Rabu, 23 Januari 2013

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


IPOH MALAY: Kecelakaan Treler Rempuh Pekerja Lebuhraya <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 04:50 AM PST

Dua dari empat yang cedera merupakan kawan teman. Kami sama-sama tinggal di Taman Perpaduan, Ipoh. Mereka ialah Dino Azmi dan Shafuddin Abd. Jalil. 
Dino Azmi mengalami cedera ringan tetapi Shafuddin Abd. Jalil mengalami patah kedua kaki, tangan kiri dan koyak di kepala dan betis.
Harap agar ada pihak dari Parlimen Tambun jika tidak Menteri Kewangan Kedua sendiri untuk pergi melawat mangsa-mangsa ini terutamanya kedua-dua kawan teman ini kerana mereka 'orang kita' juga. Takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia dan semoga tabah buat mereka yang tercedera. 



IPOH: Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Empat pekerja yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.
Tiga daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pekerja Propel yang cedera pula ialah Dino Azmi, 36, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31.
Turut mengalami kecederaan ialah pemandu treler yang hanya dikenali sebagai Zulkifli dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44.
Kesemua mayat dibawa ke HRPB manakala mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.
Mohamad Shukri berkata, ketika kejadian, keadaan lokasi berbukit dan pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa menuruni cerun ketika hujan renyai.
Pemandu lori terbabit akan ditahan selepas dirawat untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


cweet PINKY: Kem silat kali ke-2 <b>di pangkor</b>

Posted: 23 Jan 2013 09:36 AM PST

 

      
Perasan tak ? CP dah lame tak terhupdate blog nih , berapa hari ek , hehehe , tak ingat lak , CP taip nih pown dalam microsof word  dulu , then publish bile line wifi ade ..
Kali nih CP nak cerita pengalaman CP ke Pulau Pangkor hari tuh , bes ! CP ke sana under Kelab Pencak Silat UPSI , bukan pergi sajer2 suker2 jer , kitorang buat latihan jugak taw , tough atau tak latihan tuh , CP tak tataw nak cakap la , sebab nak kater tough , ade lagik latihan lagik tough tapi latihan kat pangkor nih , cukup tough bagi CP larr …
Kem Latihan di Pulau Pangkor nih berlangsung selama 3 hari 2 malam *tak lama pown kan?* dari 17hb Januari hingga 19 Januari 2013 , kitorang bertolak dari UPSI jam8 pagi and sampai dalam jam5 petang kowt , kurang pasti la plak , hehehe ~ rasenye macam tuh la , sampai je kat sane cek in homestay *untuk perempuan* dan 3 chalet *untuk lelaki*
Perempuan ditempatkan kat homestay sebab kitorang kena masak2 nih , lelaki lak tukang makan2 nih , nanti kalaw bagi lelaki masak kang hancur , bukan takut tak sedap , takut perempuan tak sempat nak makan
Lepas je cek in , perempuan start masak nasi goreng , lelaki lak ditugaskan carik port untuk BBQ malam tuh ~ lelaki jadik tukang carik port ngan pasang api then yang tukang bakar akhirnya si gadis2 juge sambil dibantu la sedikit oleh si teruna , teruna yang selebihnya lebih kepada makan…
Malam tuh kitorang satu team dan tentunya dengan coach sekali ber BBQ di tepi pantai , wah ! memang bes sangat ! kitorang ber BBQ sambil pasang lagu , bernyanyi ikut lagu yang dipasang , ade la joget2 ringan sikit *bukan joget sangat , gerak2 badan je* kitorang melepak kat situ sampailah jam1pagi , then balek lepas dengar sedikit pesanan dari coach
Esok paginya plak , bermula la cabaran ekstrem kitorang iaitu berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor *ye la kowt mengelilingi* sepanjang 9KM , kitorang kena berbasikal sambil bawak barang amanah , ape ye barang amanah ? barang amanah kitorang ialah dumbell , yang tak leyh belah , ade 9kg dumbell kat dalam beg sandang CP , sepanjang berbasikal tuh , bukit jangan cakap la , ade bukit tuh , curam giler , korang pernah naek cameron highland or genting or mane2 tanah tinggi kan ? macam tuh la curamnye , berapa kali CP benti tarik nafas , basikal kalaw ade gear takpe gak , nih takde …
Time nak turun tuh lagik satu hal , break tak berapa nak makan ah lak , hampir terbabas la , lutut CP ngn jalan tar hampir berciuman , tapi nasib tak bercium kerana …. Takde kerana apa lah …
Kali kedua selekoh , CP try guna brek kaki lak :P acano tuh ? basikal ade break kaki ? ape lagik , break natural menggunakan kaki ke tayar beskal la … sambil tuh guna break tgn gak depan belakang … sekali , kaki CP yang duk jadik break tuh , kasut tertanggal , hahahaha ! ke tengah jalan lak tuh terbangnya , then CP g la amek , elok je CP ankat kepala , lori turun dari atas , kus semangat ~
Ops ! tapi CP sempat elak la , gile betul la …
Lepas berbasikal , petang tuh kitorang naek bot , g snorkeling lak , huhuhuhu ~ bes ! hilang kengerian nak kena langgar lori tuh …
Tapi sayang la , air keruh je mase tgh snorkeling tuh , mana tak nya ramai tul orang , ada rombongan dari korea la , endon la , Sabah la , siyes penuh , lame2 CP pown takde hati nak tgk ikan2 , coral apetah lagik kan ,  CP berenang je … 
Malam tuh kitorang ade wat perjumpaan sikit then kitorang rehat la , tapi , CP tak jugak rehat , g amek basikal berjalan2 jap ngan membe , tgk ape yang ade tapi mase tuh dah jam10malam sumting la , siyes , kat situ jadik macam pekan mati la , aiyak , semua kedai dah mula nak tutup , yang dah tutup pown ade , , dahsyat !
Pagi esok , kitorang diarahkan berkumpul jam 6.45 untuk training , lepas berkumpul kitorang pown bergerak ke pantai , maen bola tampar , tanam diri lam pasir , buat istana pasir , pastuh training silat lorrr … kejap training , kejap berendam , hahahaha , bes ~ happy jerr …
So , macam biasa , CP selitkan gambar :D













okei ! tuh je hupdate tuk kali nih , hadios !!

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Beasiswa <b>di Kampar</b> Hendaknya Dibagi Dalam Dua Metode Seleksi <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 07:59 AM PST

By RiauEditor - Tue Jan 08, 10:59 pm

BANGKINANG(riaueditor)-Bantuan beasiswa dari Pemerintah Kabupaten (Pemkab) Kampar kepada mahasiswa yang menimba ilmu di perguruan tinggi, oleh mahasiswa agar dibagi dalam dua metode seleksi, yakni berdasarkan ekonomi lemah dan berdasarkan prestasi yang dilihat dari Indeks Prestasi Kumulatif (IPK).

Hal tersebut diungkapkan Anwar, salah seorang mahasiswa Kampar di Bangkinang beberapa waktu lalu. Pembagian ini dimaksud agar mahasiswa yang orang tuanya tergolong ekopnomi lemah agar dapar terus menimba ilmu di perguruan tinggi.

"Dengan begitu mahasiswa yang memerlukan beasiswa tidak perlu mengurus surety miskin sebagai salah satu persyaratan untuk mengajukan beasiswa. Sedangkan mahasiswa yang ekonomi orang tuanya tergolong mapan, dengan adanya beasiswa untuk mahasiswa berprestasi tadi termotivasi," kata Anwar.

Sambung Anwar, mahasiswa yang tergolong tidak mampu memang sudah selayaknya mendapatkan bantuan beasiswa. Namun itu,  mahasiswa berprestasi yang orang tuanya tergolong mampu juga haris diperhatikan.

"Mahasiswa berprestasi yang orang tuanya tergolong mampu namun ingin mendapat beasiswa, tentunya tidak perlu lagi mengurus surat keterangan miskin," kata mahasisa salah satu perguruan tinggi di Bangkinang ini.(hasbi)

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Penggal Persekolahan 2013 ~ SEK KEB METHODIST <b>MALIM NAWAR</b>

Posted: 22 Jan 2013 05:49 AM PST

KUMPULAN B :   Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan
Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

 

 

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KE DUA

                          
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am                          :     205 hari
Jumlah Hari Cuti Penggal                                          :       84 hari

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Program Finishing School <b>di</b> Pusat Latihan UiTM Kg. Gajah, Perak <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2013 07:11 AM PST

Assalamualaikum cinta.♥


Selepas wujudnya entri ini sebelum ke sana "Aku akan pergi", maka wujudlah entri sekarang ini. Eh! ayat terbelit! ini semua poyo! werk.:P kisah di Pusat Latihan UiTM bertempat di Jalan Kg. Gajah, Tanjung Tualang, Perak ingin dikongsi walaupun infonya tidak lah seberapa. 




Tajuk : Program Finishing School
Tempat : Dewan Bestari 1 - 4 & Cendekia 1 - 4
Anjuran : Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana
Lokasi : Pusat Latihan UiTM bertempat di Jalan Kg. Gajah, Tanjung Tualang, Perak
 Bilangan Peserta : 193 orang



sepanjang aktiviti berlangsung sepanjang itu jugak la hati ini gelisah nak balik. memang tak suka dengan program yang macam ni. Antara aktiviti yang dijalankan ialah public speaking, create own resume, sukaneka, mock interview dan bermacam lagi aktiviti yang memeningkan kepala ni. semua ini memerlukan daya tahan yang kuat. Malu weh nok kecek depe saeng guno bahaso ore putih ni. wakakaka risiko tetap risiko.


Hari terakhir disana baru sempat nak bergambar, sebab sebelum ni semuanya risau tentang aktiviti yang bakal menguji kita punya level confident. bagaimana nak buangkan sifat malu dalam diri dan bla bla. nasib baik la group 3 semuanya sporting. 


Macam budak-budak sekolah bila ada yang student yang lewat datang ke perhimpunan pagi didenda. wajah mereka kat dalam gambar ni merupakan pelajar yang lewat. sebagai denda mereka kena buat gaya oppa gangnam style. BooOo. :P



hari ke-3 iaitu sebelum balik baru sempat nak bergambar. baru rasa happy. ini lah roomates mek cah masa kat sana. kebetulan haslina memang satu kelas dengan mek cah, so tersangat lah selesa bila bersama beliau. Bilik kami tersangat selesa dan nasib baik tak de muncul benda ehem ehem macam INI.:)




Akhirnya dapat juga memegang sijil program finishing school. tamat sudah segala gemuruh gementar, takut, malu, malas dan semuanya lah. sekurang-kurangnya kami masih berpeluang memperbaiki diri terutamanya dapat mempraktikkan apa yang belajar masa interview nanti. 

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Kolej Komuniti <b>Pasir Salak</b> | informasi kerjaya <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 07:31 AM PST


Permohonan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:-

JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
BIDANG : Automotif
BIL. KEKOSONGAN : 1
TARAF JAWATAN : KONTRAK (BERGAJI HARI)
SYARAT PERMOHONAN : Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
3) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
(i) Diploma dalam bidang Automotif.

Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bersama resume, salinan sijil-sijil yang berkaitan yang disahkan berserta dengan gambar berukuran passport yang tidak dikembalikan dalam sampul surat yang bertanda 'Jawatan Kosong' kepada:

Pengarah
Kolej Komuniti Pasir Salak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada
36800 Kampung Gajah
Perak
Tel : 05-655 2300
Faks : 05-655 2800
Emel : kkps[at]kkpsa.edu.my

Sebelum atau pada 25 Januari 2013.

TEMPOH PERKHIDMATAN ADALAH MAKSIMUM 6 BULAN SAHAJA

*(Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga).
**gantikan [at] dengan @

sumber iklan : http://www.kkpsa.edu.my/my/index.php/component/content/article/29-jawatan-kosong/123-jawatan-kosong-012013

Senarai jawatan kosong 2013 sila klik sini

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


“Bukit D.O” – Lokasi Riadah Popular <b>Di Taiping</b> #1 | Susu Sejat

Posted: 21 Jan 2013 05:56 AM PST

Tidak rugi beriadah di Bukit D.O

Siapa yang pernah berkunjung ke bandar warisan Taiping, atau pun pernah/sedang menetap di Taiping, mesti tidak asing dengan lokasi yang dikenali sebagai "Bukit D.O". Lokasi ini merupakan antara tempat beriadah yang agak popular di Taiping memandangkan lokasinya agak strategik, berdekatan dengan Taman Tasik Taiping. Terletak bersebelahan padang Esplanade, nama "D.O" diberikan kepada bukit kecil ini yang bermaksud "District Officer" (Pegawai Daerah) kerana di puncak bukit ini terletaknya kediaman Pegawai Daerah Taiping sejak zaman penjajahan British lagi.

"Bukit D.O" bersebelahan dengan gelanggang tenis dan padang Esplanade Taiping.

Inilah "Bukit D.O", bersebelahan dengan gelanggang tenis dan padang Esplanade Taiping. Rendah sahaja bukitnya.

Bukit ini tidak lah sebesar atau setinggi Bukit Larut, ia sekadar tanah yang sedikit tinggi dari paras biasa dan jarak 'track' (laluan) dari kaki sehingga puncak (kediaman Pegawai Daerah) sebenarnya tidak sampai pun 300m. Laluannya pula bertar, berlingkar dari bawah sehingga atas dan muat untuk dilalui sebuah kenderaan sahaja pada satu-satu masa. Dipendekkan cerita, bukit D.O merupakan "istana" pegawai daerah sejak zaman British dahulu kerana dari puncaknya saja boleh nampak hampir keseluruhan jajahan larut (bandar Taiping) terutamanya Taman Tasik Taiping, yang mana dahulunya merupakan lombong bijih timah. Kelebihan kedudukan kediaman ini membuatkan pegawai daerah mudah memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekitar jajahan larut.

Laluan masuk ke "Bukit D.O", betul-betul terletak sebelah kanan jalan raya yang anda lihat dalam gambar sebelumnya.

Laluan masuk ke "Bukit D.O", betul-betul terletak sebelah kanan jalan raya yang anda lihat dalam gambar yang pertama tadi.

Walaubagaimanapun, sejak Malaysia mengecapi kemerdekaan, adalah menjadi perkara biasa untuk rakyat-rakyat marheim menggunakan laluan ke kediaman pegawai daerah ini sebagai lokasi beriadah harian. Ada yang berjalan, ada yang berjogging, ada juga yang melakukan aktiviti regangan sambil melihat keindahan Taman Tasik Taiping dari jauh; tidak keterlaluan untuk mengatakan "Bukit D.O" adalah lokasi beriadah warga Taiping yang ketiga popular selepas Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping itu sendiri.

Tugu rasmi sebelah laluan masuk

Tugu rasmi sebelah laluan masuk

Apa yang membuatkan saya begitu tertarik untuk mereview "Bukit D.O" dalam entri kali ini? Bukankah telah dikatakan tadi jarak laluan dari kaki ke puncak tidak sampai pun 300m, terlalu pendek untuk digunakan sebagai laluan berjogging bukan?

Inilah kediaman Pegawai daerah Taiping yang terletak di puncak "Bukit D.O". Bangunan ini telah menjadi kediaman rasmi Residen British di taiping sejak zaman pendudukan British.

Inilah kediaman Pegawai Daerah Taiping yang terletak di puncak "Bukit D.O" yang saya maksudkan tadi. Bangunan ini telah menjadi kediaman rasmi Residen British di Taiping sejak zaman pendudukan British lagi. Anda tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman ini (berpagar) tanpa urusan. Kalau sekadar jalan-jalan di sekitarnya tak jadi masalah.

Ada 2 faktor mengapa saya tertarik berkunjung ke "Bukit D.O" ini. Faktor pertama adalah suasananya, yang mana cukup segar dan menenangkan, jauh dari suasana hiruk pikuk bandar dan anda pasti kagum dengan kecantikan alam yang ada di sekelilingnya meskipun lokasi Bukit D.O ini sebenarnya hanya bersebelahan dengan bandar Taiping. Tak percaya? Cuba perhatikan gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika beriadah di sana pagi tadi.

210120131389

Hujung laluan yang anda lihat itu adalah laluan masuk ke kediaman Pegawai Daerah. Kediaman Pegawai daerah terletak di sebelah kanan (atas bukit) jika anda masuk dari laluan ini . Gambar ini diambil ketika saya menuruni bukit.

Boleh berhenti sekejap dan bersantai di tepi laluan, melihat keindahan persekitaran Taman Tasik Taiping

Boleh berhenti sekejap dan bersantai di tepi laluan, melihat keindahan persekitaran Taman Tasik Taiping

Boleh nampak Bukit Larut juga dari sini..

Boleh nampak Bukit Larut juga dari sini..

Jatuh cinta sekejap..

Jatuh cinta sekejap..

Beruk juga tumpang beriadah, jangan risau beruk-beruk ni tak pernah ganggu manusia beriadah - cuma perasan juga sejak akhir-akhir ini beruk yang ada di sekitar Taman Tasik Taiping ni dah tak macam dulu, dulu beruk-beruknya berbulu coklat biasa, sekarang ni dah lain, berbulu hitam dan ada 'ring' putih pada mata depa. Mungkin spesies ni dah jadi ramai dan 'sesar' populasi' spesies yang berbulu coklat tu (Beruk-beruk spesies berbulu coklat jadi takut dan lari ke tempat lain, logik tak?)

Beruk juga tumpang beriadah, jangan risau beruk-beruk ni tak pernah ganggu manusia beriadah – cuma perasan juga sejak akhir-akhir ini beruk yang ada di sekitar Taman Tasik Taiping ni dah tak macam dulu, dulu beruk-beruknya berbulu coklat biasa, sekarang ni dah lain, berbulu hitam dan ada 'ring' putih pada mata depa. Mungkin spesies ni dah jadi ramai dan 'sesar' populasi' spesies yang berbulu coklat tu (Beruk-beruk spesies berbulu coklat jadi takut dan lari ke tempat lain, logik tak?)

Faktor kedua, ia merupakan lokasi yang agak strategik untuk melakukan latihan interval, terima kasih kepada ciri-ciri fizikalnya sebagai "mini" bukit tetapi mempunyai laluan yang pendek. Mengapa saya berkata begitu? Dengan jarak laluan yang hanya kurang dari 300m ini, anda boleh memanfaatkan untuk melakukan latihan interval seperti berikut:

Ketika Mendaki, laluan "incline" = pecut

Ketika Mendaki, laluan "incline" = pecut

1 – Ketika Mendaki Bukit – anda memecut atau berlari dengan pace yang lebih pantas dari biasa, ditambah pula dengan bebanan "incline" yang ada (melawan graviti) pasti membuatkan pecutan lebih mencabar dari berlari di atas laluan yang biasa (landai). Berlari pantas dari kaki bukit hingga ke puncak kediaman memakan masa kira-kira 1 minit (60 saat).

Ketika Menuruni, laluan "Decline" = berjalan (rehat)

Ketika Menuruni, laluan "Decline" = berjalan (rehat)

2 – Ketika Menuruni Bukit – apabila sampai ke puncak, anda perlu turun semula ke bawah dan kesempatan ini digunakan untuk anda 'berehat' secara berjalan santai menuruni bukit (kerana menuruni bukit tidak memerlukan banyak tenaga dan lebih mudah) – oleh itu untuk turun semula ke bawah anda hanya perlu berjalan kaki sahaja yang memakan masa kira-kira 1 minit setengah ke 2 minit (90 saat – 120 saat).

Kedua-dua aktiviti di atas dikira sebagai 1 rep (1 kali ulangan). Ulangi kembali langkah yang sama untuk 5 atau 6 atau 7 kali. Tempoh keseluruhan latihan interval adalah kira-kira 20 minit sahaja, amat singkat, tetapi kesan "after burn" selepas melakukannya pasti membuatkan anda tidak menyesal beriadah di sini. Sekiranya anda tinggal di Taiping dan sering berjogging mengelilingi Taman Tasik Taiping (yang mana sejauh 6km untuk satu pusingan), sekala-sekala cubalah 'mencabar' keupayaan diri memecut mendaki bukit di "Bukit D.O". Tambahan pula, latihan interval sangat bagus untuk mereka yang hendak meningkatkan stamina dan membakar lemak. Tidak rugi beriadah di "Bukit D.O"

Kalau nak lebih rintangan, boleh guna laluan pejalan kaki ini yang merupakan laluan alternatif ke kediaman Pegawai British

Kalau nak lebih rintangan, boleh guna laluan pejalan kaki ini yang merupakan laluan alternatif secara terus ke atas. Disebabkan ia tidak "melingkar/memusing bukit" seperti laluan tadi, laluan ini lebih singkat jaraknya tetapi lebih cerun.

Sekiranya anda tinggal berdekatan Bandar Taiping atau bercadang untuk bercuti di sini suatu hari nanti, saya sangat mencadangkan agar anda tidak melepaskan peluang untuk berkardio atau melakukan larian interval di "Bukit D.O" ini. Jangan bimbang, meskipun di puncak itu adalah kediaman keluarga pegawai, tetapi mereka tidak akan sesekali memarahi anda hanya dengan beriadah di sini, malah kedatangan penduduk setempat untuk melawat lokasi bersejarah dan beriadah di sini adalah amat dialu-alukan; (dengan syarat) selagi anda tidak mencerobohi kawasan kediaman mereka yang berpagar tanpa urusan.

Cuba teka apa yang anda nampak di sebalik rimbunan pokok ini?

Cuba teka apa yang anda nampak di sebalik rimbunan pokok ini?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DD-thumbnail.
Sudahkah anda membuat tempahan untuk memiliki Diari Diet? Manuskrip Diari Diet sudah dihantar ke syarikat percetakan dan proses cetakan dianggar siap pertengahan Februari depan. Namun proses mengambil tempahan telah pun dibuka, tempahlah sekarang di sini dan jadilah antara yang pertama memilikinya nanti!

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


<b>KUALA SEPETANG</b> ECO TOURISM Mangrove Tour, Bird Watch <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 12:07 AM PST


3.00 Berkumpul dan bertolak ke Perak
5.30 Tiba di Kuala Sepetang
7.30 Check in Asrama Rakan Kamunting
9.00 Zoo Taiping Night Safari
11.00 BBQ (Saya pilih pakej RM12 tapi bole request untuk menukar daging burger kepada jagung dan tambahan ikan bakar, oleh itu bajet saya RM15 seorang)
7.30 Sarapan Pagi (Nasi Lemak+ The O)
8.30 Kuala Sepetang Eco Tour
Minum pagi (bihun+air kotak)
12.00 Gua Tempurung Grand Tour
Makan Tengahari (nasi Ayam+air)
3.00 Persalinan dan Solat
5.00 Bertolak pulang ke UiTM Puncak Alam.
7.30 Tiba di UiTM Puncak Alam

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Mengapa “Puteri Gunung Ledang” berDUKA menemui “Hang Tuah <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2013 05:41 AM PST

[unable to retrieve full-text content]OLeh Rizal Yob Ipoh bersama wartawan Mohamad Syukri bin Mustapha Pengkalan Pengkalan Hulu, 22hb Januari 2013 – Al-kisah ketika zaman …Continue reading »

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


<b>Manjung</b> Mari: Masih ada lagi mufti <b>di</b> Malaysia yang berani - Siapa ?

Posted: 02 Jan 2013 05:36 AM PST

Polemik isu amanat TG Haji Hadi masih lagi belum reda,, Umno masih belum nak mengaku kalah walaupun pada hakikatnya mereka dah pun tersungkor...

Harapan atau talian hayat dalam isu ni umno hanya bergantung harap kepada mufti-mufti terutama sekali mufti Perak Al Umnoury...




Dimana amalan musyawarah yang disarankan oleh Islam ?

Namun ada lagi mufti yang berani dan ada juga yang cerdik ambik jalan selamat... 
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman pula membayangkan tidak akan hadir forum berkenaan.

"Kita dahulukan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Wan Zahidi Wan Teh). Mereka ada bukti dan lebih awal mengemukakan isu berkenaan, mereka yang patut hadir," katanya tetapi enggan mengulas panjang

Tahniah buat Mufti Perlis... 
Mufti Juanda setuju siar secara langsung

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bersedia untuk hadir dan bersetuju jika ia disiarkan secara langsung.
"Saya amat bersetuju kalau siaran secara langsung dan telus. Amat besar harapan umat Islam supaya isu ini dileraikan dan semua pihak perlu jujur untuk Islam," katanya.

Teringat balik kisah kerja haji Najib 2 tahun lalu, mufti mana yang berani buat teguran ?