Khamis, 10 Januari 2013

07 di bagan datoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Terbaek lah! Lagi billboard PR <b>di Bagan Datoh</b>!!! (berita bergambar)

Posted: 05 Jan 2013 06:05 AM PST


Korang masih ingat tak? 12 hb Disember yang lepas aku dah tulis pasal billboard pertama. Yang tu memang dekat sangatlah dengan rumah orangtua Zahid Hamidi! Tiap kali dia nak balik kampung mesti jumpalah billboard tu.
Tiga hari lepas masa aku memandu nak hantar anak dara aku ke sekolah sesi petang, aku nampak beberapa orang sedang memacak tiang di situ. Semuanya aku kenal  sebab depa tu rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Orang Pas ada. Orang PKR pun ada. Malahan  tuan tanah tempat depa menaikkan billboard tu pun aku kenal sangat-sangat! Oleh kerana aku nak cepat sampai ke sekolah anak,  aku tak berhenti tapi aku kasi hon kuat-kuat sama depa!
Masa balik, aku tengok billboard yang ke dua tu dah tertegak! Jarak antara billboard yang pertama dengan yang ni aku agak-agaklah, dalam 3km – 4km rasanya. Menurut sumber yang boleh dipercayai, memang PR nak pasang banyak lagi billboard begini di Parlimen Bagan Datoh!
Sehingga hari ni, billboard yang pertama tu masih utuh di tempatnya. Aku harap yang ini pun takde sapa berani kacau. Ini negara demokrasi maaa…Sapa-sapa nak tegakkan billboard , silakan ..asalkan jangan pacak kat tanah kerajaan! Dua-dua billboard kat BD ni dalam tanah persendirian orang Pas.  Sapa-sapa yang berani nak tumbangkan, memang otak dia penuh sawang!
( Daripada korang tumbangkan billboard yang tak bersalah tu, baik korang jelajah laman sesawang..ada baaaaaanyak maklumat terkini yang korang kena tau pasal kerajaan yang ada sekarang ini…Deepak, Deepak, Deepak…ini apa cerita bhai????)
- media perak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved