07 di kampar - Google Blog Search |
Kinta Menjerit: Kasino-kasino <b>di Kampar</b> Punah Diserbu PDRM Posted: 05 Oct 2012 03:52 AM PDT Polis Daerah Kampar melumpuhkan sindiket perjudian haram dan merampas 461 komputer bernilai lebih RM400,000 dalam beberapa serbuan di sekitar pekan Kampar dan Gopeng, sepanjang Januari hingga September tahun ini. Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata sebanyak 31 serbuan dilakukan sepanjang sembilan bulan itu dan seramai 33 individu berusia lingkungan 17 hingga 55 tahun ditahan. Beliau berkata sebanyak 31 kes dicatat dengan 18 dibawa ke mahkamah manakala 13 lagi masih dalam siasatan. Mereka yang disabitkan kesalahan mengikut Seskyen 4B(a) Akta Rumah Judi dan Terbuka 1953, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun, katanya pada satu sidang akhbar di sini Jumaat. Ng turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengunjungi premis perjudian haram di sekitar pekan ini dan Gopeng bagi mengelak tindakan terhadap mereka. |
You are subscribed to email updates from di kampar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan