Rabu, 13 Julai 2011

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Blog Suam Kuku: Perjalanan Hidupku <b>Di</b> IKM <b>Lumut</b> (Sem 3)

Posted: 03 Jul 2011 01:58 AM PDT

Ini lah Sem terakhir aku di IKM Lumut Perak. Macam macam jadi kat aku kalau korang baca time aku Sem 1 dan Sem 2. Tapi kali ini aku tak duduk kat dorm lama, aku da pindah bilik.Aku duduk dengan member yang satu kepala dengan aku jer lebih kurang dalam 7 orang 1 bilik. Yang paling best bilik itu sangat sejuk di malam hari dan sangat panas di siang hari.

Sem ini aku pulun sakan belajar. Aku pun tak taw perubahan drastik datang kat aku.Tugasan hantar awal nak dapat A la katakan.Yang paling aku minat belajar Computer Architecture. Kat bawah nie aku list kan ape yang jadi kat aku sepanjang Sem 3 nie..

  • Sem paling best sebab dapat kawan kawan yang gila dan satu kepala.
  • Bilik aku ada telebisen sebab member aku bawak dari rumah, rumah die dekat je pon.
  • Makan petang aku masih tak turun gak.
  • Puasa dengan kawan kawan ( puasa ker?? )
  • Berbuka sejam awal. 
  • Paling tak suka buat electronic kena solder lagi, benda tue yang aku lemah,aku orang paling akhir keluar dari dewan peperiksaan.
  • Sem ini aku selalu balik kampung.
  • Aku belajar pasal OS Debian.
  • Sem 3 ini sorang dapat 1 komputer, spec pun best, jadi hari-hari 1 kelas aku main D.O.T.A dengan  game Bola ramai-ramai, Seronok gile,
  • Sedih sampai aku menangis bila berpisah dengan member 1 dorm, 1 kelas. Yelah dah duduk 1 tahun 6 bulan dengan diaorang. Aku nagis.
  • Sehari sebelum cuti sem, ada exam yang paling susah pernah aku buat exam network,berkenaan dengan Linux dengan Windows Server 2008. Malam sebelum exam tue tangkap-tangkap gambar konon buat kenangan, amik gambar lompat-lompat. Nak dijadikan cerita member aku lompat dari katil terpijak kaki aku. Gila babas sakit macam patah jer aku rasa, badan da macam Bob Kuman, Keesokannya terpaksa aku amik exam dengan kaki sakit.
  • Belakang dorm aku ada budak mati sebab sawan.
  • Kan aku pernah cerita aku Berkasih-kasihan dengan budak Sem 3 Course aku time aku Sem 1, da putus da. Lepas Sem 3 nie aku Berkasih-kasihan pulak dengan kawan sekelas die, satu course gak. Tapi sekarang tak ada lah. Ish-ish pe nak jadi kat aku kan.
  • Sem paling penat sebab kena bertukar-tukar kelas.
  • Family aku tak pernah amik aku kalau cuti Sem, selalu balik naik bas jer.. Kadang-kadang terasa gak.

Pointer Sem

Sem 1 : 3.03

Sem 2 : 3.13

Sem 3 : 3.24

p/s : Terima kasih kepada Lecture yang sudi mengajar En.Zul, En.Lan, En.Kharizan, En.Syuk, Pn.Lin.Terima kasih sangat-sangat dan kepada kawan-kawan IKM, aku rindu korang, maafkan aku kalau ada buat salah kat korang semua..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


yangbaik: 10 sebab mengapa saya tidak suka makan <b>di</b> AYAMAS

Posted: 09 Jul 2011 12:00 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

AYAMAS, selain daripada mempunyai beberapa produk seperti nugget ayam, chicken ball, chicken burger, chicken drummet dan macam lagi produk ayam AYAMAS turut mempunyai restoran.  Makan di Restoran Ayamas ni seronok ke?


Suatu ketika dahulu ketika Restoran AYAMAS mula diperkenalkan di Seri Manjung, kami sekeluarga antara peminat Restoran Ayamas, walaupun tak sesetia Restoran KFC.  Namun setiap kali ke Seri Manjung bila nak cari tempat makan nasi kami pasti akan ke Restoran Ayamas kerana nasi ayamnya sedap dan juga beberapa menu lain seperti ayam panggang madu serta kerana suasananya yang santai dan tak perlu tunggu lama (kerana tak ramai orang!?).


Tetapi restorannya di Seri Manjung tak bertahan lama mungkin dalam 5 tahun aje kot atau tak sampai 5 tahun.  Kini Restoran itu muncul semula di Seri Iskandar pula.   Kami berkunjung pula ke sana.  Namun suasananya berbeza, kerana di Seri Iskandar tiada tempat makan yang selesa seperti di Seri Manjung.  Pada awal pembukaannya, kami terpaksa makan di luar kerana meja dan kerusinya terletak di luar bukannya di dalamnya premis... tak selesa langsung macam tiada privasi.  Kami ambil keputusan untuk bungkus sahaja, tak jadi makan di situ.


Beberapa ketika kemudian, kami berkunjung semula ke sana (Seri Iskandar) kerana kelihatannya sudah ada meja dan kerusi di dalam premis.  Tambahan pula rasa rindu kepada keenakan ayam panggang madunya.  Di situ, kami order nasi ayam madu dan air... oh tidak...kena beli air kotak atau air tin yang terdapat di dalam freezer... yang sedihnya kena pilih sendiri dan bayar asing-asing... itu tak berapa sedih lagi.


Kami sekeluarga makan.  Tempat makan yang tak berapa selesa sangat sebab penghawa dinginnya terlalu sejuk dan menghala terus ke meja kami.  Petugas di situ... mungkin juga nak kena sound direct kot "Hoi! Aircond sejuk sangat la!"  kot baru nak bergerak.  Tapi kami taklah begitu, Cuma kedengaran anak2 merungut sejuk sangat lah... Petugas kat situ buat deeekkk jer.. leceh juga, hilang 1 mood.  Dah tu meja sebelah di tempat kami makan, petugas sedang buat kiraan apa entah lah... mungkin kira order atau kira untungggg kot.  Tak selesa kan?  Semasa kita sedang makan kedengaran petugasnya bersembang tentang untung rugi atau stok semasa.... sungguh tak selesa, hilang lagi 1 mood... makan jugalah pedulikan mereka.. mungkin kerana tiada tempat lain yang lebih sesuai kot untuk mereka berbincang.


Tiba-tiba..... black-out!!! Alamak tergelap pulak, sedang makan neh... mujurlah tempat makan kami tu berdekatan dengan pintu dan dinding kaca... cerahlah sikit, tidak kelihatan pula lampu tambahan atau usaha untuk menggunakan tenaga letrik tambahan untuk menenangkan pelanggan yang sedang makan... di sini saja dah kehilangan hampir 5 mood untuk makan dan semangat pun semakin hilang. 


Dalam pada itu, kedengaran siren dari bangunan sebelah mungkin siren kecemasan di Bank ... yang tidak diketahui pula punca bunyinya.  Kebaikan staf tidak boleh dinafikan, salah seorang dari mereka membuka pintu Restoran dan meninjau apa yang terjadi kemudian masuk semula... tanpa menutup pintu tadi menyebabkan bunyi bising siren berkenaan mengganggu kami yang sedang makan... memang hilang mood.... lantas kami meminta staf tadi menutup semula pintu dan ditutupnya.... Baru perasan dalam restoran itu ada lalat lah... hmmmm tak per lah... kat rumah kita pun kadang-kadang ada lalat juga mana nak buatnya...


Dalam kesuraman itu, datang pula staf mencuba alat penangkat lalat kelihatannya seperti raket tennis... melibas-libas 'raket tenis' tadi untuk menangkap lalat berhampiran pintu kaca... ada ke patut... Bagaimana di Restoran yang terkenal dengan namanya yang hebat dan gah itu membiarkan stafnya menghayun 'raket tenis' di hadapan pelanggan yang sedang makan... sungguh kurang sopan... nasib baik juga staf berkenaan tidak menghayun berdekatan kami..


Tak kisahlah apa pun.... kami menghabiskan makanan yang ada dalam keadaan seperti terpaksa kerana dah bayar ... mahal pulak tu... Cuma terubat sikit mood dan semangat yang hilang tadi bila ada staf yang membantu anak2 kami mencuci tangan mereka di dalam keadaan suram ala-ala romantika gitu...


Kami keluar dari restoran itu dalam keadaan yang kurang puas hati.  Walaupun hasrat nak makan ayam panggang bermadu itu tercapai tetapi oleh kerana beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang waktu makan langsung menjejaskan keenakan rasa ayam panggang madu yang dah rasa tak berapa enak seperti dulu.


Pandangan saya, pihak Restoran Ayamas sepatutnya

  1. mempunyai pelan kontigensi ketika berlakunya black out.

  2. Menggunakan alat perangkap lalat yang tergantung di dinding dan bukannya boleh dipegang dan dibawa ke mana-mana oleh staf.

  3. Menyediakan tempat khusus kepada staf untuk berbincang isu-isu atau soal kerja

  4. Tidak membiarkan staf bekerja dalam gelap, kerana tempat penyediaan kelihatan agak suram walaupun ketika tidak black-out.

  5. Menyediakan wang tukar yang mencukupi untuk digunakan ketika black-out, kerana cash machine tidak berfungsi

  6. Menyediakan tempat makan yang selesa jika hendak atau tidak perlu adakan lansung tempat makan, hanya untuk beli atau take away sahaja.

  7. Memberi latihan yang mencukupi kepada staf dari segi layanan dan pengetahuan tentang menu.

  8. Adakan tawaran dan promosi harga rendah

  9. Pastikan kesegaran makanan dan kualiti makanan sentiasa terbaik.  Contoh nasi ayam rasanya tak berasa masak dan sejuk.

  10. Lakukan sesuatu supaya bakal pelanggan tidak lari dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


My Railway track walking adventures Part I « Blending our lives <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 09:38 AM PDT

Hi Readers, Sorry for keeping you all waiting for my railway track walking adventures in Singapore. I went and walked some of the tracks on 9 July 2011 from Silat Avenue (near Spooner Road, KTMB depot and Kampong Bahru) till the Rail Way Mall.

Before I start my railway track walking, I took bus 61 and dropped at Melati Block 2. Those flats were the places that the KTM staff used to live in Singapore then. It's near the Spooner Road Depot. Anyway, saw some of the tracks were dismantled in KTM depot area. There is no way for the public to enter the Tanjong Pagar Train Station as it is currently closed.

We will not be able to access to this part of the train tracks at all. But you can try taking this photo from the flyover at Kampong Bahru Road. This photo was taken a few months ago as there were trains going into Tanjong Pagar station.

Took my lunch at Silat Avenue (foodcourt behind Orange Valley Home). Spent $3 on my seafood Horfun as I was famishing & needed energy to walk for a long distance.

After I had my lunch, I walked towards the green coloured blocks of flats & saw a wooden board leading towards the path to the train tracks. However, I had to make a detour to the path as the slope was too steep & safety is important.

Finally reached those train tracks. It was a rare occasion where members of the public can walk on those tracks officially (temporary only up till 17 July 2011) & no worries about incoming train/(s). However, some of the items were dismantled and/or removed then.

For example, there were used to have 2 of this Bukit Timah signs at each side the Bukit Timah station before 1 July 2011 & now only left with 1 (on the right side only). The picture below is the one at the left side of the station.

So do not be shock when you see some of the telephones and signal lights are dismantled & lying on the ground or tracks. Be careful of shattered pieces of glass as well. So wear a good pair of shoes is important for a long journey as I nearly lost my grip while walking. I could not walk as fast as I could as most of the area were not smooth.

Of course, while walking on the railway tracks, I passed by some of the landmarks such as Bukit Merah Bus Interchange, factory area at Bukit Merah (after Bukit Merah Bus interchange), Alexandra Flyover, some abandoned huts, Alexandra Hospital, Tanglin Halt, Biopolis, Buona Vista, Service College at Buona Vista, Ghim Moh flats, old Raffles Junior College, Cold Storage Jelita, Clementi Woodlands, Bukit Timah station, the Truss bridge between Bukit Timah Road and Dunearn Road, Rifle Range Road, Hindhede Drive (near the Bukit Timah Natural Reserve) with a road bridge, the upcoming MRT line of Upper Bukit Timah Road and The Rail Way Mall (near Dairy Farm area) where by another Truss bridge is located. I stopped at the Rail Way mall area as it was getting late in the evening.

As well as some animals too – I did not have much time to explore those insects except seeing monkeys near Hindhede Drive area.

Furthermore, I would say that it will not be say to go to certain areas of the railway tracks when the sky is dark during night time. It can be scary to walk alone.

Stay tune for my updates on my railway track walking adventures with some of the pictures.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Harmony in my Head: Banjir Besar <b>di KuaLa KangsaR</b>

Posted: 08 Jul 2011 04:27 AM PDT

Nanti kalau korang datang Kuala Kangsar, time korang jalan2 dan ronda2... korang boleh la tengok tempat2 yg kena banjir suatu ketika dahulu. Boleh la imbas kembali peristiwa banjir besar ini iaitu sekitar tahun 1960'an...ketika itu ramai yang terkorban akibat banjir tersebut..ada yang memukul talam untuk meminta pertolongan..lama kelamaan suara itu sayup-sayup kedengaran menandakan ia tenggelam dibawa arus yang deras...Kononnya banjir dikuala kangsar nie berlaku akibat empangan yang pecah,..ntahlah..ku sendiri pon xtawu...mari kita mengimbau kembali nostalgia tragedi tersebut....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


.: T-for-Tun~~ (00,)~~T_T-ieday :.: Siri Bercakap Dengan Jin <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2011 11:13 PM PDT

PUAKA TIANG SERI

Lebih kurang pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui datuk. Dia pun menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi memang tidak di duganya. Kalaulah dia tahu kejadian itu akan membuka rahsia dirinya, memang dia tidak akan mengundang datuk kerumahnya. Tetapi, datuk terus menasihati Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan ini dengan rela hati.

"lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia untuk kita supaya kita sedar. Allah boleh melakukan pembalasan terhadap kerja yang tidak direlakanNya di muka dunia tanpa menunggu kita menemui ajal"

Apa yang di perkatakan oleh datuk itu di akui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan malam itu juga, Tok Kaya Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Bila melihat keadaan sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja tentang hasratnya untuk pulang ke kampung. Mendengar kata-kata itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak resah.

"Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi", tahan Tok Kaya Sendi Diraja.

Datuk tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah-merahan dari anjung rumah.

"Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu di tengok Tok Kaya"

"Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya"

"Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua"

Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap. Kedua belah tapak tangannya menekan jenang tingkap.

"Saya masih mengharap pertolongan awak. Barang kali inilah pertolongan akhir saya minta", kata Tok Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan badannya memandang wajah datuk.

Tok Kaya Sendi Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi.

"Apa lagi yang mahu saya tolong?"

"Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain"

"Maksud Tok Kaya?"

"Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya"

Datuk terdiam. Matanya tajam merenung keluar pada pokok-pokok pisang di dada jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur yang tidak putus dengan kenderaan.

Ada sesuatu yang datuk fikir. Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak permintaan Tok Kaya Sendi Diraja itu. Sudah bosan saya tinggal dirumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah tenang dan aman.

"Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?"

"Menghalau penunggu rumah ini"

"Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi, kalau sudah jadi penunggu turun temurun memang payah"

"Sebabnya?"

"Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya"

Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok Kaya Sendi Diraja. Renungan matanya begitu redup tertumpu ke arah muka datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi Diraja.

Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap pertolongan yang di minta darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja tidak dapat ditunaikannya, tanya saya dalam hati.

"Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba", datuk memberi harapan.

Segaris senyum senang berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta Tok Kaya Sendi Diraja mencari tempat bara. Datuk juga mahu bara yang diisikan ke tempat itu mestilah bara dari kayu keruing yang melintang uratnya. Dengan susah payah Tok Kaya Sendi Diraja mencari kayu keruing melintang urat.

Nasibnya cukup baik, dengan pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu diperolehinya. Kayu itu dibakar dan diambil baranya. Semua diserahkan pada datuk. Datuk pun melihat ke langit lagi sekali.

Dia melihat awan putih yang bergerak lembut kearah matahari. Bila sebahagian daripada awan itu menutup bahagian pinggir matahari, datuk pun melompat dan bersuara:

"Bawa perasap itu ke tengah ruang"

Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang rumah, dan meletakkannya di situ. Saya berpatah balik ketempat datuk. Saya lihat datuk sedang bercakap dengan Tok Kaya Sendi Diraja.

"Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk.

"Di tengah rumah"

Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding rumah. Mata datuk kelihatan rapat dan tangan kirinya diletakkan atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak saya lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk buka mata dan memandang tepat ke arah saya. Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata:

"Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya"

Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya kelihatan kebiru-biruan.

"Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah", jelas datuk.

"Saya tak tahu"

"Sekarang Tok Kaya dah tahu", ujar datuk dengan ketawa memanjang. Tok Kaya Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu melangkah menrapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka sudahpun berada dekat saya.

"Duduk", kata datuk.

Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan Tok Kaya Sendi Diraja duduk sebelah kiri datuk. Semua menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan kemenyan dalam bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah. Datuk bertafakur sejenak. Matanya rapat dan kedua lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana dalam rumah itu terasa aneh sekali. Terlalu sepi, saya rasa seolah-olah berada di satu tempat yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir. Dari tiang seri rumah terhidu bahu yang cukup harum. Saya mengerling dengan ekor mata ke arah tiang seri itu. Saya lihat tiang seri itu mengeluarkan asap nipis, kemudian terus hilang. Datuk pun menoleh ke arah Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata:
"Ada tanda kejayaannya"

Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa dia telah dapat berbicara dengan menunggu itu secara perasaan dengan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan keluar menemui datuk pada tengah malam nanti. Sebelum bertemu, penunggu yang berwajah garang dan berbadan besar itu minta diadakan satu upacara kecil dengan menepung tawar tiang seri. Satu permintaan yang cukup mudah dilaksanakan.

Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya Sendi Diraja dan anak isteri turut menyaksikan upacara kecil itu.

"Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini", ujar datuk dengan tenang.

"Maksud awak?"

"Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya asal-usulnya dan petua bagai mana mahu menghalaunya"

"Saya mahu tengok"

"Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang akan saya beritahu, dan begitulah sebaiknya"

Tok Kaya Sendi Diraja sejutu. Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah ini. Tok Kaya Sendi Diraja yakin datuk tidak memiliki hati yang bercabang.

"Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja", jawapan itu amat menyenangkan hati datuk.

Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih dibucu katil. Cadar katil yang berwarna kuning di bentangkan atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang-barang di atas katil. Sekali padang bagaikan singgahsana raja-raja zaman silam, seperti yang selalu kita tonton dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan baju dan seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di pinggang. Datuk juga menyuruh saya berpakaian kemas. Saya di suruh oleh datuk duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang berlaku dalam bilik.

Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram. Bunyi kaki orang melangkah jelas kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik. Datuk pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup resah. Suasana yang sepi bertukar menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung jampuk kedengaran sayup-sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan sayu lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat pintu.

Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun padam. Saya resah di dalam kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas katil. Kerana gelap saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak dengan itu suasana gelap bertukar menjadi samar-samar atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan begitu di panggil celah-celah tanah.

Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit dan ekor mata kanan menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki berbadan besar, siap dengan tanjak dan bintang kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri.

"Apa hajat?", terdengar suara parau.

"Minta tuan hamba keluar dari sini", balas datuk.
"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan tuan punya rumah asal"

"Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta"

"Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik"

"Maksud tuan hamba?"

"Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidup di sini, sama-sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk"

ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari katil dan duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu berlangsung agak lama dan saya bagaikan di pukau kerana secara mendadak saya terasa mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu.

Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat. Saya membaca beberapa buah kitab yang memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi masa lapang. Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya.

Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya membaca kitab-kitab fekah yang ada hubungannya dengan hukum-hukum agama Islam. Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah.

Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut. Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.

Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu-kayu itu dari sebuah istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu-kayu itu di bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di pelabuhan Bagan Datuk.

Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal dari Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu-kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan. Sekitar tahun tujuh puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh anak buah kawan moyang Tok Kaya Sendi Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja-kerja melombong bijih timah.

"Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan kelaut?", tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.

"Sayang, itu rumah pusaka"

"Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati-hati jangan membuat kerja yang tak baik. Tiap-tiap malam Jumaat panggil orang-orang berdekatan membaca surah Yassin. Usah bimbang dia sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya"

"Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini", keluh Tok Kaya Sendi Diraja sambil tersenyum. Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal dengan peristiwa yang terjadi.

Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya pemberian itu di tolak oleh datuk, dia sekadar mengambil wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit.
Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah kerumah baru, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang di tinggalkan itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru-guru pelatih perempuan yang gagaI ke
Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu di kenali oleh masyarakat setempat sebagai pusat latihan guru-guru normal. Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang. Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu.

Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah batu tersebut. Datuk pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh guru-guru pelatih perempuan yang tinggal di situ. Bila arahan itu di patuhi kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi. Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya menikah dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga, ketika menghantar Norlin ke London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur.

Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin menamatkan pengajian di England, anaknya terus menikah dengan orang putih dan menetap di Essex, kira-kira 60 km dari London.

Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah perkuburan orang Islam Garap berhampiran jalan besar Ipoh-Kuala Kangsar).

Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada nenek yang dirinya, kerap diserang sakit tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa duduk berhari-hari di atas katil. Berbagai ubat cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam hutan dilupakannya sarna sekali.

Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan membawa ubat-ubat dari akar kayu, ternyata ubat-ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada datuk. Saya dan cucu-cucu yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui sakit datuk itu adalah sakit biasa yang akan di alami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun.

"Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua penyakit pula hinggap", keluh datuk pada suatu petang.

"Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.

Datuk ketawa terkekeh. Secara terang-terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu pertanyaan yang bodoh.

"Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak sempurna sebagai seorang Islam. Mati memang menanti kita", jawab datuk.

Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu dengan mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya ketawa berdekah-dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah dialaminya.Bila duduk berduaan begitu terasa betapa mesranya datuk melayani saya. Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus memerintah saya untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga mengajar saya cara-cara sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di samping beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan sembahyang fardhu.

"Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada tiap-tiap malam Jumaat, eloklah kau membaca surah Yassin", datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini masih terpahat dalam hati kecil saya.

Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira-kira pukul sembilan dia mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan yang besar. Kedua susana di pekan itu memang tidak menarik minat saya.

"Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air Tawar", begitu datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu pergi ke situ.

"Sekarang kita pergi Tok?"

"Tentulah, pergi bersiap", ujarnya.

Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga. Kemudian saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas. Kira-kira empat puluh minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Setelah mundar-mandir dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia datuk. Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak datuk untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu.

Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau bagi kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak mahu. Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu setiap hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang deras.

"Kaubina rumah di tempat lain, habis cerita", kata datuk.

"Malas nak pindah"

"Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh", datuk memberi nasihat.

Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu kanannya dipegangnya serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua-dua biji mata kawannya lama-lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu.

"Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung", cukup bersengaja tekanan nada suara datuk. Kawannya tersengih, dan wajahnya bertukar kemerah-merahan menahan rasa malu. Kawan datuk memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku", sambung datuk lagi. Dan kawannya anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata saya masih tertumpu kewajah kawan datuk.

"Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci dengan kerja-kerja menolong orang bukan?"

"Aku tidak pemah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah menolak."

"Salah dugaan aku", keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan.

Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah warung kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan jalanraya menuju ke Lumut. Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau syaitan yang bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat kegagalan itu tangan kanannya terasa lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya selalu di ganggu oleh mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan. Ada kalanya dia tidak sedarkan diri sampai beberapa jam.

"Jadi apa yang harus aku buat dalam hal ini?", tanya datuk dengan nada suara menurun.

Wajah kawannya itu direnungnya tepat-tepat. Dengan tenang datuk menghirup kopi dihadapannya.

"Kau aku harapkan menolong dalam hal ini"

"Susah menyambung kerja yang terbengkalai", keluh datuk sambil merenung kosong ke depan pada kenderaan yang bersimpang siur di dada jalan. Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.

"Biar aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku", beritahu datuk pada kawannya.

Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat tangan sebagai tanda perpisahan. Waktu berada dalam bas untuk pulang, datuk memberitahu saya bahawa kejadian aneh yang mengganggu penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau dibiarkan nanti penduduk di situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta membuat kerja-kerja yang bertentangan hukum agama.

"Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat", pendek saja datuk memberi tahu saya.

Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka kuburkan di tanah perkuburan itu ketika hidupnya telah melakukan kerja-kerja yang ditunjukkan oleh syaitan.

"Orang perempuan atau lelaki tok?"

"Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan durhaka pada suaminya sendiri", beritahu datuk lagi pada saya. Satu keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita.

"Kau ikut aku ke sana"

Ungkapan dari datuk itu amat menggembirakan hati saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Ummu Asiah: BERSIH2.0 Terkini 14 org ditangkap <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 28 Jun 2011 07:24 PM PDT


BERSIH2.0

Ketakutan mereka meluap-luap. 14 orang lagi ditangkap di Sungai Siput. Maklumat dari twitter YB Chang Lih Kang ADUN Teja, salah seorang yang turut ditangkap.

Mereka ditangkap ketika sedang mengedar risalah di Pasar Awam di Sungai Siput.

Jumlah yang ditangkap susulan kenyataan "tangkapan pencegahan akan dilakukan" ialah 96 orang semuanya termasuk 30 orang yang ditahan reman selama 7 hari di Pulau Pinang. Tahanan ini telah mengadu mereka dikasari terutama dakwaan dikasari oleh tahanan wanita. Baca di sini dan di sini.

Dari twitter YB Chang Lih Kang sekitar jam 7 pagi tadi memaklumkan yang beliau dalam perjalanan ke Sungai Siput bagi majlis Pelancaran BERSIH2.0 juga usaha mereka untuk mendesak agar YB Dr Jeyakumar dibebaskan. YB Dr Jeyakumar ditahan bersama 29 orang yang lain di Kepala Batas, Pulau Pinang pada hujung minggu lepas.

14 orang yang ditangkap kini dibawa ke IPD Sungai Siput.

Maklumat dari SUARAM:

Those arrested are:
  1. Chang Lih Kang (Teja State Assembly Rep)
  2. Leong Mee Meng (Jalong State Assembly Rep)
  3. Tan Kar Hing (PKR State Deputy Secretary)
  4. Cheng Wai Ping (DAP Members)
  5. Yong Hock Meng (DAP Members)
  6. Chin Len Thye (DAP Members)
  7. Lau Siew Moy (DAP Members)
  8. Lee Siew Peng (DAP Members)
  9. Halan Kannan (DAP Members)
  10. Hor Sam Chuan (DAP Members)
  11. Loi Chee Kong (DAP Members)
  12. Seok Loy (DAP Members)
  13. Chua Boon Hua (DAP Members)
  14. Chong ah Moi (DAP Members)
As of today, 96 people have been arrested by the police since the government's clampdown on freedom of expression.

SUARAM condemns the police for being in humane and demand that all the activists to be released immediately and given access to legal counsel. Failure to do so is an offense and violation of human rights of the detainees.

Malaysia has already an atrocious international record on democracy and human rights and it should not join the ranks of rogue countries universally regarded as most notorious and infamous for their reckless disregard for the most basic human rights - human dignity and life. Released by,

Nalini.E

Program Manager

SUARAM

.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Always.......: Site Visit Daerah <b>Kerian</b> 2010

Posted: 10 Jul 2011 05:36 AM PDT

Sebagai perancangan bandar, site visit dilakukan dalam tujuan untuk mengenalpasti keadaan semasa sesuatu tempat yang akan dirancang pembangunannya (aku masih ingat pesan salah seorang lecturer aku masa study dulu katanya "jangan ada yang jadi planner buta sudahlah"). Melalui site visit ini akan mengenalpasti berkenaan keadaan semasa, isu, masalah dan juga potensi yang terdapat di Daerah Kerian untuk dibangunkan.

Site visit ini dijalankan selama hampir 10 hari di sekitar Daerah Kerian merangkumi beberapa sektor seperti perniagaan, perindustrian, pelancongan, rekabentuk bandar, sistem pengangkutan, landskap dan kawasan lapang, pelancongan dan lain-lain sektor lagi.

Daerah Kerian yang terletak di bahagian Utara Perak ini sememangnya terkenal dengan kawasan jelapang padi yang sangat luas selain daripada jelapang padi yang terdapat di Negeri Kedah. Memang agak menyeronokkan apabila datang ke sini dengan melihat keadaan sawah padi menghijau yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan.

Daerah Kerian terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Bukit Merah Semanggol, Kelip-kelip Kampung Dew, Bird Santuary Kuala Gula, pasar kemboja Parit Buntar, aktiviti membuat ikan masin di Kuala Kurau, Perkampungan Nelayan di Bagan Tiang dan banyak lagi.

@ Kuala Gula Bird Santuary (Kredit photo to ANZ staff)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Cerita kami bermula <b>di</b> HENTIAN <b>TAPAH</b>!!~ | EmIenAqil ~Reality & Fantasy

Posted: 28 Jun 2011 11:05 PM PDT

As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
Baru nak cerita pasal kami kat KeyEll aritu..

Ibu mulakan entry coti2 kami di HENTIAN TAPAH dulu ye..

Kenapa hentian Tapah?!!!
Kalau siapa yang biasa lalu Lebuhraya Utara mesti tau dimana hentian Tapah ni kan?!!!

Hentian sebelum simpang susur keluar ke Tapah..

Kenapa ibu suka hentian Tapah berbanding hentian2 yang lain..

Mungkin sebab dia besar..

Banyak gerai makanan..

Termasuk juga bazar menjual berbagai jenis buah2an tempatan..

Kalau berenti di hentian Tapah mesti ibu nak pekena teh ais..

Sebab dalam banyak2 hentian teh ais di hentian tapah ni cukup rasa..

{sebenarnya ngada2 je lebih ;p}

Cuma yang tak bestnya hentian Tapah ni bila tiba musim perayaan atau cuti sekolah..

SESAK BEB!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nak parking pun susah ya amat..

Itu belum bab beratur nak masuk tandas lagi..

Tapi tandas dia banyak bukan macam sesetengah hentian ada 1@2 tandas je..

Jom layan picca Aqil Naim di hentian Tapah..

Nota Si Jari Runcing ~Entry akan datang hapdet pasal cite kami dekat Mid Valley pulak ye!!~
  Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


SUARA PERAK: Penubuhan Cawangan Baru DAP <b>di Padang Rengas</b>

Posted: 18 Apr 2011 10:01 PM PDT

SUARA PERAK: Penubuhan Cawangan Baru DAP di Padang Rengas

Penubuhan Cawangan Baru DAP di Padang Rengas



Pada 27/3/2011, jam 3.00pm, program pelancaran cawangan baru DAP di Padang Rengas telah disempurnakan di sebuah kedai di Pekan Padang Rengas.


Lebih 100 orang tempatan yang terdiri daripada ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India telah menghadiri program pelancaran ini. Juga turut hadir adalah wakil-wakil dari parti PAS dan PKR dan turut serta adalah YB Zainuddin ADUN Lubok Merbau.


Borang keahlian diserahkan kepada YB V. Sivakumar dalam program pelancaran tersebut.


Seramai 71 orang ahli telah membentuk cawangan DAP Padang Rengas.


Kedua-dua ADUN telah memberi ucapan.


YB Sivakumar menyentuh 2 perkara penting dalam ucapannya :


1) Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Nazri kata MIC tidak patut bertanding di Negeri Perak

2) Beliau juga ada menyebut dengan sinis bahawa tidak salah menonton video lucah di sebuah hotel kerajaan


YB V. Sivakumar juga mahu ketiga-tiga parti bergabung tenaga dalam PRU-13 di kawasan Padang Rengas untuk memenangkan PR di DUN Perak.


Program diakhiri dengan pemilihan jawatan kuasa pro-tem, yang dipengerusikan oleh Lim Yew Seng dan setiausaha cawangan, Puan Hawatie.


Majlis diakhiri dengan jamuan teh untuk semua hadirin.
 
本人于27.3.2011下午3点到硝山(PADANG RENGAS )街上某店,出席筹备成立行动党新支部的典礼。


大约整百位当地居民出席了这项活动,而公正党及回教党方面也有派代表出席。
 LUBOK MERBAU 的州议员YB 再努丁(ZAINUDDIN)也出席了当天的典礼。



这个新支部共有71位党员在当中,其中有华巫印三大民族在内。所有的入党表格和资料都移交到本人手上。



本人被邀致词时,有关近日2项热门的事项,本人作出了分析给新党员听解:-


1. PADANG RENGAS 国会议员DATO NAZRI 指国大党不该竞选霹雳州议席。

2. DATO NAZRI表示邀记者在政府酒店观赏色情光碟事件是没有错的。


最后本人在致词时更表示期望硝山的民联成员们能够 同心合力,并肩作战, 迎向来届大选。



大会接着遴选出新支部筹委会,由LIM YEW SENG 担任主席,HAWATIE 担任秘书一职。散会后,大家边用茶点边交流,场面温馨融洽。
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Ajijoi: Ribuan membanjiri ceramah pasca Bersih <b>di Kamunting</b>

Posted: 12 Jul 2011 04:18 PM PDT

Assalamualaikum!
Salam perkenalan sesama insan bagi mengeratkan lagi silaturrahim diantara kita.
Juga ucapan selamat datang keruangan ini untuk berkongsi pengalaman kehidupan di dalam apa jua bidang.
Semoga kesempatan ini dapat dipergunakan sebaiknya untuk kebaikan bersama.
Amin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MENUJU KEREDHAAN ALLAH: Ribuan membanjiri ceramah pasca Bersih <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2011 05:54 PM PDT



Tidak kurang 4 ribu orang telah hadir membanjiri Ceramah Pasca Bersih Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Kamunting, Taiping semalam. Sambutan diluar jangkaan itu mungkin disebabkan 'aura ' Himpunan Bersih 2.0 yang masih kuat dalam kalangan masyarakat ketika ini.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, AJK Pas Pusat Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya Pas Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dan penceramah khas daripada Kuala Lumpur yang juga anak saudara kepada Allahyarham Baharudin yang meninggal ketika menyertai Himpunan Bersih Sabtu lalu. Ustaz Abu Bakar Hussain telah mendeklimasikan sajak nukilan Sasterawan Negara, A Samad Said pada malam itu.

Pada ucapan yang penuh bersemangat, Dato' Seri Nizar mengutuk sekeras – kerasnya kekejaman polis ke atas peserta demonstrasi Bersih Sabtu lalu. Beliau juga mendakwa UMNO sengaja membangkitkan semangat perkauman dengan mengatakan orang melayu telah menjadi 'barua' Dato' Ambiga. Dato' Mahfuz pula dalam ucapannya menyeru kepada semua ahli PAS supaya tidak memarahi polis kerana mereka hanya mengikut arahan UMNO. " saya ingin katakan kepada seluruh ahli PAS suapaya tidak memarahi polis kerana mereka telah menjadi kuda tunggangan Barisan Rasional, " katanya sambil disambut dengan laungan takbir.
http://ajijoi.blogspot.com/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


::::::BILA CINTA BERSATU::::::: Bila saya &#39;teringin&#39; nak makan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2011 05:39 PM PDT

Saya ni nama je orang taiping,

nama je kampung mak kat parit buntar

tapi TAK PERNAH lagi makan di SINI

serius saya sangat2222 teringin nak makan kari ikan sembilang ni..

insyaallah, minggu ni nak balik taiping..

nak ziarah mak n abah mentua yang dah selamat

balik dari mengerjakan umrah..

harap2 berkesempatan la nak makan di sini..

nak ajak mak n abah saya la..

kawan2, pernah ke makan kat sini??

suasana makan di sana


'Penangan' kari ikan sembilang

MASAKAN kari ikan sembilang cukup popular bagi penduduk di utara Perak khususnya yang tinggal di sepanjang pesisir pantai dan kuala sungai.

Kuala Kurau umpamanya tidak terkecuali daripada itu dan salah satu lokasi di mana anda boleh mendapatkan kari ikan sembilang 'power' adalah di Kedai Lan Ban Pecah yang terletak di tepi pantai pemecah ombak di Kuala Sungai Burung.

Kelainan kari ikan sembilang di kedai ini adalah kerana ia menggunakan ikan segar daripada spesies sirip merah dan dimasak menggunakan periuk tembikar bagi mengekalkan aroma daripada resipi tradisi turun temurun pemilik kedai berkenaan.

Menurut pemilik kedai, Che Samlan Ismail, 40, hidangan kari ikan sembilang disediakan dalam dua pakej iaitu menikmati hidangan yang telah siap dimasak di kedai atau membuat tempahan awal menerusi telefon sebelum singgah makan di kedai tersebut.

"Untuk mendapatkan kualiti kari yang paling baik, ikan berkenaan perlu dimasak selama 20 minit. Sebab itulah, kami selalu menerima tempahan melalui telefon untuk menyediakan kari, memandangkan ia mengambil masa untuk siap dihidangkan," katanya yang telah mengusahakan kedai makan tersebut sejak 2004.

Menurutnya, ikan sembilang menjadi menu utama kerana ia merupakan ikan yang menjadi kegemaran utama penduduk di Kuala Kurau. Katanya, kelazatan menu kari ikan sembilang kini telah tersebar apabila semakin ramai pengunjung dari Ipoh dan Pulau Pinang sanggup datang menikmati kari ikan sembilang, khususnya pada cuti hujung minggu.

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan lain jika berkunjung ke Kedai Lan Ban Pecah kerana selain menikmati ikan segar, mereka akan disajikan pemandangan indah dan udara segar dari laut Selat Melaka yang terbentang luas di hadapan mata.

Jika mahu keadaan romantik, datanglah ketika senja mahu berlabuh kerana panorama matahari terbenam begitu mengasyikkan, selain dapat menyaksikan kebesaran ciptaan Tuhan.

Mereka yang ingin menikmati kari ikan sembilang dinasihatkan membuat tempahan awal dengan menghubungi Samlan di talian 014-2431773.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.