Khamis, 17 Januari 2013

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


APMM Berkas 17 PATI <b>Di</b> Perairan Sungai Bernam, <b>Hutan Melintang</b>

Posted: 17 Jan 2013 05:25 AM PST

Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) di muara Sungai Bernam, kira-kira dua batu nautika dari Sungai Belukang di perairan Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 Perak, Kapten (M) Abdul Razak Johan berkata, sebuah bot laju APMM berpengkalan di Lumut yang sedang melakukan rondaan rutin telah mengesan sebuah bot pancung yang mencurigakan di muara Sungai Bernam, kira-kira jam 7.15 malam.

Menurutnya, selepas kira-kira 15 minit mengejar, bot tersebut berjaya ditahan dan setelah digeledah, anggota APMM menemui 17 orang warga Indonesia yang sedang bersembunyi di ruang perut bot tersebut.

"Mereka terdiri daripada 15 orang lelaki dan dua orang wanita berusia di antara 17 hingga 65 tahun dan mereka kesemuanya gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan dan perjalanan yang sah.

"Setelah siasatan awal dilakukan, didapati bot pancung yang tiada nombor pendaftaran itu telah berlepas dari Tanjung Balai, Indonesia pada awal pagi semalam (kelmarin) dan memasuki Malaysia melalui perairan Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh," katanya dalam satu kenyataan media di Lumut, hari ini.

Menurutnya, bot berkenaan ditahan dan ditunda ke Jeti Jabatan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan untuk siasatan lanjut.

"Kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya.

- NORAINI MOHAMAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan