Selasa, 20 November 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : PENANG IRFR 1990

Posted: 18 Sep 2012 07:14 AM PDT


17-21 Mei 1990, KD Lekir terlibat dengan "RMN INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW" (RMN IRFR) yang berlansung di Pulau Pinang. Acara ini adalah acara terbesar pernah diadakan oleh TLDM. 
Agak mengecewakan setelah puas saya mencari di laman-laman web, namun saya tidak menemui lansung butir-butir lanjut mengenai RMN IRFR walaupun dilaman web TLDM sendiri.... mengapa acara bersejarah dan terbesar begini tidak ada lansung paparan mengenainya di laman sesawang. Apa yang saya temui adalah dalam You Tube siaran berita dari TV Jepun. 

Sebagai mengingati acara terbesar yang pernah diadakan di Malaysia , saya hanya dapat memaparkan beberapa koleksi gambar saya sendiri semasa IRFR itu... tidak banyak koleksi gambar yang saya ada kerana banyak yang telah hilang semasa saya bertukar unit.... nasib ada beberapa keping yang masih tersimpan dalam album saya. 

Terdapat banyak negara yang turut menyertai RMN IRFR di Pulau Pinang termasuk USA, Rusia, Britain, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia dan beberapa negara lagi yang saya tidak berapa ingat.  Semasa pelayaran masuk kapal-kapal tentera laut dari berbagai-bagai negara ke Pelabuhan Pulau Pinang , KD Lekir telah diberi penghormatan untuk membalas tembakan "GUN SALUTE" dari daratan Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Rejimen Artileri Tentera Darat Malaysia. 

Pulau Pinang ketika itu dilihat bagaikan sedang diserang oleh Armada - Armada Tentera Laut dari berbagai-bagai negara... teringat sebuah filem Hollywood "The Longest Day"... yang memperlihatkan beratus malah beribu-ribu buah kapal tentera laut berlabuh di persisiran pantai... begitulah suasana ketika itu di Pulau Pinang.... 
Di antara kapal kapal Negara Luar yang mengambil bahagian ialah Kapal Destroyer Rusia "Admiral Tributs",
Kapal Destroyer jenis Udaloy I Class ini ada kapal Pemusnah Anti Kapal Selam yang dibina pada tahun 1980. 

USS Bunker Hill adalah kapal perang U.S jenis Ticonderoga Guided Missile Cruiser yang dilancarkan pada 11 March 1985.Kapal ini berpengkalan di Pengkalan Tentera Laut US di San Diego, California.
Nama kapal ini mengambil sempena nama satu pertempuran hebat yang pernah berlaku semasa Perang Revolusi di Amerika Syarikat iaitu "The Battle of Bunker Hill" pada 17 June 1775. Pertempuran hebat antara terup British dan American Continental Army berlaku di  Boston USA. 
Kapal Tentera Laut Jepun JDS Katori adalah dari The Japanese Maritime Self-Defence Force Squadron. Kapal ini adalah kapal latihan untuk kadet Tentera Laut Jepun.  Saya tidak dapat kepastian samada kapal Republik Indonesia ini adalah KRI Ahmad Yani atau KRI Hasanuddin kerana kalau mengikut Wikipedia, pendant nombor 333 adalah KRI Hasanuddin yang telah dilucutkan tauliah.





 Bersempena dengan RMN International Royal Fleet Review ini, Bandar Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut. 

EH - Ekslamasi Holistik: Menarik <b>Di Lekir</b>, Sitiawan, Perak..

Posted: 28 Jun 2012 07:51 PM PDT



Salam dan holahai....


Apa kena dengan logo sekolah di atas ek?  Haaaa inilah logo sekolah EH masa praktikum kat bumi Lekir iaitu SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.  Deme kat sana sebut "lekiyour". Kalau pergi Lekir jangan terkejut pulak anda dengan sebutan "lekiyour".








Dalam segmen hari ini, EH akan berkongsi tempat menarik yang ada di Lekir. Pada mula-mulanya EH rasa macam tak ada apa-apa yang menarik kat sana hanya ada pekan Manjung dan bandar Sitiawan je..




Jeti di Kg Sungai Tiram, Lekir


Jalan punya jalan kat Kg Sungai Tiram rupa-rupanya ada laut kat sana. Wah sangat tenang melihat keindahan alam ini.




Pengalaman yang menyeronokkan




Penduduk di sekitar Kg Sungai Tiram ada yang menangkap hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka seperti menangkap ikan, gayam, kerang dan sebagainya. Sebenarnya EH baru first time dengar, lihat, rasa sendiri gayam bila duduk di bumi Lekiyour..




Mencari ilham dan ketenangan di sini






Tanpa segan silu EH dan rakan EH selamba badak stay kat jeti tengok penduduk kat sana baru lepas turun dari laut. Tak biasa tapi wat macam OK-OK je....






Melihat penduduk kampung menaikkan hasil tangkapan gayam
Kadang-kadang bila waktu petang kita orang akan pergi ke sini mencari ketenagan dengan desiran ombak dan angin yang sepoi-sepoi bahasa sebab tugasan kat sekolah terlampau banyak bak kata Miss Wong, kalau fikir pasal kerja memang sentiasa ada. Lebih kurang macam gitoo la EH translatekan.. Heheeeee




Ok. Ini je coretan untuk segmen Ekspresi Interaksi EH. EH akhiri dengan video klip lagu ini. Sayonara!






Thank you Allah oleh Maher Zain




EH : Seronok dengan masyarakat bumi Lekiyour...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan