Khamis, 10 Januari 2013

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Model konsep Proton <b>Lekir</b> akan memasuki fasa produksi dalam <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2010 03:08 AM PST

Proton Lekir 1 Model konsep Proton Lekir akan memasuki fasa produksi dalam tempoh 2 tahun

Proton Lekir dipertontonkan kepada umum di KLIMS 2010 yang berlangsung pada awal Disember lepas. Seperti kita tahu model itu dibina berasaskan model Lotus Europa. Apabila ianya dinamakan kereta konsep Proton Lekir, Proton telah membayangkan bahawa model sport konsep dengan dua pintu itu akan memasuki fasa produksi, dengan kemungkinan enjinnya ialah CamPro CFE 1.6 liter turbo. Proton Lekir, atau apa saja namanya selepas ini tidak akan berjaya jika dijual melebihi RM150k, harga yang munasabah ialah di bawah paras tersebut. Berita baiknya ialah semasa pameran di KLIMS 2010 berlangsung, Proton telah memberikan anggaran model konsep Proton Lekir akan berharga di bawah RM150k.

Menurut Berita Harian Online hari ini, Proton telah merancang untuk mengeluarkan sebuah model kereta sport dua pintu dan bayangan yang diberikan ialah kereta tersebut merupakan model lagenda dari Lotus. Jadi tidak dinafikan lagi itu ialah model konsep Proton Lekir yang akan dibangunkan secara serius dalam tempoh 2 tahun. Pengurus Besar Perancangan Korporat Proton, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali, berkata kereta sport keluaran syarikat automotif nasional itu bukanlah jenis hatchback seperti keluaran PROTON Satria Neo. Kenyataan itu dikeluarkan kepada media selepas memberikan bantuan beg sekolah kepada 47 anak yatim dari rumah Balqis pada Karnival PROTON di Kota Bharu, Kelantan semalam.

Proton Lekir 3 Model konsep Proton Lekir akan memasuki fasa produksi dalam tempoh 2 tahun

Pada majlis yang sama beliau juga berkata Proton akan memperkenalkan platform terbaru untuk Proton Saga dalam tempoh 5 tahun. Perancangan tersebut adalah bersesuaian dengan polisi terbaru Proton untuk melancarkan model terbaru setiap 5 tahun sekali. Bagi peminat Inspira, Proton akan mengeluarkan edisi terhad model itu dengan beberapa penambahbaikan melibatkan skirting, sport rim lebih besar serta ruang dalaman yang lebih kemas. Mungkin edisi terhad itu akan melibatkan sentuhan R3 namun belum ada pengesahan rasmi, jika benar kita mungkin akan dapat melihat model Proton Inspira R3 dalam edisi terhad.

Proton Lekir 2 Model konsep Proton Lekir akan memasuki fasa produksi dalam tempoh 2 tahun

Dr Badrulhisham juga menambah, hasil maklumbalas mendapati pelanggan lebih meminati Inspira dengan enjin versi 2.0 liter berbanding 1.8 liter, dan perkara itu adalah di luar jangkaan mereka. Setakat ini tempahan Proton Inspira telah melebihi 4,000 unit sejak pelancarannya pada November 2010.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan