Rabu, 1 Februari 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


MatKilau Penang: <b>Di</b> Chalok Kedai, <b>Langkap</b> Setiu-Kenapa mesti <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2011 09:30 PM PST

Semua masalah dalaman parti perlu diselesaikan sebelum parti bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 13.Bahkan semua 'warlord' (hulubalang) di peringkat akar umbi perlu memastikan bahawa bukan saja pedang mereka tajam tetapi juga mempunyai bala tentera di belakang.
Selain itu, untuk berdepan dengan pilihanraya umum paling getir ini, kata Menteri Pertahanan itu, unsur sabotaj seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lepas perlu dihentikan bagi memastikan calon yang ditampilkan UMNO untuk bertanding menang.
Sambil menegaskan UMNO perlu berada dalam keadaan "cacat sifar" sebelum pilihan raya umum, beliau berkata perbuatan sabotaj boleh dihindari sekiranya setiap anggota parti bersatu padu dengan segera menyelesaikan setiap permasalahan di peringkat cawangan dan bahagian.
Menurutnya, memegang jawatan tinggi di mana-mana peringkat bukan jaminan bagi individu itu dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
"Namun yang agak menggusarkan kepimpinan atasan adalah permasalahan daripada segi kepimpinan di peringkat bahagian yang istilah politiknya dipanggil warlord (hulubalang) yang mahu terus memberikan penekanan bahawa mereka telah mengasah pedang begitu lama... hendak tajamkan (memperkukuhkan) kuasa dan mencengkam pengaruh di kawasan masing-masing, maka akan berlakulah masalah 'intra-party'.
"Kalau tiada tentera di belakang, hanya kita sebagai jeneral (sahaja) yang ada pedang yang tajam, kita akan kalah dalam perang. Oleh sebab itu kita perlu mempunyai bala tentera yang berada di belakang dan mendapat sokongan semua," katanya.
MKP kata ini tidak sepatutnya berlaku didalam bahagian dan cawangan.Apa lagi nak komen spechlessssssssssssssssss
Full content generated by Get Full RSS.

Anwar Ibrahim ceramah <b>di Langkap</b>, Perak pada 19/9/2011

Posted: 21 Sep 2011 08:06 AM PDT


Pada 19/9/2011 Anwar Ibrahim ceramah di Langkap, Perak. Dia berbicara tentang isu-isu semasa Malaysia. Full content generated by Get Full RSS.

Tutorial Daftar email <b>di</b> Gmail versi 2 ~ PKG <b>Langkap</b>

Posted: 09 Jan 2012 11:41 PM PST

Pertama sekali taip http://gmail.com di pelayar web korang.Korang akan terus di bawa ke ruang pendaftaran gmail.
1. klik di Create An Account
2. Di ruang Name,masukkan first dan last name
3. Manakala di Choose your Username ,isikan username yang korang nak
4. Di Create a password ,masukkan password
5. Di Confirm your password ,masukkan sekali lagi apssword yang sama seperti di langkah 4
6. Di ruang Birthday,masukkan tarikh lahir anda
7. Pilih Gender iaitu jantina
8. Masukkan nombor telefon di ruang Mobile Phone
9. Di Other email address ni,masukkan email lain yang selalu anda guna bertujuan untuk rujukan jika terlupa password atau kata laluan pada masa hadapan
10. Perhatikan abjad atau angka,ini untuk memastikan kita adalah manusia yang boelh mengecam huruf atau angka tersebut
11. Taip abjad atau angka yang anda nampak sperti di langkah 10
12. Pilih lokasi anda di Location
13 dan 14. Tick kedua-dua kotak ni untuk persetujuan anda untuk proses pendaftaran email ini
15. Apabila sudah selesai seperti di langkah nombor 7 hingga 14,klik Next step
Di ruang Create your profile
16. Klik Add Profile Photo untuk menguplaod gambar peribadi anda
Sekarang di ruang Select profile photo
17. Klik Select a photo from your computer
Untuk mendapatkan profile photo
18. Apabila dah uplaod gambar pilihan korang,boleh ubahsuai gambar tersebut dengan fungsicrop
19. Setelah selesai crop,bolehlah klik Set as profile photo
Kita kembali lagi di ruang Create your profile
20. Dah siap pun gambar profile,jadi klik Next step untuk proses seterusnya
21. Klik Continue to Gmail
Paparan intro wajah baru Gmail
22. Klik Continue to the new look
Ok,ini la paparan peti masuk gmail yang telah siap
Senang bukan ? Dengan Gmail berwajah baru,segala proses mendaftar menjadi lebih mudah.Selamat mencuba.
Rujukan dari web: http://www.wazy84.com/
Pertama sekali taip http://gmail.com di pelayar web korang.Korang akan terus di bawa ke ruang pendaftaran gmail.
1. klik di Create An Account
2. Di ruang Name,masukkan first dan last name
3. Manakala di Choose your Username ,isikan username yang korang nak
4. Di Create a password ,masukkan password
5. Di Confirm your password ,masukkan sekali lagi apssword yang sama seperti di langkah 4
6. Di ruang Birthday,masukkan tarikh lahir anda
7. Pilih Gender iaitu jantina
8. Masukkan nombor telefon di ruang Mobile Phone
9. Di Other email address ni,masukkan email lain yang selalu anda guna bertujuan untuk rujukan jika terlupa password atau kata laluan pada masa hadapan
10. Perhatikan abjad atau angka,ini untuk memastikan kita adalah manusia yang boelh mengecam huruf atau angka tersebut
11. Taip abjad atau angka yang anda nampak sperti di langkah 10
12. Pilih lokasi anda di Location
13 dan 14. Tick kedua-dua kotak ni untuk persetujuan anda untuk proses pendaftaran email ini
15. Apabila sudah selesai seperti di langkah nombor 7 hingga 14,klik Next step
Di ruang Create your profile
16. Klik Add Profile Photo untuk menguplaod gambar peribadi anda
Sekarang di ruang Select profile photo
17. Klik Select a photo from your computer
Untuk mendapatkan profile photo
18. Apabila dah uplaod gambar pilihan korang,boleh ubahsuai gambar tersebut dengan fungsicrop
19. Setelah selesai crop,bolehlah klik Set as profile photo
Kita kembali lagi di ruang Create your profile
20. Dah siap pun gambar profile,jadi klik Next step untuk proses seterusnya
21. Klik Continue to Gmail
Paparan intro wajah baru Gmail
22. Klik Continue to the new look
Ok,ini la paparan peti masuk gmail yang telah siap
Senang bukan ? Dengan Gmail berwajah baru,segala proses mendaftar menjadi lebih mudah.Selamat mencuba.
Rujukan dari web: http://www.wazy84.com/
Full content generated by Get Full RSS.

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


DUA PELAJAR UITM <b>SERI ISKANDAR</b> MAUT KEMALANGAN <b>DI</b> KM <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2011 06:33 AM PST

No of View :1595
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

IPOH: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seri Iskandar terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda di Km7 Jalan Ipoh-Lumut dekat sini, Sabtu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Mereka dikenali sebagai Mohamad Helmy Mohd Yusof, 21, berasal dari Ulu Kinta dan rakannya Ain Nadiah Baharuddin, 21, dari Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi.

Kedua-duanya meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, kata Ketua Polis Trafik Negeri, Superitendan Wan Abdullah Ishak. Beliau berkata, kejadian berlaku pada 10.30 pagi apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Helmy dalam perjalanan dari sini untuk pulang ke kampus mereka, dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah lori sementara sebuah pacuan empat roda yang berada di belakang kereta mangsa turut merempuh kereta itu.

Kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta mereka dan tepaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Full content generated by Get Full RSS.

What is NGV ?: Bengkel NGV kami <b>di</b> Bandar <b>Seri Iskandar</b>, Tronoh <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 11:46 PM PST

Salam semua.

Selepas sahaja cuti raya cina 2012 ni saya akan uruskan bengkel NGV baru kami di Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.

Kepada penduduk Bandar Seri Iskandar dan sekitarnya nantikan pembukaan rasmi kami nanti. Kami menjanjikan perkhidmatan dan harga yang berpatutan untuk pemasangan NGV ini.

Jika ingin maklumat lanjut boleh hubungi saya:

NAZRUL 017-5836760

Full content generated by Get Full RSS.

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


MAZHA 2010: Pusat Transformasi Luar Bandar pertama <b>di Gopeng</b>

Posted: 12 Jan 2012 01:48 AM PST


Najib lancar Pusat Transformasi Luar Bandar pertama di Gopeng bulan depan

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang pertama di Gopeng, Perak pada 18 Februari ini.

Menurut jurucakap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, RTC Gopeng merupakan pusat perintis setelah kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Mei tahun lalu.

"Lebih 12,000 pengunjung dijangka menghadiri majlis perasmian tersebut. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah pameran agensi awam, peluang kerjaya, demonstrasi produk dan perkhidmatan oleh lima kementerian dan agensi masing-masing," katanya, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, di bawah RTC sebanyak lapan inisiatif sedang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dengan agensi yang berkaitan bagi membangunkan kawasan luar bandar.

"Kementerian dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan tonggak utama yang menerajui pelaksanaan program-program di bawah RTC. Ia turut disertai oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.

"Inisiatif-inisiatif tersebut ialah latihan kemahiran penduduk luar bandar, penubuhan kios informasi 1Malaysia, pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan, pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian, perkhidmatan keselamatan makanan dan farmaseutikal serta kemudahan pembiayaan kewangan," katanya.

Dalam pada itu, tambah jurucakap tersebut, sehingga kini terdapat 15 program latihan telah dilaksanakan di RTC Gopeng dan kawasan sekitarnya.

"Antaranya, latihan yang terdapat di situ ialah keusahawanan, persembahan produk, pembungkusan, teknik fertigasi dan baik pulih penghawa dingin," katanya

Tambahnya, pelaksanaan program-program tersebut diharapkan dapat menjadikan masyarakat luar bandar lebih berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkahwinan Fiza dan Lan <b>di Gopeng</b> - digitaldarkart creative works

Posted: 03 Jan 2012 06:32 PM PST

Archives

Full content generated by Get Full RSS.

RTC <b>Gopeng</b> Merintis Transformasi Luar Bandar | BLOG MOA

Posted: 24 Jan 2012 04:19 PM PST

Oleh Nurul Halawati AzhariKUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Penduduk luar bandar dalam lingkungan 100 km dari Gopeng kini tidak perlu ke bandar-bandar utama untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan atau untuk mencari peluang meningkatkan pendapatan, mencari pekerjaan, menambah ilmu keusahawanan dan sebagainya.Semuanya boleh dilakukan di bawah satu bumbung iaitu di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas dan akan dilancarkan dengan rasmi pada 18 Feb ini.

RTC bukan sahaja bertindak sebagai wadah penting dalam memudahkan pelbagai urusan penduduk luar bandar tetapi juga menjadi pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, penjagaan kesihatan serta ruang niaga.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ibrahim Mohamad, RTC Gopeng diwujudkan khusus demi kemudahan semua penduduk dalam lingkungan 100km dari pusat berkenaan.

Antara agensi Persekutuan yang menawarkan perkhidmatan di RTC Gopeng ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), YAPEIM, Yayasan Tekun, Pos Malaysia, Klinik Kesihatan dan Agro Bank.

Pusat itu juga menyediakan perkhidmatan pihak swasta seperti Kontena Nasional yang menawarkan kemudahan logistik pemasaran produk dan khidmat syarikat DURIA untuk pemprosesan produk buah durian. Ia juga boleh menjadi pusat kunjungan sekeluarga; KFC Holdings dan Mydin juga membuka operasi di sana.

PRASARANA SEDIA ADA

RTC ialah satu daripada mekanisme di bawah Program Transformasi Luar Bandar dengan KKLW dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengetuai pelaksanaan program RTC di seluruh negara.

Selain RTC Gopeng yang merupakan perintis, RTC Kota Baharu (Kelantan) juga telah beroperasi sepenuhnya. RTC akan diperluas dengan penambahan empat buah lagi RTC yang bakal dibuka di Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis(Sarawak) dan Pekan Nanas (Johor).

Ibrahim memberitahu Bernama bahawa RTC bukanlah sebuah prasarana baru sebaliknya ia dilaksanakan dengan menambah baik bangunan-bangunan sedia ada milik MOA.

"Bagaimanapun, setiap RTC tidak menawarkan khidmat yang sama. Khidmat yang ditawarkan bergantung kepada lokasi dan kesesuaiannya," jelas Ibrahim.

INISIATIF UTAMA RTC

RTC akan dilaksanakan melalui lapan inisiatif utama – latihan kemahiran bagi penduduk luar bandar; penubuhan kios maklumat 1Malaysia; pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro makanan; pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian; kemudahan pembiayaan kewangan bagi penduduk luar bandar; khidmat keselamatan makanan dan farmaseutikal; dan jalinan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.

Kesemua maklumat mengenai inisiatif ini lebih mudah diperoleh dengan kewujudan lima kiosk maklumat dan orang ramai boleh mendapatkannya di pusat berkenaan, yang dirancang menjadi pusat maklumat setempat.

Kios maklumat 1Malaysia misalnya akan berfungsi sebagai pusat maklumat setempat untuk pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Terdapat juga kiosk KKLW yang memberi maklumat Infodesa dan agensi-agensi KKLW. Kiosk Jobs Malaysia untuk perkhidmatan peluang pekerjaan dan peluang majikan mendapatkan pekerja.

Kiosk Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian-Makanan membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat pembangunan komuniti perniagaan makanan pertanian.

Di Kiosk Portal 1Malaysia Pengguna Bijak pula, pengguna boleh berbincang menerusi forum interaktif isu-isu kepenggunaan. Misalnya forum harga semasa Pricewatch dan perkhidmatan aplikasi SMS pengguna.

Selain itu pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat agensi awam menerusi Kiosk MyEG.

LATIHAN DAN KEMAHIRAN

Sebagai satu daripada kementerian yang menjadi pelaksana RTC, KKLW membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar di pusat-pusat RTC dan kawasan sekitar bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup.

Antara latihan yang ditawarkan ialah keusahawanan, motivasi keusahawanan, pembungkusan dan penjenamaan, persembahan produk, pengurusan makanan ternakan, teknik fertigasi, kemahiran baikpulih pendingin hawa dan kemahiran teknologi kimpalan.

"Latihan-latihan ini akan diselia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Contohnya tahun lalu, 15 kursus latihan dan kemahiran dijalankan di RTC Gopeng," kata Ibrahim.

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Program RTC ini akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Feb. Dianggarkan seramai 30,000 orang akan mengunjungi pusat berkenaan.

Orang ramai dijemput hadir ke sambutan pelancaran ini yang akan berlangsung dari 16-19 Feb. Terdapat pelbagai pameran yang diatur sempena perasmian RTC berkaitan agensi awam, peluang kerjaya, demonstrasi produk dan perkhidmatan akan dijalankan oleh pelbagai agensi.

Ibrahim berharap dengan kemudahan yang disediakan, penduduk luar bandar dapat menggunakannya sebagai peluang dalam meningkatkan pendapatan, mencari peluang pekerjaan, menambah ilmu keusahawanan dan sebagainya.

Full content generated by Get Full RSS.

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


KERENGGA: PANAS !! Ustaz Kazim bakal calon UMNO <b>di Manjoi</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2011 12:00 AM PST

Satu berita yang amat baik seandainya ia benar.. Gua baru dapat maklumat mengenai penyenaraian awal calon PRU13 bagi UMNO untuk negeri Perak..
Antara nama yang menarik perhatian gua ialah Ustaz Kazim Elias yang telah tersenarai untuk bertanding di negeri tersebut..
Kalau ikut info yang gua dapat, Ustaz Kazim bakal diletakkan untuk bertanding di DUN Manjoi.. Ini kerana, pengaruh Ustaz Kazim memang kuat disitu..
Lagipun, Ustaz Kazim mempunyai satu Pondok pengajian yang bernama Al-Barakah di Kampung Manjoi.. Jadi bertambah menonjol imej Ustaz Kazim di kawasan tu..
Gua tak mahu sentuh mengenai nasib YB Nazri yang jadi Adun Manjoi sekarang ni.. Mungkin dia akan ditukarkan untuk bertanding di tempat lain atau mungkin dia tak dicalonkan langsung.. Tunggu je lah nanti..
So.., Najib memang nakkan winnable candidate untuk UMNO di PRU yang akan datang.. Dan kalau letakkan Ustaz Kazim ni di Manjoi, InsyaAllah UMNO akan menang besar disitu..
Gua cadangkan.., letakkan sekali Ustaz Kazim dikawasan Parlimen yang ditandingi oleh Nizar Jamaluddin.. Biar Nizar DAP tu kalah teruk ditangan Ustaz Kazim...
Full content generated by Get Full RSS.

Naiktaraf segera Klinik Kesihatan <b>Manjoi</b> – Perak Today

Posted: 25 Jan 2012 08:03 PM PST

Klinik Kesihatan Manjoi perlu segera dinaiktaraf oleh Kementerian Kesihatan agar lebih 30,000 penduduk Gugusan Manjoi dapat menikmati rawatan dan khidmat penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Selain ruang yang sempit, pesakit juga terpaksa menunggu lama kerana hanya dua doktor bertugas di klinik itu dan apabila jumlah pesakit terlalu ramai, mereka terpaksa duduk di bawah khemah yang disediakan di perkarangan klinik.

Klinik yang terletak di Jalan Masjid itu menyediakan rawatan pesakit luar kepada penduduk Gugusan Manjoi selain menawarkan khidmat rawatan ringkas, pemeriksaan pergigian, ibu mengandung dan kanak-kanak.

Bagi penduduk yang tidak mempunyai kenderaan dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta, mereka tiada pilihan kecuali terpaksa berhadapan dengan masalah itu yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Salah seorang penduduk Gugusan Manjoi yang hanya ingin dikenali sebagai Baizura berkata, masalah kesesakan di klinik kesihatan itu menyebabkan beliau terpaksa mendapatkan rawatan kesihatan di tempat lain bagi menjimatkan masa.

"Pesakit terpaksa menunggu lama untuk berjumpa dengan doktor dan keadaan klinik yang sempit membuatkan kakitangan tidak dapat bertugas dengan selesa," katanya.

Seorang warga emas yang enggan dikenali berkata, orang ramai juga menghadapi masalah meletak kenderaan kerana klinik kesihatan itu tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi.

Tambahnya, walaupun bumbung atap zink dipasang beberapa bulan lalu, orang ramai yang menunggu di bawah khemah akan terkena air apabila hujan kerana dipasang terlalu tinggi.

"Dengan penduduk melebihi 30,000 orang, sudah tiba masanya Gugusan Manjoi mempunyai klinik kesihatan yang lebih besar, moden dan selesa berbanding dengan klinik yang ada sekarang.

"Jika klinik ini dinaiktaraf kelak, saya berharap agar Kementerian Kesihatan dapat meletakkan sekurang-kurangnya dua atau tiga doktor bertugas pada sepanjang masa supaya tempoh menunggu yang berjam-jam itu dapat disingkatkan," katanya lagi.

Sementara itu, Adun Manjoi, Datuk Nadzri Ismail yang dihubungi Perak Today bagi mengulas masalah itu berkata, beliau sudah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kesihatan agar membina sebuah klinik kesihatan baru samada di tapak sedia ada atau mencari tapak yang bersesuaian di sekitar Gugusan Manjoi.

Beliau katanya, sering menerima rungutan daripada penduduk yang terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

"Kementerian Kesihatan boleh membina klinik aneka yang baru seperti yang terdapat di Buntong dan Jelapang.

"Jika tanah di tapak klinik sedia ada terhad, bangunan itu boleh dibina secara bertingkat contohnya empat atau lima tingkat yang turut dilengkapi dengan kemudahan lif.

"Saya berharap agar kementerian itu dapat menimbang dengan sewajarnya masalah yang dihadapi penduduk Gugusan Manjoi yang begitu memerlukan sebuah klinik kesihatan baru, moden dan selesa dibina di kawasan mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemuda Umno Ipoh Barat: Kedai Raykat 1Malaysia <b>di Manjoi</b>

Posted: 23 Dec 2011 06:53 PM PST

[unable to retrieve full-text content]... perspektif agama tidak seharusnya ditafsirkan secara sewenang-wenangnya kerana Perlembagaan Negara telah memperuntukan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan di negara ini ...

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


WAMOZUWAHA: Trip to <b>Hutan Melintang</b>, Perak.

Posted: 19 Jan 2012 09:09 PM PST

Pada hari Selasa, Rabu dan Khamis lepas aku telah pergi berjalan-jalan ke rumah rakan karib (Zulkhair) aku di Hutan Melintang, Perak. Alkisahnya macam ini. Pada 20 Januari (hari ini) aku ada temujanji dengan Supervisor aku di fakulti. Disebabkan kitorang dah start bercuti pada 16 Januari, so lagi empat hari aku tak tahu nak buat apa kat bilik. Nak balik kampung pulak nanti kena datang lagi ke UPM. So, kawan aku ajaklah aku ke rumah beliau. Hajatnya dia hanya nak menghantar balik motor beliau ke kampung sebab cuti sebulan kan. Lagipun 21 Januari dia nak datang UPM sebab nak ke Johor untuk ke kenduri kahwin kosmet beliau (aku pun ikut sama juga).
Disebabkan kawan aku sedikit lambat bab-bab jalan, walaupun dah berpuluh-puluh kali dia balik kampung dia masih tak ingat jalan pulang. Sebelum ini dia follow orang kampung dia yang belajar sama kat UPM. Aku pun tak tahu jalan ke Hutan Melintang. Aku hanya jadi pembonceng tegar sepanjang perjalanan. Ya, kami sesat entah kemana-mana ntah. Dengan kebijaksanaan yang aku ada, aku pun mengeluarkanlah henfon aku yang ada GPS. Aku sebenarnya tak reti nak guna GPS nih. Disebabkan dah terlampau terdesak dan darurat, tiba-tiba aku telah berjaya menggodek-godek GPS aku nih. Hureyy.. akhirnya aku reti jugak guna benda alah yang canggih ini. So, sepanjang perjalanan kami ikut GPS ja. Haha. Dan akhirnya sampai ke rumah beliau.
Hari pertama, balik jumpa parents dia then terus tidur sebab letih yang teramat. Naik motor hampir 5 jam sampai kematu punggung segala. Petangnya Zul ajak aku ke Bagan Datoh. Katanya ada jeti dan laut. Pejalanan hampir 45 minit itu akhirnya menemukan aku dengan Jeti Bagan Datoh. Air laut yang keruh itu membuatkan aku terfikir, ada buaya ke tak ek dalam laut ni? Mungkin ada…
Hari kedua aku ke Teluk Intan yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson. Pergi ke Menara Condong tapi nasibku malang sebab tak dapat masuk ke dalam menara itu. Kemudian kami ke Big Cinema untuk tengok wayang. Si Zul ni beriya-riya nak tengok wayang sebab nak tunjuk kat aku yang tempat dia ada cinema. Kira macam lagi majulah dari tempat aku. Kami tengok filem Sesuatu Yang Tertinggal. Alangkah terkejutnya kami dua orang je penonton filem itu pada ketika itu. Dah lah cerita hantu seram segala... _ _|| 
Kemudian kami ada pergi ke pasar tani yang berdekatan dengan tempat tu. Then beli hadiah untuk kawan Zul yang nak kahwin tu. Lepas tu balik then tidur sebab letih. Petangnya pulak Zul bawak aku jumpa kengkawan dia kat sana. Melepak. Then bawak gi jumpa nenek dia. Embah Surti nama neneknya. Bah Surti duk sorang kat rumah. Tapi dekat je dengan rumah parents Zul ni.



Hari ketiga pagi-pagi lagi kami naik bas balik UPM. Sampai kat Sg Buloh, kami turun then naik komuter dari Sg Buloh ke Serdang. Adila ambik kitorang kat Serdang dan kemudian kami pergi makan dan jenjalan.
Best pergi rumah si Zul nih. Duduk rumah dia lepak dengan kengkawan sekampong dia rasa macam orang kampung sebenar. Bila balik kampung sendiri duk terperap kat dalam rumah je sebab tak ada geng nak lepak. Haha..  Thanks Zul serta Mak dan Ayah dia.
Full content generated by Get Full RSS.

Program Bertemu Nelayan-Nelayan Sekitar Kawasan <b>Hutan Melintang</b>

Posted: 15 Jan 2012 10:17 PM PST


HUTAN MELINTANG: Nelayan dan pemilik bot pukat tunda tempatan mendakwa hampir muflis akibat terpaksa membayar wang tebusan hampir RM10 juta kepada lanun atau pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskan anak kapal atau bot mereka yang dirampas sebelum ditawan di negara jiran.

Difahamkan, kegiatan lanun dan pihak berkuasa negara jiran yang sengaja menceroboh perairan Malaysia sebelum merampas bot pukat tunda nelayan tempatan bukan perkara baru berikutan berlarutan sejak puluhan tahun lalu.


Perkara itu didedahkan Setiausaha Kerja Koperasi Nelayan Bagan Datoh Berhad, Keh Jeh Hai, yang mendakwa pemilik bot pukat tunda di Hutan Melintang, di sini, kerugian besar akibat kegiatan pemerasan berlanjutan sejak 30 tahun lalu. Menurutnya, masalah bot nelayan Hutan Melintang diganggu lanun dan pihak berkuasa negara jiran itu banyak terjadi dan hampir setiap bulan menimpa nelayan tempatan.

"Setiap bot pukat tunda dirampas bernilai antara RM500,000 hingga RM1 juta bergantung kepada jenis peralatan penangkapan ikan dan peralatan komunikasi canggih digunakan.


"Biasanya, pemilik bot pukat tunda yang menjadi mangsa perlu membayar antara RM50,000 hingga RM100,000 bagi membebaskan anak kapal dan bot pukat tunda dirampas," katanya.


Menurutnya, aktiviti jenayah itu menyebabkan pemilik bot nelayan tempatan hampir gulung tikar akibat kerugian besar selain takut turun ke laut.

Beliau berkata, kawasan nelayan di Hutan Melintang di sini, mempunyai kira-kira 500 bot pukat tunda dengan jumlah 4,000 nelayan.


"Kawasan ini pusat pendaratan ikan basah terbesar di Semenanjung Malaysia dengan mencatat purata 28 peratus keseluruhan hasil tangkapan ikan negara setahun .

"Kami berharap Kementerian Pertahanan mengarahkan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan lebih kerap di perairan negara terutama membabitkan kawasan sempadan perairan antarabangsa," katanya.


Menurutnya, langkah berkenaan diharap dapat menghalang kegiatan terbabit yang jelas mengganggu kegiatan dan pendapatan nelayan tempatan.




"Bagaimanapun kami berterima kasih terhadap campur tangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berusaha menyelesaikan kes penahanan lapan bot nelayan Hutan Melintang oleh pihak berkuasa lndonesia, baru-baru ini," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Koperasi Nelayan Bagan Datoh Berhad, Chia Soon Fook, berkata, pihaknya mendapat laporan dua bot pukat tunda dirampas dan ditarik ke perairan Indonesia semasa nelayan terbabit menangkap ikan di perairan negara ini kira-kira 45 batu nautika dari perairan antarabangsa 4 April lalu.


"Kes berkenaan kejadian terbaru selepas enam bot pukat tunda nelayan Hutan Melintang turut menerima nasib sama ketika sedang menangkap ikan di perairan tempatan beberapa bulan lalu," katanya.


Full content generated by Get Full RSS.

Tanah Untuk <b>di</b> Jual <b>di</b> Sungai Sumum <b>Hutan Melintang</b>, Perak

Posted: 16 Nov 2011 04:40 AM PST

Ada reader blogger dari Bagan Datoh nak let go tanahnya di Hutan Melintang. Susah nak cari seller yang nak jual tanah sekarang ini.Hutan Melintang pun tengah pesat membangun, macam2 dah ada, yang terbaru adalah pasaraya billion. Tambahan lagi sekarang ini Bagan Datoh dah ada Sekolah Sains, dan pembinaan cawangan kampus UITM dan pengkalan Tentera Laut akan di bangunkan dalam masa terdekat. Kalau ada yang ada plan bila bersara nanti nak tinggal kampung inilah masanya untuk membeli tanah. Tanah makin hari bukan makin murah yea.. itu realitinya.

Buat masa ini tanah ini ditanam dengan tanaman kelapa. Siapa2 yang ada bakat mengait buah kelapa or boleh panjat pokok kelapa inilah masa anda buat duit. Buah kelapa siap mesin di area rumah aku RM2.50..

Kalau siapa2 yang berminat boleh menghubungi owner tanah melalui email iaitu mgtarfn@gmail.com

Details tanah adalah seperti berikut

lokasi : tepi jalan kampung yang bertar.
kawasan : Parit 11, Batu 20 Sungai Sumun
mukim: Hutan Melintang
title:malay reserve
Sekatan-sekatan kepentingan :tiada
keluasan : 2.5 ekar (satu geran 2 nama)
tanaman sekarang: kelapa tua
keadaan tanah: rata dan sesuai untuk tanaman kelapa sawit atau membina rumah
bekalan api dan air : tiada masalah
harga : 30 K seekar

Full content generated by Get Full RSS.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Sambutan Tahun Baru Cina <b>di Pangkor</b> meriah – Perak Today

Posted: 20 Jan 2012 10:29 AM PST

Pertunjukan bunga api yang berwarna-warni menjadi acara kemuncak sambutan Tahun Baru Cina peringkat DUN Pangkor yang berlangsung di Arena Square Pangkor, malam tadi.

Lebih 2,000 masyarakat Tionghua tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan sambutan itu yang diserikan lagi dengan pertunjukan tarian singa dan permainan mercun, antara simbolik utama dalam perayaan Tahun Baru Cina.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli turut meluangkan masa beramah-mesra dengan pengunjung yang sanggup hadir seawal jam 7 malam lagi.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut, Datuk Kong Cho Ha dan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Zamri Man.

Terdahulu, dalam ucapan ringkas, Zambry yang juga merangkap Adun Pangkor berkata, beliau bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain seperti Cho Ha akan terus berusaha untuk memajukan lagi pulau pelancongan itu.

"Ada pihak mahu melihat Pangkor sama seperti 20 atau 40 tahun dahulu tetapi kita yang tinggal di Pangkor lebih maklum keadaan sebenar," katanya lagi.

Selain itu, persembahan kebudayaan dan nyanyian turut dipersembahkan kepada tetamu yang hadir pada majlis itu.

Seperti biasa, golongan kurang berkemampuan dan warga emas tidak dilupakan apabila mereka menerima buah tangan berupa buah limau daripada pihak penganjur.

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina <b>Di Pangkor</b> Meriah – Perak Today

Posted: 20 Jan 2012 05:33 AM PST

DS Zambry dan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Kong Cho Ha hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina di Arena Square, Pulau Pangkor

Full content generated by Get Full RSS.

Hair, Head and Mind: SeWa MoTor <b>di PaNgKor</b>

Posted: 12 Jan 2012 04:00 PM PST

Utk memudahkan perjalanan ke hulu dan ke hilir, ktorg berpakat menyewa mutu.. harga sewa bagi mutu bese2 mcm kris, ex5 rm20 sehari, kalo sekuter rm30.. wa dgn pemalasnye nk amik sekuter jer.. goda2 apek tu dpt la rm25 sehari.. 
Mmg bes ronda2 pulau naik mutu ni, tp malangnya skuter yg disewa agak seramm bile nk naik bukit.. bukit2 kt pulau tu amat mencabar utk diharungi..sape suh sewa skuter kan?? hahaha..
# wa rase kt sane sume same je spesis helmet nye kottt..hikhik
Full content generated by Get Full RSS.

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Perantau di perantauan: :: Kemalangan <b>di Lekir</b>... 7 meninggal dunia...

Posted: 01 Jan 2012 03:53 PM PST

HANCUR...kenderaan MPV yang dinaiki mangsa.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohd Husni Mohd Noor dan Idris Sulaiman
am@hmetro.com.my
MANJUNG: "Saya dan isteri hanya mampu meraung bila melihat jasad dua anak kami terbujur kaku berlumuran darah dan ditutup surat khabar," kata Sulaiman Din, 42, bapa kepada Mohamad Hadi, 17, dan Badrul Isa, 19, yang maut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di sini, malam kelmarin.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang termasuk dua beradik itu terbabas dan dirempuh sebuah treler membawa gas memasak di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, berhampiran kawasan perumahan Taman Kiara, di sini, jam 10.30 malam.

Selain Mohamad Hadi dan Badrul Isa, empat lagi penumpang kenderaan itu yang terbunuh di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16.

Pemandu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Sulaiman berkata, sejurus tiba di tempat kejadian dia terpaksa memeluk dan menghalang isterinya, Norakmar Osman, 44, daripada menyelak helaian akhbar yang menutupi mayat dua anak mereka kerana tidak sanggup melihat jasad yang tidak lagi sempurna.
"Darah keluar membuak-buak dari kepala anak saya, malah kulit tubuh mereka turut hancur. Saya sendiri tak sanggup melihat mereka selain hanya mampu menangis sehingga jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM)," katanya.

Kemalangan ngeri itu berlaku ketika semua mangsa baru meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir.

Menurut Sulaiman, menambahkan lagi kesedihan dia dan isterinya, dua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu iaitu Mohamad Shadan dan Mohd Hisam ialah anak saudara dan anak angkat mereka.

"Pada petang sebelum kejadian, dua anak saya ada memberitahu ingin ke Sitiawan bagi menyambut tahun baru. Kami memberi kebenaran kerana tidak mahu menghampakan mereka," katanya.
Bagaimanapun, kata Sulaiman, isterinya menghubungi mereka kira-kira jam 10 malam meminta pulang awal kerana Mohamad Hadi perlu berkumpul di Sitiawan bagi menaiki bas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kedah.
"Ketika isteri saya telefon, mereka mengatakan sudah bersiap sedia untuk pulang. Itulah kata-kata terakhir yang kami dengar kerana sejam telefon mereka sudah tidak dapat dihubungi," katanya.

berita dan cerita berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Kemalangan Ngeri <b>Di Lekir</b> Menjelang Tahun Baru 2012 <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2011 04:40 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Jadual Gaji Baru Untuk Guru dan Pensyarah Politeknik di bawah Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ... Kemalangan Ngeri Di Lekir Menjelang Tahun Baru 2012.. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Menjelang sambutan Tahun baru ...

BRAHIM NYIOR: Kemalangan Ngeri <b>Di</b> Jalan <b>Lekir</b>-Sitiawan <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2011 10:41 PM PST

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ketika bersarapan dengan anak-anak di sebuah warung berdekatan, saya mendapat berita kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori treler dan sebuah kereta yang berlaku lewat malam tadi. Jumlah korban agak besar, menyebabkan saya bergegas ke tempat kejadian yang tidak jauh dari rumah saya.

Setibanya di sana, lori treler masih lagi belum dialihkan, manakala sisa kenderaan dan gerai buah yang roboh masih tidak diurus. Beberapa orang termasuk seorang dua kenalan turut berada di sana.

"Anak murid cikgu jugak, budak Batu 14. Budak Batu 15 pun ada." Kata seorang kenalan memberitahu.

Berderau hati mendengar berita bahawa kemalangan tersebut meragut nyawa beberapa orang murid sekolah saya. Tanpa berlengah, saya terus ke rumah mereka. Setibanya di rumah seorang mangsa, saya mendapatkan khabar lebih jelas. 7 orang mereka dalam sebuah Honda Stream terbunuh manakala seorang lagi cedera ringan tetapi trauma. Pelajar saya yang terbunuh ialah Muhamad Kamil Samsuri,15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad,15; Ahmad Faizal Ahamad Termizi,15; Mohd. Shafiq Riduan Yusof,16; Badrul Isa Sulaiman,20; dan adiknya Mohd. Hadi,17 manakala Khairul Faiz, 17 tahun cedera. Pemandunya, Mohd. Hisham Mat Zaki,23 merupakan abang angkat kepada Badrul dan Hadi.

Saya mendapat makluman daripada Nasarudin, abang arwah Kamil bahawa mereka dikebumikan dalam satu liang dan disembahyangkan di masjid Batu 14, Lekir setibanya dari Hospital Manjung.

Muhammad Kamil, saya temui kali terakhir minggu lalu ketika dia berjumpa saya sambil berbual tentang hala tuju selepas PMR 2011. Katanya, dia ingin ke Vokasional, tetapi dia sayangkan sekolah lama. Syafiq Ridzuan pula adalah pemain takraw sekolah. Dia seorang pendiam, tetapi tidak menimbulkan masalah disiplin. Faizal pula, pernah 'kantoi' bersama rakan lain di ladang sawit pada hari persekolahan. Walau apa pun yang pernah mereka lakukan, saya sudah memaafkan anak-anak ini. Moga syurgalah tempat mereka. AMIN..

Koleksi foto http://dahujan.blogspot.com/













Moga Allah merahmati mereka. Ajal maut adalah ketentuan. Mati sudah pasti tetapi masanya sahaja yang kita tidak tahu. Semoga ini menjadi pengajaran kepada kita. Full content generated by Get Full RSS.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PASPB: JANJI NAJIB <b>DI PARIT BUNTAR</b> !!! Hospital baru dan Projek <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 10:19 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisoaG_EbXS2pmxWU08J4P2DR1p4wDFIR8wHCfXGuy0WT-vjSb_ZAdT0LOm6X-GdRGfFM9PA5qGydNN0DKxcODMc-bSXZqhmWj-29LRWo_3MbbHwufcbzf_yYUTg4xyIxcSxV2cLncwBFcG/s1600/DSC_0105.jpgUtusan melaporkan:
PARIT BUNTAR 14 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat lawatan dua hari ke Perak mengumumkan beberapa peruntukan yang kesemuanya berjumlah RM555.03 juta demi faedah rakyat berbilang kaum di negeri ini termasuk untuk pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) daerah Kerian.

Sebanyak RM540 juta diluluskan bagi projek tebatan banjir yang memberi kelegaan kepada kira-kira 100,000 penduduk sekitar Utara Perak khususnya di daerah Kerian yang sering dihantui masalah banjir.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah tersebut, RM490 juta disalurkan khusus untuk projek tebatan banjir di Sungai Kerian dan Sungai Kurau manakala RM50 juta lagi bagi membina ban batu di hadapan laut sekali gus mencegah air masin mengalir ke kawasan sawah padi. -

Utusan.
Punya la lama orang Daerah Kerian tunggu berita baik ni, semenjak sebelum pilihanraya tahun 1999 lagi bila Parit Buntar kena banjir teruk yang jadi antara isu besar di Parit Buntar yang memenangkan Dr. Hasan Ali sebagai calon PAS untuk parlimen Parit Buntar..

Cerita kata diluluskan projek pun punya lama kena tunggu, lepas ni taktau berapa lama pulak kena tunggu baru projek ni nak mula. Malah jadi ka tak jadi pun belum tentu lagi, walaupun Zambry 'ee' Kadir bagitau kononnya tender fasa pertama dah keluar. Berapa banyak projek dah naik papan tanda pun tapi sampai tumbang papan tanda projek tak mula jugak.

Patutnya Najib atau Zambry cerita la sama projek mega tu ada berapa fasa dan bila dijangka siap sepenuhnya, baru la sedap sikit nak percaya pun. Tapinya, tak pasai la depa nak berani sebut, kalau sebut dah tentu la 'berita baik' tu terus bertukar jadi 'berita kurang baik'.

Utusan jugak melaporkan:


Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk membina sebuah hospital pakar mempunyai lebih 300 buah katil di daerah tersebut yang bakal dibina di tapak Hospital Parit Buntar di sini.

Sementara itu, pada Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia dekat Masjid Tinggi di Kampung Parit Haji Taib, Bagan Serai dekat sini petang ini, Najib meluluskan peruntukan lebih RM7 juta bagi menunaikan segala janji yang dibuat oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) di kawasan itu pada 2008.

Peruntukan tersebut melibatkan RM4.5 juta bagi pembinaan dewan orang ramai, kompleks sukan mini (RM2.5 juta), maahad tahfiz (RM250,000) dan RM80,000 untuk penambahbaikan Galeri Banjar di situ. - Ibid.

Sama juga macam cerita hospital baru di Parit Buntar ni, pilihanraya sebelum-sebelum ni pun dah berjanji kata nak buat, tapi dah nak pilihanraya lagi tapi tetap tak naik-naik jugak hospital.

Takat sembang besar macam tu sapa pun boleh.

Bab berjanji sapa pun boleh tapi bab nak tunai sepuluh satu pun payah. Yang biasa jadinya tiap-tiap kali nak pilihanraya janji yang sama diulang, tapi yang herannya masih ramai jugak yang percaya.

Lagi satu yang menariknya, inilah antara keajaiban Malaysia, bila dah dekat nak pilihanraya tiba-tiba Malaysia jadi negara kaya, duit belambak-lambak, janji nak buat macam-macam projek mega. Di kawasan Kerian saja Najib janji projek pembangunan lebih setengah billion. Padahal realitinya kerajaan bukannya ada duit, hutang negara dah lebih separuh nilai KDNK.


Cenangau Daunkari
Full content generated by Get Full RSS.

Zambry Kadir menanti Najib ,untuk bertanding <b>di Parit Buntar</b>. ~ SISI <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2012 05:26 AM PST

Full content generated by Get Full RSS.

luqmanmaat.com: Kisah 5 hari <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 26 Jan 2012 01:51 AM PST

kisah di Parit Buntar lagi
ok..aku pulang lepas last sekali balik raya lepas..bulan 9 kan..
sekarang bulan 1 baru dapat balik semula
Parit Buntar bukan tempat aku 
ia cuma tempat kakak aku bekerja berkahwin dan mendapat anak
disebabkan cucu nya disini..maka mak ayah aku pon disini
dan aku pon disini..di Parit Buntar
so cuti sebelum bermulanya intern di  
aku pon menghabiskan masa di sini...
buat apa? of cos melayan anak buah aku sorang nie
hari first aku sampai dalam pukol 6 pagi
terus layan copa del rey 1st leg barca vs real..
result korang boleh tau da kan...
dlm kol 9 anak buah aku da bangun
agak takot takot muadz nie..dok kt mak die je..kehkeh
tapi dah sampai petang..ok dah..
siap jom jom ke kebun tokwan lagi...
ok..aku xpandai menulis..baik korang layan je gambar gambar ni
sekian..
next post pasti lebih menarik
sebab aku da start praktikel..
yeah!
Full content generated by Get Full RSS.