Ahad, 23 September 2012

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


12 jenis bubur <b>di</b> Titi Gantung, <b>Bota</b> - Halaman Gambar Menarik <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 07:30 PM PDT

BUBUR merupakan hidangan popular orang Malaysia terutama masyarakat Melayu pada waktu petang. Namun, bukan mudah untuk mencari premis makanan yang menjual bubur, apatah lagi yang mempunyai pelbagai jenis.

Jika anda seorang penggemar masakan itu, anda patut singgah di gerai Bubur Perak & Makanan Tradisional di Batu 30, Titi Gantung, Bota, Perak. Gerai itu terletak di hadapan Kompleks Pertanian Titi Gantung di tepi Lebuh Raya Ipoh - Lumut.

Ini kerana di situ terdapat sebanyak 12 jenis bubur iaitu bubur lambuk, bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur gandum, bubur caca marba, bubur sagu bandung, bubur pengat pisang, bubur pengat ubi keledek, bubur pengat ubi keladi, bubur kacang merah dan bubur pengat nangka.

Harganya juga tidak mahal iaitu cuma RM2 semangkuk jika makan di situ dan RM2.50 jika dibungkus untuk dibawa pulang.

Bagaimanapun, pada bulan puasa yang lalu, gerai Bubur Perak & Makanan Tradisional hanya menjual 10 jenis bubur iaitu kecuali bubur kacang merah dan pengat nangka sahaja kerana bilangan pelanggan tidak seramai hari biasa.

Selain bubur, gerai itu menjual pisang goreng, ubi keledek dan ubi keladi goreng.

Menurut pengusaha gerai tersebut, Badri Hamzah, 53, gerainya mendapat sambutan hebat kerana menawarkan pelbagai jenis bubur tradisional yang boleh dipilih oleh orang ramai.

"Bubur bukan tidak ada dijual di tempat lain tetapi susah hendak cari. Lebih-lebih lagi kedai yang menjualnya menawarkan begitu banyak jenis bubur," katanya ketika ditemui S2 di gerainya.

Bubur di gerai Bubur Perak & Makanan Tradisional juga popular kerana rasanya yang sedap dan dijual dalam keadaan masih panas.

Badri juga tidak menggunakan daging tetapi hanya ayam dan udang dalam masakan bubur lambuk agar penganut Hindu pun boleh makan.

"Pelanggan saya bukan hanya orang Melayu, tetapi orang Cina dan India juga makan di sini. Sebab itulah, saya memastikan bubur saya boleh dimakan oleh semua orang," katanya sambil memberitahu pelanggannya terdiri daripada 60 peratus orang luar dan 40 peratus penduduk tempatan.

"Paling ramai adalah pelancong yang melalui Lebuh Raya Ipoh - Lumut," tambahnya.

Ditanya tentang rahsia keenakan bubur yang dijualnya, Badri yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam perniagaan bubur memberitahu, dia agak cerewet dalam penyediaan bubur terutama memastikan masakan itu hanya menggunakan santan segar.

"Saya juga memasak sendiri bubur ini walaupun saya ada tujuh pembantu. Tiga jam diperlukan untuk memasak kesemua bubur yang dijual ini," ujarnya sambil memberitahu resipi bubur itu adalah ciptaannya sendiri yang diolah daripada resipi yang dipelajari daripada ibunya, Puteh Zainah Tuah, 89.

Satu lagi perkara menarik mengenai gerai bubur itu adalah deretan bendera Perak dan Jalur Gemilang yang dipacak di hadapan premis tersebut mempunyai makna tertentu.

Sekiranya, bendera-bendera tersebut sudah dipacakkan, ia bermakna bubur sudah siap dimasak untuk dijual dan jika tiada bendera dipacak, ia bermaksud bubur belum siap dimasak atau sudah habis dijual.

Sementara itu, seorang pelanggan setia gerai bubur itu, Burhanuddin Karim, 63, memberitahu, dia meminati semua jenis bubur yang dijual di gerai itu.

"Saya beli bubur di sini setiap hari. Bubur yang paling saya minat adalah bubur ubi keledek dan ubi keladi," katanya.

Seorang lagi pelanggan dari Ipoh, Haniff Radman, 33, memberitahu, ini merupakan kali pertama dia singgah di gerai tersebut.

"Kebetulan saya lalu di sini ternampak gerai bubur ini. Jadi, saya singgah membeli bubur untuk mencuba rasanya," katanya.

Gerai Bubur Perak & Makanan Tradisional itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


PRU13: Shahrizat Bertanding <b>Di Menglembu</b>, Shapie Apdal Di <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 03:29 AM PDT


 
 KELAB GREENBOC

Hari minggu lepas, Husin pergi ziarah kawan di Bangi. Sambil makan tu, member Ana tanya, bila agaknya pilihanraya.

"Manalah ana tahu benda-benda ni ...," Husin jawab, "Ana hanya saudagar unta dari Cairo."

"Sudahlah Husin. Jangan kau bawak temberang blog Husin Lempoyang kau di sini. Kamu tahu tu!"

"Sumpah ana tak tahu. Ana rasa Dato Najib pun tidak tahu tarikh pilihanraya. Lagikan ana ni ...," ana cuba yakinkan.

"OK lah Husin. Aku kasi kamu info ini, Kamu kasi aku tahu tarikh pilhanraya. Aku nak buat gathering kawan-kawan tapi masing-masing tunggu ditentukan tarikh pilihanraya," Sahabat ana terangkan.

"Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?"

"Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya

"Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan

"Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah."

"Takkk ... kawasan lain."

"Mana pulak?" Ana tanya

"Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal."

"Hahahaha ... siul la lu brader. Macam gitu aku tahu bila pilihanraya?"

"Bila? Bila? ..." tertanya kawan ana.

Nak tahu bila pilihanraya? Sabar dulu .... hehehe. -husin lempoyang

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


<b>Taiping</b> Mali: Khutbah Politik oleh khatib Pas : Masjid <b>di</b> Perak juga <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 07:26 PM PDT

Pas sangat terdesak untuk mencari sokongan rakyat sehingga terpaksa menggunakan khutbah Jumaat. Parti Islam Sesat ini dilihat sangat terdesak serta gentar dengan gelombang biru dan gelombang merah, di mana-mana pun rakyat sudah kembali memberi sokongan kepada Umno dan BN. Program Pas terkulat-kulat sepi tanpa sokongan rakyat.

Bukan sahaja di negeri Kelantan, ia juga berlaku di Perak tetapi kebanyakan makmum tak ambil kisah dan tidak membuat bantahan atau laporan polis.

Dua minggu lepas, khutbah Jumaat bertajuk 'Fitnah', Teks khutbah dikeluarkan oleh Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak telah diubah suai oleh khatib tersebut yang pro Pas.

Ianya berlaku di Masjid Kampung Expo Kamunting, Imam Osman Noh bekas pesara Kagat yang menjadi imam no 2 di masjid tersebut telah mengubah dan mengolah semula teks sesuka hati beliau.

Antara nya ia menuduh fitnah dilakukan oleh penulis-penulis blog dan juga melalui sms. Fitnah dilakukan oleh Umno terhadap Pas dan sebagainya.

Seorang makmum masjid tersebut sedar bahawa ada yang tidak kena dengan teks khutbah telah menghubungi TM dan bertanyakan tentang teks khutbah di masjid lain.

TM memaklumkan memang khutbah minggu tersebut berkaitan dengan tajuk 'Fitnah'. Khatib membaca teks dan fokusnya ialah mengajak dan memperingati makmum tentang bahaya dan dosa fitnah yang dilakukan. Tak ada pula menyebut fitnah dibawa oleh bloggers dan fitnah disebar melalui sms untuk memburukkan Pas.

TM cuba meminta seorang rakan untuk mendapatkan teks khutbah Jumaat 2 minggu lepas tetapi gagal diperolehi.

Harapan TM ialah pihak Nazir Masjid atau mana-mana pegawai agama dapat menyiasat kes ini dan mengambil tindakan terhadap khatib yang suka menyelewangkan fakta dan mengubah suai teks khutbah mengikut selera beliau yang pro PAS.

Osman Noh harus sedar akan kesalahannya dan dialah sebenarnya bapa penyebar fitnah di Taiping. Ini kerana beliau juga merupakan penceramah agama yang bergerak aktif di sekitar daerah Larut, Matang dan Selama.

Untuk maklumat pembaca, Osman Noh bekas PTB Kagat kini hidup mewah kerana isteri beliau makan gaji dengan kerajaan bergred DG 41 atau mungkin DG 44 sekarang. Memilik dua kereta mewah walaupun tak sehebat Azhar Idrus.


Dalam program politik di masjid Kampung Expo, dia lah peneraju utama tetapi tak suka tunjuk muka apa lagi untuk bergambar bersama-sama jawatan kuasa yang lain.

Jumaat lepas 14 September teks khutbah dibacakan oleh Imam Wahid, awal-awal lagi Imam Wahid menyebut bahawa teks ini ditulis oleh Majlis Islam Perak.

TM cuba membuka laman web majlis agama islam dan adat istiadat perak untuk memuat turun teks khutbah tetapi tak jumpa. Yang hariannya bagaimana teks 14 September 2012 boleh berada dalam blog Pas dalam bentuk PDF. Perkara ini juga perlu penjelasan daripada pihak Majlis Islam Perak

MASJID DAN SURAU MENGIKUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM PERAK

Blog yang menyiarkan enakmen ini pun kepunyaan orang Pas. Nampak sangat bahawa pegawai agama di Perak dikuasai oleh Pas. Ini termasuk Pejabat Agama Taiping.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


MERIAH DAN CERIA <b>DI</b> RUMAH TERBUKA PAS <b>TAPAH</b>

Posted: 28 Aug 2012 05:08 AM PDT

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Kawasan Tapah telah diadakan pada 25.8.2012 bersamaan 7 Syawal pada hari sabtu yang lalu bertempat di Pasti Batu 3 Temoh,Tapah.

Program yang bermula 10 pagi itu di mulakan dengan alunan nasyid dari kumpulan Ar Ridha,bacaan doa serta ucapan dari pimpinan-pimpinan peringkat negeri dan kawasan.Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin,Bah Tony seorang peguam orang Asli dan aktivis,pimpinan2 dari PKR dan DAP.

Turut memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka PAS Tapah pada tahun ini ialah pelakon Abby Abadi, yang mendapat perhatian dari pengunjung yang hadir untuk bersalaman dan bergambar.

Sambutan amat diluar jangkaan dengan kehadiran orang ramai ,semua juadah telah disediakan oleh cawangan-cawangan PAS yang berada di Dun Air Kuning dan Chenderiang.Antara menu-menu yang disediakan adalah satay,lemang,rendang,pizza,bihun sup,kuih muih dan juga buah-buahan.

Tetamu2 jemputan yang hadir termasuk Pesuruhjaya PAS PERAK Ustaz Abu Bakar Husin Tetamu selebriti Abby Abadi juga hadir untuk memeriahkan majlis rumah terbuka pada tahun ini. Antara para tetamu yang hadir..... Para tetamu menikmati hidangan yang disediakan lemang,satay serta nasi impit. Pimpinan DAP dan PKR  Parlimen Tapah turut hadir.
AJK DMP Tapah Muslimat  yg bertungkus lumus  dan sebagai urusetia program memastikan makanan yg disediakan mencukupi.

Abby Abadi menjadi tumpuan pada hari itu..

Ustaz Abu Bakar dan YDP PAS Tapah Saudara Rahim Cheng  Antara tetamu yang hadir ...DHPP Kawasan Tapah Majlis di serikan juga dengan alunan nasyid dari kumpulan AL RIDHA Menjamu selera dengan juadah disediakan..
Satay menjadi tumpuan tak kira tua dan muda... Anak2 kecil menikmati aiskrim yang disediakan

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Kembara Minda 7: Dato&#39; Sheila Majid <b>di</b> Kubang <b>Kerian</b>

Posted: 15 Sep 2012 06:49 AM PDT

 Siapakah gerangan si baju hijau tu?
Pada mulanya dari jauh saya tak cam wanita bertudung itu.
Tetapi apabila mendengar suaranya...rasa macam kenal pula.
Memang sah...itu adalah Dato' Sheila Majid.
Tapi apa dia buat kat Kubang Kerian ni?
 Rupanya ada satu program yang membabitkan 
Saya memang tak mahu melepaskan peluang bersemuka dengan
penyanyi ratu jazz ini,kerana
saya memang meminati lagu-lagu jazz nyanyian Dato' Sheila Majid.
Tapi program apa yer?Jom saksikan......

 Kalau dilihat pada banner tu,sesi perkongsian selebriti.
Tak tahulah pula apa yang dikongsi tu.
Saya sendiri pun tak fokus sangat tentang apa yang diperkatakan.
Tapi rasanya macam memperkatakan tentang satu jenama.
 Dato' Sheila Majid sedang bersalam-salaman.
Mungkin Dato' tak perasan saya tengah ambil gambarnya tu.hehe...
Saya memang kenal Dato', dan Dato' memang tak kenal saya.hehe...
Sebenarnya Dato' Sheila Majid berada di Mydin Kubang Kerian

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


MEE UDANG BANJIR MAK TEH <b>di KUALA SEPETANG</b> TAIPING

Posted: 27 Jun 2012 05:33 AM PDT

You are either not logged in or do not have permission to view this page. This could be because one of the following reasons:
  1. You are not logged in or registered. Please use the form at the bottom of this page to login.
  2. You do not have permission to access this page. Are you trying to access administrative pages or a resource that you shouldn't be? Check in the forum rules that you are allowed to perform this action.
  3. Your account may have been disabled by an administrator, or it may be awaiting account activation.
  4. You have accessed this page directly rather than using appropriate forms or links.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Kawasan Perniagaan Petai <b>di Bidor</b> | | YA |

Posted: 05 Jun 2012 05:00 AM PDT

Rupanya di Bidor ini banyak lagi kedai-kedai tua menjual produk-produk tua. Paling menarik di sini terpusat segala hasil pungutan petai.

20120610-232013.jpg

20120610-232025.jpg

20120610-232030.jpg

20120610-232035.jpg

20120610-232049.jpg

20120610-232058.jpg

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Inilah Aku: Sambungan <b>Sungkai</b> - Ipoh....Ada lagi Sambungan

Posted: 06 Sep 2012 09:26 PM PDT

Assalamualaikum! Last entry hari tu, menceritakan keseronokan bercuti di Hot Spring Felda Residence di Sungkai Ipoh. Kali ni, kesinambungan cerita minggu lalu (macam nak buat novel lak kan heheheehe…asah bakat!!) 1 September 2012 Sebaik check out dari chalet Hot Spring, perut terasa lapar walaupun pagi2 dah makan heavy breakfast. Okay juga buffet breakfast, ada varieties. Saya selalunya kalau stay di hotel, breakfast Cuma toasted bread plus butter, baked bean (kat rumah boleh buat tapi tak buat pun!!), segelas air oren dan teh. Itu je, lagipun kenyang jugak kan. Malas nak makan nasi lemak, roti canai segalanya. Opsss lupa, selalunya ambil congee dengan condiments. Itu dah cukup mengenyangkan. Berbalik pada tujuan nak lunch di Sungkai, saya cadangkan pada en suami, "kita cari je along the way, mesti ada warong masakan kampong". En suami meniyakan. Memang betul, lepas sikit keluar menuju jalan besar ke Sungkai, Nampak satu warong di tepi jalan. Bersih, kemas dan teratur. Intai dulu lauk2 yang dihidangkan. Panas2 lagi bermakna baru masak lah ni. Okay, saya setuju saja nak makan di situ. Ambil nasi, ikan goring tilapia seketui, sambal ikan bilis petai dan ulam2an. Ringkas gitu. Syiqin nasi dan ayam goring. En suami standardlah, kalau tak ada kari ikan tak sah. Murah jugak dalam RM13 gitu termasuk air minuman. Alhamdulillah. Perjalanan diteruskan. Syiqin ni biasalah masuk kereta je dan kena aircond…terus lelap di ribaan saya. Senang betul. Sampai di Ipoh, mencari2 pulak hotel mana nak booking. Bukannya expert sangat pun Bandar Ipoh ni. Pusing punya pusing, Nampak satu hotel. Kinta WaterFront Hotel, hmmmm tengok dari luar, not bad jugak kan. Rupa2nya hotel baru. Apa lagi, just check in and keep our luggage dalam bilik. Terus je keluar nak ke rumah Kak Long di Tambun. Lepak2 di situ sebelum ke Chemor, berjumpa kawan lama masa kerja di hotel dulu. Sembang sampai ke maghrib, baru tahu nak balik heheheheh. Sebelum balik, dapat buah tangan dari kawan lama saya ni, buah Kuinin. Hmmmmmm harum sungguh. Tak sabar nak makan nih, tapi belum masak secukupnya. Tunggu balik KL baru boleh kupas dan makan. Malam memang lepak terus di bilik, letihnyaaaaa!!! Esok ada lagi agenda yang perlu dipenuhi.

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Inilah Aku: KUL - Sungkai - Ipoh - <b>Hutan Melintang</b> - Hilanggggg Arah

Posted: 04 Sep 2012 12:51 AM PDT

Assalamualaikum. Semoga teman2 blogger sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Cuti hujung minggu sambutan Kemerdekaan dipenuhi dengan berjalan2 jauh nun di Felda Residensi Sg Klah, Sungkai. Memang tak dirancang langsung nak ke situ, tapi tu la last minit tiba2 tergoda dengan cerita teman ofis nih, terus tanya en suami. Bila dapat green lite, bilik terus dibooking untuk semalam sahaja. Orang kata, saja nak try macamana bestnya stay di Hot Spring Felda. Kebetulan hari tu kan Jumaat, so lepas saja selesai tonton perarakan Kemerdekaan di TV, terus bertolak ke Sungkai. En suami kata kali ni biar adventure sikit, ikut jalan lama. Sebelum tu, singgah dulu di rumah adik ipar di Bukit Beruntong. Dah lama tak bersua muka walaupun tinggal dekat saja. Perjalanan ke Hot Spring Felda memang mengasyikkan dengan pandangan kiri kanan kampung2 dan pekan kecil. Seronok juga sekali sekala ikut jalan lama kan, kalau highway memang jalan terus saja dah sampai. Sampai di Hot Spring lebih kurang jam 4 petang, terus check in dan tukar pakaian. Agenda pertama ke Hot Pool, pertama kali merasai kehangatan di kolam ini. Memang mulanya tak tahan sangat, tapi bila dah lama terasa sedap je kaki berendam lama2. Saya tak berani nak berendam terus, malu pulak kalau basah seluruh badan walaupun berseluar panjang dan t-shirt longgar. Yang seronoknya bila di Mountain Spring Cool (kata pekerja resort air mengalir terus dari gunung...entah iye entah tidak). Yang pastinya, mestila kanak2 riang yang menjerit2 suka ketika di pool ini. Ini lokasi map untuk keseluruhan resort. Senang bagi yang pertama kali ke sini Tak larat jalan, boleh sewa basikal dengan kadar berpatutan. Tapi elok ler berjalan, exercise badan kan. Jauh perjalanan, sihat badan! Bilik deluxe yang luas, selesa! Redup mata memandang, cantik di hadapan lobby dan chalet. Yang ini sapa yang berminat nak rendam air panas, boleh berendam sepuas2 hati. Sedap jeee...mula2 cecah kaki terasa panas, tapi bila lama2 ok jer. Dibuka sampai 11 malam. Ada berani ke.... di tengah hutan macam ni nak rendam sorang2!! Yang ini kolam air terus dari gunung (itu kata petugas di kolam tersebut...kalau bohong dia, bohong la saya kan!!!) Memang seronok untuk kanak2 riang, bukan dia orang je, orang2 tua pun apa kurangnya. Di situ juga ada air panas berperingkat mencecah 40 - 45 darjah C. Kawasan untuk merebus telur juga ada disediakan, tapi sangat panas kalau nak berendam kaki. Sapa yang tahan boleh saja, cuma takut bila diangkat kaki tu tinggal tulang pulak (terlebih masak sudah hihihi). Lupa lak nak ambik gambar kawasan rebus telor ni. Ini apa hal pulak nih. Kes merajuk sebab si ayah nak berendam di kolam panas, si anak nak bermain di mountain pool...so macamana tuuu...last2 si ibu mengalah temankan si anak comel ni bermain di mountain pool, tinggalkan si suami yang nak bermanja gak sekali sekala si isteri menemani. Huhuhuu Cerita dari Sungkai - Ipoh - Hutan Melintang tu akan disambung nanti. Cewahhh...macam drama bersiri lak hihihi.