Selasa, 7 Ogos 2012

07 di sungai siput - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sungai siput - Google Blog Search


Pejabat Pertanian Kawasan <b>Sungai Siput</b> Guna Kaedah Fertigasi <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2012 07:20 AM PDT

Pokok anggur yang biasanya ditanam di negara yang beriklim sederhana sejuk kini mampu hidup subur di kawasan Sungai Siput hasil percubaan yang dijalankan Pejabat Pertanian Kawasan sejak April tahun lalu.

Menggunakan kaedah fertigasi dan baja organik, tiga batang pokok anggur yang ditanam terdiri jenis Isabella Madu, IAC dan Alphonso Lavelle hidup subur dan mula mengeluarkan bunga pada November lalu.

Pembantu Pertanian Kawasan Sungai Siput, Mohamad Fauzi Mansor berkata, pihaknya menjalankan percubaan menanam anggur selepas melihat projek sama dijalankan oleh sebuah syarikat swasta, Saloma Grape Farm di Manjung.

"Untuk permulaan, kami membeli tiga anak semaian daripada syarikat berkenaan dengan harga RM20 sepokok sebelum ditanam di hadapan pejabat Pertanian Kawasan Sungai Siput," katanya kepada Peraktoday.com, hari ini.

Beliau sendiri katanya, tidak menjangka dalam tempoh tujuh bulan sahaja,  ketiga-tiga jenis anggur itu mengeluarkan bunga dan buahnya boleh dipetik selepas 70 hari.

"Kami percaya penggunaan baja organik dan kaedah fertigasi dapat mengeluarkan hasil buah yang berkualiti kerana pokok mendapat penyerapan baja dan air yang sekata," katanya lagi.

Pada masa kini, pokok anggur sedang mengeluarkan buah bagi musim kedua.

"Apa yang menarik lagi pada masa kini iaitu semasa musim panas berpanjangan, tananam tersebut tidak terjejas malah ia mengeluarkan buah yang banyak dan besar," katanya.

Selain itu, kaedah tanaman juga bebas semburan racun perosak bagi menghapuskan rumput rampai.

Tambah Mohamad Fauzi, pihaknya merancang untuk menyediakan anak semaian berdasarkan permintaan tinggi daripada orang ramai yang begitu berminat untuk menanamnya di rumah.

Selain itu, beliau dan rakan sekerjanya, Mohd Faizal Mohd Lazim turut menjadi tempat rujukan pelbagai pihak yang berminat untuk mendalami teknik dan cara menanam anggur dalam persekitaran cuaca yang panas.

"Kami dapat bertukar idea dan pendapat bagaimana caranya untuk menghasilkan buah anggur yang lebih berkualiti dan manis untuk projek seterusnya," kata Mohamad Fauzi lagi.

Sebarang pertanyaan mengenai tanaman anggur di Sungai Siput boleh hubungi Pejabat Pertanian Kawasan Sungai Siput di talian 05-5985564 untuk maklumat lanjut.

07 di tapah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tapah - Google Blog Search


KISAH <b>DI</b> SEBALIK HENTIAN <b>TAPAH</b> | ArauBlogger Dot Com

Posted: 16 Jul 2012 11:53 PM PDT

Klik sini untuk melihat Blog Hiburan Terhangat Sekarang !!

Huurrrmmm.....berhenti rehat, solat dan makan dulu kat hrntian RnR Tapah, ramai juga org kat hentian ni. Aku dengar cerita macam2 kat henian Tapah ni sebab tu aku barhati-hati kat hentian ni.

Errrrr...ada member pesan kat hentian ni jgn brg berharga dlm kereta. Sbb ada mamat yg dok meronda scan signal guna alat khas untuk detect signal dlm kereta. Bateri laptop dan handphone ada signal , jadi mereka tau ada brg berharga dlm kereta.

Dia kata ada kes pecah kereta kat situ. Hentian ni sentiasa ramai orang ,kalau bukan musim cuti pun ramai orang, tak tau kenapa.

Bukan takat kat hentian ni je, tapi jgn simpan brg berharga dlm kereta kat mana2 pon, sbb penyangak ada kar mana2. Destinasi seterusnya.......tunggu next entri kot......

PENDAPATAN MUDAH DARI FACEBOOK!!!

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved