Khamis, 17 Januari 2013

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Boxer terlondeh <b>di Tambun</b> Lost World! | CuteCarry - Malaysia <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 06:29 AM PST

Tambun Lost World terletak di Ipoh, menjadikannya ia terletak di negeri kelahiran CuteCarry yang hanya tidak sampai 40 minit daripada Kuala Kangsar, kampung ku. Hampir ramai umat manusia yang CuteCarry kenal, datang daripada seluruh pelusuk Malaysia sudah mandi di kolam Tambun Lost World. Tetapi pada satu hari ini dalam sejarah, CuteCarry pertama kali menjejakkan kaki di sini. Erm.. memang perkara biasa jika sesuatu tu adalah berdekatan dengan kita, mesti tidak pergi kan?

CuteCarry menjejak kaki dengan kuku yang telah dipedicure (RM25, ada offer kat Ipoh, terus hulur kaki!)  ini pun adalah disebabkan oleh tiket FREE. CuteCarry menghadiri satu perbincangan di Ipoh dan urusetia dengan murah hati memberikan tiket ke Lost World. So, ada dua orang didalam perbincangan tersebut pun diberikan tiket FREE so apa lagi..zasssssss…terus plan ke sini! Tetapi satu masalah iaitu CuteCarry tidak membawa sebarang pakaian yang sesuai untuk berenang.

Penyelesaian ialah CuteCarry terpaksa memakai boxer yang rupanya seakan-akan swimming trunk.

CuteCarry dengan confidentnya melangkah masuk ke dalam Tambun Lost World dengan memakai boxer and my first impression Wow..not bad.Ada juga rasa  macam lost world yang kita tengok dalam filem Indiana Jones. Lost World memang tempat yang SANGAT FAMILY ORIENTED. Makcik pakai tudung, pakcik pakai tracksuit, perempuan lepak pakai legging dengan baju oversized dan bertudung juga lelaki muda pakai seluar sukan untuk mandi, begitulah situasi umt manusia disini.  Rasanya hanya sorang dua melayu lelaki yang memakai swimming trunk termasuk CuteCarry, rasa tidak selesa tetapi well.. CONFIDENT. Tetap confident walaupun body ada sikit alignment lari!

So, CuteCarry pun mula main satu permainan, iaitu masuk dalam terowong ikut aliran air!

Excitednya.. masuk dalam ni. Air yang mengalir, dan kita akan naik atas pelampung dan mengikut aliran air. Ramai lah yang menjerit-jerit..

CuteCarry pun pilih terowong yang paling gelap, nak lebih adventurous kononnya. Memang best bila masuk dalam terowong dan mengikut aliran air dan akhirnya kita jatuh dalam kolam. Tetapi bila dah jatuh dalam kolam, CuteCarry rasa macam lain.. ohhhh…boxer terlondeh!!

Nasib baik sewaktu kejadian terlondeh itu, CuteCarry berada dalam kolam. Bila seperti ini berlaku,kita kena tenang , RELAX. So, CuteCarry buat macam main-main dalam air, betullkan boxer supaya berada kedudukan yang sebenarnya dan dengan penuh confident keluar daripada kolam seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku!

Moral. Kalau swimming trunk tiada, jangan pakai boxer walaupun ia rupa macam swimming trunk.

Pheww…rasanya tiada siapa yang perasan, cuma..erm…maybe seoarang kakak dengan anak tu dah ternampak. Tapi mungkin tak kut.erkkkk….


Minum-minum di dalam Lost World Tambun…erm..agak mengecewakan, tak yah minumlah kat sini.

So,lepas tu tobat terus tutup aurat sikit, CuteCarry pun mengenakan short shocking pink yang dibeli di  Jusco Ipoh (diskaun 70% kat Padini).

Itulah kisahnya..

Selepas tu, walaupun peristiwa boxer terlondeh, CuteCarry sambung enjoy kat sini, dengan pakaian lebih sopan!

Tambun Lost World ini memang tempat yang sesuai untuk kanak-kanak sebab ada satu Petting Zoo. Banyak binatang disini, termasuk daripada dalam dan luar negara, tetapi paling menarik ialah ular sawa yang sangat cantik. Ia sangat dimanjakan oleh penjaga ular tersebut

CuteCarry: Adik boleh pegang ular ini

Penjaga ular: Boleh bang

CuteCarry pun memegang dan merasa struktur kulit ular tersebut..

CuteCarry: (sambil memang pada dua rakan CuteCarry yang turut serta)..  Saya ada beg kulit ular jenis cam ni,cantik kan?

Penjaga ular  terus muka dia sangat berubah dan  menarik ular tersebut jauh daripada CuteCarry.

Itu sahaja pengalaman di Lost World Tambun!

Jika ada bercadang hendak ke Ipoh, apa kata singgah makan tengah hari kat Restoran Tasik Raban di Stadium Ipoh, memang terlalu sedap dan fresh masakan kampung yang dihidangkan! Mesti cuba ulam-ulam, lauknya yang rasanya ada berpuluh jenis dan wajib cuba ikan pekasam. Foodagasm!!!

Harga pun murah dan berpatutan. CuteCarry dan empat orang kawan makan macam tidak ingat dunia, seriously sangat banyak macam esok tiada lagi daripada nasi, sayur dan lauk berjenis-jenis, ikan bakar beberapa ekor, air jumlahnya hanya RM90!

Terkejut sebab terlalu murah…
Moh yeop, kita ke Ipoh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan