Khamis, 17 Januari 2013

07 di hutan melintang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di hutan melintang - Google Blog Search


APMM Berkas 17 PATI <b>Di</b> Perairan Sungai Bernam, <b>Hutan Melintang</b>

Posted: 17 Jan 2013 05:25 AM PST

Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) di muara Sungai Bernam, kira-kira dua batu nautika dari Sungai Belukang di perairan Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 Perak, Kapten (M) Abdul Razak Johan berkata, sebuah bot laju APMM berpengkalan di Lumut yang sedang melakukan rondaan rutin telah mengesan sebuah bot pancung yang mencurigakan di muara Sungai Bernam, kira-kira jam 7.15 malam.

Menurutnya, selepas kira-kira 15 minit mengejar, bot tersebut berjaya ditahan dan setelah digeledah, anggota APMM menemui 17 orang warga Indonesia yang sedang bersembunyi di ruang perut bot tersebut.

"Mereka terdiri daripada 15 orang lelaki dan dua orang wanita berusia di antara 17 hingga 65 tahun dan mereka kesemuanya gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan dan perjalanan yang sah.

"Setelah siasatan awal dilakukan, didapati bot pancung yang tiada nombor pendaftaran itu telah berlepas dari Tanjung Balai, Indonesia pada awal pagi semalam (kelmarin) dan memasuki Malaysia melalui perairan Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh," katanya dalam satu kenyataan media di Lumut, hari ini.

Menurutnya, bot berkenaan ditahan dan ditunda ke Jeti Jabatan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan untuk siasatan lanjut.

"Kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya.

- NORAINI MOHAMAD

07 di parit buntar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di parit buntar - Google Blog Search


Anak Seberang: Live! DS Shafie Apdal <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 11 Jan 2013 12:13 AM PST

Sekarang berada di Dewan Merdeka Parit Buntar untuk bersama-sama di dalam program Amanat Tahun Baru 2013 yang dihadiri oleh DS Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut hadir, Yg.Bhg Dato Zainal Abidin Osman, Penasihat Kementerian.

LEBIH 1500 hadirin yang hadir terdiri daripada Pengerusi JKKK, ketua kampung, ahli Jkkk dan Tok Batin yang datang dari daerah utara Perak datang mendengar amanat untuk memperkasakan pentadbiran disamping untuk terus mendampingi/mengambil berat permasalahan rakyat di peringkat akar umbi.

Semua ini harus dilakukan untuk BN terus subur dan mekar di hati rakyat.

Published with Blogger-droid v2.0.8

07 di pantai remis - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di pantai remis - Google Blog Search


Kejutan Bakal Berlaku <b>Di</b> DUN <b>Pantai Remis</b>: DS Zambry – Perak <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 05:39 AM PST

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku kejutan di kerusi DUN Pantai Remis yang dikuasai DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Jelasnya, kerusi tradisi pembangkang yang disandang oleh Nga Kor Ming yang baru-baru ini dilaporkan terlibat dengan skandal tanah di Kelantan itu bakal memberi kejutan yang mungkin tidak diduga oleh sesiapa.

"Calon kita yang berpotensi telah bekerja begitu keras dan bukan satu kejutan sekiranya Pantai Remis dirampas semula oleh BN pada pilihan raya akan datang," katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Lawatan Kerja di DUN Pengkalan Bharu yang bermula sejak jam 8 pagi.

Terdahulu, beliau menyampaikan notis 5A, bantuan sara hidup nelayan, dermasiswa dan pelancaran kiosk Amanjaya di Arena Square, Pengkalan Baru, dekat Beruas.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, kerja keras yang ditunjukkan oleh pemimpin BN di kawasan tersebut menyakinkan beliau tidak mustahil Parlimen Bruas dapat ditawan semula oleh BN.

"Saya percaya kita boleh meningkatkan undi majoriti di kawasan Pengkalan Bharu dan Bruas pada PRU-13 akan datang," katanya.

Menjawab soalan mengenai calon yang diletakkan BN bagi kawasan Pantai Remis, Zambry berkata calon telah dikenalpasti dan kini sedang berada di lapangan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

"Kita telah mengenalpasti calon atau siapa yang bakal bertanding di kerusi DUN Pantai Remis…cuma saya masih belum boleh mendedahkan identiti calon itu," jelasnya.

Mengulas mengenai lawatan kerja di Bruas, beliau yakin respon yang ditunjukkan oleh masyarakat membuktikan BN masih menjadi pilihan rakyat.

"Saya gembira dengan perkembangan dan sokongan rakyat di Bruas berdasarkan bahasa tubuh yang ditunjukkan selain menzahirkannya melalui kata-kata," katanya lagi.

07 di ipoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di ipoh - Google Blog Search


MARIA DILANCARKAN <b>DI IPOH</b> « AL-KURAUWI

Posted: 13 Jan 2013 07:06 AM PST

Majlis Pelancaran 25 buah buku karyawan Perak

Majlis Pelancaran 25 buah buku karyawan Perak

SAYA  tidak hadir membawa novel "Namaku Bukan Maria" ke Ipoh, Perak sempena majlis Pelancaran 25 Buku Penulis Perak  pada 30 Disember 2012 yang lalu. Namun berbesar hati dan berbangga Persatuan Karyawan Perak yang dipimpin oleh Presidennya Tuan Haji Zainuddin memilih "Namaku Bukan Maria" untuk dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman.

Saya difahamkan, majlis pelancaran itu mengambil semangat daripada Pesta Buku Perak 2012 bertempat di Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh. Janji Datuk Hamidah Osman, sebuah galeri sudut kekal di Perpustakaan Awam Negeri akan dibuka bagi menempatkan buku-buku karya penulisan anak Perak berserta biografinya. Lebih manis lagi, pihaknya akan menyumbang dana sebanyak RM10,000 untuk pembelian buku-buku penulis Perak bagi ditempatkan di galeri berkenaan.

Insya-Allah, jika punya kesempatan mahu juga berkunjung ke Perpustakaan Awam Negeri. Mahu melihat wang yang dibahagi-bahagikan sebanyak RM10,000 untuk pembelian 25 buku penulis Perak yang dilancarkan pada 30 Disember 2012 itu.  Kalau benar, seorang penulis boleh berbangga melihat rak bukunya di Perpustakaan Awam Negeri setelah dibeli dengan nilai RM400 seorang. Walau bagaimanapun, jika jumlah itu dibahagikan kepada seluruh karyawan Perak, saya tidak pasti, berapa naskhah buku yang tinggal.

Jangan dilihat sangat berapa hasil yang diperoleh oleh penulis, mari kita memuji usaha yang dibuat oleh Persatuan Karyawan Perak, Perpustakaan Awam Negeri, dan Kerajaan Negeri Perak demi memartabatkan ilmu dan  mengangkat budaya membaca. Saya yakin ramai lagi penulis Perak yang cemerlang namun belum didendangkan. – al-kurauwi.

07 di sitiawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di sitiawan - Google Blog Search


ADUN <b>Sitiawan</b> menguasai Jutawan Baru!! | Daeng Selili Politik Perak

Posted: 11 Jan 2013 04:00 AM PST


EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, membuat laporan polis kerana diugut oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkaitan pendedahannya mengenai syarikat pembalakan membabitkan Nga dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Dalam laporan di Balai Polis Kampung Rapat di sini semalam, Hamidah mendakwa Nga mengeluarkan perkataan 'you revealed, watch out, I will go after you' (awak dedahkan, jaga-jaga, saya akan cari kamu) di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu. Di sebalik ugutan itu, Hamidah semalam membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (Upaya Padu) yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.
Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.
Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta  [Kredit]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

07 di beruas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di beruas - Google Blog Search


RM49 Juta Kos Bina Jambatan, Jalan <b>Di</b> Sekitar Lumut Dan <b>Beruas</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 03:53 AM PST

Sejajar dengan slogan Janji Ditepati yang dilaungkan Barisan Nasional (BN), sejumlah RM49 juta diluluskan kerajaan Pusat dan negeri bagi membiayai kos membina jambatan dan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Lumut dan Beruas.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk membina jambatan menghubungkan penduduk Kampung Batu dan Kampung Teluk.

"Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha telah merasmikan majlis pecah tanah projek itu tahun lalu  dan ia sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada 2015.

"Mereka (penduduk) tidak perlu membuat pusingan sejauh 45 minit untuk ke Kampung Teluk dan Kampung Telaga Nenas kerana jambatan ini dapat menghubungkan secara terus, sekaligus memudahkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Kerja di DUN Pengkalan Bharu yang berlangsung di Arena Square, dekat Beruas, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah ADUN Pengkalan Bharu Datuk Hamdi Abu Bakar dan Penasihat Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn.

Katanya, projek yang berada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu merupakan sebahagian janji kerajaan BN kepada penduduk kampung yang memohon agar laluan di kampung itu dinaiktaraf.


Selain pembinaan jambatan dan laluan baru, peruntukan itu turut melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan di kawasan Lubuk Pusing.

"Di Kilometer 11, keadaan jalannya agak merbahaya terutama di kawasan selekoh jadi kerja-kerja meluruskan jalan telah dilakukan yang melibatkan kos berjumlah RM6 juta," katanya.

Peruntukan yang disumbangkan oleh kerajaan Pusat dan negeri itu turut meliputi pembinaan jalan alternatif menghubungkan Ayer Tawar dan Pantai Remis yang melibatkan kos berjumlah RM8 juta.

07 di bagan serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di bagan serai - Google Blog Search


Rumah <b>di</b> Taman Kurau Lesari Kuala Kurau <b>bagan serai</b> ..perak <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 03:50 PM PST

Price: RM 237 500 Type: Houses, For sale Area: Bagan Serai Title type: Freehold Tenure: - Other info: Bumi Lot Size: 2271 sq.ft. Bedrooms: 3 Bathroom: 2 Property Type: Semi detached sesiapa yang ingin membeli rumah ini sila hubungi saya di no 019 2136502 / 019 207 4779 rumah dekat sekolah , pusat bandar , ada bank , klinik dan segala kemudahan moden . dekat highway ke utara dan selatan . pemandangan cantik dan kemas serta ada kawasan permainan kanak-kanak berdekatan dengan pulau pinang hanya 55 km Berdekatan bandar/pekan: Kuala Kurau (5 minit) Bagan Serai (10minit) Parit Buntar (15minit) Kediaman yg tenang berlatarbelakang sawah padi.. http://www.mudah.my/Taman+kurau+lestari+bagan+serai+perak-19683115.htm Taman Kurau Lesari Kuala Kurau.., bagan serai ..perak syukur kepada ALLAH diatas kemurahan rezeki nya..ahli MADU3 PERAK berjaya dalam projek kerjasama pembangunan tanah terbiar menjadi taman yang cantik dan kemas . taman ini bernama taman kurau lestari di bagan serai ....ALHAMDULILLAH....kegigihan berusaha dan yakin pada rezeki ALLAH..akhirnya berjaya juga akhirnya. http://youtu.be/y5avEDiSz4Q sesiapa yang ingin membeli rumah ini sila hubungi saya di no 019 2136502 / 019 207 4779 sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Bengkel Terbakar <b>Di Bagan Serai</b>

Posted: 10 Nov 2012 06:35 PM PST

-----------------------------------------
Lama baru keluar berita ni. Kes ni dah jadi 2 3 hari lepas seingat aku. Dekat jer dengan rumah aku. Yang orang Bagan Serai, bengkel motosikal terbakar tu dekat dengan Pasaraya Apollo. Sempat juga aku tengok kedai tu waktu balik dari pasar. Ingatkan kes apa. Malas nak bersesak aku lintas jer la :)
p/s - Terlintas juga kat hati waktu tu nak jadi wartawan penyibuk kejap... heeeee :P

07 di tambun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di tambun - Google Blog Search


Boxer terlondeh <b>di Tambun</b> Lost World! | CuteCarry - Malaysia <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 06:29 AM PST

Tambun Lost World terletak di Ipoh, menjadikannya ia terletak di negeri kelahiran CuteCarry yang hanya tidak sampai 40 minit daripada Kuala Kangsar, kampung ku. Hampir ramai umat manusia yang CuteCarry kenal, datang daripada seluruh pelusuk Malaysia sudah mandi di kolam Tambun Lost World. Tetapi pada satu hari ini dalam sejarah, CuteCarry pertama kali menjejakkan kaki di sini. Erm.. memang perkara biasa jika sesuatu tu adalah berdekatan dengan kita, mesti tidak pergi kan?

CuteCarry menjejak kaki dengan kuku yang telah dipedicure (RM25, ada offer kat Ipoh, terus hulur kaki!)  ini pun adalah disebabkan oleh tiket FREE. CuteCarry menghadiri satu perbincangan di Ipoh dan urusetia dengan murah hati memberikan tiket ke Lost World. So, ada dua orang didalam perbincangan tersebut pun diberikan tiket FREE so apa lagi..zasssssss…terus plan ke sini! Tetapi satu masalah iaitu CuteCarry tidak membawa sebarang pakaian yang sesuai untuk berenang.

Penyelesaian ialah CuteCarry terpaksa memakai boxer yang rupanya seakan-akan swimming trunk.

CuteCarry dengan confidentnya melangkah masuk ke dalam Tambun Lost World dengan memakai boxer and my first impression Wow..not bad.Ada juga rasa  macam lost world yang kita tengok dalam filem Indiana Jones. Lost World memang tempat yang SANGAT FAMILY ORIENTED. Makcik pakai tudung, pakcik pakai tracksuit, perempuan lepak pakai legging dengan baju oversized dan bertudung juga lelaki muda pakai seluar sukan untuk mandi, begitulah situasi umt manusia disini.  Rasanya hanya sorang dua melayu lelaki yang memakai swimming trunk termasuk CuteCarry, rasa tidak selesa tetapi well.. CONFIDENT. Tetap confident walaupun body ada sikit alignment lari!

So, CuteCarry pun mula main satu permainan, iaitu masuk dalam terowong ikut aliran air!

Excitednya.. masuk dalam ni. Air yang mengalir, dan kita akan naik atas pelampung dan mengikut aliran air. Ramai lah yang menjerit-jerit..

CuteCarry pun pilih terowong yang paling gelap, nak lebih adventurous kononnya. Memang best bila masuk dalam terowong dan mengikut aliran air dan akhirnya kita jatuh dalam kolam. Tetapi bila dah jatuh dalam kolam, CuteCarry rasa macam lain.. ohhhh…boxer terlondeh!!

Nasib baik sewaktu kejadian terlondeh itu, CuteCarry berada dalam kolam. Bila seperti ini berlaku,kita kena tenang , RELAX. So, CuteCarry buat macam main-main dalam air, betullkan boxer supaya berada kedudukan yang sebenarnya dan dengan penuh confident keluar daripada kolam seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku!

Moral. Kalau swimming trunk tiada, jangan pakai boxer walaupun ia rupa macam swimming trunk.

Pheww…rasanya tiada siapa yang perasan, cuma..erm…maybe seoarang kakak dengan anak tu dah ternampak. Tapi mungkin tak kut.erkkkk….


Minum-minum di dalam Lost World Tambun…erm..agak mengecewakan, tak yah minumlah kat sini.

So,lepas tu tobat terus tutup aurat sikit, CuteCarry pun mengenakan short shocking pink yang dibeli di  Jusco Ipoh (diskaun 70% kat Padini).

Itulah kisahnya..

Selepas tu, walaupun peristiwa boxer terlondeh, CuteCarry sambung enjoy kat sini, dengan pakaian lebih sopan!

Tambun Lost World ini memang tempat yang sesuai untuk kanak-kanak sebab ada satu Petting Zoo. Banyak binatang disini, termasuk daripada dalam dan luar negara, tetapi paling menarik ialah ular sawa yang sangat cantik. Ia sangat dimanjakan oleh penjaga ular tersebut

CuteCarry: Adik boleh pegang ular ini

Penjaga ular: Boleh bang

CuteCarry pun memegang dan merasa struktur kulit ular tersebut..

CuteCarry: (sambil memang pada dua rakan CuteCarry yang turut serta)..  Saya ada beg kulit ular jenis cam ni,cantik kan?

Penjaga ular  terus muka dia sangat berubah dan  menarik ular tersebut jauh daripada CuteCarry.

Itu sahaja pengalaman di Lost World Tambun!

Jika ada bercadang hendak ke Ipoh, apa kata singgah makan tengah hari kat Restoran Tasik Raban di Stadium Ipoh, memang terlalu sedap dan fresh masakan kampung yang dihidangkan! Mesti cuba ulam-ulam, lauknya yang rasanya ada berpuluh jenis dan wajib cuba ikan pekasam. Foodagasm!!!

Harga pun murah dan berpatutan. CuteCarry dan empat orang kawan makan macam tidak ingat dunia, seriously sangat banyak macam esok tiada lagi daripada nasi, sayur dan lauk berjenis-jenis, ikan bakar beberapa ekor, air jumlahnya hanya RM90!

Terkejut sebab terlalu murah…
Moh yeop, kita ke Ipoh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 di batu gajah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di batu gajah - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Midah taik lalat kantoi lagi! - Program <b>Di Batu Gajah</b> <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 10:00 PM PST





PANAS! Fiesta anjuran Kak Midah x ada orang datang!


Aku dapat banyak komplen daripada orang Batu Gajah termasuk orang Umno dan Blogger Umno tu sendiri pasai program Fiesta Wanita dan Keluarga 2012 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Dato' Hamidah Osman di Arena Square, Batu Gajah.
Program tersebut berlangsung selama 10 hari bermula 3 hari lalu iaitu 6 Disember hingga 16 Disember 2012. Tetapi program tersebut langsung tak dapat sambutan. Aku kerap lalu tengok suasana program tu. Memang lengang! Langsung tak ada orang.
Banner merata tempat dah gantung termasuk banting. Itu pon kos dah beribu ringgit.
Semalam aku nampak satu kereta pasang speaker buat hebahan di merata tempat, mungkin tu kaedah terdesak nak tarik orang datang program tersebut tapi nampak gayanya tak berjaya.
Ade sorang makcik bagi tau aku, peniaga komplen kene bayo mahal (RM1000 sewa tapak rasanya) tapi orang x mandang. Dia kata mungkin sikit lagi semua peniaga bungkus balik.
Tadi aku sembang dengan blogger Umno (tak perlu bagi tahu nama dia kot), dia cakap pergi la Arena Square, ada point untuk balun Umno.
Dia cakap, dia x leh balun sebab dia terikat. Program tu katanya membazir dan perabih duit rakyat. Takde pulangan yang berbaloi langsung.
Di sebelah malam semalam, dia g konsert kat situ. Lengang xde orang datang (blogger tu cakap 2-4 orang je). Aku dengo pon terkejut. padahal tu program bawah kerajaan negeri!
Persoalan aku, Berapa kos program tersebut? Kenapa program ini tak berjaya?
Aku nak Kak Midah jawab! Dan mungkin boleh ditanya oleh ADUN PR di Sidang Dun yang akan berlangsung tak lama lagi.
Blogger Umno ni cakap, mungkin Hamidah tak akan bertanding di Sungai Rapat dah. Aku pon dapat maklumat yang sama, Kak Midah xde tempat dah.. Ramai berebut nak jadi calon.
(media perak)



PANAS! Fiesta anjuran Kak Midah x ada orang datang!


Aku dapat banyak komplen daripada orang Batu Gajah termasuk orang Umno dan Blogger Umno tu sendiri pasai program Fiesta Wanita dan Keluarga 2012 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Dato' Hamidah Osman di Arena Square, Batu Gajah.
Program tersebut berlangsung selama 10 hari bermula 3 hari lalu iaitu 6 Disember hingga 16 Disember 2012. Tetapi program tersebut langsung tak dapat sambutan. Aku kerap lalu tengok suasana program tu. Memang lengang! Langsung tak ada orang.
Banner merata tempat dah gantung termasuk banting. Itu pon kos dah beribu ringgit.
Semalam aku nampak satu kereta pasang speaker buat hebahan di merata tempat, mungkin tu kaedah terdesak nak tarik orang datang program tersebut tapi nampak gayanya tak berjaya.
Ade sorang makcik bagi tau aku, peniaga komplen kene bayo mahal (RM1000 sewa tapak rasanya) tapi orang x mandang. Dia kata mungkin sikit lagi semua peniaga bungkus balik.
Tadi aku sembang dengan blogger Umno (tak perlu bagi tahu nama dia kot), dia cakap pergi la Arena Square, ada point untuk balun Umno.
Dia cakap, dia x leh balun sebab dia terikat. Program tu katanya membazir dan perabih duit rakyat. Takde pulangan yang berbaloi langsung.
Di sebelah malam semalam, dia g konsert kat situ. Lengang xde orang datang (blogger tu cakap 2-4 orang je). Aku dengo pon terkejut. padahal tu program bawah kerajaan negeri!
Persoalan aku, Berapa kos program tersebut? Kenapa program ini tak berjaya?
Aku nak Kak Midah jawab! Dan mungkin boleh ditanya oleh ADUN PR di Sidang Dun yang akan berlangsung tak lama lagi.
Blogger Umno ni cakap, mungkin Hamidah tak akan bertanding di Sungai Rapat dah. Aku pon dapat maklumat yang sama, Kak Midah xde tempat dah.. Ramai berebut nak jadi calon.
(media perak)

di negeri perak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri perak - Google Blog Search


Surat Terbuka Kepada Rakyat <b>Negeri Perak</b> – Perak Today

Posted: 29 Dec 2012 11:56 PM PST

Sungai Rapat Online telah membaca satu surat terbuka khas untuk rakyat negeri Perak daripada seorang pensyarah kanan universiti tempatan.

Surat ini juga mampu membuka minda pengundi Melayu yang masih mengganggap cina DAP adalah jujur untuk mempertahankan tanah Melayu seperti di bawah:

Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri Teman,

Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada 'kita' menjelang PRU13 nanti.

Di sini, Teman tidaklah akan menghujahkan yang tindakan YB Ngeh Koo Ham itu adalah salah dari segi undang-undang dan begitu juga dengan tindakan YIK. Sebaliknya, Teman akan membincangkan perkara-perkara yang zahir dan sahih sahaja. Perkara-perkara yang zahir dan sahih yang Teman maksudkan adalah seperti berikut:

1) Pembelian saham (seterusnya pertukaran hak-milik) UPSB kepada YB Ngeh Koo Ham kerana beliau sendiri mengaku akan perkara ini.

2) Walaupun proses pertukaran hak milik ini berlaku pada tahun ini (2012), tiada apa yang boleh mengubahkan hakikat bahawa UPSB memang telah mendapat pajakan tanah dari YIK seluas 10,526 ekar sejak 2006 lagi seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan dalam artikel Harakah baru-baru ini.

3) Dan selepas pertukaran 2012 ini, UPSB dimiliki hampir seratus-peratus oleh seorang individu yang bukan bumiputra dan fakta ini datang secara semulajadi hasil dari fakta 1) dan 2)

Apakah kaitan fakta-fakta di atas dengan rahmat dan petunjuk Allah yang Teman nyatakan diawal penulisan ini? Apa yang Teman maksudkan ialah Allah telah memberikan petunjuk bahawa 'kita' (Melayu, Muslim dan Bumiputra) belum lagi mampu bersaing 'atas tanah yang rata' lalu mesti bagi 'kita' mengekalkan dulu apa yang 'kita' ada dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, sementara 'kita' menyiapkan diri terlebih dahulu.

Bukanlah niat Teman hendak menjadi pesimistik tetapi apa yang YB Ngeh Koo Ham telah lakukan, hakikat dimana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang (kesalahan moral mungkin), cuma menyerlahkan lagi kebijaksanaan dan keupayaan 'mereka' dari pelbagai segi termasuk kekuatan pemikiran, modal dan rangkaian yang 'kita' masih lagi terlalu jauh untuk memilikinya.

Apa yang lebih membimbangkan, selain memiliki keupayaan-keupayaan ini, tiada ternampak pula bibit-bibit keinginan untuk 'mereka' berkongsi dengan 'kita' dan membantu serta memberi tunjuk ajar kepada 'kita'. Ini dibuktikan dengan pembolotan hak milik UPSB oleh 'mereka' hampir seratus peratus.

Turut membimbangkan adalah bagaimana entiti-entiti 'kita' seperti YIK terus-terusan dieksploit oleh 'mereka' dalam mendapatkan projek-projek yang berskala besar. Memanglah 'kita' boleh berterus-terusan memberikan alasan 'kita' belum mampu, belum cukup pandai dan lain-lain maka 'kita' perlu serahkan projek itu kepada 'mereka' tetapi bukankah ini juga bermaksud 'kita' perlukan lebih masa untuk menyiapkan diri, lalu mesti bagi 'kita' mengekalkan dulu apa yang 'kita' ada dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, seperti yang telah Teman nyatakan di atas.

Jika dilihat dari perspektif ini, rahmat Allah SWT kepada rakyat negeri Perak telah turun seawal 2009 lagi dengan pertukaran semula kerajaan negeri Perak ke tangan BN. Kalau tidak cuba 'kita' bayangkan apa yang YB Ngeh Koo Ham dan 'mereka' boleh capai dalam tempoh empat tahun yang telah berlalu (2008 sehingga kini). Sedangkan dengan kehilangan kuasa pun beliau boleh membeli saham UPSB dan menguasai pengusahaan tanah YIK, inikan pula jika 'mereka' berkuasa dahulu.

Dan cuba bayangkan, apa yang 'mereka' boleh lakukan jika 'mereka' menang dalam PRU13 yang akan datang seterusnya berkuasa untuk empat atau lima tahun lagi diwaktu tiada langsung bibit-bibit bukti yang 'mereka' ingin berkongsi dengan 'kita'.

Satu perkara yang selalu 'kita' lupa, selepas PRU12 memanglah jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada PAS kerana diwaktu itu DAP tiada calon Melayu tetapi perkara ini tidak akan berlaku lagi kerana DAP telah belajar dari kesilapan terdahulu. Dikhabarkan, DAP akan meletakkan calon-calon Melayu di Perak untuk membolehkan 'mereka' menduduki kerusi Menteri Besar jika 'mereka' menang kelak. Bayangkan apa yang akan terjadi.

Bayangkan juga darjah kerakusan 'mereka'. Walaupun YB Ngeh Koo Ham mampu menyediakan duit puluhan juta untuk pembelian saham dan walaupun 'mereka' terus mendapat projek-projek dan tanah-tanah berskala besar, 'mereka' masih terus melaungkan slogan 'DEB tidak adil', 'agihan kekayaan dan peluang tidak sama rata' dan lain-lain lagi. Ini semua sepatutnya membuatkan 'kita' berfikir, apa yang 'mereka' mahukan lagi?

Mungkin ada yang berhujah PAS dan PKR akan mengimbangi kuasa dan keupayaan DAP jika mereka berkuasa kelak. Tetapi sejarah yang ada, bukti-bukti yang ada tidak menunjukkan ini akan berlaku.

Bukti-bukti yang ada adalah sebaliknya dimana entiti-entiti kita seperti YIK terus dieksploit, bukan secara salah dari segi undang-undang, tapi dari segi ketidakmampuan 'kita' sendiri. Ini belum lagi 'kita' bincangkan isu-isu lain seperti perlaksanaan negara Islam dan hudud.

Akhir kata, Teman mengharapkan saudara-saudara senegeri Teman (Orang Perak Ler) akan memikirkan sedalam-dalamnya perkara-perkara yang berbangkit dalam sehari dua ini. Tidakkah ia satu petunjuk dari Allah SWT tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku selepas PRU13 ini?

Jika Allah telah merahmati 'kita' pada tahun 2009 dahulu, kenapa tidak Dia terus merahmati 'kita' sehingga kini dengan terus memberikan petunjuk dan pedomanNya agar 'kita' terus selamat dan sejahtera? Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Negeri Perak semua.

- DR AIRIL YASREEN MOHD YASSIN
Pensyarah Kanan,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
UTM, Johor Bahru

07 di kuala kurau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

07 di kuala kurau - Google Blog Search


madu3urusharta: Rumah <b>di</b> Taman Kurau Lesari <b>Kuala Kurau</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 03:50 PM PST

Price: RM 237 500 Type: Houses, For sale Area: Bagan Serai Title type: Freehold Tenure: - Other info: Bumi Lot Size: 2271 sq.ft. Bedrooms: 3 Bathroom: 2 Property Type: Semi detached sesiapa yang ingin membeli rumah ini sila hubungi saya di no 019 2136502 / 019 207 4779 rumah dekat sekolah , pusat bandar , ada bank , klinik dan segala kemudahan moden . dekat highway ke utara dan selatan . pemandangan cantik dan kemas serta ada kawasan permainan kanak-kanak berdekatan dengan pulau pinang hanya 55 km Berdekatan bandar/pekan: Kuala Kurau (5 minit) Bagan Serai (10minit) Parit Buntar (15minit) Kediaman yg tenang berlatarbelakang sawah padi.. http://www.mudah.my/Taman+kurau+lestari+bagan+serai+perak-19683115.htm Taman Kurau Lesari Kuala Kurau.., bagan serai ..perak syukur kepada ALLAH diatas kemurahan rezeki nya..ahli MADU3 PERAK berjaya dalam projek kerjasama pembangunan tanah terbiar menjadi taman yang cantik dan kemas . taman ini bernama taman kurau lestari di bagan serai ....ALHAMDULILLAH....kegigihan berusaha dan yakin pada rezeki ALLAH..akhirnya berjaya juga akhirnya. http://youtu.be/y5avEDiSz4Q sesiapa yang ingin membeli rumah ini sila hubungi saya di no 019 2136502 / 019 207 4779 sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved