07 di bercham - Google Blog Search |
2 Pekerja Pasar Raya Tesco Rawang Maut Posted: 23 Sep 2011 02:28 AM PDT IPOH – Dua pekerja pasar raya Tesco cawangan Rawang, Selangor terkorban selepas motosikal yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori di Km 360.2 Lebuh raya Utara-Selatan dekat Tanjung Malim hari ini. Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintinden Osman Nayan, berkata mangsa yang terkorban dalam kejadian jam 6.30 pagi itu ialah penunggang motosikal Enthyran Murthi, 21, dan pemboncengnya Sakinah Yusof, 20. Enthyran yang berasal dari Rawang, manakala Sakinah dari Bercham di sini mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanjung Malim untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang dari Rawang ke Ipoh merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi lorong kecemasan. Ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke rumah Sakinah di Bercham, katanya. Osman berkata, lori berkenaan dikatakan berhenti kerana kedua-dua tayarnya pancit, kata Osman. Polis sedang menyiasat kes itu. Dalam kejadian lain, seorang penumpang kereta terbunuh manakala pemandunya cedera selepas terbabas dan merempuh penghadang jalan di kilometer 384.3 Lebuh raya Utara-Selatan dekat Slim River malam semalam. Osman berkata, mangsa yang terkorban dalam kejadian pada jam 7 malam dikenali sebagai Ng Soon Hee, 41, yang mengalami cedera parah di perut akibat tertusuk besi penghadang berkenaan. Mayatnya dihantar ke Hospital Tanjung Malim untuk bedah siasat manakala pemandu kereta berkenaan, Chew Tsu Teik hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama. – BERNAMA Related posts: |
Dua pekerja pasar raya Tesco cawangan Rawang maut kemalangan | Posted: 23 Sep 2011 05:49 AM PDT No of View :84 Dua pekerja pasar raya Tesco cawangan Rawang, Selangor, terkorban selepas motosikal yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori di KM360.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tanjung Malim hari ini. Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintinden Osman Nayan, berkata mangsa yang terkorban dalam kejadian jam 6.30 pagi itu ialah penunggang motosikal Enthyran Murthi, 21, dan pemboncengnya Sakinah Yusof, 20. "Enthyran yang berasal dari Rawang dan Sakinah dari Bercham mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mereka dihantar ke Hospital Tanjung Malim untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, nahas berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dari arah Rawang ke Ipoh merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi lorong kecemasan. "Ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke rumah Sakinah di Bercham," katanya. Osman berkata, lori berkenaan dikatakan berhenti kerana dua tayarnya pancit. Polis sedang menyiasat kes itu. Osman berkata, mangsa yang terkorban dalam kejadian 7 malam itu dikenali sebagai Ng Soon Hee, 41. Mangsa mengalami cedera parah di perut akibat tertusuk besi penghadang berkenaan dan mayatnya dihantar ke Hospital Tanjung Malim. Pemandu kereta berkenaan, Chew Tsu Teik, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di bercham - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |