan apakah yang ingin kita lakukan selepas ini.

"Ketika diwujudkan, ia mempunyai peranan tersendiri tetapi hari ini mungkin matlamat itu sudah berubah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri katanya, menggunakan pendekatan berbincang dengan pihak audit bagi memperbaiki kelemahan yang ada selain meminta khidmat nasihat serta pandangan daripada pihak berkenaan.

Malah, sebuah syarikat perunding bertauliah katanya, dilantik untuk menjalankan audit secara menyeluruh untuk PKNP.

"Kita melihat PKNP perlu sedikit pembaharuan, dikemas-kini dan anjakan yang besar secara menyeluruh," tegasnya.

Ditanya pemberita adakah kerajaan negeri tidak berani melakukan perubahan dalam menentukan kedudukan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Zambry berkata:

"Ia tidak ada kena mengena dengan kedudukan itu atau soal berani tetapi yang paling penting, ia perlukan penelitian rapi dan dilihat secara menyeluruh.

"Jadi, tidak timbul soal ketidaksediaan mengubah dasar atau kerajaan negeri takut kerana kita telah mempunyai perancangan sejak lebih dua tahun lalu termasuklah melantik sebuah syarikat perunding untuk menjalankan tugas audit secara menyeluruh untuk PKNP.

"Laporan itu telah siap dan dihantar kepada kerajan negeri untuk penilaian dan pertimbangan sewajarnya," kata Zambry lagi.

07 di lumut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lumut - Google Blog Search


Kinta Menjerit: Pemasangan sistem sensor <b>di</b> Lebuhraya Ipoh~<b>Lumut</b>

Posted: 02 Nov 2012 11:56 PM PDT


Tempoh perjalanan dari Ipoh ke Lumut yang sebelum ini memakan masa sekitar 90 minit dijangka dapat dikurangkan kepada hanya 30 minit apabila lampu isyarat yang dipasang di Lebuhraya Ipoh-Lumut bakal dilengkapi dengan sistem 'remote sensing'.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan Pusat secara dasarnya telah bersetuju untuk memasang lampu isyarat yang dilengkapi sistem terbabit.

"Sistem lampu isyarat yang digunakan di sepanjang lebuhraya Ipoh- Lumut bakal digantikan dengan sistem remote sensing atau penderiaan jauh sebagai langkah mengurangkan waktu perjalanan yang ketika ini memakan masa sekitar satu jam 30 minit.

"Kos pemasangan yang melibatkan kos antara RM4 hingga RM5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan dan melibatkan sebanyak 35 buah lampu isyarat di sepanjang laluan berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya bahawa kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan itu mengantikan lampu isyarat dengan sistem remote sensing bagi mengurangkan tempoh perjalanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri program Keselamatan dan Kesejahteraan Nelayan di Pulau Pangkor, hari ini.

Katanya, jarak perjalanan yang dahulunya memakan masa sehingga satu jam tiga puluh minit dijangka mampu dikurangkan melalui pemasangan sistem tersebut.

"Jika kita anggarkan satu lampu isyarat mengambil masa satu minit, saya jangka ia akan mengurangkan waktu perjalanan sehingga setengah jam," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, kerajaan negeri masih tidak tahu bila tarikh sebenarnya projek itu akan dijalankan tetapi berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Kos projek itu katanya, akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.

07 di kampar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kampar - Google Blog Search


Kinta Menjerit: Kasino-kasino <b>di Kampar</b> Punah Diserbu PDRM

Posted: 05 Oct 2012 03:52 AM PDT

Polis Daerah Kampar melumpuhkan sindiket perjudian haram dan merampas 461 komputer bernilai lebih RM400,000 dalam beberapa serbuan di sekitar pekan Kampar dan Gopeng, sepanjang Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata sebanyak 31 serbuan dilakukan sepanjang sembilan bulan itu dan seramai 33 individu berusia lingkungan 17 hingga 55 tahun ditahan.

Beliau berkata sebanyak 31 kes dicatat dengan 18 dibawa ke mahkamah manakala 13 lagi masih dalam siasatan.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengikut Seskyen 4B(a) Akta Rumah Judi dan Terbuka 1953, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun, katanya pada satu sidang akhbar di sini Jumaat.

Ng turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengunjungi premis perjudian haram di sekitar pekan ini dan Gopeng bagi mengelak tindakan terhadap mereka.

07 di ipoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


Demo Bantah Sudah Bermula <b>Di Ipoh</b>, Tempat Lain Bagaimana?

Posted: 16 Oct 2012 11:26 PM PDT

100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh - Mkini
Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.
Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri.
"Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi.
"Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 
Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri.
Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.
P/s: Ayuh rakyat semua bangkit
Saman tidak mengenal penyokong atau ahli parti mana
Saman tidak mengenal pengundi parti yang mana
Saman tidak mengenal kaya atau miskin
Cuma yang kaya mampu bayar saman
Yang miskis tertekan
Di atas jalan raya kita semua adalah sama
Bangkit semua rakyat bantah AES!!!

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Batu Gajah Mari: Batu Gajah dilanda banjir!

Posted: 04 Nov 2012 03:54 AM PST

Batu Gajah hari ini dilanda banjir di beberapa buah tempat sekitar pekan Batu Gajah. Antaranya di hadapan stesyen minyak BHP jalan masuk jambatan Sungai Terap sehingga kereta tidak boleh melaluinya.

Satu lagi di hadapan SK Sultan Yussuf dan SK Convent. Ianya dipercayai disebabkan aktiviti penerbagan pokok untuk melaksanakan projek Batu Gajah Sentral bersebelahan SK Sultan Yussuf!

Beberapa buah rumah ditenggelami air di Ara Payong. Diharapkan Kak Midah g jenguk dan hulurkan bantuan.

Kelmarin banjir turut berlaku di tempat yang sama. Turut banjir ialah di beberapa buah rumah di Kampung Batu Satu Jalan Tanjung Tualang.
Kepada pemilik rumah yang berisiko banjir dinasihatkan sentiasa berada dalam keadaan berjaga jaga.!

07 di slim river - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di slim river - Google Blog Search


Rakaman ceramah Anwar Ibrahim <b>di Slim River</b>: Saya Kuat Sebab <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 10:36 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video ceramah Rafizi Ramli di Simpang, Perak: lembu ijat kena londek di mahkamah… » Rakaman ceramah Anwar Ibrahim di Slim River: Saya Kuat Sebab Nak Lawan umno bn flip flop.. Share this: StumbleUpon ...

07 di tronoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tronoh - Google Blog Search


PANASS!! YB <b>Tronoh</b> Cuba Bakar Api Perkauman Kaum India <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2012 04:37 PM PST



Aku terasa pedih sangat dengan tweet tebaru budak tronoh ni, beliau persoalkan tentang sekolah menengah di Malaysia.


Sejak merdeka negara kita beri peluang dan pendidikan terbaik untuk semua rakyat, perlu di ingat Cina dan India ada sekolah rendah sendiri iaitu Jenis Kebangsaan Tamil atau Jenis Kebangsaan Cina dan Melayu hanya bersekolah di sekolah kebangsaan tiada perkataan MELAYU. Orang Melayu tidak pernah persoalkan perkara ini kerana menghormati semua kaum.

Kerajaan terapkan semangat kebangsaan untuk rakyat Malaysia selepas sahaja tamat pengajian di sekolah rendah semua rakyat harus bersekolah di sekolah KEBANGSAAN . Semua rakyat terima sejak sekian lama, kenapa harus YB TRONOH ini mahu mempertikaikan perkara ini, kenapa harus menjarakkan hubungan sesama kaum di Malaysia, kita 1 Malaysia duduk di Malaysia. Kalau tak mahu ikut perkara ini buat negara sendiri atau ada tempat di dunia ini yang hanya untuk kaum masing-masing.

Bila seorang pemimpin yang dipilih rakyat ini berkata perkara BODOH dan TAK ADA AKAL sebegini, aku rasa jijik dengan sikap PERKAUMAN yang sedang di semai YB TRONOH !!!

Sambung baca Aktivis Pendang Jr

Hanya di Malaysia sahaja yang ada Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Lain-lain negara di dunia, tidak ada sekolah india dan cina, walaupun mereka rakyat negara berkenaan. Jadi berterima kasih la pada kerajaan sekarang, kerana bersikap terbuka.

Kata orang bersyukurlah dengan apa yang ada.


McTheory:
Makin hari makin melampau puak ni.. apa nak mereka nak sebenarnya? Cari Pasal?

07 di sitiawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sitiawan - Google Blog Search


Otai <b>Manjung</b>: 911: Jom Bantah AES <b>di</b> Parlimen Kong Cho Ha!

Posted: 05 Nov 2012 06:15 PM PST

 AES, kemalangan tidak berbau tapi AES boleh bau duit pengguna jalanraya! Selagi namanya pengguna jalanraya depa tibai...24 jam operasi. Jangan ingat kalau jam 3.00 pagi jalan lengang boleh desup kat jalan had lajunya 30km/j, bahaya....hantu kak limah nak melintas. AES berkhidmat untuk selamatkan nyawa korang, juga nyawa hantu kak limah serta mengkayakan nyawa tokey-tokey AES sahabat para menteri. Kalau nyawa melayang, macamana korang nak bayar surat saman yang sampai ke rumah dan .... kalau tak bayar nyawa-nyawa ikan lah si tokey AES semua samannya orang yang mati eksiden bawa laju. Sayangnya AES terhadap nyawa pengguna jalanraya, siapalah AES tanpa nyawa korang yang berkederat cari rezeki untuk beri makan kpd 'penjaga nyawa'...kapitalis bikin duit dengan nyawa kita.

[Kempen Jom ke 911 Himpunan Bantah AES Parlimen Lumut di Himpunan Kebangkitan Rakyat Negri Sembilan sabtu lepas. 
Terima kasih penganjur yg mengalu-alukan]
Nak tak nak terpaksa letak juga ditempat yang menjadi tanda tanya pengguna jalanraya, tempat yang selamat buat nyawa pengguna jalanraya agar selamat pulang dari kerja untuk 'kemungkinan' bayar saman AES....sejahtera lah tokey-tokey AES. Lebih strategik pengguna jalan raya tak sedar lebihi hadlaju yang tak logik hadlajunya di kawasan terbabit....itu juga jadi persoalan!
[Kempen 911 Bantah AES bersama komuniti masyarakat Senawang, Negri Sembilan]

Aku terbayang ambulans kalau lalu kawasan AES, kena jugak ke? mamat speeding yg bawa bini nak melahir anak...selepas anak lahir dapat saman! Elok namakan anak tu matSAMAN kalu laki, pompuan letak AESiah. Situasi ini menggambarkan kebarangkalian besar saman keluar setiap hari di lokasi-lokasi tertentu.
[Ketua Srikandi Sya & Adun-adun Negri Sembilan 
beri sokongan Kempen 911 Bantah AES]

Bantahan AES - Saman Ekor 1Malaysia tiada sebab untuk aku tidak bersama gabungan aktivis KUASA, MediaPerak.Net, SAMM Perak & ABU Perak menyokong bantahan ini. Banyak faktor yg mendorong semua pengguna jalanraya terutamanya sekitar Manjung untuk bersama menyerahkan memorandum kepada wakil Ahli Parlimen Lumut kita, YB DS Kong Cho Ha. Tak perlu dijelaskan lebar, sudah banyak diperkatakan & maklumat dari pelbagai sumber.
[Sedang pos ini berlegar, Koordinator 911 bersama gabungan aktivis serta sokongan dr pimpinan PR Perak sedang adakan sidang media di Ipoh]

Kempen ini bukan berhenti di sini saja, ia bukan isu Parlimen Lumut...ia isu nasional, isu orang ramai! Selepas PC di Ipoh, aktivis Bantah AES bergerak ke Seberang Jaya utk raikan kempen himpunan 911 bersama Anak Muda Pulau Pinang. Dari sana... terus ke Kedah, Perlis & Kelantan jika tiada aral, pulang ke Parlimen Lumut untuk menyerahkan suara-suara bantahan mereka ini kpd Menteri Pengangkutan.
[Map ke Himpunan 911 Bantah AES]

Kita berkumpul dengan aman, kita luahkan perasaan bantah dengan harmoni, kita berjalan seiring menyerah amanat rakyat membantah pelaksanaan AES. Kita semua orang Malaysia ada hak untuk menyatakan suara bantahan. Kita jumpa di Masjid Sitiawan 9 Nov selepas solat Jumaat sebelum meneruskan kempen Bantah AES ke selatan & timur di lokasi-lokasi AES yg akan diumumkan.

07 di bagan serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bagan serai - Google Blog Search


Bengkel Terbakar <b>Di Bagan Serai</b>

Posted: 10 Nov 2012 06:35 PM PST

-----------------------------------------
Lama baru keluar berita ni. Kes ni dah jadi 2 3 hari lepas seingat aku. Dekat jer dengan rumah aku. Yang orang Bagan Serai, bengkel motosikal terbakar tu dekat dengan Pasaraya Apollo. Sempat juga aku tengok kedai tu waktu balik dari pasar. Ingatkan kes apa. Malas nak bersesak aku lintas jer la :)
p/s - Terlintas juga kat hati waktu tu nak jadi wartawan penyibuk kejap... heeeee :P

07 di gerik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di gerik - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> MAJLIS DAERAH <b>GERIK</b>

Posted: 06 Nov 2012 06:01 PM PST

jawatan kosong 2012 Majlis Daerah Gerik

Jawatan kosong 2012MAJLIS DAERAH GERIK sebagai sebuah Kerajaan Tempatan dan agen yang menguruskan pembangunan daerah dengan menyediakan perkhidmatan-perkhimatan kepada penduduk-penduduk setempat.Pada 1 Disember 1979 ketiga-tiga L.P.K.T (L.P.K.T Gerik (Lembaga Bandaran),L.P.K.T.Batu Dua (Majlis Tempatan) dan L.P.K.T. Kuala Rui (Majlis Tempatan) dicantumkan dibawah satu pentadbiran Penguasa Tempatan yang dinamakan MAJLIS DAERAH GERIK dengan keluasan kawasan kawalan 104.88km persegi. Walau bagaimanapun kawasan operasi hanya melibatkan 2.64km persegi sahaja dan 1.51km persegi daripadanya merupakan kawasan Bandar.

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18
TAHUN YANG BERKELAYAKAN, KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK DARUL
RIDZUAN.

Nama Jawatan : Penolong Pegawai Undang-Undang
Bilangan Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Nama Perkhidmatan : Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
Jadual Gaji : L29

CARA MEMOHON :
(a) Borang permohonan jawatan boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Gerik
atau dari laman web www.gerik.gov.my.
(b) Sertakan bersama gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan dan sijilsijil
yang berkaitan.
(c) Alamatkan permohonan ke :-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GERIK,
JALAN HAJI MEOR YAHAYA,
33300 GERIK, PERAK.
(e) Tarikh tutup permohonan adalah pada 15.11.2012
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

07 di kinta - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kinta - Google Blog Search


Laman Naim Qlate: TDM : Part 2 - Serang Hendap <b>Di</b> Ulu <b>Kinta</b> <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 04:15 PM PDT

Sambungan daripada coretan di sini.

Sebelum tiba di persimpangan dimana trup berpecah kepada 2 kumpulan, Lt Zainal mendapati kesan pergerakan musuh masih baru. Justeru,beliau telah mengarahkan anak buahnya menanam sebahagian rangsum. Ini bagi memudahkan pergerakan mereka mengejar PK.   Kebiasaannya, purata berat 'haversack' anggota komando ialah lebih kurang 30 kg. Beban ini terpulang kepada tempuh sesuatu operasi. Mengambil keluhan seorang mantan komando, seorang operator radio, ketika mendaki bukit, boleh dikatakan dagu hampir mencecah kepala lutut. Dan apabila berehat pula, kebiasaannya mereka tidak sanggup untuk duduk kerana menghadapi masalah untuk berdiri nanti. Jadi, terpaksalah mencari pohon/batang pokok untuk menyandang haversack sambil berdiri! Itu belum mengambil kira set radio yang terpaksa dipikulnya. Dengan pengurangan bebanan dan waktu malam makin menjelang, mereka 'lari anak' menjejaki musuh.

Anjing baka Labrador, Ben, yang bersama dalam kumpulan Lt Zainal, tiba-tiba berhenti dan duduk. Ini bererti Ben telah menghidu kehadiran musuh. Memang tepat sekali beberapa saat kemudian....bang...bang...bang. Mereka dihujani oleh peluru daripada musuh yang berada di atas bukit. Tindakan Ben telah menyelamatkan anggota kumpulan tersebut kerana tidak ramai yang berada dalam zon pembunuhan (killing zone) semasa diserang hendap. Musuh tidak melepaskan peluang untuk menembak anjing pengesan kerana haiwan seperti Ben merupakan sasaran yang mesti dihapuskan. Kewujudan anjing pengesan sangat berbahaya kepada mereka kerana haiwan tersebut dikurniakanNya dengan pancaindera yang boleh mengesan kehadiran musuh. (Gambar hiasan).

Ketika mendapatkan perlindungan di belakang ketulan batu, Lt Zainal telah tercedera di lututnya. Namun demikian, beliau menceritakan 'tembakan musuh telah reda sedikit, dengan dibantu oleh tembakan perlindungan (covering fire) daripada Kpl Zaki, saya terus merangkak ke kedudukan Pbt Amin dan terus mengheret sambil memapah beliau ke tempat selamat. Ketika itu, Tpr Mohd Ali, yang berada di posisi No. 7 semasa roadaan, bergegas ke posisi saya untuk memberi bantuan (rajah 3).


Kpl Zaki memberi tembakan perlindungan
Selepas itu, saya bersama Kpl Zaki telah melakukan 'Frontal Assault' sambil menembak ke arah kedudukan musuh di atas bukit tersebut. Pada masa yang sama, Tpr Mohd Ali telah melakukan 'Flanking Attack' dari arah kiri musuh (rajah 4). 
'Frontal & Flanking' assault
Setelah kehabisan peluru, saya mengisi lagi dengan kelopak kedua dan terus mara sambil melepaskan tembakan ke arah musuh. Apabila saya dan Kpl Zaki sampai ke lokasi musuh di atas bukit kecil, Tpr Ali muncul pada masa sama. Kami dapati TIGA (3) orang PK terbunuh dan yang lain telah melarikan diri meninggalkan 20 beg galas (haversack) berisi pakaian dan makanan serta 2 pucuk senjata bersama sejumlah peluru.'
Di waktu yang sama, mendengar sahaja tembak-menembak itu, kumpulan Lt M Anuwa bergegas ke puncak bukit. Dalam proses memberi bantuan ini, Tpr Abu Kassim telah tercedera di siku akibat ditembak oleh musuh. 
Walaupun pertempuran masih belum reda, Lt Zainal telah memohon bantuan helikopter untuk mengambil 'casevacs'; Pbt Amin yang tercedera di lutut dan banyak kehilangan darah serta Tpr Abu Kassim. Bantuan si burung besi, Nuri, sangat diperlukan bagi menyelamatkan kedua-dua casevac tersebut sementelah hari makin gelap. Sebuah Nuri yang dikendalikan oleh Kapt (U) Abdul Rahim bin Abdul Rahman PGB PTU (bersara Brig Jen Dato'), Lt M (U) Raja Badrulzaman bin Raja Husain (ko-pilot) (bersara Mejar) dan arwah Sjn Abd Rahman (Kuatermater Udara) (bersara PW1) telah berlepas dari Kem Tambun ke lokasi pertempuran. Disebabkan waktu sudah hampir malam, Kapt (U) Rahim mengarahkan anggota komando untuk membakar sesuatu bagi mewujudkan asap dan juga menembak pistol 'Verey Light'. Berpandukan asap dan cahaya tembakan pistol berkenaan, kapten pesawat berjaya mengesan lokasi pertempuran. 2 orang casevac dan bangkai Ben telah dinaikkan ke dalam pesawat melalui kaedah winching. Ketika dalam proses winching, pengganas komunis telah mengambil kesempatan untuk menembak Nuri tetapi tidak membawa sebarang kecelakaan. Hanya keesokan hari, sebuah Nuri telah terbang ke lokasi terbabit untuk membawa 3 mayat musuh dan juga barang-barang peninggalan pengganas komunis.
Bangkai Ben telah dibawa balik ke Pulada dan disemadikan di kubur khusus untuk haiwan yang banyak berjasa kepada negara di era insurgensi. 
Lt Zainal dan trupnya meneruskan pemburuan mereka selama lebih kurang seminggu sebelum dikeluarkan dengan Nuri balik ke Ipoh. Keberanian Lt Zainal berhadapan dengan situasi yang begitu getir diperakui oleh Tpr Mohd Ali bin Ahmad...'beliau (Lt Zainal) turut dan bertindak sebagai ketua trup yang berani dan tangkas sehingga kami berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis'. Sjn Chandan pula memberi komen terhadap kepimpinan Lt Zainal kepada Pegawai Latih beliau di Pulada....'Tuan Zainal Commando, memang berani betul'. 
Pada Mej Zainal pula,  'Kejayaan ini merupakan salah satu fakta sejarah kepada Kor Gerakhas dalam menumpaskan musuh demi pengorbanan kepada tanahair tercinta. Pertempuran ini menjadi kenangan kepada saya sepanjang hayat'.
Arwah Kpl Zaki bin Nordin (bersara Sjn) dan Tpr Mohd Ali bin Ahmad (bersara PW1) telah dianugerah PGB. Lt Zainal Abidin bin Husin (bersara Mej), Ketua No 9 Trup 1 RGK....Hanya KPK. Sungguh ironis sekali!!! Dimana silapnya atau apakah rasionalnya? Hanya pencalon sahaja yang boleh menjawabnya. Wallahualam.
Mejar Zainal Abidin (B)...Terima kasih.
1. Rujuk: PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia, Penerima S.P. dan P.G.B. JILID 2, bertajuk '9 Terup Z Skn. RGKM dalam Op Gonzales di Hutan Simpan Kinta',  halaman 26-33, oleh Lt Kol Dr Syed Othman bin Syed Omar. 

Sumber : http://xnuripilot.blogspot.com/2012/10/serang-hendap-di-ulu-kinta-sungguh.html

07 di lenggong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di lenggong - Google Blog Search


Perak Man Akan Dibawa Balik Ke <b>Lenggong</b> | MyNewsHub

Posted: 10 Nov 2012 08:15 PM PST

LENGGONG – Kerangka Manusia Perak atau Perak Man akan dibawa balik ke Lenggong selepas segala prasarana dan kelengkapan untuk menempat dan menyimpan kerangka pra-sejarah itu siap kelak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata persiapan rapi perlu dibuat sebelum membawa balik kerangka berkenaan yang kini ditempatkan di Muzium Negara di Kuala Lumpur.

"Itu dalam perancangan tetapi prasarananya mesti siap dulu…bangunannya mesti ada, pengawasannya, cara-cara menyimpan serta alat-alat yang tidak membolehkan kerangka itu dicemari perlu kita sediakan.

"Apabila sudah siap barulah upacara pemindahan itu dapat dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis meraikan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Bagaimanapun, Rais berkata tempat untuk mempamerkan Perak Man belum ditentukan lagi.

Kerangka Perak Man yang ditemui semasa ekskavasi di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990 adalah satu daripada kerangka purba paling lengkap di Asia Tenggara dengan usia kira-kira 10,000 tahun.

Rais berkata kerajaan Persekutuan baru-baru ini telah meluluskan RM30 juta bagi menyediakan pelbagai prasarana di Lenggong.

Katanya dengan peruntukan itu, kementerian akan menyediakan perkara-perkara asas seperti tempat pameran, galeri dan pusat informasi seperti yang digariskan di bawah panduan yang ditetapkan Unesco.

Katanya kerja-kerja untuk menyediakan prasarana itu akan dimulakan awal tahun depan dengan kerjasama kerajaan negeri.

"Pengikirafan Lembah Lenggong ini menjadikan Malaysia sebagai tempat tumpuan pengajian purba. Selain daripada antropologi dan arkeologi ia juga sangat penting terhadap kajian pra-sejarah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rais berkata dua kawasan iaitu Taman Negara di Pahang dan Batu Caves di Selangor berpotensi untuk diketengahkan sebagai tapak warisan dunia kelak.

"Salah satu ialah kawasan Batu Caves yang akan kita kemukakan tetapi soalnya oleh kerana Malaysia kini menjadi anggota warisan dunia di bawah Unesco, selama dua tahun kita tidak boleh ambil bahagian, kalau tidak ia akan jadi pertembungan kepentingan.

"Tetapi terdapat kawasan yang telah dikenalpasti terlebih dahulu seperti Taman Negara tetapi penilaian belum dibuat," katanya.

Pada 30 Jun lepas warisan arkeologi Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), satu pengiktirafan yang mengukir nama negara dalam peta arkeologi dan pelancongan dunia.

Penyenaraian itu menjadikan kawasan berkenaan sebagai tapak Warisan Dunia ke-953 dan Tapak Warisan Dunia keempat di Malaysia selepas bandaraya bersejarah Melaka dan George Town di perairan Selat Melaka, Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di manjung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di manjung - Google Blog Search


BICARA PERJUANGAN: SAMBUTAN MERIAH PM <b>DI MANJUNG</b>...

Posted: 18 Oct 2012 08:01 AM PDT

JAMUAN RAKYAT 
JANJI DITEPATI
PERINGKAT NEGERI PERAK 
DI 
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
18 OKTOBER 2012 JAM 12.00 TENGAHARI




LAGI GAMBAR AKAN MENYUSUL.....

07 di kuala kurau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kurau - Google Blog Search


PASPB: PARIT BUNTAR!!! PAS Parit Buntar adakan ibadah korban <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2012 12:07 AM PDT

PARIT BUNTAR, 28 Okt. : Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS Parit Buntar telah menganjurkan Program Ibadah Korban bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama dan memupuk semangat pengorbanan yang tinggi umat Islam. 
 
Pengarah program Fakhrurazi Haji Khalid berkata, sebanyak sebelas ekor lembu telah dikorbankan pada hari raya kedua di dua tempat berasingan iaitu di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong dan Markas Tarbiyah Dun Kuala Kurau, Jalan Pantai.
" Bilangan lembu untuk dikorbankan bertambah berbanding tahun lalu kerana semakin ramai yang menyertai ibadah korban anjuran PAS Parit Buntar. 
" Memandangkan ibadah korban ini di adakan di dua tempat berasingan , maka kerja-kerja melapah dan memotong daging dapat dijalankan dengan lebih cepat dan lancar " Katanya
Fakhrurrazi berkata, daging-daging lembu diagihkan kepada fakir miskin dan orang ramai dalam kawasan Dun Titi Serong dan Kuala Kurau
" Urusan pengagihan daging korban juga berjalan lancar, di mana wakil PAS Cawangan datang mengambil daging korban untuk diserahkan kepada fakir miskin di Cawangan masing-masing". 
 
" Selain lembu yang dikorbankan pada hari ini , terdapat beberapa ekor lembu lagi telah diagihkan kepada cawangan PAS untuk dikorbankan di tempat mereka" katanya
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban PAS Kawasan Parit Buntar pada tahun ini
" Petugas-petugas yang terlibat tanpa mengira penat lelah dan habuan, mereka bekerjasama dan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah yang amat dituntut ini. 
" Program ibadah korban ini juga merapatkan ukhwah islamiah, program ini juga mampu membangunkan kehidupan masyarakat yang harmoni dan mematuhi arahan agama.
Tambahnya, selain program ibadah korban yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar. Program ibadah korban ini juga dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing. 
 
" PAS Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan oleh PAS Cawangan di tempat masing-masing. 
 
"" Kegigihan ahli dan penyokong PAS di cawangan patut dipuji. Ini salah satu daripada sumbangan khidmat kebajikan kepada umat Islam setempat" katanya
Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin yang turut menyembelih dua ekor lembu yang dikorbankan.
Program Ibadah Korban di Titi Serong



Program Ibadah Korban di Kuala Kurau
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved