Khamis, 10 Januari 2013

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Model konsep Proton <b>Lekir</b> akan memasuki fasa produksi dalam <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2010 03:08 AM PST

Proton Lekir 1 Model konsep Proton Lekir akan memasuki fasa produksi dalam tempoh 2 tahun

Proton Lekir dipertontonkan kepada umum di KLIMS 2010 yang berlangsung pada awal Disember lepas. Seperti kita tahu model itu dibina berasaskan model Lotus Europa. Apabila ianya dinamakan kereta konsep Proton Lekir, Proton telah membayangkan bahawa model sport konsep dengan dua pintu itu akan memasuki fasa produksi, dengan kemungkinan enjinnya ialah CamPro CFE 1.6 liter turbo. Proton Lekir, atau apa saja namanya selepas ini tidak akan berjaya jika dijual melebihi RM150k, harga yang munasabah ialah di bawah paras tersebut. Berita baiknya ialah semasa pameran di KLIMS 2010 berlangsung, Proton telah memberikan anggaran model konsep Proton Lekir akan berharga di bawah RM150k.

Menurut Berita Harian Online hari ini, Proton telah merancang untuk mengeluarkan sebuah model kereta sport dua pintu dan bayangan yang diberikan ialah kereta tersebut merupakan model lagenda dari Lotus. Jadi tidak dinafikan lagi itu ialah model konsep Proton Lekir yang akan dibangunkan secara serius dalam tempoh 2 tahun. Pengurus Besar Perancangan Korporat Proton, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali, berkata kereta sport keluaran syarikat automotif nasional itu bukanlah jenis hatchback seperti keluaran PROTON Satria Neo. Kenyataan itu dikeluarkan kepada media selepas memberikan bantuan beg sekolah kepada 47 anak yatim dari rumah Balqis pada Karnival PROTON di Kota Bharu, Kelantan semalam.

Proton Lekir 3 Model konsep Proton Lekir akan memasuki fasa produksi dalam tempoh 2 tahun

Pada majlis yang sama beliau juga berkata Proton akan memperkenalkan platform terbaru untuk Proton Saga dalam tempoh 5 tahun. Perancangan tersebut adalah bersesuaian dengan polisi terbaru Proton untuk melancarkan model terbaru setiap 5 tahun sekali. Bagi peminat Inspira, Proton akan mengeluarkan edisi terhad model itu dengan beberapa penambahbaikan melibatkan skirting, sport rim lebih besar serta ruang dalaman yang lebih kemas. Mungkin edisi terhad itu akan melibatkan sentuhan R3 namun belum ada pengesahan rasmi, jika benar kita mungkin akan dapat melihat model Proton Inspira R3 dalam edisi terhad.

Proton Lekir 2 Model konsep Proton Lekir akan memasuki fasa produksi dalam tempoh 2 tahun

Dr Badrulhisham juga menambah, hasil maklumbalas mendapati pelanggan lebih meminati Inspira dengan enjin versi 2.0 liter berbanding 1.8 liter, dan perkara itu adalah di luar jangkaan mereka. Setakat ini tempahan Proton Inspira telah melebihi 4,000 unit sejak pelancarannya pada November 2010.


07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


memancing <b>di</b> ban pecah <b>tanjung piandang</b> - jom pancing lepak tepi <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 04:49 AM PST

[unable to retrieve full-text content]memancing di ban pecah tanjung piandang. <iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/4pgNaBs5jWA" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>. Posted by ZAINAB REJAB at 4:49 AM ...

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Cuti2 Malaysia: Hari Kedua <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b> - Dream Become <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 05:10 AM PST


pandangan malam hotel yang kami singgah...
pagi2 di Pangkor memang best...iyelah pergi bercuti mestilah bersemangat kan...kalau bekerja adoo je monday blues dan macam2 lagi...hihi..
selepas BF kami pun pergi lagi ke pantai Bogak...tujuan asal nak pusing2 pulau yang adoo kat situ...tapi tunggu punya tunggu boat tak sampai2..jadi kami pun plan nak pusing2 daratan Pangkor dulu apa yang adooo...bincang punya bincang dengan driver teksi van pinky tu akhirnya dapat jugak pusing2 daratan..
cuma kekurangan teksi kat sini...takde aircond ye..memang angin asli punya....sempoi2 bahasa gitu...hikhik...
dan yang bestnya walaupun driver teksi chinese tapi sangat sporting dan friendly gitu...dia lah yang menjadi pemandu pelancong kami...ikut suka kami tanya terus dilayan je oleh dia...hahaa..
sepanjang perjalanan tu bermacam2 di ceritanya...memang terbaik lah servis dia...dan yang pasti harga pakej kami pun terbaik jugak...huhu...
mula2 kami singgah di satu pantai ni...lupa pulak nama apa..hihi...driver teksi tunggu dan suruh kita bergambar dulu kat sini...dah abis shooting baru kita sambung pusing2 lagi......kalau ikut kan jalan2 menghala ke teluk Nipah agak tajam jugak selekoh dia dan berbukit2 gitu...kalau first time drive memang takut jugak la...terutama kalau naik motor...^^ terlupa pulak kedai ni nama apa...yang pasti kami terbeli jugak...^^

kami teruskan perjalanan ...dan kali ini kami singgah pulak di kedai menjual sotong/ikan kering...kedai ni nama lupa la pulak..iyelah nama cina gitu kan...agak sukar la JS nak ingat..hikhik......mula2 singgah rasa cuak jugak....tapi bila dibaca ada logo halal yang ditampal di kedai dia...baru hilang was2 kami...lagi pun time kami sampai rupanya ramai jugak orang melayu yang dibawa singgah kat kedai sini....

pameran di muzium yang sangat simple ..masuk pasti adalah FOC...^^

selesai shopping ole2 untuk dibawa pulang...kami singgah pulak muzium Pangkor...kat sini ada la sedikit info pasal sejarah Pangkor...time kami penjaga muzium tu sangatlah ramah dan sudi pulak berkongsi cerita pasal Pangkor dengan kami.....
kemudian kami dibawa pulak berkunjung di mini tembok cina...kira ala2 tembok besar kat china la kot...time kat sini kami pusing2 sekejap...hanya sekadar singgah beli keychain dengan FM je...hihi..
dan akhir sekali tempat persinggahan yang dipakejkan adalah Ducth Port...kiranya kubu time Belanda dahulu...time kat sini sempat pulak shopping baju Pangkor...haha..memang kerja habiskan duit je lah...^^ nasib baik encek HEMSEM sporting...time ni dah panas dah kat atas kepala...rasanya dah hampir 2 jam kami pusing daratan Pangkor...memang time ngam2 dengan pakej yang diberikan...nak singgah kat jeti Pangkor dah tak boleh..kalau idak pakej jadi lain pulak...huhu
selesai je lawatan pendek di daratan Pangkor kami balik semula ke hotel kami di Coral Bay...
dan dalam jam 5 petang kami mengambil teksi untuk ke pantai teluk Nipah...
kebetulan time kami pusing2 tu terpandang la tempat ni...nampak ramai orang dan deretan kedai pun banyak...kami sempat pusing2 tapi tak best sangat lah sebab pantainya agak kotor sebab terlalu banyak kedai2 di tepi pantai situ....tak sampai 1 jam kami pun ambil teksi balik semula ke Coral Bay...
tak sangka jumpa burung ini time singgah kat pantai teluk Nipah...dekat pulak tu boleh ambil gambar dia....hikhik..

ini lah sebahagian daripada panorama di pantai teluk Nipah...tetapi yang pasti kami telah jatuh cinta dekat pantai pasir Bogak....hihi
malam pulak kami hanya pusing2 area Coral Bay...ada la beberapa deretan kedai yang menjual souvenior dan baju Pangkor...disamping itu ada juga gerai2 menjual burger/jagong dan kedai tomyam...tapi kami takde la nak menjamu selera lagi sebab dah makan kat hotel kan...dah kenyang dah time tu...hikhik..
akhirnya yang jadi mangsa adalah adik ni...yang tukang tulis2 keychain kami...
iyelah ini je yang menarik minat kami sebab malam kan takde sangat aktivitinya...
last2 balik bilik lepak tengok tv...hahaaa..  adik inilah yang menjadi mangsa kami setiap malam untuk menulis keychain...hahaa

-entry bersambung lagiii-

> Tambang teksi pusing2 daratan Pangkor (4 orang) RM70.00
> Tambang teksi (Coral Bay pantai Bogak ke pantai teluk Nipah) RM15.00 (sehala)

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Terbaek lah! Lagi billboard PR <b>di Bagan Datoh</b>!!! (berita bergambar)

Posted: 05 Jan 2013 06:05 AM PST


Korang masih ingat tak? 12 hb Disember yang lepas aku dah tulis pasal billboard pertama. Yang tu memang dekat sangatlah dengan rumah orangtua Zahid Hamidi! Tiap kali dia nak balik kampung mesti jumpalah billboard tu.
Tiga hari lepas masa aku memandu nak hantar anak dara aku ke sekolah sesi petang, aku nampak beberapa orang sedang memacak tiang di situ. Semuanya aku kenal  sebab depa tu rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Orang Pas ada. Orang PKR pun ada. Malahan  tuan tanah tempat depa menaikkan billboard tu pun aku kenal sangat-sangat! Oleh kerana aku nak cepat sampai ke sekolah anak,  aku tak berhenti tapi aku kasi hon kuat-kuat sama depa!
Masa balik, aku tengok billboard yang ke dua tu dah tertegak! Jarak antara billboard yang pertama dengan yang ni aku agak-agaklah, dalam 3km – 4km rasanya. Menurut sumber yang boleh dipercayai, memang PR nak pasang banyak lagi billboard begini di Parlimen Bagan Datoh!
Sehingga hari ni, billboard yang pertama tu masih utuh di tempatnya. Aku harap yang ini pun takde sapa berani kacau. Ini negara demokrasi maaa…Sapa-sapa nak tegakkan billboard , silakan ..asalkan jangan pacak kat tanah kerajaan! Dua-dua billboard kat BD ni dalam tanah persendirian orang Pas.  Sapa-sapa yang berani nak tumbangkan, memang otak dia penuh sawang!
( Daripada korang tumbangkan billboard yang tak bersalah tu, baik korang jelajah laman sesawang..ada baaaaaanyak maklumat terkini yang korang kena tau pasal kerajaan yang ada sekarang ini…Deepak, Deepak, Deepak…ini apa cerita bhai????)
- media perak

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Syida Rasyidah: Team building <b>di Teluk Batik</b>!

Posted: 06 Jul 2012 01:42 AM PDT

Hollaa..hollaaaaa.. (tiba-tiba) Vavava.. sila tengok tajuk. Akhirnya, setelah selamat menghabiskan masa 3 hari 2 malam di marina cove, maka terhasillaa gambar-gambar di bawah. Gambar ada banyakkkkk saanggggattttt!! tapi hanya mampu tampal yang ni jek.. tak lalu nak copy satu-satu. pening ai

 Aucakkk!! gambar atas adalah senaman pagi sebelum mendaki bukit. Haiisshh rasa nak tercabut lutut ai.. gambar bawah pulak adalah group saya, HARIMAU MALAYA!!
 Yang topi merah itu GM saya..hehehehehe... gempak tak? satu group dengan GM hokeys! bertuahnya kami..ngeh..ngeh (^..^)V
 Eh, penat buat peace, tak nampak rupa. cehhhh...

 Ini masa buat promosi produk hutan. yo yo ooo jek.. gemuknye aiiiii..
Gambar kat bawah pulak adelah gambar masa rakit.. ai kan pendek, so kena tunggu sampai kat tepi betul-betul baru boleh turun. muehehehe.

Tengok tuh! terkedek-kedek aku nak turun! haiiisssshhh... erm, tu jek kot yang nak di war warkan buat masa nie tentang aktiviti di opis. Kalau ade lagi ai kongsikan..

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


kami <b>di ipoh</b> ni! - premium beautiful by ain zulkarnaind

Posted: 15 Dec 2012 09:57 PM PST

Salam semua :-) hai apa khabar.. semalam selesai sudah GREEN LEADERS ORIENTATION WORKSHOP yang berlangsung di CINTA SAYANG GOLF & RESORT, SUNGAI PETANI. Today yong bersama my business partner,  RAMIZAH RAHMAN bersama-sama datang ke Ipoh..Alhamdulillah ada dua appointment disini dan berminat untuk tahu bagaimana yong dan team generate income thru online.. yong lagi teruja nak berkongsi dengan u ols tau..
InsyaAllah, selasa ni yong akan ke IPOH lagi..kepada yang berminat nak tahu jugak tentang business online yang yong buat..uols bole terus contact yong ok? jangan malu-malu.. yong akan bantu anda!

email : alinacshoppe@gmail.com

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b> | Free MalaysiaKini

Posted: 03 Nov 2012 01:14 AM PDT

Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


OTAKU RESOURCES: OTAKU <b>DI</b> PASAR <b>BAGAN SERAI</b> PERAK

Posted: 26 Sep 2012 08:13 AM PDT

Syukur Kehadrat Allah kerana dengan izinnya produk OTAKU perencah pelbagai guna kini berada di pasar Bagan Serai perak. Pada sesiapa yang sentiasa mengguna produk perencah char kuey teow jenama Otaku yang tinggal sekitar Bagan Serai bolehlah mendapatkannya s di pasar tersebut dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang di gerai menjual barang runcit keperluan harian anda yang terdapat di situ.
Disini ingin saya beri sedikit tip atau petua untuk rasa yang lebih sedap bila mengguna produk otaku ini. Ketika mengoreng atau sebelumnya cuba campur sedikit ( 1 sudu makan) apa-apa jenis susu pekat kedalam perencah otaku ini .(1 Sudu untuk 1 hidangan). Rasanya akan menjadi lemak dan memang sedap... insyaalah
Selamat mencuba

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


PASPB: MARAHNYE DIA!!! YB Hamidah Osman 5 kali angin <b>di Bukit</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 03:28 PM PST


Berikutan sebuah program di jeti Kelip-Kelip Kampung Dew di DUN kuala Sepetang didalam Parlimen Bukit Gantang pada petang 11 Nov 2012.

Jam 4 petang.....Dalam keadaan hujan lebat ketika itu menjadi panas buat YB Hamidah Osman (exco pelancongan Perak).
Apa tidaknya...?? 

Hamidah naik angin 5 kali kata penduduk kampung....hehehe....
Naik angin 1: Hamidah terpaksa datang sendirian setelah MB Zambry tidak hadir tanpa sebab.

Naik angin 2: Udah le Hamidah datang sorang...sekor wakil dari UMNO Bukit Gantang pun tak sambutnya diprogram tersebut....hahaha....

Naik angin 3: Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Datuk Rosli (ADUN Terong) pun tak datang dengan alasan tiada dijemput,wahal dalam Bahagian-nya sendiri. 

Naik angin 4: Tapi aku dimaklumkan ada jemputan,sebab ada bukti surat jemputan kata seorang penduduk disini, jadi sebab YB Rosli tak mahu datang mungkin tak berapa sebulu dengan YB Hamidah...hahaha....

Naik angin 5: Paling kritikal apabila pengerusi persatuan Kelip-kelip (Kecap) yang juga Tok Ketua Kampung  Air Putih En. Mat Nor Saleh pun tak datang.

Hahaha.... Hamidah dikatakan amat berang diprogram tersebut yang dikatakan persiapan program amat gah dengan 9 agensi terlibat buat pameran dilokasi.
Hamidah hanya berucap pendek saja dan sempat menanam sepokok pokok berembang di tepi jeti tersebut...

Rata-rata penduduk di kampung Dew kecewa dengan program ini yang dikatakan hanya membuang masa mereka kerana tiada apa-apa kebaikan dengan kehadiran YB Hamidah....udah angin satu badan, tak ada apa2 janji le....hahaha....

Naik angin bonus: YB Hamidah sempat membelek kerusi-kerusi yang di sumbangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Nizar yang berada di atas jeti kampung Dew...dengan kelu seribu bahasa.....hahaha.....Orang ni

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


<b>tambun</b> tak semiskin nie, tolong tegas dan siasat - sekupangdua

Posted: 04 Jan 2013 04:00 PM PST

Kalau anda pernah ke Tambun yang berdekatan dengan LOST WORLD, terdapat sebuah Maybank bangunan bersebelahan dengan Gaint, Pasti dapat tengok boleh dikatakan setiap hari akan ada dua dan kekadang seorang budak perempuan seusia lebih kurang 12 tahun kebawah yang akan berada diluar Mesin ATM Kawanku yang kononnya meminta derma  
Kadang-kadang sehingga lewat malam anak-anak nie akan tunggu sesiapa sahaja yang menggunakan mesin Atm untuk berurusan masuk atau keluar duit disini. Kekadang memang nampak kesian dan sedih bila kita tengok semuda usia 12 tahun ni akan duduk disini meminta derma.
Seperti Biasa kita memang tahu tajuk derma tentulah berkenaan pembinaan sekolah agama, Pembiayaan untuk anak yatim, masjid dan banyak lagi yang ada kaitan tuntutan sebagai umat Islam perlu bantu demi nasib anak-anak seperti ini.
Tetapi bila hari-hari dan begitu lama sehingga bertahun dema ni masih ada disini untuk mintak derma dan kekadang setiap sedekah kununnya dengan membeli kalender dan pelbagai benda bagi mengantikan sumbangan kita yang kononnya sebagai derma demi membantu sekolah agama ataupun anak yatim dan lain-lain.
Tetapi ada sepekara yang musykil bagi teman bila bertahun anak-anak ini diperhambakan begini dengan menjadikan agen meminta derma di kawasan ini yang sebenarnya cukup membangun dan smenjadi diantara terbaik dari segi pembangunan di sini terutamanya kerana kita cukup tahu kawasan yang diwakili oleh YBMK II Datuk Seri Husni Hanazlah, Dato Nazri dan Dato Rosnah Yb parlimen disini, Buktinya kalau kita menuju ke Taman Perpaduan akan dapat kita tengok  sekolah agama yang baru dibina disini yang satu ketika dahulu sekolah agama nie tak lah sebesar dan lengkap seperti sekarang.
Disebelahnya akan kita lihat Surau yang begitu besar semacam masjid yang turut diusahakan oleh kerajaan terutama YBMK II yang cukup perihatin dengan kawasan beliau, Pelik dan menjadi tanda tanya kenapa masih lagi ada yg menggunakan anak-anak ini yang kadang-kadang sehingga malam akan berada di Luar  pintu ATM bank nie, memang pelik jika YBMK II terlepas pandang atau tidak  membantu, tidak dinafikan juga bila kita tahu ada sendikit yg menggunakan anak-anak nie untuk meminta derma dan ada juga kesempatan nie yang kita cukup tahu digunakan oleh Pati Ajaran sesat kununnya demi membangunkan bangunan atau sekolah anak-anak yatim ataupun kategori sekolah agama atau pondok persendirian 
Setahu teman YBMK II belum pernah menyisih rakyat terutama di kawasan beliau sendiri, pernah satu ketika bila teman dalam kedai gunting rambut bersembang dengan seorang India, pada mulanya teman tengok gayanya dengan badan yang tegap  bertindik dan bersubang serta dengan suara yang amat kasar bersembang dengan teman bila teman agak dia nie macam dari Parti Pembangkang.  sambil tengah digunting rambutnya teman masih ingat apa yang dia kata...
' Abang kita sini tak payah mau minta-minta sana sini, tak payah tunggu itu kerajaan atau parti MIC, Samy Vellu. sini semua boleh dapat, masa tu teman dah rasa macam betul tekaan teman dia ni mungkin group Hindraf... Sini banyak senang la bang, cukup senang kalu ada lain orang kata ini kerajaan tarak baik saya ingat itu satu worang punya dalam dunia tarak otak, Sini ha bang kadang-kadang kita tak payah tulis surat pun, turus pigi jumpa iti Datuk Husni cakap dan mintak sama dia GARENTI dapat punya, kita minta apa saj mau minta tolong biking kuil pun tarak masala tuntu dia kasi punya, Dia baik punya worang bang, lagi apa mau ini macam? ini Datuk Husni ha tarak double standard semua worang banyak hormat sama dia, dia baik punya worang la bang, tipu la kalu worang cakap dia tarak baik punya worang, itu serupa BERSIH ka tarak guna punya worang, itu semua busuk hati punya worang, kalu betul ini tempat punya worang ha semua suka sama ini Datuk Husni... 
Nampaknya salah tekaan teman, hehehe.. tapi nyata memang cakap dia ni memang betui Tambun cukup membangun dan memang tak da harapan kalau pakartun Roket nak menang walaupun kita tahu sekarang nie dema tengah berperang nak dapat kerusi tambun antara PAS dan PKR yang sebenarnya memang jauh kalau nak mimpi dapat tambun dari YBMK II nie.
Teringat jugak teman satu ketika Hari Raya thun lepas bila teman cuba spy YBMK II macamana dia boleh berada diprogram masa raya disini, macamana dia boleh hadir di Program di tambun kerana dia boleh sampai disini on time sedangkan banyak yang merunggut bila balik keIpoh yang memakan masa sehingga 8 Jam kerana kesesakan lalu linta samada jalan lama atau Highway kerana sesak dengan kenderaan dan kemalangan? 
Rupanya dia (YBMK II) berseorangan turun Ipoh dari Kl dengan menaiki ETS, hahaha kalau ETS nie kan kita tahu ikut jadual dan tepat, nyadin (selamba) jer dia sorang-sorang naik ETS dari Kl ke IPOH, sampai diIpoh dema jemput dia terus ke program begitu juga bila balik ke KL. Bila disiasat kenapa dia tak menggunakan kereta rasmi dia kata Jalan Jem dan Driver dia pun nak raya jugak. bagi ler dia peluang... 
Dan paling kelakor bila ada sahabat yang cerita kat teman ' Bro masa teman balik naik ETS teman jumpa sebijik muka sama macam datuk Husni.... Siap ada yang nak  mintak tangkap gambor sekali. Tak kan komer tak dapat agak siapa yg sebenornya dema jumpa dalam Train? 
PADA PIHAK YANG BERWAJIB TOLONG LAH SELAMAT KAN ANAK-ANAK INI, JANGAN ABAIKAN NASIB MEREKA BEGINI DEMI KEPENTINGAN LAIN, ANAK-ANAK JUGA BERHAK MENDAPAT ZAMAN MEREKA, TEMAN PERCAYA ADA DALANG DISEBALIK ANAK-ANAK YANG MEMINTA DERMA YANG TERPAKSA MENGHABISKAN MASA SEPANJANG HARI DISINI, APAKAH MEREKA TAK BERSEKOLAH?  TEMAN TIDAK PERCAYA YBMK II TIDAK BANTU JIKA BENAR ADA YANG MEMERLUKAN SEKOLAH ATAU TEMPAT TINGGAL APA TAH LAGI UNTUK ANAK-ANAK YATIM! 

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Aktiviti Penulis : Jom Temui Penulis <b>di</b> MPH <b>KINTA</b> CITY, IPOH <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 09:08 PM PST

JOM TEMUI PENULIS Syamnuriezmil & Umie Nadzimah – MPH KINTA CITY, IPOH

Penulis : Syamnuriezmil & Umie Nadzimah

Tarikh : 25 November 2012

Masa : 12 Tgh Hari – 3 Petang

Tempat : MPH KINTA CITA, IPOH

Umie Nadzimah – Usai Aku Terima Nikahnya, Kerana Terpaksa aku relakan

Syamnuriezmil – Terlanjur Mencintaimu, Pabila Cinta Memanggilku, Suamiku En Perfect 10!


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Nuraarin: Dinner <b>di</b> Horizon garden <b>manjung</b>

Posted: 13 Dec 2012 05:00 PM PST

Sekali sekala makan berhidang dan dilayan mcm kat hotel best juga kan.. ada orang letakkan nasi, tuangkan air..dan horizon garden manjung adalah tempat yang sesuai.. Apa yang best mengenai horizon garden ini adalah set makananya..

Ini set A utk 2-3org makan, patutnya cuma 4 hidangan sahaja tapi kami tambah satu lagi hidangan. Dan  juga kena extra charge RM5 sebab kami ada 4 orang..

Sizzling Prawn

Sweet & Sour Fish

Abah dan mama yang sudah kekenyangan..