Selasa, 20 November 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Pegi kenduri <b>di Hutan Melintang</b>, Perak | all about life!!

Posted: 13 May 2012 07:03 PM PDT

assalamualaikum dan selamat pagi!
sihat korang? ape cerita di hari minggu? oh hari minggu aku kali ni sangat hectic. penuh dengan jadual. seronok sebab 2 hari bersama kawan2 yang memang dah lama tak jumpa. kawan2 yang susah senang bersama masa zaman belaja dulu2.
aku dapat jemputan kawen dari pengantin 2 minggu awal. before aku gi korea aritu. tapi mase tu tak bajet nak pegi. sebab selalunye aku ikut member. yela nak gi sorang memang takla. ade member baru la sedap nak pegi kan. so kebetulan jugak yutat dan wahida dah ajak. aku pun on kan ajela.
memasing single. so takde porjek lain, on kan aje hehe. aku sebenanrnye mati2 ingat kenduri kat tangjung malim perak. yela dekat la skit kan. sekali dah masuk kete baru tau rupenye kat teluk intan perak. kat hutan melintang sane tu ha! hamikkk...
tapi takpe. demi kengkawan kan. aku kawen korang tak datang siappp! ^_^
gerak dari kota damansara jam 9.30 pagi. 2 kereta. tapi ade 3 manusia je. sebab yutat nak balik kuala kangsar terus pas kenduri. aku driver kereta lagi satu, sebab wahida tuan punya kete nak tido! bole camtu? redha jela kan. aku mmg suke bawak kete pun.
jumpa lagi sorang member iaitu yati yang lagi 2 minggu nak kawen dah. sebab lalu kampung die kat sekinchan tu kan so sekali je gi. da jadi 3 kereta.
rupenye aku lalu kampung bapak aku kat sabak bernam. siyes tak tau! sebab selalunye time balik kg aku tido! ha ni la die kan. tapi tak singgah pun la kg.
sampai uma pengantin kul 12.30pm. awal. tu pun yutat cakap nak gerak kul 7 pagi! aku tanye nak jadi penanggah ke ape datang awal2?? kire sedang elok la kitorg sampai. jumpa pengantin jap.
sory ler. ini je gamba yang ade. sebab mase naik atas pengantin tengah make up. so tarik kejap. dah ler backlight! menci tau. korang buat2 nampak jela yek. hehe. pengantin lawo! dah macam artis bollywood! siap dengan hidung mancung terletak tuuu!
selamat pengantin baru ejan dan pasangan. cecepat sikit buat junior yek hehe. dah salam n tangkap gambar ngan pengantin ape lagi. makannnn!
pic sebelum makan lupa. nampak sangat kelaparan kan. hanya sempat snap lepas makan je! heheheh. acar tu yang sedap. aku kalo g memana kenduri kalo dapat acar buah ni ha memang laju jela. sedappp! and first time aku jumpa dalca ade udang!
setel makan lepak jap. sebab nak terus balik penat. yela drive dah 3 jam. ni makan setengah jam tak sampai nak balik terus. nangis ler. sempat gak jumpa bebudak class yang lain. aus dan jambu. amik ko kawan aku sume dah pakai nama singkatan je kan hehe. oh ejan si pengantin ni kawan aku mase diploma dulu.
gambar kenangan ngan pengantin sebelum balik. tq ejan sudi jemput! kami berempat yang lepas makan terus balik! yela dah sian orang lain nak makan dok tunggu tepi meja kan. tak sedap pulak nak lepak lelama. hehe

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : PENANG IRFR 1990

Posted: 18 Sep 2012 07:14 AM PDT


17-21 Mei 1990, KD Lekir terlibat dengan "RMN INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW" (RMN IRFR) yang berlansung di Pulau Pinang. Acara ini adalah acara terbesar pernah diadakan oleh TLDM. 
Agak mengecewakan setelah puas saya mencari di laman-laman web, namun saya tidak menemui lansung butir-butir lanjut mengenai RMN IRFR walaupun dilaman web TLDM sendiri.... mengapa acara bersejarah dan terbesar begini tidak ada lansung paparan mengenainya di laman sesawang. Apa yang saya temui adalah dalam You Tube siaran berita dari TV Jepun. 

Sebagai mengingati acara terbesar yang pernah diadakan di Malaysia , saya hanya dapat memaparkan beberapa koleksi gambar saya sendiri semasa IRFR itu... tidak banyak koleksi gambar yang saya ada kerana banyak yang telah hilang semasa saya bertukar unit.... nasib ada beberapa keping yang masih tersimpan dalam album saya. 

Terdapat banyak negara yang turut menyertai RMN IRFR di Pulau Pinang termasuk USA, Rusia, Britain, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia dan beberapa negara lagi yang saya tidak berapa ingat.  Semasa pelayaran masuk kapal-kapal tentera laut dari berbagai-bagai negara ke Pelabuhan Pulau Pinang , KD Lekir telah diberi penghormatan untuk membalas tembakan "GUN SALUTE" dari daratan Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Rejimen Artileri Tentera Darat Malaysia. 

Pulau Pinang ketika itu dilihat bagaikan sedang diserang oleh Armada - Armada Tentera Laut dari berbagai-bagai negara... teringat sebuah filem Hollywood "The Longest Day"... yang memperlihatkan beratus malah beribu-ribu buah kapal tentera laut berlabuh di persisiran pantai... begitulah suasana ketika itu di Pulau Pinang.... 
Di antara kapal kapal Negara Luar yang mengambil bahagian ialah Kapal Destroyer Rusia "Admiral Tributs",
Kapal Destroyer jenis Udaloy I Class ini ada kapal Pemusnah Anti Kapal Selam yang dibina pada tahun 1980. 

USS Bunker Hill adalah kapal perang U.S jenis Ticonderoga Guided Missile Cruiser yang dilancarkan pada 11 March 1985.Kapal ini berpengkalan di Pengkalan Tentera Laut US di San Diego, California.
Nama kapal ini mengambil sempena nama satu pertempuran hebat yang pernah berlaku semasa Perang Revolusi di Amerika Syarikat iaitu "The Battle of Bunker Hill" pada 17 June 1775. Pertempuran hebat antara terup British dan American Continental Army berlaku di  Boston USA. 
Kapal Tentera Laut Jepun JDS Katori adalah dari The Japanese Maritime Self-Defence Force Squadron. Kapal ini adalah kapal latihan untuk kadet Tentera Laut Jepun.  Saya tidak dapat kepastian samada kapal Republik Indonesia ini adalah KRI Ahmad Yani atau KRI Hasanuddin kerana kalau mengikut Wikipedia, pendant nombor 333 adalah KRI Hasanuddin yang telah dilucutkan tauliah.





 Bersempena dengan RMN International Royal Fleet Review ini, Bandar Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut. 

EH - Ekslamasi Holistik: Menarik <b>Di Lekir</b>, Sitiawan, Perak..

Posted: 28 Jun 2012 07:51 PM PDT



Salam dan holahai....


Apa kena dengan logo sekolah di atas ek?  Haaaa inilah logo sekolah EH masa praktikum kat bumi Lekir iaitu SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.  Deme kat sana sebut "lekiyour". Kalau pergi Lekir jangan terkejut pulak anda dengan sebutan "lekiyour".








Dalam segmen hari ini, EH akan berkongsi tempat menarik yang ada di Lekir. Pada mula-mulanya EH rasa macam tak ada apa-apa yang menarik kat sana hanya ada pekan Manjung dan bandar Sitiawan je..




Jeti di Kg Sungai Tiram, Lekir


Jalan punya jalan kat Kg Sungai Tiram rupa-rupanya ada laut kat sana. Wah sangat tenang melihat keindahan alam ini.




Pengalaman yang menyeronokkan




Penduduk di sekitar Kg Sungai Tiram ada yang menangkap hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka seperti menangkap ikan, gayam, kerang dan sebagainya. Sebenarnya EH baru first time dengar, lihat, rasa sendiri gayam bila duduk di bumi Lekiyour..




Mencari ilham dan ketenangan di sini






Tanpa segan silu EH dan rakan EH selamba badak stay kat jeti tengok penduduk kat sana baru lepas turun dari laut. Tak biasa tapi wat macam OK-OK je....






Melihat penduduk kampung menaikkan hasil tangkapan gayam
Kadang-kadang bila waktu petang kita orang akan pergi ke sini mencari ketenagan dengan desiran ombak dan angin yang sepoi-sepoi bahasa sebab tugasan kat sekolah terlampau banyak bak kata Miss Wong, kalau fikir pasal kerja memang sentiasa ada. Lebih kurang macam gitoo la EH translatekan.. Heheeeee




Ok. Ini je coretan untuk segmen Ekspresi Interaksi EH. EH akhiri dengan video klip lagu ini. Sayonara!






Thank you Allah oleh Maher Zain




EH : Seronok dengan masyarakat bumi Lekiyour...

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


My New Life: Sambutan Hari LAhir Wafa ke3 <b>di Trolak</b>

Posted: 15 Nov 2012 07:22 PM PST

Assalamualaikum.

Perancangan tetiba jer. Pagi sabtu balik trolak sajer nak ikut jalan ke pekan Bidor. sejak ada jalan pintasan nak ke sungkai dah x lalu ke Bidor. Masa tu la terdetik nak beli kek. nak beli kek wat kat Trolak la. Tengok kat Bidor ada x kedai kek. Ada Happy Angels. SIL suruh beli kek yang ada eskrim. malas nak beli angry bird.

Ni la kek nyer. sambut si danish skali. dia x pernah sambut. Dia lahir bulan September. JArak setahun dari qistina.

Petang tu pergi pasar Tangjung Malim beli sate.

Malam tu sambut ala kadar jer. tapi meriah. hanya MEe,nugget,kek dan sate.

Anak2 ni la meriahnya. Bila tengok baju si kakak Salima sama plak sambut besday si Wafa masa setahun. 

Bila nyanyi lagu besday nama wafa memang la seronok dan malu2. di Danish baju kuning masam dan x senyum lansung. tiada namanya disebut..Bila nyanyi sebut nama Danish baru dia senyum..memang klakar time tu. tergelak jer..


07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Banjir <b>di Kampar</b>: Hanya 56 masih di pusat pemindahan – Perak <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 12:58 PM PDT

Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 56 orang setakat pukul 7 malam ini, selepas 257 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Mereka yang terdiri daripada 18 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata, paras air Sungai Kampar mula surut dan keadaan banjir di beberapa buah kampung sudah pulih sepenuhnya.

"Hanya tinggal dua buah kampung yang masih terlibat banjir iaitu Kampung Batu 20 dan Kampung Baru Kuala Dipang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri sembilan buah kampung menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan.

- BERNAMA

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Keshvinder dicabar hadir <b>di Malim Nawar</b> esok | Free Malaysia <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2010 01:40 AM PDT

ngeh Oleh Qayum Rahman

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mencabar Adun Malim Nawar Keshvinder Singh hadir di pasar pagi Malim Nawar esok bagi bersemuka bersama pemimpin DAP dan juga rakyat untuk menjelaskan tindakan beliau meninggalkan parti DAP.

Menurutnya, Keshvinder dicabar berhadapan rakyat bagi menjelaskan isu mengapa beliau meninggalkan parti supaya rakyat mengetahui kebenaran tanpa berselindung.

Ngeh berkata, tindakan Keshvinder meninggalkan parti langsung tidak menjejaskan DAP tetapi DAP tetap menyaman beliau selepas bermesyuarat pada 21 Jun ini kerana melanggar perjanjian menjadi seorang wakil rakyat dalam DAP.

"Rakyat Malim Nawar perlu tahu mengapa wakil rakyat mereka lari meninggalkan parti tanpa penjelasan. Jika dia (Keshvinder) berani, datang esok di pasar Malim Nawar untuk bersemuka," katanya ketika dihubungi wartawan Free Malaysia Today, hari ini.

Beliau berkata, jika Keshvinder gagal hadir esok, jelas menunjukan bahawa beliau adalahJun 14 - Keshvinder seorang Adun yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat dan juga seorang pengecut.

"Kalau dia benar, dia mesti datang kepada rakyat yang telah menyokong dia hingga dia jadi Adun. Kita nak lihat bagaimana kejujuran dia pada rakyat di Malim Nawar yang ingin mengetahui kisah dia sendiri," katanya.

Tambah beliau, DAP telah menubuhkan jawatankuasa khidmat yang diketuai oleh Chin Fook Chy untuk membantu rakyat di Malim Nawar yang memerlukan bantuan.

"Kita dah tahu Keshvinder tidak bertanggungjawab, jadi kita tubuhkan segera jawatankuasa baru untuk membantu kawasan Malim Nawar.

"Bagaimanapun kita tetap menjalankan tanggungjawab kepada rakyat di Malim Nawar, walaupun Adun tidak bertanggungjawab itu meninggalkan parti," jelasnya.

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


KaKi JaLaN: MiSi IPoH PaRT 5 : THE LaST DReDGe (KaPaL <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 07:20 PM PST

Assalamualaikum, Salam jom pi jalan dan Salam Tahun Melawat Perak 2012 (promo akhir tahun)
Ok... sambung balik dalam minggu Mencari Hidden Gem di Ipoh...  ini entri terakhir untuk pakej percutian dua hari di Ipoh bersama Byya, Maszuber dan John kaedahnya...  Macam mana aku leh jadi agen pelancongan ni pun tak pasti.. #drama
Entri dahulu baca dari sini 
Selepas menikmati keindahan alam semulajadi gua batu kapur terpanjang di Malaysia iaitu Gua Tempurung, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Tualang melalui pekan Malim Nawar.  Berkobar-kobar rasanya nak melihat satu lagi tempat menarik di negeri Perak iaitu Warisan Kapal Korek Bijih Timah.  Almaklumlah, lembah Kinta ni dulunya kan terkenal dengan lombong bijih timah...  Haruslah tengok mana-mana tinggallan selain dari kawasan-kawasan lombong tu je kan????  Rupa kapal korek camne??? Pernah tengok? Pernah tengok? Tak pernah?? Ok, aku pun tak pernah!! Kita sama!
Jomssss....  Melawat Perak 2012 katanya kan??? Moh kita ke sane sana.


Sebenarnya aku berharap kat dalam kapal korek ini diletakkan maklumat-maklumat dengan peralatan dan sekian-sekian tempat di dalam bahagian kapal ini apa dia.  Masuk dalam kapal ni memang impress, menarik tertarik tapi sayang tak tahu alat ini untuk apa, alat itu untuk apa.
Memandangkan kapal korek ini masih lagi dalam proses naik taraf / baikpulih, maka memang aku haraplah  nota-nota ringkas ditampal atau diletakkan di kawasan tersebut.
Hurmmm tetiba baru perasan tak banyak ambil gambar dalam ni... Ekekeke... Maksudnya, memang korang kena pergi sini dan tengok sendiri letew... Moh ke Perak!! 

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Ajijoi: Jelajah Perakite: Edar Risalah <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 22 Oct 2012 07:09 AM PDT


Destinasi seterusnya Jelajah Perakite ini adalah ke Kuala Kangsar. Setibanya kami di pekan Kuala Kangsar, sambutan yang diberikan amat memberangsangkan sekali.















07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Seram! Kisah Banglo Lama <b>Di Taiping</b>

Posted: 13 Nov 2012 06:25 PM PST

Mendiami rumah banglo pada zaman dahulu dianggap paling kaya di daerah tersebut. Biarpun banglo itu tidak semoden hari ini, tetapi ia lambang kemegahan pada ketika itu. Namun banyak peninggalan rumah banglo lama pada hari ini yang ditinggal usang. Antaranya sebuah rumah banglo lama yang terletak di Taiping. Ia dikatakan berhantu dansuasana di kawasan tersebut amat menyeramkan sehingga ada yang terlihatlembaga di situ.

Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taiping sekitar tahun 1990an…nama umah makcik aku ni 'Sangkuriang Villa'. Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la.

Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah.

Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan…

Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita…

Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni…

Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..

Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah…

Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang..

Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu.

Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu.

Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah.

Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia… Aper lagi terkejut la sepupu aku ni…

Malam ke-2 pulak.

Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai… Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu.

Keesokannya sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg tinggal kat blakang umah dia tu…

Mungkin itu cuma dugaan, tapi kebanyakan orang memang suka menduga-duga,kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • rumah berhantu di taiping
  • kisah gelap asrama
  • banglo banglo berhantu di taiping
  • cerita awek tengah mandi
  • gambar gambar rumah pada zaman dahulu yang penuh rahasia
  • kisah seram di asrama
  • LAMANYA HARI INI

Housewife N Famili: Bukit Merah, <b>di Taiping</b>, Perak

Posted: 02 Nov 2012 03:25 AM PDT

sebenarnya ni kali ke 2 kami ke Bukit Merah, kali pertama dulu 9 tahun yg lalu Bot untuk keseberang (pulau) Dalam bot Naik chairlif bayaran untuk sorang 7 ringgit
Sekeluarga mandi kolam, tp kalau dibandingkan dgn Gambang, Gambang lagi best, keluasannya mcm gambang gak tapi gelongsor untuk kanak2 dan dewasa x best.
Abah dan kwnnya naik gelongsor tp gelongsor sini x best
Balik dri taiping kami singgah di CH, disini pun pernah dtg 6 thn dulu. tp kali ni shopping terus balik. sbb dulu dah rayau habis.
Abang dgn gaya tersendiri

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


GADUH <b>DI TAPAH</b> MANIVANNAN MATI DITEMBAK | blogr.my

Posted: 16 Nov 2012 04:36 PM PST

GADUH DI TAPAH MANIVANNAN MATI DITEMBAK

4 hari lepas oleh princeduyong di puteraduyong.com/blog

GADUH DI TAPAH MANIVANNAN MATI DITEMBAK Gaduh Di Tapah Manivannan Mati Ditembak Gaduh : Ahli Perniagaan Mati Ditembak Seorang ahli perniagaan mati ditembak dalam satu pergaduhan di Jalan Pahang, Tapah malam Jumaat. Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, DSP Abdullah Arshad berkata, S. Manivannan, 37, yang menjalankan perniagaan sewa beli jentera berat meninggal dunia di Hospital [...]

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Kemalangan: Trafik <b>di</b> laluan <b>Bidor</b>-Tapah sesak lebih 10 kilometer <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2010 01:14 AM PDT

file pic

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Km 334 arah utara dari Bidor ke Tapah mengalami kesesakan lalu lintas sepanjang 10 kilometer pagi ini berikutan kemalangan membabitkan dua buah lori.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kemalangan di lorong kanan di laluan itu pada jam 4.30 pagi tadi menyebabkan trafik bergerak perlahan selama hampir lima jam.

"Kemalangan ini membabitkan sebuah treler membawa sayur dengan lori kelas A berdekatan dengan Ladang Bikam. Ia menyebabkan treler terbabas dan melintang ke arah selatan menyebabkan berlaku kesesakan.

"Namun begitu ia tidak menjejaskan aliran trafik menghala ke selatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, walaupun kepala treler itu dialihkan kira-kira jam 8.30 pagi oleh pihak PLUS, keadaan trafik masih perlahan kerana jumlah kenderaan yang banyak.

"Selain itu trafik juga turut bergerak perlahan arah Nilai ke Seremban dan Bidor ke Tapah. Bagaimanapun keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di persimpangan Bentong Barat pagi ini masih terkawal," katanya.

Pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik sebelum merancang perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri esok boleh menghubungi LLM di talian 1800-88-7752.

Plus Ekspressways Bhd sebelum ini berkata jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan semalam dan hari ini dijangka meningkat kepada 1.4 juta berbanding 1.1 juta pada hari biasa.-Bernama

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Tabung Simpanan Pendidikan <b>Negeri Perak</b> - Blog Qashmere

Posted: 01 Jan 2010 12:00 AM PST

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
  • Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan semasa pebentangan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri Perak pada 28/10/2009 telah mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak.
  • Ucapan pebentangan bajet 2010 Y.A.B. Menteri Besar Perak adalah seperti berikut:-
    "Kerajaan Negeri Perak juga akan mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri di mana peruntukan RM200 disediakan untuk kelahiran anak Perak. Inisiatif ini merupakan  simpanan pendidikan mereka untuk masa hadapan. Bagi tujuan ini peruntukan sebanyak RM2,000,000 disediakan pada tahun 2010 dan akan disalurkan melalui Yayasan Perak".
  • Peruntukan tersebut adalah sebanyak RM200.00 seorang yang telah disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak bermula pada tahun 2010.
  • Peruntukan ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak.
  • Peruntukan ini bermaksud bahawa sebanyak RM200.00 disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak tidak mengira bangsa dan agama.
  • Bagi maksud Anak Perak, pengertian seperti yang diperuntukan dalam Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu:-
    "Pemohon atau Ibu atau Bapa hendaklah lahir di Negeri Perak atau telah bermastautin dengan tinggal di Negeri Perak secara berterusan untuk tempoh 10 tahun atau lebih".
  • Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak adalah bertujuan sebagai inisiatif pendidikan dan pelajaran yang merupakan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak  kelahiran Negeri Perak. Pengwujudan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak ini adalah untuk membolehkan anak-anak kelahiran negeri Perak mulai tahun 2010 mempunyai simpanan untuk menjamin pendidikan dan pelajaran mereka di masa hadapan.
  • Sasaran utama tabung ini adalah untuk anak-anak yang dilahirkan di Negeri Perak sahaja. Kelahiran dikira mulai 1/1/2010 selepas jam 12.00 tengah malam. Kelahiran hendaklah didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara didalam Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak sahaja.
5. PERATURAN / SYARAT-SYARAT
  • Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud sepertimana yang termaktub di dalam Akta Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.
  • Kelahiran Anak Negeri Perak bermula pada 1/1/2010 mulai selepas jam 12.00 tengah malam.
  • Anak kelahiran Negeri Perak mestilah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak dan mempunyai Sijil  Kelahiran yang sah.
  • Hendaklah mendaftar dengan Yayasan Perak untuk mendapat Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak ini melalui borang atau kaedah-kaedah yang akan difikirkan dari masa kesemasa.
  • Setiap kelahiran akan mendapat RM200.00 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
  • Ibu/Bapa/Penjaga digalakkan menabung dan menambah tabungan di dalam SSPN dari masa ke semasa.
  • Wang simpanan dalam tabungan SSPN ini boleh dikeluarkan selepas anak kelahiran Negeri Perak tersebut genap 18 tahun ke atas.
  • Sekiranya anak-anak kelahiran Perak yang mendaftar melalui Yayasan Perak dan menabung di dalam SSPN tersebut meninggal dunia sebelum 18 tahun maka wang  tersebut akan dikembalikan kepada waris yang mendaftar dengan Yayasan Perak.
** Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Hospital kerajaan Negeri Perak, Jabatan Pendaftaran Negeri cawangan Negeri Perak, Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau dicetak terus melalui laman web ini.

P/S: Qashrin punya Tabung Simpanan PendidikanNegeri Perak dah diluluskan

Xoxo,
Mummy

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Peningkatan Nilai Hartanah jadikan <b>Manjung</b> daerah termaju <b>di</b> Perak

Posted: 17 Nov 2012 05:07 AM PST

Kerajaan negeri mahu perancangan teliti dan tersusun dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) agar kepesatan pembangunan yang dirancang kelak bergerak mapan demi kesejahteraan rakyat di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, mengakui pembangunan pesat yang berlaku di Manjung menyebabkan ia menjadi daerah termaju di negeri Perak.

Selain itu, MPM katanya, turut menerima pengiktirafan di peringkat negeri dan nasional serta dinobatkan antara lima majlis perbandaran terbaik tahun ini selain Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak di kawasan bandar.

"Ketika ini, Daerah Manjung paling pesat membangun dengan pencapaian yang membanggakan.

"Ia menjadi satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak yang mencapai pengiktirafan tertinggi ini.

"Namun, kita perlu buat perancangan tersusun dan telti agar pembangunan dapat dibangunkan secara mapan selain tidak meninggalkan kesan yang negatif kepada alam sekitar.

"Ia termasuklah membuat perancangan teliti bagi memenuhi keperluan infrastruktur di sekitar daerah ini yang membabitkan sistem perparitan dan paip lama yang digunakan sejak awal tahun 1980an lagi yang pastinya tidak mampu menampung kapasiti kegunaan hari ini," katanya kepada pemberita selepas program Ramah Mesra Bersama Kakitangan Awam Daerah Manjung, di Seri Manjung, sebentar tadi.

Lebih 1,000 kakitangan awam yang mewakili pelbagai agensi menghadiri majlis itu yang julung-julung kalinya dihadiri oleh Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, perancangan perlu dibuat dari sekarang agar kepesatan yang bakal berlaku nanti tidak menimbulkan kesan buruk seperti masalah banjir di daerah Manjung.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri melalui MPM mahu menjadikan daerah itu sebagai pusat industri yang utama di Perak.

Sehubungan itu, keperluan perumahan kos sederhana amat diperlukan di daerah berkenaan memandangkan nilai hartanah semakin melambung tinggi.

"Kita telah menerima beberapa cadangan bagi mewujudkan projek perumahan kos sederhana di daerah ini dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan melihat dan menilai cadangan menyediakan projek berkenaan memandangkan nilai hartanah di sini semakin mahal," katanya lagi.

Selain itu, kerajaan juga katanya, menerima banyak cadangan untuk membina bangunan pencakar langit yang mencecah hingga 40 tingkat.

Bangunan pencakar langit yang membabitkan pembinaan hotel dan apartment katanya, sudah menjadi trend di kalangan pemaju berikutan kawasan tanah yang semakin terhad dan bernilai tinggi.